Sponsored Link

Wednesday, May 09, 2012

Hari Ahad Yang Lepas: Rumah Azie at Cahaya SPK, Shah Alam

Bismilahirahmanirrahim, Asslamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya saya berkesempatan melawat rumah Azie di Cahaya SPK Shah Alam. Pada mulanya agak risau sebab rasa macam susah nak cari kesempatan nak melawat rumahnya yang baru dan jugak baby Amni Mardhiyyah (her second daughter), berkat kesempatan waktu kenduri Ida dan saya ada peluang pergi melawat. Again Thanks Ida...^_^ If not memang I kat Chenorlah...kalau tidak entah bila dapat melawat.

Anyway, gambar pun akan kemudian updatelah, again mengharapkan ihsan Zizah nantilah. Masya Allah cantiknya rumah Azie, suka...hmm well of course sesuai dengan harganya lah...^_^. Sekarang harga nya dah bertambah suku ganda, banyaknya beza even baru 2 years ago.

Perjalanan pergi ke Cahaya SPK ala2 macam pergi C.H...mungkin disebabkan cuaca.

Harga rumah sekarang di area Seelangor and KL sangat menakutkan...huhu...for me aje kot.

So, even hari sabtu dah jumpe Azie, tak puas lagi jumpe, dahlah dia tak bawak Amni. Sudah tentulah nak tengok rumah baru. First time jumpe Amni Mardhiyyah, tak perasan ingatkkan anak yana...have a boyish look skit tak macam Aishah Marissa yang macm korean gurl..:)

Memang seronok dapat berjumpa balik dengan sahabat-sahabat semua, Azie and Malie with Marissa and Amni, Yana and Lan with Danish, Hasan and Fazli, Nana and paling penting Zizah...huhu...suppose Ida pun datang tetapi dia kena balik Mersing...al maklumlah penganti baru. Dan juga dapat berjumpa dengan family Azie.

Duduk kat situ macam tak ingat nak balik, macam-macam topik keluar. Seronok dapat melihat mereka berjumpa. Anyway saya rasa masih belum cukup puas nak borak ngan Azie, :(....terlalu banyak perkara akak nak ceritakan pada Azie, tapi takkan dia nak layan aku sorang aje kot..hahaha) Insya Allah next time ye.

Hmm ya satu  topic Azie tanya, nak pergi mana lagi? Hmm saya tak mampu nak jawab...dulu saya banyak plan dan saya akan pastikan ia akan dilaksanakan walaupun berapa org saja yang ikut, even sekarang pun saya masih boleh plan, tapi saya tidak mahu plan jika saya sendiri tidak boleh beri committment pada planning tersebut. :( .

Sseronok dapat jika berkumpul dengan sahabat-sahabat biarpun sudah bekeluarga, itu yang akan menjadikan hubungan lebih rapat, bukannya makin renggang. Ya mungkin setahun sekali atau dua kali.

Biarlah kali  ini mereka yg plan, jika saya dapat ikut saya akan ikut, kalau tidak saya tidak akan follow, anyway tiada sayapun tetap jadik punya ^__^. Even pada minggu lepas, memang saya gelak sampai hingga tak hengat, Astaghfirullah, menyesal pun ada, saya sudah tidak mahu gelak macam tak hengat macam tu, pasti ada sesalan selepas itu. Rasa bersalah pun ada...entah kenapa...

Jangan terlalu banyak ketawa di dunia kelak kamu akan banyak menangis di akhirat, even sekarang sekarang pun sudah banyak mengalirkan air mata...entah kenapa bila saya terkenang saya pasti mengalirkan air mata....????

Hanya terkenang pada emak....kasihan dia. ya sangat kasihan... :(...

OKAY STOP!!!

Saya nak cerita benda yang happy-happylah...tak mahu sedey-sedey kan? kan? kan?...Ayuh saya mahu maju terus kehadapan!!! ^__^

Hmm ya cerita pasal apa ya?...

Pasal Marissa yang sangat comel dan garang dan Irfan yang sangat aktif, dah nampak nak jadi pemain bola...dan tak lupa pada Amni, Acik Laily doakan kamu semua menjadi anak yang soleh dan solehah. Aaminn.

Okay sampai disini sahaja, nanti saya akan updatekan dengan gambar, mungkin...^_^


Penulis: Bahagia apabila melihat mereka bahagia, saya doakan kebahagian dan kebaikan sahaja mereka dunia dan akhirat sentiasa ya Allah semoga waktu itu sampai jua untukku, yang masih sabar menanti ^__^

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (32) Akhlak (42) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (15) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (19) Dua' (14) Education (54) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (77) My Reading (42) My Stories (224) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (16) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (28) Tarbiyah (120) Tazkirah (109) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)