Sponsored Link

Friday, May 25, 2012

Kewajipan seorang Muslim ke 24: Tidak Berasa Aman Dari Balasan Allah.

Assalamualaikum, Bismillahirahmanirrahim.


24. Tidak Berasa Aman Dari Balasan Allah.

Kewajipan ini berdasarkan firman Allah s.w.t:
Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi. (al-'Araf: 98-99)

Rasullullah s.a.w bersabda: Allah telah berfirman "Demi  kemuliaanku dan keagunganKu, Aku tidak akan menghimpunkan ke atas hambaKu dua ketakutan dan dua keamanan. Jika ia berasa aman (dari pembalasanKu) di dunia, aku jadikannnya takut pada hari kiamat. Jika ia takutkan Aku di dunia, aku akan jadikan ia aman (tenteram) pada hari kiamat." (Riwayat Ibnu al-Mubarak dan al-Hakiim dari al-Hasan secara mursal. Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Hibban dan Abu Hurairah r.a.).

Sumber Buku: 50 Kewajipan seorang Muslim oleh Muhammad bin Abi Bakr dan diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzli cetakan 2010 Penerbitan Dar Hakamah.

Penulis: Banyak kali juga saya baca untuk memahami kewajipan ini, hmm bila difikirkan dengan mendalam, terasa perkara yang mungkar itu terlalu banyak, dan seperti kebanyakan mereka makin berani dan tidak takut untuk menampakkan dan menyatakan. Perkara yang baik diperlekehkan, yang mungkar itu dicanang-canangkan. Itu mereka...ya seperti mereka sudah tidak kisah lagi...seperti yang mereka aman dengan perkara-perkara mungkar tersebut...Ya Allah berikan petunjuk dan hidayah pada mereka...
Hmm itu mereka...kamu, ya diri kamu sendiri???

Ya, apatah lagi diri yang kecil ini juga setiap hari ada sahaja dosa-dosa yang dilakukan, Ya Allah ampunkan hambamu ini yang sungguh lemah imannya...amat lemah, harus mungkin masih tidak nampak azab yang akan menimpa mungkin...Astaghfirullah...

Ya terlalu banyak kezaliman terhadap diri sendiri masa yang terluang dipenuhi dengan perkara-perkara yang sia-sia sahaja, mahu elak mengumpat tetapi tetap ada yang terumpat, tidak mahu menuang ada aja waktu tertuang, mahu bekerja kerana Allah, tetapi kadang-kadang tersimpang jua, sudah bertaubat tidak mahu mengulangi dosa tapi ada sahaja yang terulang, sudah meminta maaf tetapi masih lagi mengata, mahu menambah ibadah tetapi ada sahaja alasannya, tidak mahu mengungkit tetapi terungkit juga, mahu mendahulukan akhirat tetapi dunia juga yang masih dikejarkannya, mahu berjimat tetapi ada sahaja waktunya melakukan pembaziran, terlalu banyak nikmat tetapi hati hanya kadangkala bersyukur malah lebih banyak merungut apabila diduga....

Astaghfirullah....sungguh adakah diri ini terlalu rasa aman hidup didunia ini tanpa mengira di akhirat kelak???

T__T.....manusia ini sekejap di atas, sekejap dibawah...diri ini bukan sempurna Ya Allah maka hanya padaMu ku mohon pertolongan,Ya Allah....T__T

Ayuh mari lakukan yang terbaik setakat mana yang kamu mampu!!!

"Sesungguhnya hidupku, matiku dan ibadahku hanya untuk ya Allah"


Terima Kasih, Thank You, Syukran for reading this entry please come again...^__^

1 comment:

  1. b.w here :) der yg menarik nk di kongsi. jemput singgah.

    ReplyDelete

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (30) Akhlak (41) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (18) Dua' (14) Education (53) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (223) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)