Sponsored Link

Wednesday, October 31, 2012

Pesan Arwah Ayah 2: Suka

Wan Nurul Zafirah (anak saudara yang ke 3)
Auzubillahi minas syaitanir rajim Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim... 

Salam pembaca yang dikasihi, izinkan saya, ya entry mengenai arwah ayah lagi..saya teringat Arwah ayah saya...sewaktu raya haji hari tu, terkenang, apa tidaknya, kerana selalunya setiap 4 hari berturut, pada 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah, pasti akan terdengan laungan takbir raya setiap lepas solat. Dia pasti laungkan takbir...masya Allah...Sekarang sunyi...ya emak dan saya rasa sunyi...harapkan abang2...hehehe tau tau ajelah...:)

Tak silap saya, maaf tolong betulkan kalau salah...sangat digalakkan untuk bertakbir raya selama empat hari tersebut setiap lepas solat. Itu bezanya Hari Raya Aidiladha dengan Aidilfitri. Kalau raya aidilfitri, tahu tak takbir raya hanya disunatkan dilaungkan sampai solat sunat raya Aidilfitri. Sebab itulah kalau ikutkan, Aidiladha patut lebih meriah kan? apatah lagi dengan adanya ibadah Qurban...hehe...entahlah...

Oh ya...balik pada tajuk 'entry' kali ini, suka...ya suka...manusia suka terhadap pelbagai perkara bukan? suka makan, suka jalan, suka pada orang, suka pada binatang, "like" kat FB....huhu... dan macam-macam lagilah...dan jika ada suka pasti ada yang kita tidak suka atau mungkin kita boleh kata tidak suka itulah benci terhadap sesuatu perkara....ya ikut selera masing-masing...

Pasti pembaca fikir, apa pulak Arwah ayah saya kata mengenai suka, ahli falsafah cinta ke arwah ayah saya?...hehehe...tentulah tidak amat jauh sekali...namun kadangkala terfikir macam mana emak dan Arwah ayah boleh bertahan perkahwinan hampir 50 tahun...ya Ayah saya pergi tanpa sempat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 50 tahun pada bulan 9 baru-baru ni...mengalir air mata emak bila terkenang pasal ni...sudahlah, Allah telah tentukan semuanya...ya bagi saya amat menakjubkan sesuatu perkahwinan itu boleh kekal selama itu...dan moga ia akan kekal hingga ke akhirat dan syurga insya Allah...ya "bercinta hingga ke syurga"

Tentang perihal suka ini, saya masih ingat...atau ingat-ingat lupa, dia berpesan pada saya masa saya sekolah menengah lagi, waktu ini kami sekeluarga mengalami dugaan yang agak hebat, apatah lagi hingga saya mula memberontak sebagai remaja, kerna tidak faham apa yang berlaku...dan ya waktu ini, kami diduga...mak jatuh sakit...saya tak beberapa pasti dalam tingkatan berape...mungkin form 1...entahlah...

(saya ubah jadi dialog drama skit okay...huhuhu...tapi maksudnya sama)

Arwah Ayah: Adik (manjalah sngt kononnya waktu tu panggil adik, ngee), kalau suka terhadap sesuatu, janganlah kamu suka sangat...biasa-biasa sahaja, kalau kamu terlalu suka, lama-lama ia akan memakan diri. Ingat tu, ni encik(panggilan saya pd ayah) kabo (beritahu) ye...

Saya: Suka? suka yang macam mana? suka pada apa? (budak remaja yang bingung tak faham apa2 waktu ni)

Ayah: Laa...sukalah suka yang amat sangat, yang melampaui batas...tidak kisahlah terhadap apa-apapun, makanan ke, baju ke, orang ke, lagu ke, artis ke...x kisahlah...ingat tu tau!!!

Saya: Hmm...(saya hanya mengangguk kepala saja, maklumlah budak remaja yg fikir leteran ayah saja, mana nak dengar sangat nasihat waktu ini..layan saja)

Bila dah dewasa, dan masuk belajar universiti, baru saya faham apa yang dimaksudkan arwah ayah, kaitannya rupanya ada berkait dengan emak saya...aah biarlah saya simpan disini sahaja...

Ya betul kata arwah ayah, tidak kira terhadap perkara apa pun, janganlah kita terlalu suka kelak memakan diri...dan sekarang saya perlu ubah...ya jangan terlalu suka...kerna akur...

Janganlah kita terlalu suka terhadap sesuatu perkara, jangan melebihi cinta kita kepada Allah, kerana kita tidak tahu bila-bila masa sahaja Allah boleh menguji kita, dan juga bila kita tidak suka (atau benci) sangat terhadap sesuatu, maka Allah juga boleh mendatangkannya pada kita dengan menguji kita...ingatlah tu...ya semua itu berlaku kerna Allah s.w.t...

Kadangkala kita fikir, pesanan ibubapa, guru-guru kita, ustaz, ustazah, pensyarah2...kita akan lupa bila dah lama-lama....tapi tidak...memang betulpun pesanan-pesanan mereka tetap akan lekat dalam lekat dalam minda kita cuma bukan pada waktu itu...kesannya agak lambat...selalunya bila terkena pada batang hidung sendiri....baru kita akan terkenang bukan...:)

Hmm...pesan arwah ayah berkaitan dengan ayat al-Quran, yang biasa kita dengar, namun adakah benar kita faham  dan boleh terima...sendiri kena fikir dan lebih tahu bukan?..:)..ya saya pasti para pembaca boleh semua boleh berfikir...

Allah berfirman:
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Ya acapkali dan selalu saya baca...senang dibaca dan difahami, namun tidak mudah untuk menerima jika hati yang lemah ni terlalu ikut perasaan...betul tak? dan kita juga selalu ingat-ingat lupa jika ujian melanda...

Saya membuat peringatan ini terhadap diri saya sebenarnya, agar hati dapat menerima...dan moga-moga kata Arwah ayah saya ni juga memberi peringatan pada para pembaca semua, Insya Allah.

Ingatlah apa yang baik itu datang dari Allah jua dan kita juga selalu lupa bahawa setiap musibah atau perkara buruk yang menimpa terhadap kita juga datang dari Allah s.w.t, sebab itu bila kite rasa cepat untuk mengeluh, marah, atau ingin mengeluarkan kata-kata buruk itu beringat-ingatlah dan berpada-pada, ada ucapan yang lebih baik untuk diucapkan...ingatlah setiap apa yang berlaku pada kita itu datang dari Allah s.w.t dan apa yang berlaku ke atas kita adalah kerana kehendaknya.....

Insya Allah ayuh kita cuba lakukan yang terbaik, ya moga hari ini lebih baik dari semalam.

Wassalam.

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (30) Akhlak (41) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (18) Dua' (14) Education (53) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (223) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)