Sponsored Link

Thursday, December 15, 2011

Kewajipan seorang Muslim ke 20: Jangan Berbangga dan Bermegah dengan Nikmat Dunia


20. Kewajipan Jangan Berbangga dan Bermegah dengan Nikmat Dunia


Kewajipan ke 20 ini berdasarkan firman Allah:

al- Hadid, 23:
"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
Ya ayat sama dengan kewajipan yang ke 19, hmm sesugguhnya setiap ayat dalam al-Quran penuh dengan hikmahnya dan tafisrannya.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah menyukai seorang penyabar dan pemalu dan ia membenci seorang yang suka melakukan kekejian dan mencarut (bercakap kotor)"
Rasulullah s.a.w bersabda lagi: :Orang yang rugi ialah orang yang tunduk kepada dunia. orang yang berjaya ialah orang yang berpaling darinya. Sesiapa menuntut dunia, dunia akan hilang darinya. sesiapa memandang dunia, dunia akan membutakannya."
Umar bin abdul Aziz selalu bermisal dengan syair yang didendangkan oleh Mus'ir bin Kidam iaitu:

Wahai orang yang tertipu,
Siang kamu, adalah hiburan dan kelalaian,
malam kamu pula adalah tidur,
maka kebinasaan adalah menjadi kemestian bagi kamu.
Kamu telah diperdaya oleh apa yang fana,
dan kamu gembira dengan angan-angan
sebagaimana orang bermimpi tertipu dengan kelazatan dalam tidurnya.
Kesibukan kamu dengan dunia menyebabkan kamu benci kesudahannya
(yakni pengakhiran hidup kamu didunia)

Sumber Buku: 50 Kewajipan seorang Muslim oleh Muhammad bin Abi Bakr dan diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzli, Penerbitan Dar Hakamah (2010).

Penulis: Wajib hentikan penyakit ini yang telah lama ada sejak dulu lagi,
Ya Allah sungguh hamba Mu ni memang yang lemah...Hanya pada mu ku minta kekuatan dari terus menzalimi hati, minda, aqal, jasmani dan rohani...Ya Rabbi...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (32) Akhlak (42) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (15) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (19) Dua' (14) Education (54) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (77) My Reading (42) My Stories (224) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (16) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (28) Tarbiyah (120) Tazkirah (109) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)