Sponsored Link

Thursday, December 08, 2011

Dialisis


Penulis: Kali ini penulis ingin kongsikan mengenai apakah itu dialisis, ya sebagai pengetahuan untuk diri sendiri juga untuk dikongsikan dengan pembaca yang lain. Alhamdulillah buat masa ni, orang yang tersayang masih belum perlu tahap dialisis lagi...setakat ini...tapi kemungkinan tetap ada...tapi sangat kasihan bila lihat kaki yang sudah membengkak sangat...walaupun...

hmmm...Ya Allah Ya Allah Ya Allah, Sesungguhnya daripada ALLAH dia datang(segala sesuatu )dan kepada ALLAH dia akan kembali.
Terima Kasih pada penulis blog ini atas informasi yang sangat membantu.: http://buahpinggangsihat.com/

Dialisis adalah sejenis rawatan yang berfungsi untuk menjalankan kerja yang dilakukan oleh buah pinggang anda,iaitu mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya bersama air sebagai kencing.Rawatan ini diperlukan apabila buah pinggang anda tidak lagi boleh menjalankan fungsi tersebut atau disebut kegagalan buah pinggang.

Bilakah anda memerlukan rawatan dialisis?
Rawatan dialisis ini diperlukan apabila buah pinggang berada pada tahap akhir kerosakan,iaitu sekitar 85% hingga 90% tahap kerosakan.Ianya diperlukan agar anda dapa meneruskan hidup walaupun tanpa buah pinggang.

Apakah yang dilakukan dengan rawatan dialisis?
Sama seperti buah pinggang yang sihat,rawatan ini akan memastikan tubuh anda berada dalam keseimbangan.Dialisis akan melakukan perkara berikut:
  • Menghilangkan sisa terbuang,garam dan lebihan air daripada berkumpul di dalam badan anda.
  • Menjaga tahap yang selamat untuk bahan kimia tertentu di dalam darah anda seperti kalium,natrium dan bikarbonat.
  • Membantu untuk mengawal tekanan darah anda.

Adakah kerosakan buah pinggang akan kekal?
Tidak semuanya.Ada beberapa jenis kerosakan buah pinggang akan pulih semula setelah menjalani rawatan dalam jangka masa tertentu.Dalam beberapa kes kegagalan buah pinggang,rawatan dialisis hanya diperlukan untuk sementara waktu sehinggalah buah pinggang akan pulih dan berfungsi semula.
Pada tahap kronik atau buah pinggang anda sudah tidak dapat berfungsi lagi,anda amat memerlukan rawatan dialisis ini untuk membantu meneruskan sisa hidup anda.Dan jika bernasib baik,doktor akan memilih nama anda dalam senarai menunggu untuk menjalankan pemindahan buah pinggang sekiranya ada penderma buah pinggang.

Di mana rawatan dialisis ini dapat dilakukan?
Rawatan dialisis ini boleh anda lakukan di hospital,atau pun pusat-pusat rawatan dialisis swasta,dan juga di rumah anda.Anda dan doktor boleh berbincang untuk memutuskan di manakah untuk menjalankan rawatan tersebut berdasarkan keadaan perubatan dan keinginan anda.

Adakah terdapat perbezaan jenis rawatan dialisis?
Ya,ada.Terdapat dua jenis rawatan dialisis.Iaitu hemodialisis dan juga dialisis peritoneal.

Apakah hemodialisis?
Dalam hemodialisis,buah pinggang buatan digunakan untuk membuang sisa terpakai,bahan kimia berlebihan dan juga cecair dari darah anda.Bagi mendapatkan darah ke buah pinggang buatan tadi,doktor perlu membuat satu laluan masuk ke dalam pembuluh darah anda.Ini dapat dilakukan dengan menjalani satu pembedahan kecil di lengan atau pun di kaki anda.
Kadang-kadang,laluan dilakukan dengan menyambungkan arteri dengan vena di bawah kulit untuk membuatkan pembuluh darah menjadi lebih besar yang disebut fistula.
Tetapi,jika pembuluh darah anda tidak mencukupi untuk melakukan fistula,doktor mungkin akan menggunakan sebuah tabung kecil yang lembut untuk digabungkan dengan arteri dan pembuluh darah di bawah kulit anda.
Dan yang terakhir,laluan juga dibuat dengan menggunakan tabung plastik yang sempit,yang disebut katerer,yang dimasukkan ke dalam pembuluh darah besar di leher anda.Selalunya jenis laluan ini hanya digunakan untuk sementara waktu.Walau bagaimanapun,kadang-kadang ianya juga digunakan untuk jangka masa panjang.
  • Bergantung kepada seberapa baik buah pinggang anda berfungsi
  • Berapa banyak cecair yang tubuh anda keluarkan pada setiap rawatan
  • Berapa banyak sisa-sisa yang tak diperlukan dalam tubuh anda
  • Berapa saiz tubuh anda
  • Dan juga jenis buah pinggang buatan yang anda gunakan
Pada kebiasaannya rawatan hemodialisis akan mengambil masa selama tiga atau empat jam pada setiap rawatan dan dilakukan tiga kali seminggu.Jenis dialisis yang dipanggil high-flux dialisis mungkin mengambil sedikit masa untuk dilakukan.Anda boleh berbincang dengan doktor anda apakah rawatan ini sesuai untuk anda.

Apakah peritoneal dialisis dan bagaimanakah cara ianya bekerja?
Melalui dialisis jenis ini,darah dibersihkan di dalam tubuh anda.Doktor anda akan melakukan pembedahan untuk meletakkan sebuah tabung plastik yang disebut katerer ke dalam perut anda.
Melalui rawatan cara ini,daerah perut anda yang disebut rongga peritoneal secara perlahan akan diisi dengan cairan dialisat melalui katerer.Darah akan berada di dalam arteri dan vena yang melapisi rongga peritoneal anda.Cecair yang berlebihan dan juga bahan-bahan yang tidak diperlukan akan ditarik keluar dari darah dan masuk ke dialisat.Ada dua jenis utama dalam peritoneal dialisis.

Apakah perbezaan jenis peritoneal dialisis dan bagaimana ianya berfungsi?
Ada beberapa jenis peritoneal dialisis tetapi ada dua jenis yang utama iaitu:
  • Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)
  • Continuous Cycling Peritoneal Dialysis(CCPD)
Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis atau CAPD adalah satu-satunya jenis peritoneal dialisis yang tidak menggunakan mesin.Melalui CAPD,anda boleh melakukannya sendiri di rumah atau di tempat kerja.Selalunya ia dilakukan 4 atau 5 kali sehari.
Anda akan meletakkan satu bag dialisat(lebih kurang 2 liter) ke dalam rongga peritoneal anda melalui katerer.Dialisat akan dibiarkan di dalam rongga peritoneal tadi selama 4 atau 5 jam.Kemudian akan dikeringkan kembali ke dalam bag dan dibuang.Ini disebut sebagai bursa atau pertukaran.
Anda akan menggunakan 1 bag dialisat yang baru setiap kali melakukan bursa.Sementara dialisat dibiarkan di dalam rongga peritoneal,anda bolehlah melakukan aktiviti harian atau pun kerja anda.
Continuos Cycling Peritoneal Dialysis atau CCPD pula biasanya akan dilakukan di rumah dengan menggunakan sebuah mesin khas yang dipanggil sebagai cycler.CCPD adalah sama dengan CAPD cuma berbeza dari jumlah pertukarannya sahaja.Setiap pertukaran biasanya berlangsung selama 1 jam dan pertukaran berlaku sepanjang malam ketika anda sedang tidur.

Adakah rawatan dialisis boleh membantu menyembuhkan penyakit buah pinggang?
Tidak.Rawatan dialisis bukan untuk menyembuhkan penyakit buah pinggang anda,tetapi ianya menggantikan fungsi buah pinggang anda.Dan anda terpaksa menggunakan rawatan ini seumur hidup anda,kecuali anda melakukan pemindahan organ buah pinggang.

Apakah rawatan dialisis akan menimbulkan rasa tidak selesa?
Anda mungkin akan berasa tidak selesa terutamanya ketika jarum dimasukkan ke dalam fistula.Tetapi kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan ini tidak mengalami masalah lain.Rawatan dialisis sendiri sebenarnya langsung tidak menimbulkan rasa sakit.
Namun,bagi beberapa kes,pesakit mungkin akan mengalami penurunan tekanan darah mereka.Jika hal ini berlaku,anda mungkin akan mengalami rasa sakit perut,muntah-muntah,pening atau pun kejang.Dengan rawatan yang kerap,masalah-masalah tadi biasanya akan hilang dengan sendirinya.

Berapa lamakah rawatan dialisis telah diwujudkan?
Hemodialisis dan peritoneal dialisis telah dilakukan sejak pertengahan tahun 1940 lagi.Dialisis sebagai rawatan biasa telah bermula pada tahun 1960 dan sekarang telah menjadi rawatan yang standard di seluruh dunia.Manakala CAPD pula telah bermula pada tahun 1976 dan rawatan ini telah menyelamatkan banyak nyawa.

Berapa lamakah mereka yang menggunakan rawatan dialisis ini akan hidup?
Sebenarnya tidak dapat dipastikan berapa lama mereka yang menggunakan rawatan dialisis akan dapat meneruskan hidup.Tapi kemungkinan juga mereka ini dapat hidup lama seperti mereka yang buah pinggangnya sihat.

Apakah rawatan dialisis ini mahal?
Ya.Rawatan dialisis memerlukan kos yang tinggi.Namun kerajaan persekutuan biasanya akan menampung sebanyak 80% daripada kos keseluruhan rawatan.Selain itu sekiranya anda ada mengambil insurans,itu juga akan dapat membantu.

Apakah pesakit dialisis akan berasa normal?
Kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan dialisis boleh menjalani hidup secara normal,kecuali bila tiba untuk menjalani dialisis.Malahan rawatan ini akan membuatkan mereka menjalani hidup dengan lebih baik,kerana ianya banyak membantu menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh kegagalan buah pinggang.Anda dan keluarga juga perlu mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan rawatan dialisis ini.

Apakah pesakit dialisis perlu mengawal diet mereka?
Ya.Anda perlu untuk membuat diet khusus setelah menjalani rawatan dialisis.Kemungkinan juga anda sudah tidak boleh memakan makanan kesukaan anda lagi.Selain itu anda juga perlu menyekat pengambilan jumlah air.Diet anda juga akan berubah mengikut jenis rawatan yang anda sedang jalani.

Apakah pesakit dialisis boleh melakukan perjalanan jauh?
Sudah tentu.Ini kerana pusat rawatan dialisis terdapat di seluruh dunia dan rawatannya juga adalah standard.Anda cuma perlu membuat temujanji sebelum pergi ke mana-mana pusat rawatan.Kakitangan pusat tempat yang anda sedang jalani rawatan dapat membantu anda membuat temujanji.


Adakah pesakit dialisis dapat meneruskan pekerjaan?
Banyak daripada mereka yang menjalani rawatan dialisis dapat meneruskan pekerjaan semula setelah biasa dengan rawatan ini.Namun sekiranya pekerjaan tersebut memerlukan anda mengangkat benda berat atau menggali,maka anda perlu mencari pekerjaan lain.

9 comments:

  1. Gud info..sy tercari2..now I found...semoga diberkati Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terime kasih kerane sudi singgah sini :) hanya berkongsi apa yg saye dapat

      Delete
  2. Pada pndpt anda. HD n CAPD. mana lbh baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis kerana sudi singgah disini, sungguh saya tidak mampu menjawab mana yang lebih baik, tapi sis boleh baca disini http://auntacu81.blogspot.com/2015/03/hd-hemodialisis-pd-peritoneal-dialysis.html...^_^ moga sedikit sebanyak dapat bantu sis

      Delete
  3. Pd pndapat anda. HD n CAPD mna lbh baik??

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. thank you..yes hanya berkongsi saje :)

      Delete
  5. Good info for me :)

    ReplyDelete
  6. Jika anda perlu untuk menderma buah pinggang anda untuk dana hubungi kami secepat mungkin untuk penderma yang tulen dan asli pembeli, hubungi melalui e-mel: (sathyakidneyhospital@gmail.com) atau hubungi kami +919168752489

    ReplyDelete

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)