Sponsored Link

Sunday, August 05, 2012

Bila kanak-kanak berkata 1

Irfan

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...


Kanak sesungguhnya sangat ikhlas dan tidak pandai menipu, mereka hanya kata apa yang ada dalam fikiran mereka tanpa rasa takut dan tidak ada niat langsung untuk melukai sesiapa, ya mereka sungguh suci sesuci embun pagi…

kadangkala terasa rindu dan ingin kembali pada zaman itu…

Untuk pengetahuan pembaca yang saya kasihi sekalian, saya mempunyai 16 anak saudara, 3 orang anak saudara perempuan dan 13 anak saudara lelaki…Alhamdulillah, rezeki Allah, buat masa ini insya Allah tiada penambahan….hehehe…abang dan kakak menyakat kalau ada mungkin ia dari saya…;P….akan datang insya Allah…J

Anak-anak saudara saya, yang paling sulung akan berumur 22 tahun bulan oktober nanti, manakala yang bongsu akan masuk 3 tahun pada bulan September nanti…sungguh kalau semua mereka ada dirumah, saya boleh jadi pening dan juga gelak tak sudah, garang semacam dan aneka ragamlah…madu dan racun juga untuk saya dan emak ^_^…

Saya nak kongsi satu perbualan yang kakak dengan anaknya yg bongsu sekarang, irfan…dia ceritakan pada saya selepas arwah ayah meninggal…dulu nak kongsi tapi tak bersedia lagi....

Irfan:Umi, kenape umi menangis? (memang mata kakak merah sambil menangis)
Umi: (Terdiam kakak sekejap)…umi menangislah, umi nangis sebab Ki(panggilan arwah ayah oleh cucunya) dah takde…umi sedih…
Irfan: Dia pulak yang diam ambil pandang muka ibunya….tapi tak lama dia kata kemudian; hmm umi kan ada engku (panggilan ayahnya)

Mungkin ingin memujuk ibunya barangkali, atau sekadar-kadar berkata-kata….
maklumlah bila kanak2 berkata-kata ^__^

Kejadian ini berlaku pada hari ayah meninggal, masa tu kakak baru balik dari hospital memang tengah menangis, dia nak gi tandas kakak yang teman…
Ya masih kecil anak itu, dalam usia 3 tahun apalah dia faham dengan kematian dan kehilangan, kita yang dewasa fikir, aah dia masih kecil,
tetapi selepas berape lama saya fikir, betapa dia nampak perkara yang sedih itu mudah bahawa kita masih ada orang disekeliling yang menyayangi kita…
yang harus kita sentiasa hargai….

Ya sebenarnya amat mudah cuma kita biasalah manusia yang ada perasaan…
Biarpun ada yang telah meninggalkan kita…pergi tidakkan kembali, tapi kita masih ada keluarga sekeliling ya syukurlah…jangan mudah terbawa-bawa dengan kesedihan…J..insyaa Allah suatu hari nanti kita semua akan pergi jua mengadap ilahi…Insya Allah moga kita semua akan ketemu di syurga….

mampukah?

hanya Allah sahaja yang tahu....

moga-moga diberi petunjuk dan hidayah insya Allah...:)


Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

2 comments:

  1. salam ramadhan

    sangat terharu membacanya. kanak-kanak seusia 3 tahun amat jujur dan tidak tahu berbohong, dia membisikkan apa yg terbit dari hatinya yg sangat suci.

    "umikan ada engku.." ianya sebuah ikhtiar yang dirasakan oleh anak itu sebagai sesuatu yg dapat membantu menenangkan ibunya. teringat anak angkat saya yg memukul kerusi yang saya terlanggar hingga membuat kaki saya sakit kerana baginya kerusi itu membuatkan saya sakit..amat luhur anak-anak ini ingin melakukan sesuatu yg mereka rasakan dapat membantu orang2 yg mereka sayangi...Ya Allah, berikanlah kebahagiaan dan taufik hidayah pada semua anak-anak ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan juga, terima kasih, Ya rabbalamin... semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, insya Allah.

      Delete

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)