Sponsored Link

Friday, October 14, 2011

Buku pada Minggu Lepas: Badai Semalam


Novel ini yang saya sudah beli pada bulan lepas, baru berkesempatan untuk menghabiskannya pada minggu lepas. Ya penulis masih sibuk dengan kesibukan yang tak semana-mana. Kenapa buku ini? Ternampak di MPH Bookstores. Agak lama saya berfikir untuk membelinya atau tidak, diakhirnya saya beli juga. Ya saya tertarik pada ulasan di belakang buku ini, buku ini pernah dijadikan sebagai teks sekolah untuk pelajaran sastera sekolah menengah pada tahun 80-an, malah pernah dialih bahasa. Tertanya-tanya didalam hati, kenapa buku ini? Apa yang istimewa tentang buku ini?


 Sahabat saya kata, kadang-kadang terasa ayatnya terlalu drama...ya mungkin tidak banyak diterima oleh orang sezaman saya atau lebih muda dari saya. Saya baca jua dengan hati yang terbuka tanpa diskriminasi, kerana buku ini agak berbeza dengan buku-buku yang saya pernah saya baca.

Di terbitkan pada tahun 1968, kisah tentang Mazni dengan ibunya, Zaki,  Karim, kisah manusia yang suka bersangka buruk, kisah manusia yang percaya tanpa usul periksa, kisah manusia yang lebih suka mendengar kata-kata lebih dari mempercayai keluarga sendiri, kisah manusia yang mementingkan darjat, kisah manusia yang mensiakan peluang kedua, kisah manusia yang pada mulanya tabah dan kuat tapi akhirnya jatuh dek situasi yang yang menjerat, kisah yang manusia tidak boleh memuaskan hati setiap orang, dan kisah manusia yang bila jatuh tetap harus bangun kuat melangkah kehadapan. Walaupun hanya nipis bukunya, banyak pengisiannya.

Pada pendapat saya, buku ini memang padat dengan kisah realiti hiduap manusia pada masa dulu, masa sekarang malah mungkin pada masa akan datang. Ia padat dengan pengajaran, motivasi, nilai-nilai murni untuk kita semua. Ya mungkin gaya bahasanya  agak terlalu hmm..entah macam mana saya mahu katakan ya, pada masa sekarang mungkin kita tidak berkomunikasi begitu lagi, agak terlalu ibarat dalam drama sahaja. Ataupun sebenarnya rakyat Malaysia kita sudah kurang bercakap dengan bahasa baku mungkin, entahlah.

Bagi saya, ia adalah "buku yang banyak isinya berbanding soleknya " (dari lyd). Ayat dan bahasa yang digunakan puitis dalam pada yang sama sangat mudah untuk difahami, apa yang berlaku dalam Badai Semalam tidak dapat lari dari apa yang selalu berlaku dalam kehidupan realiti seharian, mungkin tidak semua tapi sedikit darinya ada pada setiap manusia.

Buku ini acap kali digarapkan sebagai drama di TV, dan juga tidak lama lagi teater Badai Semalam akan dipentaskan di Istana Budaya pada bulan November 2011. Minat teater? Ya saya suka...tapi... :)

Penulis belajar sesuatu pada kali ini, yang dalam membaca atau apa sahaja pun, sentiasa buka minda buka hati, Tidak semestinya kita hanya perlu fokuskan pada apa yang kita suka, dan tidak semestinya apa yang anda suka orang lain akan suka, dan tidak semestinya anda kena pastikan orang lain suka apa yang anda suka, dan ada kalanya juga kita kena terima apa yang orang lain suka, ya tolak ansur.

Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t adalah berbeza tetapi objektif hidupnya sama sahaja, ya semuanya kerana ALLAH s.w.t.

Wallaua'lam bissawab. ^__^



No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (32) Akhlak (42) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (15) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (19) Dua' (14) Education (54) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (77) My Reading (42) My Stories (224) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (16) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (28) Tarbiyah (120) Tazkirah (109) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)