Sponsored Link

Friday, July 13, 2012

Selamat Pagi Jumaat, July 2012


Budak Pandai yang Pelat ^_^
 Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat pagi Jumaat, sempena jumaat yang berkat ini semoga membawa keberkatan kepada semua muslimin dan muslimat serta mahkluk Allah sekalian Alam…
Ya Allah hapuskanlah segala kedukaan, kebencian, kemarahan, kemalasan, tamak, cemburu dan sikap putus asa dalam diri ini…
Ya Allah ya tuhanku penuhkan diri ini dengan sikap penyabar, rasa qanaah, rajin berusaha, dan bersihkanlah dan terangkanlah hati ini Ya Allah…penuhkan dengan sifat mahmudah Ya Allah dalam diri ini...
Ya Allah yang maha pengasih maha penyayang maha pengampun, hamba Mu yang dhoif ini memohon padamu…

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, maka dekatkanlah…

Ya Allah,Ya Allah yang maha pengasih maha penyayang maha pengampun hambamu yang kerdil ini memohon ampun atas segala dosa-dosaku, terimalah taubatku. Ampunkan hambamu yang hina ini yang sentiasa melakukan kezaliman terhadap dirinya…

Ya Allah Ya Allah yang maha pengasih yang maha penyayang yang maha pengampun ku mohon agar diberikan kemudahan untuk hari esok biarpun hari esok yang masih belum pasti, hambamu tetap ingin memohon. Sekiranya perkara itu adalah yang terbaik untuk diri ini didunia dan akhirat maka permudahkanlah, kurniakanlah kejayaan dan permudahkanlah diri ini menghadapi kesukaran…

Hamba Mu ini mempersiapkan diri dan berusaha setakat mana diri ini mampu, setakat mana diri ini boleh, Ya Allah ya tuhanku…

Sesungguhnya setiap kesukaran itu datang dengan kemudahan dan setiap kemudahan itu datang jua dengan kesusahan…maka kurniakanlah kesabaran terhadap hamba Mu ini…

Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh…

Yaraballamin…

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (32) Akhlak (42) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (15) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (19) Dua' (14) Education (54) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (77) My Reading (42) My Stories (224) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (16) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (28) Tarbiyah (120) Tazkirah (109) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)