Sponsored Link

Monday, August 27, 2012

Sepuluh Hari sudah berakhir...

Fatma Az Zahra yang pendiam :)
Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 

Alhamdulillah cuti sepuluh hari akan berakhir, esok saya akan pulang kembali ke Batu 9 Hulu Langat Cheras, ya kembali bekerja, ayuh pulanglah semangat berkerja...:D

Sekarang masih bermalas-malasan dirumah, Chenor tengah dituruni hujan rahmat dari Allah s.w.t, sejuk hingga terasa ke sumsum tulang...sesejuk hati ini, lapang dada rasanya...^_^...ya Allah moga-moga hujan ini membawa rahmat keseluruh mahkluk...insya Allah...dan moga-moga kelapangan ini akan berterusan...

Mula terasa kejap cuti, pejam celik pejam celik berlalu sudah 10 hari. Alhamdulillah, raya tahun ini walau terasa kehilangan, masih ada yang lain mengisi dan memenuhi kehilangan...malam raya saya dan emak menangis bersama-sama, tidak terungkap dengan kata-kata...pasti teringat...tangisan dengan perempuan memang tidak dapat dielakkan...:)

Aktiviti raya, macam biasa, walaupun abg min and abg pa tidak beraya disini, aktiviti yang biasa kami buat macam biasa :). Malah ada ativiti baru, dua hari berturut kami melawat kubur Arwah encik, kami bertahlil dan membacakan Yasin, abg min dah boleh "lead" tahlil, itu salah satu faedahnya bersekolah agama :). Raya Pertama, kedua, dan ketiga masih ramai lagi saudara mara datang terima kasih kerana ingat walaupun arwah ayah sudah tiada.


Raya ketiga saya buat laksa penang macam biasa, arwah encik sukakannya, Alhamdulillah bagi kesempatan saya belajar dan ada kesempatan buatkan untuknya...


Raya ke empat Kami adik beradik masih lagi berkumpul antara satu sama lain, kami organize steamboat ala chenor style ^_^.

Dan budak-budak ni hampir setiap malam main bunga-bunga api dan mercun kot...huhu...termasukah saya ;).

Cuma satu kot, kami tidak begiu beria-ria nak mengambil gambar sekeluarga...hmm...mungkin disebabkan tiada dlsr abg min kot...:)... I guess no raya family portrait this year...hmm...

Dan Raya kali ini, banyak bawak mak pegi melawat saudara mara, walaupun hari raya adalah hari untuk bergembira, masih ada yang jatuh sakit dan berduka, ya Allah permudahkan dan kurangkanlah kesakitan mereka, moga-moga kesakitan menjadi kifarah atas dosa-dosa yang telah lalu dan ringankanlah beban pada mereka yang berkorban menjaga mereka semua....hanya Allah yang mampu balas jasa mereka...

Ya Allah semoga kau meringankan dan mengurangkan azab bila kematian mendekati dan menghampiri ibuku, diri ini, serta keluarga dan sahabat-sahabatku serta muslimin dan muslimat sekalian alam...insya Allah.


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (32) Akhlak (42) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (15) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (19) Dua' (14) Education (54) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (77) My Reading (42) My Stories (224) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (16) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (28) Tarbiyah (120) Tazkirah (109) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)