Sponsored Link

Wednesday, July 18, 2012

Pesan Arwah Ayah 1


Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...



Sebelum subuh hari ini, Alhamdulillah rezeki Allah beri saya terjaga awal dinihari terus ke subuh, dan saya lakukan apa-apa yang patut, terbangun dan terjaga, saya terkenang pada emak dan arwah ayah...hanya terkenang...kalau dengan emak biasanya dia mendengar rintihan anaknya dan sokong sebaiknya apa yang saya lakukan saya, kalau arwah ayah saya pasti ada pula cadangannya dan kritikannya...saya yang berada dalam yang memerlukan panduan dalam mencari arah kehidupan, sedikit terumbang ambing ketika ini...



Kadangkala terfikir betulkah apa yang saya sudah lakukan?
Adakah itu jalan yang terbaik?
Ya biarpun sudah buat keputusan, masih ada rasa was-was...
Though I must keep in mind that there is no turning back!!!
Perasaan bimbang masih ada...saya hanya manusia biasakan?
Bagaimana pembaca yang saya kasihi sekalian? Adakah kamu seorang yang luar biasa?
Itu perlu kamu jawab dengan sendiri...^__^



Apapun saya nak kongsikan di sini, teringat salah satu pesan ayah, ayah saya bukan sekolah tinggi sampai sekolah rendah sahaja, tetapi masih boleh mendidik kami dengan secukupnya, ya apa yang kami perlukan tidak pernah memberi apa yang lebih, manusia perlu belajar berdiri dengan sendiri...
Maaf pembaca jangan salah sangka, arwah ayah juga bukanlah ahli falsafah yang boleh mengeluarkan kata-kata yang luar biasa, dia hanya berpesan biasa-biasa sahaja...



Teringat pada raya tahun 2006,
Dia bukanlah bercakap dengan saya, tetapi saya ada waktu tersebut mendengar,
Waktu itu dia berborak dengan ayah harith (bapa saudara sepupu saya)...
(ayat-ayat dibawah sudah diubah jadi ayat biasa, takut letak loghat Chenor tak fhm laks) :D



Arwah Ayah: Harith, manusia ini tidak akan pernah puas dengan apa yang dia ada, kalau kite rasa gaji RM 2,000 tidak cukup, kita akan kata nanti kalau dapat gaji RM 4,000 cukuplah. Betulkah?
Tidak, memang tidak! Tidak akan cukup, mereka akan cari lagi. Kalau orang itu ada gaji RM10,000, rasa cukup, tidak jugak sebab pada waktu itu kehendak dan keperluan pun bertambah, sama juga orang dah ada RM 1 Juta, ingat mereka akan kata cukup, TIDAK!..Mereka akan cari lagi kekayaan hingga ke akhirnya...



Ayah Harith: Tidak pernah cukup kan bang, hatta ada harta berjuta-juta pun tidak pernah akan puas, itulah manusia...



Arwah Ayah: Bukan harta aje, Sama juga dengan perkara-perkara lain...hati yang tidak pernah puas, tiada pernah rasa bersyukur...Tidak salah manusia berusaha untuk mencari kejayaan cuma jangan sampai berhambakan duit sahaja...



Saya hanya mampu mendengar, terasa nak nangis kerana waktu itu saya melakukan kerja yang tidak sepatutnya, sangat muda, terlalu mentah cepat percaya pada orang, maklumlah fresh graduate, keje marketing pun sanggup buat...tak tahu arah tuju lagi...tahu waktu itu macam arwah ayah tidak setuju dengan kerje saya buat, tetapi saya buat jugak....tetapi dengan cara halus dia bagitau...lepas dah kena sendiri baru tau, kasihan pada sepupu...dia menjadi mangsa saya...



Anyway sebab itu saya sangat hargai bila saya dapat berkerja di tempat sekarang, rasa susah nak bergerak. Di saat rakan-rakan yang lain masih mencari kerja saya mendapat kerja yang tetap. Pada masa itu sangat seronok, enjoy kerja, rakan sekerja yang sangat best waktu itu, jumpa sahabat dunia akhirat....dan mengajar become my Passion!!!...

tetapi sekarang entahlah...saya sedaya upaya lakukan terbaik...saya pun tidak tahu nak cakap dah...saya lebih suka diamkan aje...bila dah sampai masanya, Insya Allah. Moga-moga Allah permudahkanlah...



Pesan arwah ayah ini, membuatkan saya tidak berkira, kerja bukan kerana duit, hidup ini objektifnya bukan hanya kerana kekayaaan. Dan ibarat Robert Kiyosaki berkata "Belajarlah bekerja ibarat kamu tidak memerlukan duit langsung, dan kamu akan menjadi terbaik dalam apa yang kamu lakukan, dan apabila itu berlaku...!" Ya macam mana tu, fikirlah sendiri, saya pasti pembaca mampu berfikir sendiri!



Bila kita tengah melakukan sesuatu buatlah seikhlas hati, jangan buat kerja separuh jalan, sekiranya tidak dapat memenuhi tanggungjawab tersebut dan tidak mahu, terus menolak sahaja atau berhenti melakukan sahaja.

Jangan buat separuh jalan atau tidak ikhlas.

Tidak perlu kata lebih, hmm, namun biasalah penulis pun manusia biasa sahaja...tercakap jua...

Penulis kena belajar berkata tidak, jangan pandai terima sahaja. Kejadian Ahad hari tu bawak jadi pengajaran.



Akhirulkalam, pesan arwah ayah saya akan ingat sampai bila-bila, buat saya fikir biarlah tidak kaya tetapi janganlah sampai kedana, Insya Allah rezeki itu tetap akan ada bila kita berusaha, tawakkal, dan berdoa. Ingatlah kita adalah umat Nabi Muhammad s.a.w, dan kita adalah Ummatan Wasatan, insya Allah.



Wallahu'alam Bissawab, Wassalam.

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

1 comment:

  1. kerja bagi saya perlu jadi intrinsic motivation rahter than extrinsic. tp hakikat dunia mementingkan kepentingan faktor luaran seperti gaji, wang, level dan kuasa

    orang2 macam kita akan jadi survival terpinggir, kak. tak ramai yg akan mampu memahami dan seterusnya menghargai kita. dan sukar untuk saya katakan namun ia satu hakikat, bahawasanya orang2 macam kita akan selalu diperkotak-katikkan atas 'kejujuran dan keihlasan' kita dalam berkerja

    tunggu dan lihat

    orang lama2 banyak nasihat dalam diam. mereka ahli falsafah tanpa tauliah. al-fatihah untuk ayahanda tersayang

    ReplyDelete

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (30) Akhlak (41) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (18) Dua' (14) Education (53) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (223) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)