Sponsored Link

Tuesday, April 21, 2015

Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare

Auzubillahi minas syaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... 



Pertama kali join give away pertama kali jugak menang tak sangka, sebenarnya entry ni saya perlu hantar sebelum pukul 12.00 malam semalam, tapi saya tetap jugak nak hantar untuk menunjukkan sokongan ahaks. Minta maaf kak kerana lambat, tidak mengapa jika saya tidak terpilih sebagai pemenang pun :). Ribuan terima kasih pada kak mialiana dan juga My Beauty herbs kerana sudi memilih saya sebagai orang bertuah dalam 50 orang tersebut.

Untuk makluman semua, saya mengunakan produk ini selama seminggu, tapi sebab kulit bermasalah sedikit saya tidak dapat teruskan. Okay pembaca yang saya kasihi sekalian apa yang saya dapat dari bungkusan itu adalah tiga produk dari set MBH Whitening Booster Skincare. 

Oops sebelum itu, saya amat menitik beratkan sebelum menggunakan produk dipasaran saya akan check dalam Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Alhamdulillah produk MBH ini memang didaftarkan dan lulus dari BPFK ^^. Ini adalah langkah keselamatan untuk semua.

Bukan diedit ye, memang semua orang boleh check.


Whitening intensive Booster skincare ini terdiri daripada 3 jenis produk iaitu  MBH whitening Booster soap, MBH whitening Booster Oxygenating Night Cream dan MBH Whitening Booster Day Cream.

Ketiga-tiga produk ini diperkaya dengan Marine plant stem cell yang berasal dari tumbuhan laut yang boleh memperbahrui sel-sel kulit mati dan memperbanyakkan kolagen yang dapat membantu menegangkan kulit.

1. MBH whitening booster soap

Sabun ini diperkaya dengan 7 kandungan yang berkesan mengekalkan keanjalan kulit muka serta membersihkan kulit. Ia ada Collagen, pearl powder, Vit C dan Vit E, Rice extract, Gluthatione, dan sudah tentulah Marine Plant stemcell. Terus terang saya katakan ini adalah produk yang paling saya suka. 

Baunya wangi dan kulit muka rasa amat bersih dan segar bila lepas mengunakannya. Ia masih saya guna sehingga ke hari ini ^^. Dan yang paling penting ia tidak menyebabkan kulit saya tidak mengelupas. Rasa sedih sedikit sebab sabun tu dah nak habis sebab hampir sebulan pakai. 

Dengan penggunaan berterusan ia dapat membersih,mencerah, menggebu dan melembapkan kulit, selain daripada itu dengan penggunaan saya sehingga sekarang satu kesan yang saya nampak adalah bintik hitam di hidung makin berkurangan.

Cara Penggunaan 

Basahkan muka. Kemudian campurkan pembersih dengan air sehingga berbuih.Lalu basuh muka dan leher secara urutan putaran dari bawah ke atas. Kemudian bilas muka sehingga bersih. Disyorkan guna 2 kali sehari pagi dan malam.



2. MBH Whitening Booster Day Cream.



Krim yang berwarna neutral ini dan berbau wangi ini yang didatangkan dalam bekas yang kecil dan comel sungguh menarik^^. Ia dipakai waktu siang hari selepas mencuci muka dengan Whitening Booster soap. Ia dapat melindungi daripada sinaran UV serta menampakkan kulit lebih cerah dan licin. Selain daripada itu ia juga dapat mengurangkan kesan parut jerawat dan juga jeragat. Krim ini tidak begitu berminyak dan senang menyerap dalam kulit. ^^


Cara Penggunaan


Sapukan dengan lembut keseluruh kulit muka dan leher selepas membersihkan kulit wajah


3. MBH whitening Booster Oxygenating Night Cream



Huhu produk yang ketiga ini yang agak payah sikit bagi saya untuk bagi review. Pembaca jangan risau setiap produk sememangnya ada yang sesuai tuk sesetengah orang dan ada juga tidak. Saya hanya berkata yang benar.

Pertama kali saya buka krim ni untuk pakai malam, agak terkejut sebab warna hijau laut..huhu, tapikan inilah menunjukkan ia sememangnya mempunyai bahan kandungan dari Marine Plan Stem cell tersebut, agaknyelah...bukan kerana saya tahu tapi hanya saya yang buat andaian. ^^

Pengalaman saya, krim ini agak susah nak serap dalam kulit saya, dan menyebabkan kulit muka berpeluh sebab tu saya berhenti pakai selepas 7 hari. ^^ Tapi mana tahu mungkin ia sesuai untuk pembaca sekalian. Sebab saya lihat blogger yang lain mencuba dan mempunyai kesan yang lebih baik daripada saya.

Ia juga mampu mencerahkan kulit tanpa pengelupasan, mengurangkan liang roma terbuka dan perbaiki tekstur kulit serta menjadikan tona lebih sekata dan lembut. ^^

Cara penggunaan 

Sapukan dengan lembut keseluruhan kulit muka dan leher setelah membersihkan kulit wajah di waktu malam.



7 Keberkesanan Tiada Tandingan



  • Mencerah, menggebu, melembap, melembut dan menegangkan wajah.


  • Kombinasi hebat Vitamin C, Vitamin E, Glutathione, Collagen, Argan Oil, Pearl Powder, rice Extract Arbutin, Beeswax, Titanium Dioxide dan Marine Plant Stem agar kulit bercahaya serta bersinar


  • Anti penuaan dan meremajakan kulit wajah.
  • Mengecilkan pori-pori wajah dan menghaluskan kulit.
  • Menghilangkan parut jerawat dan jeragat yg tebal.
  • Pembaharuan sel kulit baru dalam 7 hari
  • Pencerahan seawal 3 hari.


  • Kak Mia pesan suruh letak gambar saya dengan produk tapi segan dahlah tinggal kotak aje...tapi nak buat macam mana dah syarat...hihi tengah-tengah malam ni jugak saya ambik gambar pakai tudung dengan kotak yang dah kosong hihi. (pembaca nak gelak boleh tapi senyap-senyap ye... hihi sebab dah malam kan???) ^^

    Kalau pembaca selalu baca blog saya, memang jarang letak gambar sendiri huhu...tapi takperlah nak bagi sokongan kat kak mia dan juga MBH :)))




    MBH Whitening Intensive Booster Skincare
    Harga: RM69.90 (WM) | RM79.00 (EM)

    Untuk makluman pembaca yang dikasihi sekalian, saya memang selalu ada masalah dengan apa sahaja krim sebelum ini, dah banyak produk yang tidak sesuai, cumanya apabila saya menggunakan MBH whitening booster soap dan MBH Whitening Booster Day Cream dia ni agak sesuai dengan kulit saya, cuma apa yang saya kata saya kena pakai lebih lama kot...ehehe..sebabnya ingin saya ingatkan pembaca sekalian, setiap kesan produk adalah bergantung pada pengguna sendiri juga, ada yang lambat ada yang cepat ^^..biasalah tu. Sebab hingga ke hari ini saya masih menggunakan kedua-dua produk tersebut, cuma produk ketiga saja yang tidak sesuai dengan saya mungkin kerana itu kesan terhadap kulit saya berkurangan. ^^ 

    Apa-apa pun selamat mencuba semuanya. Juga mengucapkan selamat berjaya pada semua blogger yang lain juga ^^. Jika pembaca mencuba produk ini kerana saya sila tinggalkan komen di bawah ngee ^^

    Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


    Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

    8 comments:

    1. salam singgah.. dr segmen yg sama juga.. good luck ea.. ^_^ http://yoorinmelacolea.blogspot.com/2015/04/wajah-putih-gebu-dengan-my-beauty-herbs-whitening-intensive-booster-skincare.html

      ReplyDelete
    2. shad singgah dari segmen sama... wah, makin berseri-seri....
      - Shad

      ReplyDelete
      Replies
      1. hhehe thanks sha pun nampak berseri-seri

        Delete
    3. As salam

      singgah sini


      http://www.azneyshamsuddin.com/2015/04/wajah-putih-gebu-dengan-my-beauty-herbs.html

      ReplyDelete
      Replies
      1. thanks kerana sudi singgah ^^ good luck

        Delete
    4. Salam... Terima kasih sudi hantar entri review ini di

      http://www.mialiana.com/2015/04/giveaway-whitening-intensive-booster.html

      Entri ini layak untuk ke peringkat seterusnya di

      http://www.mialiana.com/2015/04/giveaway-whitening-intensive-booster_27.html

      Keputusan akan diumumkan pada 11 Mei 2015.

      Gud luck (^_^)

      - Mia Liana -

      ReplyDelete
      Replies
      1. eh ye ke Kak mia tak sangka ahaks ^^ terima kasih :)

        Delete

    Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

    My Babbling

    Advice (32) Akhlak (42) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (15) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (19) Dua' (14) Education (54) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (77) My Reading (42) My Stories (224) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (16) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (28) Tarbiyah (120) Tazkirah (109) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)