Sponsored Link

Friday, March 06, 2015

HD (hemodialisis) & PD (Peritoneal dialysis)

Auzubillahi minas syaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... 

Para pembaca yang dikasihi sekalian saya terpanggil untuk memberi sedikit info tentang perkara ini sebab ada sis yang bertanya dengan perbezaan antara kedua rawatan dialisis ini melalui post saya sebelum ini, jika para pembaca ingin tahu boleh click di sini.

Tidak sangka saya akan postkan lagi tentang topic ini.

Semasa saya mencari info tentang dialisis adalah kerana arwah ayah (encik saya), tetapi arwah ayah tidak sempat pun untuk menggunakan dialisis, sebab Allah lebih sayangkan dia :). Jadi saya tidak dapat melalui atau mempunyai pengalaman didalam kedua-dua rawatan ini.

Sis bertanya rawatan mana yang lebih baik tidak mampu saya menjawab kerana saya bukanlah doktor. Lebih baik sis dapatkan nasihat dari yang lebih tahu. :). Hmm tapi terima kasih sis, sis membuatkan saya semangat tuk menulis dan mencari maklumat tentang dialisis. Melalui pembacaan saya dapati kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan dan juga ia bergantung kepada tahap kesihatan buah pinggang pesakit. semoga info yang saya kongsikan dapat menolong sis dan pembaca sekalian, jika tidak banyak mungkin sedikit. ^_^

Hemodialisis (HD) dan dialisis peritonea (PD) adalah kedua-duanya kaedah rawatan menapis bahan buangan daripada badan pesakit apabila buah pinggang tidak lagi dapat berbuat demikian. Perbezaan kaedah rawatan sis dan pembaca boleh refer post saya sebelum ini. Klik di sini.

Dan PD mempunyai dua kaedah iaitu Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) dan Continuous Cycling Peritoneal Dialysis (CCPD). Di sini saya hanya menggunakan singkatan PD supaya agak senang.

Ada dua perbezaan ketara yang saya boleh katakan diantara HD dan DP. Perbezaan pertama antara HD dan PD ialah hemodialisis adalah untuk pesakit yang masih mempunyai beberapa fungsi buah pinggang kiri. 

Sedangkan PD adalah untuk pesakit yang mempunyai buah pinggang yang tidak berfungsi (kidney failure) dan sedang menunggu pemindahan buah pinggang (Kidney transplant).

Manakala perbezaan yang kedua adalah dari segi penapisan sisa. HD penapisan sisanya berlaku di mesin, manakala PD, penapisan yang berlaku dalam bahagian abdomen pesakit.

Kelebihan dan kelemahan Hemodialisis (click pada link untuk artikel asal)

1. Kelebihan
  • kebiasaannya dilakukan oleh professional kesihatan yang sudah terlatih yang boleh dirujuk apabila berlaku apa-apa masalah.
  • pesakit dapat berjumpa dengan pesakit-pesakit lain untuk sokongan emosi, proses HD biasanya lama dan sangat meletihkan. Pesakit dan ahli keluarga pesakit boleh berkongsi emosi dan masalah bersama kerana mereka lebih memahami.
  • tidak perlu keseorangan bila melakukan dialisis seperti PD.
  • dalam satu segi ia menjimatkan masa dalam sehari dan hari dalam seminggu.
  • Jika pesakit memilih untuk Home hemodialysis, pesakit boleh memilih bila, dimana dan berapa lama.
2. Kelemahan
  • Pada hari rawatan pesakit memang akan berasa keletihan
  • Ia boleh menyebabkan masalah seperti tekanan darah rendah dan darah beku dalam akses dialisis .
  • Ia meningkatkan risiko pesakit mendapatkan jangkitan kuman pada aliran darah.
  • Manakala jika pesakit memilih Home hemodialisis, anda dan rakan atau ahli keluargamemerlukan latihan untuk mengendali HD. Selain daripada itu ia juga memerlukan perubahan yang tertentu di rumah anda.
Kelebihan dan kelemahan Peritoneal Dialysis (PD)

1. Kelebihan
  • Ia memberikan pesakit lebih banyak kebebasan daripada hemodialisis. Ia boleh dilak-ukan di rumah atau di mana-mana tempat yang bersih. Pesakit boleh melakukannya apabila mereka mengembara. Pesakit mungkin boleh melakukannya ketika mereka sedang tidur. Dan pesakit boleh melakukannya sendiri.
  • Rawatan ini tidak memerlukan banyak sekatan makanan dan cecair seperti hemodialisis
  • Ia juga tidak memerlukan jarum.
2. Kelemahan

  • Prosedure rawatan PD mungkin agak susah bagi sesetengah pesakit, jika mereka melakukan kesilapan ia mungkin merbahaya.
  • Ia juga boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman pada selaput perut (line belly), penyakit yang dipanggil peritonitis.

Ingin saya tegaskan disini, post yang ditulis bukanlah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya sendiri cuma serba sedikit dari maklumat yang saya jumpa dan bacaan saya di laman web. Semoga ia boleh membantu saudara dan saudari yang mencari maklumat tentang dialisis. ^_^

1. Laman pertama di sini.
2. Laman kedua di sini.
3. Laman ketiga di sini.
4. Laman ke empat di sini.
.
Akhirul kalam Penulis ingin mengucapkan World kidney day yang akan disambut pada 12th March 2015 nanti dengan ini penulis menyeru jangan lupa minum air kosong setiap hari untuk meraikan buah pinggan kita yang sihat. Alhamdulillah jangan sia-siakan nikmat Allah beri, jaga kesihatan agar kita mampu untuk beribadah dan melakukan amalan fardu kifayah kita. ^_^ 
Promosi kesihatan dari world kidney organiation


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (31) Akhlak (42) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (19) Dua' (14) Education (54) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (223) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (28) Tarbiyah (120) Tazkirah (109) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)