Sponsored Link

Monday, November 19, 2012

Petai oh Petai!

Auzubillahi minas syaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum...

Salam untuk buat pembaca sekalian, huhu berlainan betul tajuk entry saya kali ini.

Sebenarnya entry ni dah lama cuma tak dipostkan, saya ingat nak letak gambar, tapi biasalah kekangan oleh tiada camera. Maka saya postkan jugak akhirnya...

Maka saya mahu bertanya adakah pembaca makan petai? Saya pasti ramai yang tidak makan,dan ada juga yang makan. hhee...ikut selera makan sendirilahkan....yang pasti saya orang kampung...:)

Kalau tanya pakar masakan kalau petai ini dimasakkan dengan sambal ikan bilis dengan petai, sambal tumis udang/sotong/ikan bilis, gulai lemak ikan, asam tempoyak patin, masak tempoyak daun pucuk ubi, dan juga letak dalam sambal kulat sisir.....huhu memang sangat best. Letak dalam nasik goreng pun memang sedap...ikut selera masing-masing lah...makan petai rebus atau petai bakar pun best dengan nasik.

Tetapi biasalah, ada orang tak tahan dengan baunya bukan...air kencing pun akan berbau...well ada banyak cara yang kita boleh buat untuk hilangkan bau tersebut. :)...tetapi yelah dalam Islam benda yang berbau kuat ni, tak silap saya makruh...hmm...saya tak pasti, ni kena bertanya yang lebih arif, saya bukan Ustazah.

Petai juga ada banyak khasiatnya, hmm...yang pasti untuk pengalaman saya sendiri dia membantu penghadaman :).

Saya budak kampung ya tidak malu mengaku saya makan petai, hmm tapi saya hanya makan yang masak sahaja tak kisah dalam apa...cuma ulam petai yang mentah tak makan...:)

Nama scientific petai adalah "Parkia Speciosa". Ia juga dikenali sebagai pete atau petih disesetengah tempat. Petai juga boleh didapati Malaysia, Indonesia, Singapore, Laos dan juga beberapa tempat yang lain seperti selatan India dan selatan Thailand.

Beberapa minggu yang lepas, mak ajak pergi pasar Temerloh, nak cari petai katanya nak buat jeruk, lagipun tengah musim banyak petai. Hmm apa yang berubah bagi saya, harga petai memang bertambah mahal.

So apa yang nak saya ceritakan bagaimana proses membuat petai jeruk...hehe...maaf tiada gambar, yang pasti memang banyak sekali, berpuloh-puloh papan. So saya pun sebagai anak mithali (kononnya) tolong mak saya sikit-sikit...hehe

Anyway, memang senang aje nak buat...hehe yang penat adalah bila kena picit keluar biji petai dari kulitnya.

Petai Jeruk (Resepi Mak):

1. Rebus Petai dengan kulitnya sekali, bila kulitnya dari hijua terang tukar kepada warna hijau gelap sikit, boleh angkat. Setakat cukup masak, jangan terlalu lama nanti tak "crunchy".
2. Sejukkan Petai, dan tekan petai dari kulit sangat senang, dia akan terus keluar aje, jangan buang selaput putih tu. Buatlah sampai habis.
3. Then selepas siap picit keluar, basuh hingga bersih dengan air sejuk biasa, toskan sekejap bagi kering.
4. Lepas itu baru masukkan dalam botol yang bersih, letak garam kasar secukupnya dan biar semalaman. Tak perlu letak dalam peti sejuk. (dengan cara ini ia akan tahan lebih lama dan lagi sedap)
5. Keesokkan harinya baru masukkan air masak dan boleh letak dalam peti. So dalam sehari atau dua kemudian bolehlah makan.

Petai jeruk ni boleh tahan berbulan-bulan, kalau beli siap agak mahal, lebih berbaloi kalau buat sendiri, bukan susah pun. Sedap makan boleh kata sebagai pembuka selera. :)

Nak lagi best, bila keluarkan untuk makan, pecahkan lada kecik...fuh best.


Okaylah, sehingga waktu lain, wassalam.


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)