Sponsored Link

Friday, December 09, 2011

Berbaiksangka Sesama Insan


Pesanan dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka sesama insan.

1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.

Ucapkan dalam hatimu:

‘Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.’

2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

‘Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.’


3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

‘Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.’


4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

‘Orang ini telah memperoleh kurnia yang tidak kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmun yang dipelajarinya, tentu dia lebih baik dariku.’


5. Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu):
‘Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.’

6. Jika bertemu dengan orang bukan Islam / belum Islam, maka katakanlah (dalam hatimu):

‘Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh'


Marilah kita sama-sama berhusnuzzon sesama insan. Barangkali orang yang buruk itu lebih baik dari kita pada masa akan datang jika kita tidak berusaha memperbaiki dan menjaga diri kita rohani dan jasmani.


Sumber: Arjunasetia, http://husnuzzonloa.blogspot.com/2011/12/berbaiksangka-sesama-insan.html

Penulis: Mengucapkan terima kasih pada penulis kerana mengizinkan saya share di blog ini...sekian...

Ya kita harus bersangka baik, acap kali, kadangkala pandangan kita selalu dihiasi dengan pandangan negatif, atau berpandangan sinis dengan merasakan kita adalah yang terbaik sedangkan hanya Allah sahaja yang layak dan berhak, atau juga selalu cepat berburuk sangka...

hmm...walaupun saya sangat setuju, namun saya sendiri tahu ia tidak semudah untuk mengaplikasikannya seperti semudah membacanya...aah penulis ada sahaja alasannya...pastikan BOLEH...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)