Sponsored Link

Tuesday, November 22, 2011

Tidak Mengapa.

Tidak mengapa...

yang lebih utama adalah Allah...

yang lebih utama adalah Rasulullah...

yang lebih utama adalah ibubapa...

bukan duit dan bukan harta benda dan bukan yang keduniaan...

tidak mengapa...kamu bersebab...biarlah apa yang mereka fikirkan...

Tidak mengapa...

Monday, November 21, 2011

Kewajipan seorang Muslim ke 18: Kewajipan Memerhati Dengan Mengambil Pengajaran


18. Kewajipan Memerhati Dengan Mengambil Pengajaran

Kewajipan ke 18 ini berdasarkan firman Allah:


al- Hasyr: 2

Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab – dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.


Al- Hasan bin 'Ali r.a. menyatakan:
"Berfikir sesaat itu lebih baik dari bangun malam"

Berkata al-Fudhail: "Berfikir adalah cermin yang memperlihatkan kepadamu kebaikan-kebaikan dan kejahatan-kejahatan kamu"

Sufyan bin Unainah kerap memberi misal dengan penyair yang bermadah: "Jika seorang itu sering berfikir, nescaya setiap sesuatu  baginya ada pengajaran."

Berkata al-Hasan: "Sesiapa yang berfikirnya bukan hikmah (kebijaksanaan) maka ia adalah bermain-main (sia-sia), sesiapa yang senyapnya bukan berfikir, maka ia adalah lalai/alpa, sesiapa yang melihatnya bukan mengambil pengajaran, maka ia bermain-main."

"Biasakanlah matamu dengan menangis dan biasakan hatimu dengan berfikir"

Sumber Buku: 50 Kewajipan seorang Muslim oleh Muhammad bin Abi Bakr dan diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzli, Penerbitan Dar Hakamah (2010).


Penulis: Berapa banyak yang telah ku lihat dan ambil pengajarannya, berapa banyak yang telah ku dengar dan ambil pengajarannya, berapa banyak yang telah ku baca dan ambil pengajarannya, berapa banyak yang telah ku rasa dan ambil pengajarannya...Ya Allah...Qalilan...Qalilan...:(...ayuh kamu harus berusaha keras lagi...

Astaghfirullah..kenapa terlalu mudah, adakah kerana ia mula menjadi biasa...apa dosanya...apa silap kamu...tidak salahkan...kamu hanya perlu mengaku...astaghfirullah...jangan selalu, nanti yang bukan kebiasaan jadi kebiasaan kamu...Ya Allah, diri ini telah menzalimi diri sendiri dan diri mereka...ya Allah jauhkanlah penyakit itu...jauhkanlah...jauhkanlah...

Kamu harus berubah menjadi lebih baik lagi lebih baik dari semalam setiap hari, bukan untuk sesiapa, untuk Allah, untuk diri kamu sendiri...tiada siapa yang mampu mengubah diri kamu melainkan kamu sendiri...

Ya Allah semoga hari ini (hari esok) lebih dari semalam (hari ini), insya Allah...saya akan pastikan...^_^

Friday, November 18, 2011

Selamat pagi Jumaat November 2011... ^__^



Assalamualaikum dan Selamat Pagi Jumaat,

Hari ini 18 November 2011 bersamaan 22 Zulhijjah 1432 hari yang bersejarah ^__^.

Alhamdulillah dan syukur pada Allah s.w.t atas segala kurnianya, atas segala nikmatnya.

Semoga hari-hari ini dan hari yang mendatang akan lebih baik daripada hari yang sebelumnya. Insya Allah.

Semoga hambamu ini senantiasa memperbaiki dirinya untuk menjadi yang tebaik untuk Mu, untuk Rasulku, untuk Ibubapaku, Abang-abang dan kakak-kakakku, anak-anak buahku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku, kawan-kawanku, pelajar-pelajarku, serta muslimin dan muslimat seluruh alam yang hidup dan mati. Insya Allah.

Sesungguhnya hidupku, matiku, solatku ibadahku hanya untuk Allah s.w.t.

"Ketika kumohon pada Allah kekuatan,
Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat,
Ketika kumohon pada Allah kebijaksanaan,
Allah memberiku masalah untuk diselesaikan,
Ketika kumohon pada Allah keberanian,
Allah memberiku ujian untuk kuatasi,
Aku tak menerima apa yang kupinta,
Tapi aku menerima segala apa yang diperlukan dan yang telah ditetapkan."


Ketulusan Hati ~ Anuar Zain ~

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk diri MU
KAU dengarkan kasihku

Mencintai MU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintai MU tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diri MU
Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk diri MU
KAU dengarkan kasihku

Mencintai MU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintai MU tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diri MU
Selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diri MU
KAU dengarkan kasihku
Oooo

Mencintai MU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintai MU tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diri MU
Selalu...

Thursday, November 17, 2011

Jinayat Bab 9: Mencuri (Sariqah)


PENCURI

Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.

CIRI –CIRI PERBUATAN MENCURI
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:
”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”
(Riwayat Bukhari Muslim)


1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.
2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.


HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI

1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-

i) Orang yang berakal
ii) Orang yang baligh
iii) Dengan kemahuan sendiri


2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. 3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri.
4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang.
Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan dan kebijaksanaannya.
Sebagaimana Hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”
(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)

Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)

Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :
” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.
(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)


PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH

Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-

1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.

2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.

3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.

4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.

5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.



SABIT KESALAHAN MENCURI

1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-

i) Ikrar (pengakuan)
ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.


2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.

3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.

4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.

PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.

1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.

2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.

3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.

6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.

7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.

8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.

9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).

11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.

12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.


HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI

Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.

1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.


Penulis: Tamat Bahahagian Jinayat dari Azim.com.

Wednesday, November 16, 2011

Bila nak Berkahwin?


Skema jawapan kpd soalan cepucemas (bila nak kawen?)

Bila nak kawen?
Insya Allah, bila tiba masanya...

Kenapa Lambat?
✔ Kerna Allah tahu masa yg terbaik untukku.

Dah Berpunya?
✔ Ya. Kerna setiap org telah ditetapkan jodoh masing-masing.

Siapa?
✔ Nanti Allah akan perkenalkan kepada ku.

Bila?
✔ Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti.

P/S: Jgnlah selalu beranya bila org tu nak kawen.
Kerana semua RAHSIA itu, terletak DI TANGAN ALLAH.
Sampai masa Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah.

Selamat Menjawap.. Hehehe~

-aNa-See more


Penulis: Dapat Dari Hazizah melalui FB dia, dan dia dapat dari kawannya di FB dan kawannya dapat dari WUJUD FB...dan saya hanya copy the notes to her email and send to my email....and I copy and edit in my blog and share with you all....

I LIIIIIIIIIIIIIIIIKEEEE sangat!!!  ^__^



Tuesday, November 15, 2011

Hari ini adalah Hari Selasa


Assalamualaikum...

Terasa agak lama saya tidak menulis atau mencoret apa-apa...
entahlah...apa kena dengan penulis sekarang...
malah lebih banyak membaca sahaja...kurang menulis...

Ya Allah...Dugaan lagi,

iya Alhamdulillah...

Mungkin ia hadir sementara sebagai satu petanda pada saya...

Sementarakah? walaupun sebenarnya saya mengharapkan ia hadir lebih lama...

Ya Allah Dugaan lagi...iya Alhamdulillah...

Ya Allah Ya tuhanku yang Maha Pengasih dan Penyayang...

Saya yang hanya mampu menanti...

Ya Allah Ya Tuhanku...Dugaan lagi...

Saya yang tidak tahu bagaimana, macam mana, apa dia...mungkin...

Yang saya tahu, saya menjadi diri saya sendiri...

maaf cakap atau kata, mungkin kamu tersalah sangka...
saya akui saya bukan MANUSIA SEMPURNA...

Ya Allah, kurniakan ketabahan dan kekuatan agar hamba mu ini bisa tersenyum senantiasa...^_^

I AM RATHER BE HATE  BY OTHERS
FOR SOMETHING WHAT I AM,
 RATHER THAN BE LOVE BY OTHERS
FOR SOMETHING I AM NOT...

My Babbling

Advice (31) Akhlak (42) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (19) Dua' (14) Education (54) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (223) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (28) Tarbiyah (120) Tazkirah (109) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)