Sponsored Link

Monday, July 11, 2011

La Tahzan (Don't Be Sad): Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan 3

Penulis: Sambungan dari bahagian yang kedua untuk rumusan buku...^_^
Nama Buku: Jangan Bersedih (Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan)
Penulis: Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni
Penterjemah: Noraine Abu
Penyunting: Dr. Mohd Puzhi Usop
Cetakan 2011, Al Hidayah Publication.

32. Kesedihan Bukan Keharusan

Jangan bersedih, tidak harus bersedih dengan melampau. Bersedih itu tidak digalakkan dalam Islam. Allah berfirman dalam Surah Al-Hijr: 88.

"Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu) dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan); dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin)."
Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh roh semangat dan membekukan jiwa. Sedih tidak mendatangkan sebarang manfaat.

Pohonlah kepada Allah " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut dan dari bebanan hutang dan tekanan orang jahat."

Dengan kesedihan apa sahaja yang baik, yang indah dan gembira akan layu dan kelam. Namun perlu ingat kesedihan itu memang tidak dapat tidak dihindari dan ianya pasti akan dilalui oleh seseorang.

Maka jadikanlah kesedihan itu sebagai lonjakan untuk dapatkan pahala, ada sedih yang terpuji atau sebaliknya berdasarkan  sebab mengapa seorang bersedih. Cukuplah Alla sebagai pelindung.

33. Senyumlah

Senyum itu adalah sedekah. Sentiasalah bersenyum namun berhati-hati dengan tawa yang melampau.

Senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yang telus dan untuk menutupi perangai yang tidak baik.

Jiwa yang sentiasa tersenyum akan melihat kesulitan dengan tenang sambil berusaha mengatasinya. Penyakit yang mampu mematikan jiwa adalah persaan rendah diri, jangan terlalu merendah diri dan jangan membongkakkan diri dan angkuh. Ingatlah, apa yang baik itu dari Allah, dan yang tidak baik itu adalah dari kita.

"Ya tuhan, hamba Mu ini telah membiarkan diri sendiri hanyut dengan kesedihan yang melampau, yang menyebabkan hati sendiri mati, Ya Allah, hamba Mu ini ingin kembali, ya ingin kembali!!!"

Jangan bersedih hargailah apa yang kamu ada sekarang dan orang yang disekeliling kamu.

34. Kesengsaraan itu Penuh hikmah

Janganlah membenci rasa sedih itu kerana besar kemungkinan ia ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya tulusnya sebuah doa dan keikhlasan hati ucapkan zikir adalah datang dari hati yang sakit.

Kebanyakan orang yang sangat berjaya, selalunya mereka pasti mengalami perkara yang sedih terdahulu.

35. Ilmu Pengetahuan dapat membuat Bahagia

Kebodohan itu adalah tanda kematian jiwa, terbunuhnya kehidupan dan mensia-siakan umur. Sebaliknya, ilmu adalah cahaya bagi hati nurani, menghidupkan jiwa dan pemacu semangat.

Carilah ilmu pasti anda akan bahagia, selalulah membaca buku.

36. Kebahagiaan itu Mudah diraih.

Hiduplah dengan bahagia, kerana ia lebih menyenangkan dari hidup bersedih, hati akam menjadi selapang-lapangnya. Bagaimana untuk raih bahagia?

The power of mind!!! The most important is how you think and what u think!!! It's all in your mind!!!

Tingkatkan daya ketahanan jiwa. Tidak gentar dengan pelbagai jenis peristiwa. Tidak sibuk memikirkan perkara-perkara yang kecil dan remeh. Jangan terlalu khuatir dan rendah semangat. Luaskan pemikiran kamu, jangan sempitkan fikiran kamu. Pandang dari semua segi dan aspek. Jaga pemikiran anda.

Untuk raih bahagia dan gembira, tempatkan dan pandang kehidupan ini sesuai dengan keadaan yang sebenar, hindari angan-angan yang lebih.

Jangan bersedih, hanya anda yang mampu mengubahnya...^_^

37. Kendalikan Perasaan anda

Jangan biarkan diri anda dikaburi dan buta dengan perasaan yang membuta hati dan mata. Rasa sedih yang amat, rasa marah yang amat, rasa gembira yang amat, rasa benci yang amat, rasa takut yang amat, rasa suka yang amat, ketawa yang amat, rasa cinta yang amat, jauhkan diri anda dengan semua ini. Kelak ia akan memakan diri.

Rasullullah S.a.w bersabda:

"Aku memohon kepada Mu (ya Allah) agar aku selalu boleh bersikap sederhana ketika marah ataupun senang."

Kita adalah umat Rasullulah, ya ummatan wasatan!!!

38. Cintailah Rasulullah, Nescaya Anda Akan menemui Kebahagiaan.

Kenali Rasulullah dan cintailah beliau kerana beliau sangat menyayangi umatnya. Selawat dan Salam ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya serta para sahabat-sahabatnya.

39. Singkirkan Kebosanan dari hidup anda.

Pelbagaikan aktiviti dalam kehidupan anda. Suka membaca, pelbagaikan pilihan buku bacaan anda, suka aktiviti luaran dan lasak, pelbagaikan jenis yang kamu lakukan, suka mengembara, pelbagaikan tempat anda mengembara. Suka berkawan, pelbagaikan sahabat dan kawan-kawan anda. Suka bersukan, banyakkan jenis aktiviti bersukan anda.

Jangan terlalu terikat dengan kepada satu atau dua tiga perkara sahaja. Ya pelbagaikan minat anda.

40. Singkirkan kegelisahan anda.

Buangkan kegelisahan dari diri anda. Jangan bersedih, anggap sahaja diri anda tidak akan hidup kecuali sehari saja, iaitu hari ini, jadi kenapa kita perlukan sia-sia hari ini untuk kesedihan, kemarahan dan kekesalan. astaghfirullahalazim. Manusia mudah lupa.

Hiduplah pada batasan hari ini sahaja, jangan mengingat-ingat masa lalu dan jangan pula merasa risau dengan masa yang akan datang.

Jangan bersedih , kerana qadak dan qadar telah ditentukan dan ditetapkan. Kesedihan tidak akan mendahulukan atau melambatkan kenyataan yang terjadi.

Jangan habiskan usia anda dengan bersedih, jangan sia-siakan malam-malam anda dengan kecemasan dan juga waktu anda. Sesungguhnya Allah tidak suka menyukai manusia yang mensia-siakan waktu.


41. Jangan bersedih, Tuhan maha Pengampun dan maha Penerima Taubat.

Allah sentiasa bersama hambanya, jangan bersedih atas keselipan dan dosa-dosa yang lalu. Allah maha pengampun dan maha pengasih.

"Semua orang di antara kalian pasti pernah melakukan dosa dan Sebaik-baik orang melakukan dosa adalah mereka yang mahu bertaubat."

Pintu Taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya.

42. Akan bersambung kemudian di bahagian ke empat.
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (32) Akhlak (42) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (15) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (19) Dua' (14) Education (54) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (77) My Reading (42) My Stories (224) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (16) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (28) Tarbiyah (120) Tazkirah (109) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)