Sponsored Link

Thursday, August 18, 2011

Bacaan pada minggu ini: Jibam oleh Ujang



Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Hari ini saya nak share sebuah buku yang pernah dibaca oleh saya semasa masih remaja lagi. Dan Selasa baru-baru ini, saya berkesempatan untuk membeli dan menambah koleksi bacaan saya, ada di MPH. Hmm...dulu abang saya yang beli buku ini...dan bukunya entah ke mana sudah, hilang di kampung...ya saya menangis bila membaca buku ini dan juga sambil ketawa, dan saya geram dan marah pada sesetengah watak, penulis Ujang pandai bermain dengan kata-katanya.

Hmm bagi saya buku ini penuh pengajaran dan peringatan dan membuat kita berfikir, adakah diri ini adalah salah seorang dari mereka, berfikir-fikir bila melakukan kejahatan terhadap orang lain, berfikir-fikir nanti bila buat jahat pasti akan dapat balasannya kembali...dan watak-watak dalam novel ini ada gambaran realiti terhadap sebahagian masyarakat kita sekarang...dan ia adalah kisah kasih dan sayang dalam keluarga, ya cinta tanpa bersyarat, kisah sahabat yang berbudi...kisah tentang dendam, iri hati, cemburu, tamak, pentingkan diri sendiri dan harta, kisah budak kurang upaya, kisah pemikiran manusia yang masih kolot...kisah manusia yang sanggup berbuat apa sahaja...

Hmm, saya punya pandangan sila beli dan baca sendiri k...^_^

Dan saya masih menanti-nantikan filemnya...

Maklumat:

Penulis: Ujang
Harga: RM12.90
Terbitan: CESB
Sinopsis:
"Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya, benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia disambut bukan di pesta besar. Sambutan yang diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Air mata adalah teman, tetapi tak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah, penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun dia tetap tabah..."
"Kalau Kau Menjadi Aku Aku yakin Kau Mengerti"

Gambar-JIBAM (SOFT COVER)

Penulis: Terima kasih untuk Selasa, sahabat... ^__^

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (32) Akhlak (42) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (15) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (19) Dua' (14) Education (54) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (77) My Reading (42) My Stories (224) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (16) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (28) Tarbiyah (120) Tazkirah (109) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)