Sponsored Link

Monday, November 19, 2012

Buah Oh Buah! Musim buah Dah Tiba!


Auzubillahi minas syaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum... 

Salam Buat Pembaca, semoga berada dalam keadaan yang baik. Hmm..apa yang saya nak ceritakan kali ini...hehe, banyak pulak saya cite...:)...layan ajerlah kan...tak nak tak yah bace aje...hehe...

Musim buah sudah tiba, ya di kampung saya, kampung anda bagaimana?

Mungkin dah bermula, mungkin juga dah nak habis pun dan mungkin juga dah lama habis. hehehe...:)

Dulu-dulu biasanya, musim buah ni sangat di tunggu-tunggu, lebih-lebih lagi waktu cuti sekolah. Sekarang bagaimana? mungkin lebih banyak membeli.

Dulu-dulu seronok dapat kutip durian, kait pokok rambutan, pokok jambu putih, jambu merah, panjat pokok manggis, Panjat pokok? ye minta maaf...masa kanak-kanak saya memang suka panjang pokok dengan abg min...hahaha...see penulis bukanlah perempuan melayu terakhir...

Cuma sekarang dah tak mampu, huhu..badan berat...hehehe...

Hmm, Alhamdulillah, musim buah agak menjadi di rumah saya.

Area rumah di kg taklah besar, tapi adalah 2 3 jenis buah buahan, ada pokok durian, pokok rambutan, ciku, manggis, pokok pisang dan rambutan gading/kuning.

Arwah ayah memang suka berkebun, dia yang banyak tanam. Tetapi belakang rumah taklah besar sangat, sikit tu adalah.

Mak pun dulu suka dengan orkid dan bunga kertas, banyak yang ditanam, tetapi sekarang minat tu dah hilang, sama juga hilanglah pokok tersebut.

Dulu rumah ni,penuh dengan lengkuas, kunyit, serai...hmm tapi sekarang dah kurang. Mak lebih senang kalau beli aje...huhu...dia dah tak larat nak jaga...saya pulak jarang ade di rumah...harap yang lain pun takdelah...


Anak-anak buah takde tunjuk minat pulak untuk bercucuk tanam...huhu...

Berbalik semula mengenai musim buah, Alhamdulillah durian kali ini agak menjadi, minggu lepas balik, mak kata durian baru nak belajar gugur. Orang kata biasanya, kalau tuan meninggal...memang biasa buahnya akan lebat...hmmm...pembaca rase macam mane?...bagi saya memang sudah rezeki kan? tiada kaitan apa-apa.

Yang gugur ada yang sedap dan manis, ada yang tak dan tawar...banyak juga saya makan...huhu...

Sekarang mak tengah beriye buat tempoyak...nak simpan...yang tahun lepas dah habis....senang aje nak buat tempoyak...hehe...yang letih mengukut isi durian dari bijinye aje. Dah kukut, simpan dalam bekas, letak garam kasar secukupnya, simpan dalam peti atau letak diluar pun takde masalah.

Anyway, kalau ditepi jalan, kiri dan kanan, banyak buah-buahan dijual, dan sudah pasti tidak ketinggalan raja buah kita.

Ye yang sedap bagi saya tetap buah-buahan tempatan...huhu...

Okaylah...sampai disini sahaja, selamat menjamu selera dengan buah-buahan, jangan makan banyak sangat nanti boleh demam dan batuk...tambahan pulak musim hujan ni...

Sila enjoy musim buah di rumah atau di kampung anda okay di musim cuti sekolah ni...:)

Wassalam ^__^.

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (30) Akhlak (41) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (18) Dua' (14) Education (53) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (223) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)