Sponsored Link

Thursday, June 21, 2012

La Tahzan (Don't Be Sad): Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan 5

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...


Penulis: Sambungan dari bahagian yang keempat untuk rumusan buku...^_^
Nama Buku: Jangan Bersedih (Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan)
Penulis: Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni
Penterjemah: Noraine Abu
Penyunting: Dr. Mohd Puzhi Usop
Cetakan 2011, Al Hidayah Publication.

51. Jangan  Bersedih Hanya kerana Orang Mengingkari Kebaikan Anda, Sekiranya Benar Anda Ingin Mencari Pahala Allah.

Jangan mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain, kerana apa yang harus ingin hanyalah balasan dari Allah S.W.T.


Seorang penyair berkata: "Siapa yang berbuat baik pasti ada pahalanya kerana itu adalah kebiasaan antara Allah dan manusia yang tidak pernah lenyap."

Yakinlah bahawa Allah maha melihat dan maha mengetahui, dan janganlah berharap sesuatu dari manusia yang lain.

Ikhlas kerana Allah, janganlah mengungkit jika kebaikan itu dibalas dengan kesakitan atau terasa kebaikan anda tidak dihargai.

Jangan berharap dengan manusia kerana mereka juga sama taraf dengan kamu. Ikhlaskan hati kerana Allah. Jangan Bersedih.

52. Jangan Bersedih, anggaplah Celaan Orang sebagai angin lalu yang datang dan pergi.


Allah berfirman: "mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudarat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja...Ali-Imran: 111"

Rasulullah juga bersabda "Janganlah kalian menyampaikan aib sahabat, kerana sungguh aku suka untuk keluar menemui kalian dalam keadaan hati yang bersih."
"Kamu dah lama berkahwin kenapa tak dapat anak lagi?"
" Saya ada anak ada suami sibuk, tak boleh outstation, kamu ada??? takdakan...so kamulah yang pergi!!!"
"Aish dah umur 35 tahun tak kahwin lagi, kamu taknak kahwin lagi ke, kahwin tu sunnah Rasulullah...nak jadik andartu ke?"

Dan kamu hanya mampu menggelengkan kepala, kata-kata mereka seperti tiada tapisan tetapi sekali lagi itu hanya kata-kata, Rasululllah kesayangan kita pernah dikeji lebih teruk dari ini...


Kata-kata mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa...hanya kata-kata...namun kadangkala ia menyakitkan hati atau melukakan...oleh mereka bukan sesiapa jangan dihiraukan. Kamu tahu diri kamu sendiri.


53. Jangan Bersedih dengan penghasilan yang sedikit, kerana sesungguhnya yang sedikit itu ada bersamanya kesejahteraan.


Nikmat yang hadir itu walapun kecil tapi sangat besar nilainya. Bersikap zuhud pada dunia.


Jika kita menyatakan setiap nikmat itu kecil maka sesungguhnya kita telah kufur terhadap nikmat Allah. Masya Allah, Ya Allah lorongkan hati hamba mu supaya sentiasa bersyukur atas nikmat mu.


54. Jangan Bersedih, Kebanyakan cerita tidak sama dengan kejadian sebenarnya.


Jangan terlalu banyak bercerita atau percaya. Kebanyakan perkara yang ditakuti manusia tidak pernah terjadi.


Di dalam fikiran manusia terdapat lebih banyak khayalan daripada khabar kebenaran yang pasti terjadi.


Bila anda mendengar tentang sesuatu bencana maka jangan cepat resah atau sedih atau cemas kerana kebanyakan berita-berita itu tidak sama.




55. Jangan Bersedih, Hinaan Tidak selamanya Bererti Buruk.


Jangan hiraukan pada hinaan, tawaan atau gurauan yang mengguriskan. "kamu gemok sangatlah!!!"..."kamu pendek sangat!!!"..."kamu kurus macam papan"..blablabla...


Tidak perlu bersedih, kerana mereka hanya memalukan diri sendiri. Anda tidak mampu untuk menutup mulut manusia supaya tidak mencela terhadap kehormatan anda, tetapi anda mamu melakukan kebaikan dan menghindari perkataan dan kritikan mereka.


Lebih baik juga jika anda diam sahaja dengan celaan mereka.


Hanya perlu sedikit kesabaran dan tunggulah sejenak.


Ali bin Jabalah berkata:


Semoga kebahagiaan menjelma.
Semoga jiwa kita terubat dengan harapan.
Maka janganlah menyerah
sebab jika kau menyerah kecemasan akan menyerap jiwa.
Sesorang yang paling dekat dengan kebahagiaan
adalah orang yang memiliki harapan.

56. Jangan Bersedih, Pilihan Allah adalah pilihan yang terbaik.

Segala-galanya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t, maka terima apa yang Allah sudah tetapkan kerana ia tetap yang terbaik.

Hati kerna redha kerana Allah adalah sebaik-baik pengatur.

57. Jangan Bersedih, Kekuasaan Manusia itu Lemah.

Manusia itu lemah, Allah yang lebih berkuasa. Sesungguhnya setelah berlalunya berbagai kesulitan tentu hari-hari berikutnya akan ada kebaikan yang banyak.

58. Jangan Bersedih, bahagia atau sengsara adalah hasil buah fikiran kita sendiri.

Perasaan itu datang dari apa yang kamu fikirkan, maka apa yang harus kamu fikirkan adalah yang terbaik sahaja.

Seorang penyair mengatakan:

"Untuk apa kupenuhi jiwaku
dengan sesuatu yang mengerikan
jika peristiwa itu belum terjadi
kalau betul pun persitiwa itu terjadi
pasti dia tidak akan menyedihkanku."

59. Jangan Bersedih Selama Anda Masih dapat berbuat baik kepada orang lain.

Berbuat baik sesama manusia adalah merupakan jalan menuju kebahagiaan. Malah kepada setiap mahkluk yang bernyawa akan mendapat pahala.

Seseorang itu tidak akan menyesal dengan berbuat kebaikan sekalipun agak berlebihan dan sesungguhnya sesorang itu akan menyesal dengan berbuat kesalahan sekalipun sedikit.

60. Jangan Bersedih, Jika mendengar kata-kata kasar, kerana kedengkian itu sudah ada sejak dahulu.


Jangan difikirkan sangat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa membela hambanya, maka janganlah kamu bersedih.


61. akan bersambung dibahagian yang keenam...^_^


p/s: Sudah lama penulis tidak menyambung tulisan buku ini, hmm atas-atas sebab yang tertentu, insya Allah ia akan habis jua.


~Apabila kita telah merasai kehilangan seseorang atas kematian
maka ia telah mengatasi
segala kesedihan atau kesusahan yang dialami.~
(N.O, 2012)

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)