Sponsored Link

Wednesday, October 10, 2012

Hujan? Jom pergi mandi hujan! ^__^


Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 

Kehadapan para pembaca yang dikasihi sekalian, harap berada dalam keadaan sihat belaka di bawah rahmat Allah s.w.t.

Pasti anda berkata, apa kena dengan penulis ni...tidak waras agaknya mengajak bermain hujan dan bermandi hujan. :)

Ceritanya semalam hujan yang sangat lebat di Batu 9 Hulu Langat, Alhamdulillah ia tetap rezeki dan rahmat dari Allah s.w.t. Sangat lebat, malah bertambah hebat dengan ribut dan angin yang sangat kuat, serta petir dan kilat sabung meyabung. 

Saya yang sepatutnya pulang pada 4.30pm terpaksa tunda kerana tidak boleh keluar, pakai payung pun dah tak guna. Ada kawan yang terpaksa naik balik kerana hujan yang lebat tu. Malah ada pokok berhampiran kolej kami, tumbang. Begitulah betapa kuatnya angin.

Malah dalam perjalanan saya pergi ke Kumon, hampir setiap pokok yang saya nampak di gigi jalan, dahannya patah di tampar ribut. Begitu keras pun kayu akhirnya kalah jua dengan angin yang kuat. Pada saya, mungkin sudah sampai masanya dahan ditetas. Ada jalan yang kena 'block' akibat pokok tumbang.

Masya Allah, moga-moga tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kereta? hanya  harta didunia, moga-moga ada rezeki yang lebih baik untuk kamu  semua.

Sebenarnya agak lama tidak hujan, cuaca agak panas untuk beberapa hari. Sekarang, Alhamdulillah agak sejuk cuaca. sesejuk hati saya, aah mungkin...pergh...hhaha...
hmmm...entahlah....

Apapun hujan semalam tiba-tiba buat saya teringat zaman kanak-kanak saya, pembaca pernah mandi hujan? Saya 'sokmo' kot dulu...hahaha...selalu kena marah...yelah sampai demam..tapi taklah selalu sangat....kat rumah di kampung saya tu ada satu 'port' yang kalau hujan...dia akan turun macam ibarat air terjun...huhuhu....best....walapun kat rumah takde air terjun..ala2 boleh je kan?....rumah saya dekat ngan Sungai Pahang aje...:)

Yang selalu buat kerje ni, saya dan Abang minlah...huhu...apa dia buat saya 'follow'...saya ikooooooooooooooot...hahaha...hatta panjat pokok pun! :D...budak kampung katakan...ya saya hanya budak kampung :)

Rasa air hujan yang sejuk dan kuat membasahi kepala...sangat "fresh", biarpun waktu tu takot dengan petir dan kilat....tak menjadi masalah pun...huhu...tapi sekarang kalau saya pergi main hujan...mau mak saya kata buang tebiat agaknya budak ni...hahaha...

Terfikir saya, zaman sekarang ada lagi ke budak2 main air hujan? hujan sekarang sama ke, selamat kah? bersih kah?
tak kira dikampung atau dibandar....ataupun mereka tak endah sahaja, malahan takut...malah mungkin takut kena hujan asidkah?...:D

entahnya cuma saya rasa air hujan sekarang tak sebersih dulu kot, pandangan saya aje...saya bukan orang persekitaran atau ahli kaji cuaca...huhuhu...

mungkin ada juga ibubapa yang berkata jangan main hujan nanti demam...dan begitu dan begini....

mungkin mereka lebih sayang tinggalkan laptop, tab, ipad, tablet, iphone, psp, gameboy dan sebagainya....


hmmm ya zaman sudah berubah...namun mungkin perubahan itu adalah lebih baik...moga-moga...^_^....

Selamat mengingati zaman kanak-kanak anda dan melayan kesejukan hujan...:).

Akhirulkalam saya lampirkan doa apabila hujan turun semoga dapat kita amalkan . Malahan dikala hujan ini juga dikira waktu paling mustajab untuk diterima doa, jangan lepaskan peluang ya. :). Insya Allah akan dimakbulkan.


Doa Ketika Turun Hujan.
Ketika melihat hujan telah turun, Nabi biasa membaca doa di bawah ini :
اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا Allahumma shoyyiban naafi’an
“Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yang membawa manfaat.” (H.R. Al-Bukhary)
Jika merasa takut akan kemudharatan hujan, maka Nabi mengajarkan doa di bawah ini:
اللَّهُمَّ حَوْلَنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
 Allahumma haulanaa walaa ‘alaynaa, Allahumma ‘alal akaami wazharaabi wabuthuunil awdiyati wamanaa bitisy syajari..
"Wahai Tuhanku! Turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah musnahkan kami. Ya Allah! Engkau turunkanlah ia di atas gunung-gunung dan bukit-bukau, di lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” (H.R. Bukhari-Muslim)
DOa ketika Terdengar PetiR/Guruh/Halilintar.
سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمِدِهِ وَالْمَلاَئِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ 
subhanalladzii yusabbihur ra’du bihamidihi wal malaaikatu min khiifatihi
“Maha Suci Allah yang mana guruh ini mentasbihkan-Nya beserta memuji-Nya dan juga para malaikat mentasbihkan-Nya kerana takut kepada-Nya.” (H.R. Malik)
Jika tak ingat doa ni, maka ucapkan aje "La haula walaa quwwata illa billahil 'aliyyul a'zhiim" bila terdengar guruh/petir/ atau nampak kilat banyak kali pun dah cukup.

p/s: Ingat adab bila hujan/petir/guruh/ supaya Ber-tasyakkur (bersyukur),Ber-tadabbur (menghayati),  Ber-tafakkur (berfikir), Ber-taatsur (berkesan dengan kekuasaan Allah),Ber-ta’awwudz (memohon pelindung dengan Allah),  Ber-taqarrub (mendekatkan diri dengan Allah), Ber-taubatan Nasuuha (bertaubat).

 Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)