Sponsored Link

Monday, February 28, 2011

Wanita...renung renung-renungkan.


WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK  ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAH  UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA  DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN   BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI  DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH  SAYANG.

Belajarlah Untuk Berkata 'Cukup'

Dear my friendsss...

Something to b ponder...

Assalamualaikum warahmatullah...
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian
muslimin & orang2 yang beramal soleh...
Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk. Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.
Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.
Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta
Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?
Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita
sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata.
Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita? Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?
Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak!
Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya. Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya.
Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah... Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always
greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.
Siapa yang taknak gaji besar, kan? Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.
Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga.
Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga! Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar!
Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.
Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari.
Ini benar2 terkesan dalam hati saya. Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik.
Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut. Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja. Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir.
Apa yang kita buru?
Apa yang kita cari?
Apa yang kita dapat?
Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong.
Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin... Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....
Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kebodohan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah Wassalamualaikum warahmatullah...
penulis: nukilan seorang hamba Allah pada 19th september 2005

Dalam Diamku ~ Siti Nurhaliza & Krisdayanti ~

Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa

Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
*
Kata hatiku
Ku simpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi
**
Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Chorus
Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini
Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Daku terus mencari
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Ulang *
Ulang **

Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Ulang Chorus
Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah lepaskanlah

Ulang Chorus
Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi

Sunday, February 27, 2011

Cerita yang tak sudah-sudah...

Mari kita senyum sahaja.....Hahahahhaha, terkena lagi untuk entah berapa kalikan sampai tidak tahu kira, sudah padan dengan muka kamu sendiri.....sememangnya kamu tunggukan...akhirnya ada juga.....ya sungguh sememangnya saya yakin ingat tidak akan ada apa-berlaku, akan okay....ingat takkan jatuh lagi, tetapi ya tetapi sungguh hati sangat lemah.... jatuh lagi malah mengalir dengan laju...kenapa masih ada rasa itu...Ya Allah, sungguh kamu ingin mengujikan hamba Mu ya lemah ini berbanyak kali.....ya salah kamu sendiri...jangan salahkan sesiapa salahkan hati kamu yg sangat lemah!!!

Tidak mengapa, mari kita doakan yang terbaik untuk kegembiraan orang lain dan kebahagian orang lain....ya ia nampak gembira saja nampak suka sangat!!!, ya itu yang ia sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dan bukan kamu, sila sedar diri sekali lagi dan berbanyak kali!!! kamu nak ia ditayangkan berapa kali pada kamu, dan mahu dibuktikan berapa kali baru kamu ingin percaya!!!!

Cuma kadangkala, terfikir dan terdetik dihati mengapa setiap kali sudah hampir berjaya menenangkan hati, melapangkan hati ada sahaja perkara yang diingatkan kembali....tolonglah saya hanya manusia biasa....ya manusia yang biasa masih ada perasaan bukannya robot, Ya Allah, lindungilah hambamu ini....jauhilah diri ini daripada manusia yang hanya ingin mempermainkan perasaan hamba Mu yang lemah, agakknya seronok kot...entah!!! saya sendiri pun tidak faham......sudah penat, sudah letih untuk memikirnya...walaupun kadangkala hati ini.........masih ingin......hmmm......hmmm......cukup2 lah tu wahai penulis...sila sedar kembali....

Ya Allah ku doakan agar pemudahkanlah perjalanannannya, tetapkanlah hatinya, berikanlah petunjuk dan hidayah padanya...insya Allah sungguh jika kira itu takdirnya....insya Allah saya akan terima dan akan redha, sungguh suatu hari nanti Allah akan melapangkan juga hati ini insya Allah....amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin....dan sungguh sangat ku harapkan ia untuk kali terakhir cukup2lah tu dah tak terkira berapa kali bila ku mengharap supaya jadi yang terakhir....bertaubatlah...mahu sangatkah sehingga ingin tertanam perasaan benci dalam hati ini...Ya Allah elakkanlah....sungguh tak mahu, penuhkanlah sikap pemaaf, penyabar, pemurah dalam hati ini elakkan ku dari sifat mazmumah Ya Allah....

cuma ya sedih, ia sudah lupakan permintaannya, ya pasti, kamu saja yang teringatkan?...ya ia sudah mendahului kamu,....mana boleh sama pergi dengan kamu yang tiada apa-apa dan yang memang tidak penting bukan!!!!....so sekali lagi sila sedar diri sendiri.....


lalallaalalala.....sendirian lagi.....lalalalalalalalala........:( :( :(........tak suka dengan itu mari tukar dengan ini......^____^

Penulis: Kuatkanlah hati ini, kuatkanlah iman ku, kuatkan iman ku, biar hati ini menjadi sekeras batu agar tidak akan tersentuh lagi pada masa akan datang, lapangkanlah hati ini, lapangkanlah dada ini...penuhilah hati dengan rasa syukur kepada mu ya Allah....jauhilah perasaan sedih hati ini, ya Allah....

Friday, February 25, 2011

Kelebihan ayat kursi...............

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:


"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
me: 18th September 2005

Warkah Cinta Buat Hawa.....



Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah...

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah hawa janji Tuhan kita, Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang
iman lelaki

me: nukilan rasa seorang hamba Allah pada Sepetmber 16, 2005

Thursday, February 24, 2011

Doa Melangsaikan Hutang.



Ya Allah cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal (sehingga aku terhindar daripada yang haram. Cukupkanlah aku dengan kurniaan mu sehingga aku tidak meminta) kepada selain-Mu.” “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah Yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam Kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Engkaulah (Wahai Tuhan) Yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah Yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga Yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah Yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah Yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, tanpa hitungan hisabnya. Wahai Tuhan Yang Maha pemurah dan Maha Penyayang di dunia dan di akhirat. Engkaulah Yang memberi daripada kedua-duanya sesiapa yang Engkau kehendaki dan menahannya dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Kasihanilah aku dengan rahmat yang memadai daripada aku mengharapkan rahmat daripada sesiapa sahaja selain Mu.”....amin amin amin...ya rabbal alamin....

Peringatan!!!

Sila sedar dengan kelemahan diri sendiri Norlaily Osman!!! dan ingat kelemahan itu sememangnya sudah sejak azali dan tidak akan boleh diubah dengan apa cara sekalipun melainkan kiranya ia sanggup diterima...................hmmmmm......Ya kadang kala kita beria menyatakan yang boleh menerima kelemahan dan kelebihan orang....sedangkan mungkin orang tidak boleh menerima kelemahan atau kelebihan, atau baik buruk kamu  kamu Norlaily Osman.....Ya sila sedar, dan memang sedang menyedarkan diri, dan sememangnya sangat sedar diri...yang bahawa diri ini sememangnya tidak sempurna....sangat banyak kelemahan diri, alangkah baiknya...............hmmmmmm....sampai tak mampu nak tulis apa-apa....

Tiada manusia yang sempurna, masing-masing ada kelemahan diri dan kelebihan masing-masing, yang indahnya jika kelemahan diri ini dapat dilengkapi dengan kelebihannnya dan kelemahan dirinya dapat dilengkapi oleh kelebihan diri ini, Subhanallah....apa yang sama kita boleh jadikan pengukuh perhubungan apa yang tidak sama jangan kita jadikan alasan sebagai menjauhkan diri....ia boleh jadi rencah/rempah ratus untuk mewarnai sesuatu perhubungan....^__^......

sudah tiada daya...kadang kala terasa diri mencari penyakit sendiri....kalau mampu cuba elakkan....sungguh kiranya itu takdirnya.....Insya Allah hambaMu ini akan sentiasa redha dengan ketentuan Mu, Ya Allah...kurniakanlah hambamu ini petunjuk dan hidayahmu...sememangnya...hamba hanyalah wanita yang sangat lemah.....lenakanlah tidurku Ya Allah, lapangkanlah hati ini.......

me:...wah sangat melayan perasaan....ishishishish....

Tuesday, February 22, 2011

Kela Camp, Raub Pahang: Motivational And Leadership Skill Training Camp 2011

11th February 2011 until 13th February: Memory remains....^_^, it takes me about a week to complete this writing...hahaha...nak taip and salin semula...and yes pictures too many pictures....can check at Black mistgun facebook profile.( 4 album that's mean almost 800 pictures Wow!!!)..sendiri pun tak tengok lagi, geng2 lain dah habis berkomen komen...hmm dan saya hanya bace dari email bila diaorg tag sampai notifications betntuk rupe gambar tak tau, mood tuk mengomen takde and yang paling penting takde laptop and akses tuk lihat!!! entah bila nak beli pun tak tahu. Sndiri tanye perlu ke, keperluan atau kehendak?...ah mungkin itu yang lebih baikkan??? setakat bergantung pada handphone sekarang boleh check status aje...gambor chinonet (kecil) ajer nampak...

p/s: bila bace balik rasa macam bukan kite yang tulis...huhu...keserabutan!!!....apa pun ini ditulis menurut matakacaku, penglihatanku..mungkin di mata yang lain mungkin berbeza...jika ada detail yang teringat kemudian...akan saya coretkan kemudian dan ditambah....
Friday, 11th February 2011

6.30am: Assalamualaikum, ya perjalanan ini sudah bermula sejak pagi lagi, barang-barang pun dikemas selepas subuh, malam semalam takde mood langsung. Baru ada feeling tuk travel and camping, perasaan yang agak berat tuk pergi, kenapa ya???...hmmm...pergi sajalah bukannya ada apa-apa pun...insya Allah semua akan selamat dan baik2 aja...hahaha same saje dengan zizah gak kemas pagi. Mandi n then baru kemas. Aduih beg camping tali tercabut pulak terpaksa bawak dua beg kecik....hmmm....sebab zizah dah siap kemas, minta dia prepare sandwiches...hehehe....dia memang pandai buat sandwiches and nasi goreng antara yang paling sedap di dunia.

9.00am: Saya dan Zizah berkumpul di exit tower 10, kak G, Fazli, Amin, Hajar...yes Time is GOLD...like k g said..hehe terlambat gak sket...so turun jalan kaki ke entrance main campus Cheras. Sampai-sampai student dah ramai, includes intake batch 200804, 200803, 200903, & 200904 and staff 13 orang staff. Masih ada yang datang lambat student and staff...haish...Time is GOLD!!!...Hmmm pening dengan bayaran student (al maklumlah saya tak berapa pandai dengan maths ni nasib baik ada ziziah), and staff gak...GULP...pegang duit banyak banyak ni, iya itu satu amanah, insya Allah boleh dilakukan dengan baik...walaupun takut dan risau, terasa amat diri dipercayai oleh orang lain...kan dulu2 saye memang suke jadi bendahari...:)

10.30am: Rasenye dalam jam itu bertolak ke Raub, ya mari menuju ke Pahang, ada dua bus so semua jumlah lebih kurang 67 orang betul tak? rasenyerlah. Kumaran sebagai drebar as usual...u r the best...sambil layan filem, kumar pasang Magika, tak pernah tengok...so layan sket2 aje...okay zizah hidang sandwiches...semua puji....^_^...and habis laku...so next time Zizah boleh buat lagi....

Tapi paling best jupe dengan Noormaliza, yessssssszaaa cik Aja kita, dari gossip utara sampailah ke selatan kami masukkan, tak habis gelak, issues yang serius, yang lucu, yang tak patut, issues sensitif, yang ade pengajaran semua termasuk...pendek kata pantang berjupe....hahaha miss u lah cik Aja....^_^...nanti sambung balik ya.....hahah lagi satu entah sapelah beli air minuman Hot Choco..kononnye boleh jadi panas seingat saya memang jadi boleh kot..mungkin kami yang salah teknik kot....mungkin...gaya cam orang kampung kami berdua...well memang saya mengaku saya hanya orang kampung aje....orang yang sangat biasa....

Pas tu kumar pasang "Hantu kak limah balik kampung"...err betul tak 'title' tu...tak pasti sangat...tapi yang pasti citer nyer kelakar habis...hahah betul kata ija....hmm...saya memang suka kuat gelak, cube control tapi biaselah, THIS IS ME..habis student kat belakang, terkejut agaknye bila melihat miss laily macam ni, nak buat macam mana yer...haish....INGAT ketawa itu boleh mengelapkan hati...belajar control lagi yer laily....:(....banyak ketawa di dunia kelak kamu menangis kemudian hari....ni pun dah selalu sangat menangis....:(...huhuhu

1.00pm: Lunch time, hmm betul ke waktu tu, tak pasti sangatlah lebih kurang, so bagi semua pelajar lelaki and staff, bermusafir, so tak perlu solat Jumaat...wah kat Raub pun layan ikan patin gak ker?...aduish sedap tapi mahalnyer...and tagline pertama jupe....RM!!!...hahaha...garang betuii orang Raub nie...heheh Pahang people perlu manis2kan muka lagi...so jom sambung perjalanan...sambung lagi citer...jalan agak jem...

3.30pm: Lebih kurang lah sampai rasenyer...nak dekat sampai tuh...line kejap ade kejap takde...hmm...away from dunia luar buat sementara....last year, saya pergi satu hari saje sampai malam. Sampai briefing dari En Azmi and Abah....heheh...petang agak activity bebas and ade ice breaking, aduish budak2 ni main game macam dapat menag 1 Juta RM ajer...hahah...hmm staff pun lebih kurang same, Ketuak (another tagline dari hajar lab) n Hajar...hehehe..best semua bekerjasama...apa yang penting kerja sama!!! Ling ling Chi aaaa!!!...Main Puzzle, susun puzzle, teka silang kata, lukis ikut dot...well actually the game is great, bagus student semua semangat, sampai saya kena lenyek pun ade..huhu..tak ingat dah waktu tu lecturer ke student ker...hahahha.....same ajer..ganas betui kata kak G....

tapi tapi...sentiasa ade tapi, pemakaian student setengah nyer gaya cam nak gi areobic pun ade!!!..dah tegur, cuma silap kami ya sila saya lupe nak berpesan pada mereka supaya jaga tingkahlaku, perkataan...dan segalanya..kemungkinan perkara yang malam itu mungkin tidak akan berlaku,(a'ah ada hikmahnya nya laily), supaya banyakkan bezikir dan membaca fatihah, serta ayat kursi semoga dilindungi pada Allah al-maklumlah kita masuk dalam hutan. Cuma pasal seluar, dah habis tu aje yang seluar tu aje dibwak oleh mereka...so nasib kamulah labi....petang lepas game Yosh jom terjun sungei....huhu...air sungainya sangat deras n agak keruh berbanding tahun lepas...aduish terfikir dihati bolehkah saya berakit ni...huhu...sukaaaaaaaaaaaaaanya main air sungei...hehehe

6.00pm: time makan rasanya....persiapkan diri tuk malam....malam aktiviti night trekking...or night walk...yeah saya sangat suka...tapinya...Hujan yang sangat lebat...ingatkan dah dicancel tapi diteruskan juga...wah sungguh semangat budak budak masterskill nie...

9.00pm: Seperti telah dikatakan, hujan kadang kala renyai, dan terusnya lebat, warming up pun dalam hujan, Masya Allah...sejuknya nya waktu nie....tapi best rasenye dah berzaman tak mandi and main air hujan!!!.....student dibahagikan kepada 4 kumpulan oleh en Azmi, and satu kumpulan staff...oh ya siapakah staff yang ikut...kali ni tak seramai tahun lepas...^__^ tapi masih havoc cam biase u ar all the best lah....

terdiri dari Fazli, Amin, Jimy ( staff A n R, baru kenal), Suhaimi, Kumaran, Nana, Nina, Aja, Nora, kak G, Zizah, Hajar, n Saye....hmm well...

Night Walk: Lampu picit tidak dibenarkan bawa, hanya lampu kecil dibawa oleh ketuak (Fazli), kami memulakan perjalanan dengan doa oleh Cik Aja kita, insya Allah semua akn selamat...agak berdebar gak waktu ni, dah lame tak night walk. Lindungilah kami dari sekalian makhluk mu Ya Allah, ya kami nampak dan tidak juga tidak nampak. Berbaris macam ala keretapi, agak lucu jugak dalam hujan, dalam lecah, lecak, becak, licin, tergelincir, semua adalah terkeluar sampai tak tau nak kata apa dah...ketahanan dari mental, fizikal dan emosi amat diperlukan.

Yang saye sendiri belajar waktu ini, mengawal perasaan takut, mempercayai orang dihadapan, dan ya kerjasama sangat penting, orang dihadapan perlu bagitau apa yang kita akan hadapi banjir kecil, elakkan ranting, akar, dan sebagainya. Terima kasih banyak pada hajar yang tk pernah lepas pegang tangan, dan terima ksih pada ketuak dihadapan....sentiasa inform cuma kadangkala...informasinya terputus di tengah jalan....Kami adalah kumpulan ke 3 selepas group kedua student, dan seterusnya group 4 and 5.

kita tak nampak apa apa pun....Learning to trust your senses...masya Allah terasa sangat bersyukur dikurniakan mata yang boleh melihat dan telinga untuk mendengar...terasa bersalah kdgkala kita menyalah gunakan nikmat yang dua dua nie...Alhamdulillah sang pacat tiada waktu ni..cuma sang nyamuk yang sentiasa dahagakan darah...hahaha...nasib baik sang nyamuk saja..kalau lain mahkluk...Masya Allah terasa diri ini sangat kecil, dan terasa diri ni sangat lemah tanpa bantuan orang disekeliling, lucky didepan saye si adik hajar yang sangat gagah hehehe...^_^

oh ya setiap orang tidak boleh sebut nama hanya number, rules dalam hutan. yang saya ingat number saya (9) n kak gie(6)...hehe yang agak rendah..okay saye mengaku kami memang rendah sedikit berbanding orang lain...hahahahah kalau jupe sungei beritahulah pada kami, takut takut tenggelam tak timbul dah..hhmmm..minta dijauhkanlah...n Jimy(10) and kumar(11) dibelakang...depan skli Amin (2) n Fazli (1)...rasa selamat dilindungi 4 hulubalang nih...hahaha...nana (3) n Zizah (7)....huhu kalau panggil name pun buat tak dengar takut nak menjawab dalam hutan....

Checkpoint by checkpoint kami berhenti ternampak langit yang agak cerah, pokok2, indahnya ciptaan tuhan, ade ternampak fireflies, teringat janji terasa nak pergi ke mana yang kat selangor tu boleh tengok kelip2...hmm tak pasti..mungkin suatu hari boleh pergi...:)
dan bau badan, bau tanah, bau lecah..bermacam bau2lah...menunjukkan manusia tiada bezanya hanya sama saja...ya kerdilnya aku kerdilnya aku ya Allah... tergamak kami kdgkala berjalan dengan angkuhnya di bumi mu Ya Allah...

Checkpoint pertama selepas melalui ladang kelap sawit tak silap lah, seterusnya meneruskan perjalanan sehingga perkampungan orang asli, alahai namanya sudah ku lupa, tapi banyak anjing, orang asli sekarang sudah moden ada astro...hehe....so lepas perkampungan orang asli kami menuju ke checkpoint seterusnya....untuk night walk seorang seorang....

Night walk seorang seorang: Satu perkara yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila oleh diri saye. Checkpoint seterusnya, sepatutnya menyeberang sungai, tapi atas nasihat seterusnya sungai terlalu deras dan bahaya maka kami melalui jalan TAR (bukan di jalan masjid india ye) tapi yang bertar, Alhamdulillah. setiap ahli kumpulan dilepaskan seorang demi seorang melalui ladang kelapa sawit atas tar...dan panduan kami hanyalah lampu merah kecil yang terletak di tepi jalan. Masya Allah...sungguh waktu ni berdebar sungguh hati, takut dan cemas menunggu waktu giliran. Adusih boleh kah?...boleh insya Allah....tapi cuba untuk berkurang tuk bercakap, diwaktu ini, dalam hati dah mula berzikir 3 kul sentiasa dibacakan...

kumpulan student pertama, settle dan baru kumpulan staff..hmm one bye one, selepas hajar , saya seterusnya...hmm..bercampur baur perasaan waktu tuh, semua ada, mata ni cuba ku fokuskan kepada lampu merah kecil itu sahaja, tidak mahu dipandang kiri atau kanan, takut terbayang-bayang yang bukan-bukan. Semua cerita seram yang pernah tengok muncul....huhu...tapi sejak mula perjalanan ini dilangkah dengan kaki kanan, kedua-dua belah tangan ku pegang dengan erat, cuba melawan rasa kesejukan sejak tadilagi, dalam mulut ku berzikir Allahuakbar, tak henti henti, dlalam hati dibacekan 3 kul, tak lepas, tidak henti2 jugak...

Ya Allah sungguh waktu ini terasa kecik diri ini, lemahnya sebab yang hanya terbayang hanyalah perlindunganmu dan memohon perlindungan dari Mu, bermacam macam bunyi, paling saya takutkan bukan mahkluk halus tapi lebih lebih takutkan kalau tiba-tiba ada binatang buas, kalau ada yang menyerang, apa yang harus dilakukan, ingin berlari tapi kaki tak mampu, mula ku kira jumlah lampu merah, 1, 2, 3, .... hingga lost count.

Terasa lamanya perjalanan ni, bilakah ia akan berakhir, hamir menitiskan air mata tapi kutahan...norlaily kena tabah....ya sungguh tidak putus ku berzikir memohon perlindungan dari Mu Ya Allah. Bayangan pokok pisang terbayangkan benda lain...huhuhu...kukira agaknya kalau terang dan diambil muka waktu, ditorehpun takkan berdarah agaknya, dan kalau diambil gambarnya pasti lucu...:)..terasa seperti orang buta berjalan, sekali lagi terasa bersyukur dengan peglihatan ini...mana tahu ada waktu Allah ingin menguji mengambil nikmat penglihatan ini, ya Allah ampunilah dosaku.

Dalam ditengah perjalanan terdengar tapak kasut, harus ku fikirkan itu jimy kot atau kumar, aduish lajunyer diaorg berjalan, nak panggil takut yang lain pulak yang menyahut...makin lama akhirnya sampai jugak...terdengar suara budak2 ni bising, sungguh kelegaan yang amat sangat, Fazli sebut name rase lega amat sangat, lepas tu kak G, terus ku peluk saja....dalam kegelapan nampak juga diaorg...huhu bila sampai hampir menitis air mata...

Sungguh pengalaman yang sungguh berbeza, penat terasa berjalan tak terasa bila sampai destinasi.

Apa lagi bila semua dah sampai, berjalan menuju ke Camp, saya, nana, kumar jogging ditengah tengah malam...hahaha...kejap jog kejap walk...sampi ditinggalkan saya dibelakang nana n kumar kedepan....

OTW, ternampak hafizuddin balik naik motor berdua, aduish kenapa ya?...then tak lama ade satu kereta menuju ke tempat trekkin lak...mungkin tiada ada apa2...yang penting dah terasa penat sangat nak cepat sampai ke camp...belum sempat panas bercakap..baru nak berborak dan nak mandi...maka bermula satu malam yang amat panjang dan penat....

12.00am, Histeria, rasuk, Yassin, zikir: Saya sendiri tak pasti bila ia bermula, yang tahu mereka sampai dengan kereta sambut sahaja, sudah berteriak " Panas, panas, miss panas..." Astaghfirullahalazim...mula dibawa ke kantin pastu diangkut semua ke surau, sudah hilang fokus yang saya tahu cuba bantu, cuba kuatkan hati tenangkan jiwa sekuat mungkin. kalau tidak kuatkan siapa lagi yang mahu bantu...malas nak ikutkan rasa hati...tapi terharu dengan semua yang masing cuba bantu membantu setakat mana yang boleh selagi daya boleh, dan kadang kala yang penakut boleh jadi berani......

Ya saya bukan ustazah, malah ilmu didada pun tidak cukup, apa yang mampu hanyalah dibisikkan zikir ke telinga, dibacakan al-Fatihah, ayat kursi, zikir berulang-ulang kali sampai tak kenal penat, dalam hati sungguh menduga keimanan ketabahan hati Ya Allah, last dibacakan Yassin pun tergagap jadinya, hingga garau suara...yang mampu baca yassin baca yassin, yang mampu azan mengazankan, yang dibacakan ayat kursi, disapukan air ayat bacaan kursi ke muka...ya masih ku ingat student tu (ina)...kuat betul sahabatnya menemani, kasihan dia...tak habis kata panas panas, menjerit sampai pucat mukanya...Ya Allah syaitan durjana pergilah dikau...diwaktu ini dalam hati berdoa ya Allah ampunilah dosa kami semua...kenape mahkluk ini masih mengganggu....

Tak sangka disaat sudah mahu mengalah dan penat...muncul seorang yang kuat suaranya, bagi semangat dan aku pun dapat semangat....hehehe nana...kuat suaranya bagi semangat kembali...."Ingat Allah, tiada yang lebih berkuasa dari Dia, ikut miss sebut Allahuakbar!!!....ikut kuartkan hati kuatkan semangat, Subhanallah..."...ya kadangkala diwaktu hampir mengalah ada yang datang memberi semangat (bila dikenang balik terasa macam dalam ayat drama)....masya Allah yang baca yassin sungguh sedap suaranya....ya dan yang mengazankan...Subhanallah masing2 dengan kelebihan masing2..buat apa yang termampu....kadangkala hanya berada disitu sekali pun dah cukup....kakak-kakak, makcik yang disitu...semua bantu...disapukan air ayat kursi....Terima kasih semua....

Ya tak silap saya ada 4 student, sungguh saya mengaku saya tidak mampu seperti orang lain untuk pergi ke setiap student, tak cukup kuat....Alhamdulillah hampir pulih setiap orang...cuma yang paling degil tertinggal...hmmm....sungguh terasa macam dalam drama...."okay drama, drama, drama!!!!" (another tagline di camp ni...hahaha)....


Suaranya tidak berubah masih yang sama, cuma agak lantang dan kasar bahasanya, dan keupayaannya lebih dari seorang lelaki, ada student yang kena tendang, ada pakcik yang kena sepak...aduih dialognya jugak...dalam ketakutan ada klakarnya...."lepaskan aku, aku nak pulang" "Bodoh, tak belajar tinggi" "datang dari bandar kacau tempat aku""ooh pakcik handsome, lepaskan lah aku, ko handsomekan???...dan macam-macam lagi ayat-ayatnya sampai ku terlupa dan malas nak dengar....aduish masih terngiang-ngiang...dan ternampak matanya waktu tu...iye nasuha nasuha pakcik tu pulak panggil suhana...

pada waktu ini, student yang dua orang dah okay, hmmm....terharu ada nampak student 090304 turut mebantu...kalau ikutkan mereka bukan kenal sangat pun....tapi mereka berada disitu....sampai pukul 3 am, aku memandang pada kak G, Nina, Hajar tak mampu melawan kesejukan, hatipun tak sekuat mana pun dah...terasa amat penat sangat.....lagi nak tunggu yang sorang ni settle ni kuat sungguh dia, harus mandi, bersihkan diri...mengaku kalah meminta diri...kes nasuha, en Azmi panggil orang tuk ubatkan...tak pasti siapa....

Mengaku ya mengaku, pertama kali berhadapan situasi sebegini, sungguh bersyukur punya pengalaman sebegini, kalau boleh tak mahu diulang lagi...kekuatan mental, sipritual and fizikal memang amat diperlukan.....


3.30am: nana n zizah sudah lena, saya pun sendiri masih belum lena, tak boleh nak lelapkan mata masih terngiang-ngiang n membayangkan yang bukan2....asyik terjaga....kejap tido kejap tak....end!!!

waktu pagi selepas exercise, melihat dan melawat nasuha di surau dia tido, pakcik tu kata dalam pukul 4am baru selamat, orang yang ubat tu bagi satu minyak disuruh selawatkan dan disapukan pada nadi...Ya Allah kesianya dia, nampak sangat lenmah dan penat....akhirnya dibawa Suhaimi n Kumar ke hospital... atas nasihat Fazli....maklum tenaga yang dikeluarkan adalah seperti lelaki....
salah seorang instructor tu kata...ia berlaku sebelum jalan night walk sorang2, selpeas group kami pergi, yang kena pertama kali adalah nasuha dan baru izzati, dan ina...n yang lain...katanyer dia pengsan, guling ats tar sampai tendang pakcik tu...aduish kesiannya
Saturday, 12th February 2011

7.00am: Subuh agak lewat, game pagi best...hahaha...memang badan yang cergas minda cerdas. Breakfast yang ada aje, plan berakit ditunda pada hari esok, so jungle trekking pada hari ini, atas sebab keaadaan sungai yang agak deras dan berbahaya. Oh ye mase di camp kenal dengan adik isma...hehehe sangat tulus, jujur apa saja diminda dia cakap, siapa yang ingin dikenali ditanye pada saye...hahahaha....zizah kata anak pada kakak yang buat sambal belacan yang best tuh...entah tak pasti ler....

9.00am: Well jam ni pun tak sure, lebih kurang ataupun mungkin lagi lewat...Yang pasti jungle trekking nyer hampir 3 jam 45 minit, turun naik, mendaki, menurun bukit yang agak licin, menyusuri anak sungai, air terjun. Wah pengalaman yang sangat best...masuk hutan...hmm penat, walaupun pun penat tapi tetap gembira...dan berjumpa pacat-pacat yang berada dihutan. Memanjat bukit menggunakan tali...memang lincir..tergelincir....

Lebih kurang apa yang dialami setiap kali trekking atau hiking, tapi tempat yang berlainan, orang yang berlainan...so rasa yang berlainan. Udara yang sangat segar, pokok2 yang berlainan...terlalu banyak buluh...nak diceritakan pada setiap perjalanan agak penat rasenyer..tapi terasa macam ade suara yang sudah mula menganggu pulak...hmm...haish...cukup2lah tu....istiqamahkanlah hati tu...YA atau TIDAk saje....hmm....haish termasuk bab lain pulak....

tertinggal waktu menyusuri air sungai yang deras...menggunakan tali...rasenyer cam hampir dihanyutkan oleh air aje....tapi best best...^_^


Apa yang suka bukan untuk menghabiskan perjalanan, tapiapa yang dialami dalam perjalanan.....ya badan sangat letih tapi kaki tetap ingin meneruskan perjalanan, Ya Allah student terlalu menjerit takut terhadap pacat, ya saye pun geli, tapi jangan dilayan sangat....Alhamdulillah tiada kesan pacat selepas habis perjalanan...Dan mereka tak habis merungut, wahai students ku adaptasikan perjalanan ini seperti perjalan hidupmu pasti kamu akan jadi manusia yang lebih bersyukur dan tabah.....

Hidup ini terasa seperti trekking, ada naik, ada turun, ada kesusahan, setiap tempat ada yang ranjau berduri, kadangkala kita melalui dengan senang kadangkala kena berusaha lebih...ya hidup itu seperti itu juga. Sebab itu kalau orang tanye kenape saye suka masuk hutan, suka menyusahkan diri, sebab apa yang kita pelajari adalah latihan minda dan jasmani. yang mungkin kita tidak dapati dari everyday life yang biasa....selain itu menghargai menysyukuri nikmat yang diberikan ALLAH...cantiknya keindahan alam....

Bagaimana nak pijak, bagaimana nak naik...tapak mana yang perlu dielak semua perlu fikiran bukan takat pakai main pijak semua memerlukan daya fikiran yang tajam, jalan mana yang senang tapi bahaya, yang susah tapi selamat...semangat setiakawan, kerja sama, saling membantu....semua kita alami...waktuu itu nak kenal kawan same susah same senang...tau batasan diri masing2 dan tahu setakat mana yang kita boleh capai... bagi saya BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT, kerana PERJALANAN HIDUP INI SANGAT PANJANG DI WAKTU YANG SAMA IA SANGAT PENDEK...hahah fikir-fikirkanlah...sebab itu suka bercamping, jauh dari tamadun, kita boleh kenal diri kita siapa...seorang yang berani atau bukan, seorang yang suka cabaran atau tidak, seorang yang mudah putus asa ataupun tidak.....ya ada hikmahnya....saya sendiri belajar untuk mengenal diri saya sendiri....

Wahai student2ku dan sahabat2ku...ini yang kamu perlu aplikasi dalam kehidupan....setiap tapak yang melangkah ada maknanya bukan langkah yang sembrono saja.....

ya paling glamer pada waktu ini...tagline "drama, drama, drama" walaupun agak lawak....tapi bagiku ada benarnya...memang manusia didunia sentiasa hidup dalam lakonan...menyembunyikan muka yang sebenar, perasaan yang sebenar, kadangkala tak tahu "watak" (diri) mereka sebenar....ya seperti ku pernah katakan....dunia ini adalah pentas teater yang paling besar, dan penamatnya sentiasa dalam bentuk berbeza..kadangkala memeranjatkan orang lain dan juga diri sendiri....Life is always full with suprises....^_____^

Hmm di akhir perjalanan, cuma agak kecewa ada student yang terlalu kurang ajar, sampai agak melampui batas..kasihan pada Kak G, ingat kami semua masih umur lagi tua dari kamu, dan masih lagi guru kamu...ada masa kami boleh dibawa bergurau, ada masa kamu perlu ada rase hormat, bukan maksudnya kami ini perlu dipuja macam anak raja...cuma dari tutur kata kamu sahaja...budi bahasa mencerminkan peribadi kamu wahai adik2ku....

Di akhir checkpoint, Ya Abah memperkenalkan 3 tumbuhan yang saya sendiri dah lupa namanya, ada pokok senduduk ( daunnya boleh digunakan untuk cabut pacat), pokok yang digunakan untuk bina rumah, untuk atap( tak ingat namanya) sampai boleh tahan untuk 6 hingga 7 tahun..masya Allah hebatnya ciptaan tuhan.... dan buah rotan, dan daun cemerai. (boleh dibuat sayur manis pucuknya ditambah keledek ya encik saya sangat suka sayur tu, kampung katanyer)...^___^

Akhirnya perjalanan berakhir di sungai berhadapan dengan Kela Camp...ya mandi mari bersihkan diri.....best lagi sekali...mandi sungeeeeeeeeeeei!!!...sukaaaaaaaaaaaa...^_^

1.00pm: Makan tengah hari dan lebih kurang aktiviti flying fox, jambatan burma, titian gantung and jaring-jaring tu tak tahu namanya apa....Penjelasan yang sangat lengkap diberikan pada para peserta oleh pihak Kela Camp En Azmi n Abah...wah baruku tahu mahalnya alat-alatan yang digunakan...so walaupun last year dah buat...tahun ni buat sekali lagi....

Pada waktu ini juga Datuk Ahmad n wife and anaknya (aisha) sampai....aduih respect habis dengan family Datuk sangat sporting dan sanggup turun padang....datin sangat peramah dan very down to earth, boleh aje layan borak dari stau topik ke satu topik......and sama gak dengan aisha....so Aisha turut join juga...heheh Datuk next time boleh join plak yer....

6.00pm: Makan malam and mandi manda...aktiviti bebas...bersiap sedia untuk malam BBQ...well nana n zizah kata and compare last year...hanya tunggu duduk and makan saja....so bagi kumpulan ni tak tahulah..tengok ajer lah dulu....
8.00pm: bersiap sedia untuk program malam ni, sendiri saye tidak tahu apa tentaive nyer tuk malam ni, Joe as mc ( good job joe)...some game (Boomboomboom, rebut kerusi, kotak beracun) some birthday celebration, some karaoke???karaoke???karaoke???arghh...terasa malas nak ingat....well overall, nak kata best, tak jugak, nak kata okaylah..okay saje...mereka dah cuba yang terbaik dan setakat mana yang mereka mampu....well not badlah....
Cuma agak bengang bila nampak ada staff terpaksa bakar ayam...aduih budak2 nie...memang nak kena....nasib dengar cakap in the end pergi jugak tolong...kesian bila tengok perempuan staff kena panas-panas nih....takkan diaorg nak bakarkan kot..tau diaorg ikhlas..tapi sebagai tetamukan...takkan staff nak bakarkan ayam tuk student, senang2 aje duduk...kalau buat same 2tak kisahlah ini...ish ish...masih budak2 biarkan ajer....

Cuma sebelum BBQ, nampak perubahan ada sekumpulan student yang sembahyang berjemaah disebabkan kisah semalam...Alhamdulillah...bagsuslah...cuma staff aje yang tak joint..huhuhu..itu termasuk sayelah...

12.30am: Bersurai...huhu tido awallah malam nie..walaupun malam ini adalah malam yang terakhir yang terakhir....

Sunday, 13th February 2011.

7.00am: Huhuhu...aerobic yang paling best yang paling seronok...hahaha cayalah Kela camp, aaduish sampai pancit saye...hahahaha...lagu2nya enjoy sangat!!!Game tiup belon...er perlu kot....and itik bertelur....kuukukuku....okay breakfast...sungai menunjukkan ada harapan untuk berakit cerah wah berdebarnya...boleh ker nie, mampu ker....BOLEH!!!!...then breakfast...rase macam terngiang ada suara...aduishlah...sekali lagi.....ya hampir menangis lagi....

9.00am: Same juga...mungkin waktu yang lebih kurang...okay perjalanan menuju ke sungai....dimulakan dengan menaiki lori...wah duduk dibelakang trak...wah serius ingat waktu kenaboi( rasa cam nak berkayak lagi ajer)....sebelum berakit buat water confident dulu....wah best...melintang dan meniarap...hahaha betul ker?..pakai taram aje...then persembahan berkumpulan...cayalah staff semua....^_^........LING LING CHI AAA...kalau boleh nanti nak tengok gambar mungkin akan attachkan kat sini....^__^ serius cantik sangaaaaaaaaaaaaat!!!.....then continue melalui sungai ke tempat berakit....waktu ni aku ade tergelincir.....

waktu ni aisha same dengan jimy n nora, Berakit menggunakan rakit buloh, pendayung juga buloh...wah terasa kesusahan dan keberatan...mula ingatkan..bersama dengan zizah n nana, tapi Abah panggil digabungkan dengan student lak...izzati izzati....^_^...okaylah...bagus jugak dia...kadangkala dah penat dia pulak yang bagi arahan....hahahha....

Banyak checkpoint, berhenti tambah dengan lapar, air sungai yang agak deras...well sebenarnya agak bahaya....lala kelamaan dapat juga membiasakan cuma tak nampak apa yang didayung, sungai agak keruh, dan kami mendahului...dalam perjalanan berakit berjumpa kak G n Fazli...ya terasa lapar dan penat sangat...asyik2 berhenti dielakang diaorang jugak....

Sampai ada ketika sudah terpisah jauh dari nana n zizah dan berjumpa balik, dan terpisah lagi ....

Ending perjalanan, agak mencemaskan dan detail nya sangat tidak jelas, kalau ada video tangkap lagi bagus....apa yang saya ingat bila sampai diselekoh terakhir ternampak rakit Kak G n Fazli ditepi cam tersepit, agak riso nampak k g macam terlepas....nana n zizah saye dah tak nampak....lepas tu terdengar suara lepaskan rakit tak pasti siapa, saye dengan izzati agak cemas..fikir nak turun tak..yang pasti air sangat laju in the end terjun jugak dari rakit tapi tak lepaskan rakit...dalam dihanyutkan tu ternampak zizah...pelik....sebab dia bersama dengan student...nak cuba bantu zizah tapi tak mampu seba air deras sangat...its better dihanyutkan saje..kasihan zizah dah phobia air... ...nana tak tahu dimana dah waktu tuh...pastu dalam kecemasan tu, aku paksa diri naik rakit balik...baru cuba pegang rakit zizah n student tu.....akhirnya kami sampai di checkpoint yang terakhir....
Well ending perjalanan agak mencemaskan dan mendebarkan Alhamdulillah semua selamat, walaupun zizah hampir lemas macam-macam dah berlaku, tangan nana terpijak atau terduduk...ada rakit yang tersepit...orang tersepit....apa-apapun apa yang berlaku terlalu cepat hingga nak recall balik pun dah ingat-ingat lupa...

terima kasih dekat semua instructor ahli2 kela camp, kawan2, student2...semua tolong bantu membantu kamisemua, memang air sangat deras...terasa berat waktu mendayung....alhamdulillah tiada kecederaan yang sangat teruk bila hanyut hanyut sajalah....

3.30pm: Sangat lama waktu berakit, lunch, prepare nak balik...tambah penat hampir rasa taknak mandi, tak boleh nak fokus...kira duit aduih sampai pening tambah lembab dengan maths aku lost count...kena mintak tolong dengan joe gak akhirnya....hahahha..alhamdulillah masih okay lagi dengan amanah.....^_^

Waktu dia orang buat closing saya pergi mandi...ahhaha...dengan cepatnyer berkemas....salam dengan semua ucap terima kasih dengan pihak camp...barulah bus bertolak..orang yang paling akhir sekali bersiap kot....huhuhu

6.00pm: Baru bertolak ke Kuala Lumpur, walaupun penat tapi mata tak mahu tido dalam bas...setakat pejamkan mata saja....

9.00pm: Finally sampai di TOWER 10...Alhamdulillah....^_^

Joget Kenangan Manis ~ Sudirman~



Riuh kicau unggas rimba
Langit biru kala senja
Kini engkau jauh dari mata
Hatiku merindu tiap masa

Pagi hari pergi pekan
Pakai baju bunga-bunga
Bila hati sedang kesepian
Ku tulis untuk mu surat cinta

Memanglah hai adat berkasih
Berpisah selalu gelisah
Terbayang kenangan yang manis
Terasa kau ada bersama

Padamu hai si jantung hati
Dalam tidur ku termimpi-mimpi
Selagi kita berjauhan
Hati rindu tiada tertahan

Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Saban hari ku menanti waktu
Pulanglah segera kepada ku

me: ya antara lagu yang suka gak...sekarang diradio banyak pasang lagu Sudirman..bagi mengenangkan pemergiannya....

Apa Khabar Orang Kampung ~ Sudirman~

Apa khabar orang kampung
Lama sudah tak berjumpa
Minta-minta semuanya
Di dalam sihat sejahtera

Apa khabar orang kampung
Bilakah dapat berjumpa
Kirim-kirimlah berita
Janganlah senyap sahaja

Orang kampung merantau jauh
Mencari ilmu di kota
Orang kampung merantau jauh
Mencari rezki di kota

Asal ada kemahuan
Semua jadi kenyataan

Cukuplah sampai di sini
Lain kali cerita lagi
Doa restu untuk kita
Panjang umur kita berjumpa

me: antara lagu Sudirman yang saye suke...^_^

Tidur yang tak lena.

Susah nak lelapkan mata, walaupun dah baring sejak 10.00pm, terlelap baru dalam 11pm...aduih...then dalam 4.00am..sudah terjaga..sampai sekarang memang tak boleh nak pejamkan mata balik...aduih norlaily norlaily....APAKAH yang sedang berlaku...sampai bila mahu macam nih....

Friday, February 18, 2011

Tuhan Berikan Aku Cinta ~Ayu Shita~

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta



Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

me: hubb ila rabb....

Wednesday, February 16, 2011

Keserabutan....kelemahan....keletihan...ketakutan...

Ya Allah ku memohon padaMu sebagai hambaMu seorang wanita yang lemah...ku pohon agar kuatkanlah imanku, kuatkanlah imanku, kuatkanlah imanku, Ya Allah, dan kuatkanlah hatiku, istiqamahkanlah hatiku, tenangkanlah perasaan ini, lapangklah dadaku, dan tetapkanlah hatiku ya Allah, sungguh kiranya itu takdirnya Ya Allah, maka aku redha aku terima,  pada Kau yang maha kuasa, padaMu aku akan kembali jua akhirnya, dan sesungguhnya Kau lebih mengetahui daripadaku....kenapa ia masih berat di hati ini....

Sungguh ya Allah Kau jika itu adalah ujianku disebabkan dosa-dosaku yang silam, maka sebagai hambamu aku terima, maka jadikanlah ia sebagai penambah pahala kepadaku atas sikap sabar terhadap musibah ini.  Ya Allah kenapa harus diingatkan kembali perkara-perkara yang telah lepas, 2 kali, ya dan mengalir lagi, dan diulang lagi sampai sesak dadaku, dalam situasi yang lain ya iya sangat indah sangat sukaaaaaaaaaaaaaaa!!!!taaaaaaaaaaapi bila difikirkan kembali.............!!!!!....aaah....jangan salahkan orang lain, Norlaily, salah kamu!!!! ya salah kamu!!! kamu yang lemah hati kamu yang terlalu mengikut perasaan, mungkin itu bukan untukmu didengari!!!!!..buka mata buka mindamu!!!!

Ya Allah aku memohon ampun atas dosa-dosaku, ku beristighfar padamu, berilahkanlah petunjuk atas apa yang harus aku lakukan, kiranya ia baik untuk pengidupanku sama ada di dunia dan akhirat maka permudahkanlah, dekatkanlah ia, dan berikanlah petunjuk dan jalan pada ku Ya Allah, namun kiranya ia tidak baik untuk kehidupanku agamaku, didunia dan diakhirat, maka jauhkanlah ia, palingkanlah hati ini, dan berilah jalan dan petunjuk kepadaku untuk mengatasinya Ya Allah. aaaaaaamin ya rabbaaaaaaal alamin........sungguh diwaktu kala ini ku sangat rindu untuk sujud kepadamu....sangat rindu untuk menunaikan solat, sangat rindu untuk melafazkan, membaca ayat-ayat sucimu....

Ingatlah: Allah berfirman "Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggkan diri." Al-Hadid:23...

Ya Allah ampunilah aku kerana aku bersedih dipagi hari terasa diri kadang kala tidak bersyukur dengan Mu, sesungguhnya aku tidak bermaksud untuk tidak bersyukur, Ya Allah kau berilakan petunjuk dan hidayah Mu kepadaku, terangilah dan amankanlah hati ini...

Tuesday, February 08, 2011

Mukjizat Yasin


Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..

Ø Ayat 1 - 9    -       Untuk keselamatan diri 
Ø Ayat 9        -       Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ø Ayat 12       -       Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal 
                                 oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ø Ayat 13 - 35  -       Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ø Ayat 22 - 23  -       Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ø Ayat 29       -       Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan 
                                  mulut.
Ø Ayat 29       -       Utk igunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok 
                                 selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ø Ayat 30       -       Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus
                                  sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ø Ayat 32       -       Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya:Ingat
                                 yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, 
                                 Kita orang        Islam dll.
Ø Ayat 33 - 35  -       Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam.
                                    Tanaman akan subur.
Ø Ayat 36       -       Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan
                                berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang 
                               belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
                              Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi
                        sebelum   keluar rumah.
Ø Ayat 37       -       Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering 
                                akan hidup semula.
Ø Ayat 38       -       Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang
                                 satu.
Ø Ayat 39       -       Mengisahkan ilmu falak.
Ø Ayat 40       -       Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 41       -       Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal Elok dibaca sewaktu menaiki
                                 kenderaan.
Ø Ayat 44       -       Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan
                                fitnah dalam hidup.
Ø Ayat 45 - 48  -       Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ø Ayat 49       -       Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
            o Tiupan pertama        -       Datang dengan tiba-tiba o Tiupan ke-dua         -       Hancur o Tiupan ke-tiga        -       Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ø Ayat 50       -       Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ø Ayat 58       -       Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan
                                 sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ø Ayat 76       -       Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
Ø Ayat 76       -       Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut
                                 dada, bacalah ayat tsbt.
Ø Ayat 78 - 79  -       Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula
                                    daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat)
                                    menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"(Ayat 78 dan
                                   79)- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital
                                   pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ø Ayat 79       -       Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya
                                 pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ø Ayat 82       -       Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan
                                 minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang
                                 bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x)
                                berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.


Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

Ø Yasin is the jantung of Al-Quran
Ø Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran
Ø Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
o Child is sick
o Feeling troubled.
o Memudahkan urusan
o Memudahkan perjalanan
o As selusoh (to ease pain when giving birth)
Ø Read Yasin (3x) over water
Ø Read 3 Qul (three times each)
Ø Fatihah
Ø Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
Ø Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.


Ayat 9 - "Waja'alna...."

Ø Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup ditiap-tiap penjuru rumah..
Ø Lindungi diri dari dianiaya
Ø Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Ø Baca Ayat 9
Ø Fatihah
Ø Read 3 Qul (three times each) Ø Ayat Kursi

Ayat 29 - "In kanat illa...."

Ø Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.
Ayat 36 - "subhanallazi.."
Ø Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
Ø Ya Wadud (3x)

Ayat 58 - "Salamun..."

Ø Jika sakit anggota
Ø Tak tenang hati
Ø Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 - "Falayahzun.."

Ø Bila rasa sedih
Ø Untuk menenangkan hati
Ø Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."

Ø Tulang patah
Ø Sakit sendi
Ø Sakit lutut

Ayat 82 - "Innama amruhu.."

Ø Jika mandul
Ø Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan

Dry method

o       Sembahyang tahjud
o       Sembahyang hajat
        oDoa minta hajat
o       Baca ayat 100 x dengan yakin
o       Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan) o Seperti di atas o Bila baca ayat, tiup dalam air o Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain o Doa sambil minum o Untuk 41 pagi

Dalam YASSIN merangkum:

Ø Ilmu Pertanian
Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.

P/s : yg penting, apa yg dilakukan mustilah ikhlas & bertawakal..


WaAllahua'lam...

My Babbling

Advice (31) Akhlak (42) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (19) Dua' (14) Education (54) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (223) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (28) Tarbiyah (120) Tazkirah (109) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)