Sponsored Link

Sunday, March 29, 2015

Pengajaran Hari Ini: Ilmu


Auzubillahi minas syaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... 

Semoga hari ni lebih baik dari semalam bagi pengembara jalanan ini :)

Hari ini penulis ingin kongsikan betapa berharganya ilmu biar sekecil mana pun apatah lagi jika ilmu yang besar.

Apa yang betul melekat dikepala saya dan apa yang saya belajar hari ini ialah, ILMU jika tidak diamalkan biar sebesar zarah pun akan hilang begitu sahaja, ia akan menjadi sia-sia, apatah lagi ilmu yang sebesar gunung.

Hari ini saya hampir menjadi hilang arah, memikirkan apa silap saya bila tidak boleh melakukan sesuatu, sebab apa, kenapa, adakah diri ini terlalu bodoh atau sudah terlalu tua?

Namun jika kita focus dan bersungguh berdoa dan ikhlas pada Allah s.w.t ilmu yang hilang itu akan datang kembali.

Kehilangan sesuatu ilmu membuatkan diri ini sebagai hamba begitu rasa kerdil sekali,yang kita sebenarnya tiada apa-apa tanpa bantuan dan kekuasaan Allah. Dan sungguh waktu itulah kita rasa nikmatnya dengan sujud syukur.

Sungguh benarlah ia boleh datang kembali dengan tiba-tiba juga hilang dengan tiba-tiba. Benarlah Kuasa Allah #kunfayakun#

Sujud syukur kerana gembira.

Ilmu yang kita dapati boleh diingati sampai bila-bila namun ia jugak boleh hilang dengan tiba-tiba dengan sekelip mata. Ia datang dan pergi tanpa diduga.

Jadi, ingin saya nyatakan amalkan ilmu yang ada didalam hati dan minda,hargailah ia dengan ikhlas dan kerana Allah s.w.t tak kira sekecil mana pun Ilmu itu apatah lagi ilmu yang besar faedahnya.

Jangan jadikan ia sia-sia...wallahu'allambissawab.

P/s: Jika pembaca yg dikasihi membaca penulisan ssemalam, diri yang kerdil ini ingin memohon maaf, kerana terlalu ikut emosi, penulis akui kadang kala dibutakan emosi, namun disinilah tempat penulis meluahkan rasa yang kadangkala tidak mampu diluahkan dengan siapa-siapa ^^. Hari ini Alhamdulillah lebih baik dari semalam :)

My blog is my therapy as always ^^.

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (30) Akhlak (41) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (18) Dua' (14) Education (53) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (223) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)