Sponsored Link

Monday, October 31, 2011

Peringatan utk diri sendiri: Kehendak & Keperluan


Dalam cukup-cukup untuk memenuhi keperluan masih ada ruang keinginan untuk Kehendak...
Tidak cukup benarkah...

Dalam masa-masa yang tidak cukup (dengan kesibukan yang entah-entah apa-apa),
masih ada masa terluang untuk Kehendak...
Sibuk benarkah?

Apa yang kamu  maksudkan sebenarnya?
Jangan suka memberi alasan...
Kelak alasan yang kamu berikan itu akan memakan diri sendiri...

World Hunger Relief Charity Walk 2011 and Return To Broga Hill (3)

Sila Klik pada Gambar untuk keterangan Lanjut

29th October 2011 Saturday

Pada petang Sabtu lepas, saya join Charity Walk at Putrajaya for 5KM. Alhamdulillah berjaya, nasib baik tak pengsan aje...hehehe...yelah berjalan aje bukan berlari...terima kasih pada makcik kerana menjemput dan bagitau...okay a bit info on this program.

Hmm program ini, ditaja oleh KFC and Pizza Hut Malaysia with the theme "Be The Movement 2011". Ini adalah event yang kali ke empat, jujur saya katakan ini kali pertama saya join dan dengar. Erk, terasa diri katak bawah tempurung...

Ia adalah salah stau usaha untuk menghapuskan "hunger all over the world". Dari segi statistik, diwaktu kita tengah bergelak ketawa dengan kawan2, makan kenyang-kenyang, tidur, duduk dengan selesa, bekerja, berborak dengan kawan...dalam setiap 5 saat itu ada seorang kanak-kanak mati disebabkan kelaparan...hmm..saya pun baru tahu...

Masya Allah...terasa syukur yang amat sekarang, penduduk Malaysia ada yang terlebih makan mungkin...hmm...

Program ini adalah untuk menyokong "World Food Programme" (sila klik pada link untuk maklumat lanjut).

"Be the movement 2011" kali ini adalah berjalan bermula dan juga berakhir didepan Istana Kehakiman, Putrajaya sejauh 5KM, hmm lebih kurang satu jam jugalah berjalan.

Ramai peserta, ada yang bawak anak dengan kereta sorongnya, yang dukung anak ada, yang pergi member company pun ada, dan macam-macam lagi...seronok sangat.

Saya ada kesempatan berjalan-jalan di Putrajaya jalan atas jalaraya, tengok bangunan yang bermacam-macam bentuk, Polis Kuda dan ada kesempatan untuk solat di Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin) (sila klik pada link untuk lebih lanjut). Subhanallah, sungguh menakjubkan.

Ya bila saya lihat masjid-masjid yang sangat indah...ada perasaan yang bercampur baur, takjub dan juga sedih. Ya masjid di akhir zaman...pembaca pasti tahu apa yang saya maksudkan mungkin...

Apapun tak rasa rugi pun join...^_^...

Harap-harap...lepas ini ada rasa untuk menahan diri dari makan yang banyak makan sangat...dan jangan membazir makanan...



30th October 2011, Sunday


Hmm apa yang saya buat di pagi Ahad, patutnya masih tidur lagi pagi sebab penat semalam petang berjalan...Ini tidak 4.30am sudah bangun menuju ke Broga Hill dari Puchong Perdana.



Saya bawa pulak mak saudara sorang ni naik Broga, di Semenyih. Sebab sudah berjanji, Ikutkan, untuk tahun ini sahaja yang ini adalah kali ketiga saya naik Broga. Tak pernah jemukan?..hehe kamu tanya kenapa saya suka pergi sana?...entahlah...sebab dah suka kot...^_^


Wah mungkin kali ini rezeki, mak saudara saya. Cantik Broga kali ini, adalah secantik waktu saya pergi Broga buat kali pertama...2 kali sebelum ini kurang cantik...malah kali ini ada kesempatan saya melihat matahari terbit lagi, masya Allah...sungguh menakjubkan...Malangnya makcik saya tak bawak camera lagi, so guna camera handphone kurang quality sikit, hanya saya simpan dalam kepala saya...mungkin di hari lain saya akan post gambar di Broga pada waktu kali pertama, kalau gambar itu masih ada lagi pada sayalah...


Ada juga sedikit gambar yang saya dapat dari Mak Cik saya...hehe..thanks...Ada masa saya akan tulis journal perjalanan ke Broga Hill, Semenyih....^_^

Penulis: Ada banyak tempat lagi saya pergi kedua-dua hari ini, anyway tempat yang lain tu hehehe..mostly under label of JJCM...hehe so next time ajelah saya post okay, with pictures (my cousin have new handphone) Yay!!!

Buku Pada Minggu Lepas: Aku Bukan Malaikat

 
Saya agak malas menulis panjang atau komen lebih kali ini. Entah kenapa...hehe entah kenape? kamu bertanya lagi hehehe...sendiri tahu sudah jawapan cukup...^_^

Walau bagaimanapun, saya nak kongsi salah sebuah buku yang saya beli bulan lepas, dan baru dihabiskan baca pada minggu lepas. Kenapa baru baca, adalah sebab tersendiri. Penulis sekarang agak hmm..how to say...taking it very slowly. ^_^

Pandangan saya mengenai buku ini, watak Qimiel terlalu baik, hingga tertanya saya masih wujudkah manusia sebegini?...mungkin ada, sebab wataknya tidak sempurna...kalaulah pembaca memahami betul novel ini....

"Hmm, sungguh tak sangka kamu tahu mengenai novel ini, sangkaku, ya sangkaku salah lagi...Sungguh saya sangat susah untuk percaya lagi...takut hati ini akan tersalah lagi, tersalah andaian, tersalah anggapan lagi...ingin maju kehadapan, tetapi hati masih takut-takut dan ragu-ragu lagi...sangat berhati-hati...Ya Allah kenapa saya sampai begini, maafkan saya, maafkan saya..."

Ini Sinopsis yang saya dapat dari PTS website:

"Rentetan kisah hidup seorang lelaki bernama Qimiel yang penuh dugaan. Akibat personalitinya, dia hidup bergelumang dengan cercaan dan penghinaan. Pola hidupnya tidak pernah lari dari pengkhianatan. Dia bergelar suami dan ayah tanpa diduga. Dia bergelar duda sebelum merasai nikmat rumah tangga. Namun dia pasrah dengan segala ketentuanNya. Aku Bukan Malaikat sebuah kisah yang sarat dengan pertembungan jalan hidup yang berbeza. Menjelaskan Allah itu Maha Adil. Memberi dugaan pada hambaNya tanpa mengenal pangkat, darjat dan keketurunan. Namun, yang pasti Allah tidak akan memberi dugaan yang melampaui batas kemampuan hambaNya"

Harga: RM 22 / RM 25
ISBN-13: 978-967-5783-17-3
Tarikh Terbit: 16 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 632
Kategori:

Penulis: "Tiada manusia yang seperti malaikat"

Kenapa?

Takut diri sendiri akan melakukan dosa tanpa sedar atau disedari...

Takut sangat, Sangat Takut...dosa yang sedia ada pun tak tertanggung...apatah lagi ingin menambah dosa...

Rasa itu sudah hilang...TUTUP MATA dan TUTUP TELINGA...maka ia hilang...

Maka tidak perlu saya membukanya lagi...takut takut ia kembali lagi...sangat susah, susah sangat...

Ya masih ingat janji saya, hingga selesai hingga le akhirnya...hingga ke akhirnya....

Ya Allah Ya Tuhanku...Hanya kamu yang lebih tahu...

^_^

Friday, October 28, 2011

Tentang perkara itu.


Tahu kamu risau,

Tidak mengapa,

Lambat lagi,

Sangat lambat lagi,

Jangan terlalu fikir perkara yang belum berlaku,

Ingat pesan Dr Aidh,

Pasti kamu dapat atasinya,

Pasti kamu dapat melakukan apa yang kamu mahu,

Ya lakukan yang terbaik, terbaik untuk kamu,

Jika tidak, air mata kamu pasti mengalir lagi,

Elakkan sahaja, kasihani pada diri kamu sendiri,

Kamu dalam keadaan baik sekarang, tidak perlu...

FAHAM tidak Perlu...

Pasti Yakin Boleh.

Masih belum Berjaya.


Ya Allah Ya Tuhanku

Masih belum berjaya...

Rasa sudah terlalu lama...

Kenapa...susah sangat kah?

Ada yang menghalang...dan mungkin diri sendiri yang menghalang...

Ya Allah Ya Tuhanku...rindu sungguh rindu...

Semoga hari esok diri ini akan berjaya...

semoga ia lebih baik...sudah hampir...

Boleh memang boleh....sebelum ini boleh...pasti boleh...

Iya atau Tidak Sahaja....


Thursday, October 27, 2011

Jinayat Bab 8: Minum Arak (Khamar)


PENGERTIAN ARAK

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud :

”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)

HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK


Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:
”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”.

KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)

Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab:

i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia

ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran.

iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.


Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.

PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD

Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut:

i) Baligh
ii) Berakal
iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa
iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut


Kanak – kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah syar’iyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gila’.
(Riwayat Bukhari dalam Sahih)
BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR)

Bukti – bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:-

1) Syahadah (kesaksian)
2) Ikrar (pengakuan)


Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan.

Kewajipan seorang Muslim ke 17: Kewajipan Menjaga Timbangan & Sukatan


17. Kewajipan Menjaga Timbangan & Sukatan

Kewajipan ke 17 ini berdasarkan firman Allah:
Al-Muthaffifin: 1-6

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan),Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya),Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?

Peringatan kepada para peniaga. Bersikap amanah dan jujur itu penting, jangan sampai biarkan diri kita dicampakkan ke dalam neraka, hanya semata-mata kekayaan dan kesenangan didunia.

 Sumber Buku: 50 Kewajipan seorang Muslim oleh Muhammad bin Abi Bakr dan diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzli, Penerbitan Dar Hakamah (2010).

Movie of the Month: Real Steel

Real Steel Poster

My Comment:

Please, Just Go And Watch!!!

Change and Mature?

Some people just never grown up...
Some people just never mature...
Some people just never improve themselves...
Some people just never serious...
Some people just like to play...
Some people just never change...

But then again can we ever blame them?

Still the same again...aah...at least they now who are they...

The question is do you know your self?

And again who are we to question and judge them?

Those who judge others will be judge by others too...
Don't be so busy body and nosy about other people...

Take a step and move forward...not backwards...
remind yourself until you can restrain yourself over and over again!!!

Kadangkala & Tidak Semestinya.


Hitam itu kadangkala boleh jadi manis...

Gelap itu kadangkala lebih menyenangkan...

Hitam kadangkala boleh jadi menawan...

Cerah itu kadangkala menyilaukan hingga menyakitkan mata...

Kelabu tidak semestinya sentiasa kabur...

Pudar tidak semestinya sentiasa bercela...

Hitam tidak semestinya kotor...

Putih itu tidak semestinya suci...

Kadangkala apa yang berlaku tidak semestinya apa yang kita sangka...

Kadangkala apa yang kita anggap tidak semestinya betul...


^_^: I am happy thank you very much, hoping you are here beside me, and how I miss you so much...^_^

No rules.



There is no specific rules just follow your heart...
You'll find your way... ^_^

Wednesday, October 26, 2011

Travelog: Genting Highlands, 2011

Assalamualaikum... Bismillahirrahmanirrahim...

Saya lambat tulis, dan hampir lupe...yang ada hanya gambar itupun dari sepupu...:)...yang masih ingat kami pergi pada tahun lepas waktu cuti sehari Deepavali...hmm...:)

Tak boleh nak main pun...sebab hujan dan kabus dengan teruk...serius sangat sejuk...lebih sejuk dari masa yang saya pegi dulu...

satu perkara yang saya pasti...masih gayat naik kereta kabel...huhu...

Izinkan saya post beberapa gambar sahaja...itu yang mampu saya buat...lagipun sekejap aja pergi...nak tulis...saya sudah lupa dekat mana saya tulis...:)

Serius sangat sejuk

Where?








Makan nasi lemak buat sendiri di Genting...besh...:)

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida for reading this entry. Please do come again.

Thursday, October 20, 2011

Jinayat Bab 7: Qazaf


PENGERTIAN QAZAF


Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya.


PEMBAHAGIAN QAZAF


1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki yang adil.

2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arakatau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya.

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk dalam dosa besardan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:
”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”.
(Surah An- Nur ayat 4)





PENUDUH YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN QAZAF


1. Berakal
2. Baligh
3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa
4. Mengetahui haramnya Qazaf
5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh.



Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka. Ini sebagaimana berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya”.
(Riwayat Bukhari Fi Muslim)





CARA-CARA MELAKUKAN QAZAF


Dalam Qanun Jenayah Sayr’iyyah cara melakukan Qazaf terdapat tiga cara:
i) Tuduhan yang dibuat secara sarih (terang dan jelas), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yang tidak boleh ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada zina dan penafian nasab (keturunan)

ii) Tuduhan yang dibuat secara kinayah (kiyasan), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat yang boleh membawa erti zina atau selainnya.

iii) Tuduhan yang dibuat secara ta’ridh (sindiran), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat juga yang boleh memberi pengertian yang lain daripadazina sebagaimana dilakukan dalam perkataan kinayah.




BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN QAZAF


Kesalahan Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti –bukti yang berikut:-
1. Syahadah (penyaksian)
2. Ikrar (pengakuan)
3. Yamin (sumpah)

BetulKah?

Betulkah?

Alhamdulillah...

Semoga Allah Permudahkan Segala-galanya...

Kiranya itu adalah yang terbaik...

Lagi Cepat Lagi Bagus...

Semoga Bertambah Senang...^_^

Lagu Pada Bulan Ini ~ Pokok~





Pokok ~Meet Uncle Hussain Feat Hazama~


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada



Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam



Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh



Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada



Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada



Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam



Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok...



Penulis: Ada yang tersirat dan tersurat...^_^

Friday, October 14, 2011

Kewajipan seorang Muslim ke 16: Mendekatkan Diri Dengan Allah


16. Mendekatkan Diri Dengan Allah

Kewajipan ke 16 ini berdasarkan firman Allah:


Qaf: 16
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

Sabda Rasulullah s.a.w: " Sembahlah Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatnya, sesungguhnya Ia melihat kamu. (riwayat Abu Nu'aim di dalam al-Hilyah dari Zaid bin Arqam r.a)
Hari-Hari dalam kehidupan terbahagi tiga:

a. Hari yang berlalu- ia tidak akan kembali lagi kepada kamu.
b.hari kamu berada di dalamnya; ia tidak akan berkekalan.
c. hari akan datang; kamu tidak mengetahui keadaanya dan siapakah yang akan memilikinya.

Dikatakan juga;"Seorang manusia itu tidak akan sempurna agamanya melainkan dengan adanya empat ciri pada dirinya:

1. tidak mengahrapkan apa yang ada pada orang lain.
2. Mendengar celaan orang lain pada dirinya, lalu ia bersabar.
3. Menyukai untuk orang lain pada dirinya, lalu ia bersabar.
4. Percaya dengan janji Allah.

Beberapa Hukama mengucapkan; "Sesiapa mampu menguasai dirinya ketika empat keadaan, Allah akan mengharamkannya dari disentuh oleh api neraka:

a. Ketika marah
b. ketika suka
c. ketika gerun
d. ketika bernafsu

Sumber Buku: 50 Kewajipan seorang Muslim oleh Muhammad bin Abi Bakr dan diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzli, Penerbitan Dar Hakamah (2010).

Words of the day :)


As we grow up, we learn that even the one person
that wasn't supposed to ever let you down probably will. 
You will have your heart broken probably more than once
and it's harder every time. 
You'll break hearts too,
so remember how it felt when yours was broken. 
You'll fight with your best friend. 
You'll blame a new love for things an old one did. 
You'll cry because time is passing too fast,
and you'll eventually lose someone you love.
You'll know eventually that you have to open your heart,
Let bygones be bygones,
or you'll never move forward.

~Unknown Author~

Jinayat: Bab 6 Liwat

Liwat ialah melakukan persetubuhan di dubur, sama ada dubur lelaki atau dubur perempuan walaupun dubur isterinya sendiri.

Melakukan persetubuhan didubur hukumnya adalah haram dan sama seperti bersetubuh difaraj perempuan yang bukan isterinya, dan juga sama hukumannya dengan berzina. Mereka yang melakukan liwat, wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu direjam sehingga mati, jika orang yang berliwat itu muhsin. Dan dikenakan hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun, jika berliwat dengan bukan muhsin.
(Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 111-112)

MUSAHAQAH (LESBIAN)

Melakukan sesuatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks diantara perempuan dengan perempuan dengan mengeselkan faraj dengan faraj mereka berdua hingga mendatangkan berahi dan merasa kelazatan dengan sebab pergeselan faraj diantara kedua-dua orang perempuan itu.
Musahaqah adalah suatu perbuatan yang haram dan wajib dikenakan hukuman takzir, dimana kesalahan musahaqah itu boleh disabitkan dengan bukti-bukti yang dikehendaki untuk mensabitkan kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman takzir. Dan kesalahan liwat hendaklah disabitkan kesalahan itu dengan bukti –bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak untuk membuktikan zina.

MENDATANGI BINATANG

Seseorang yang mendatangi binatang tidak boleh diistilahkan sebagai orang yang berzina. Perbuatan mereka itu boleh diistilahkan suatu perbuatan yang haram dan keji yang wajib dijatuhkan hukuman takzir.

BERSETUBUH DENGAN ORANG YANG TELAH MATI

Lelaki yang mensetubuhi perempuan yang telah mati yang bukan isterinya tidak boleh diistilahkan melakukan perzinaan, tetapi lelaki itu wajib dikenakan hukuman takzir. Begitu juga perempuan yang memasukkan zakar lelaki yang telah mati yang bukan suaminya ke dalam farajnya tidak boleh juga dikira sebagai berzina, tetapi perempuan itu wajib juga dikenakan hukuman takzir.

Oleh itu bagi perkara tersebut diatas lelaki dan perempuan itu tadi wajib dikenakan hukuman takzir sahaja dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

BUKTI-BUKTI UNTUK MENSABITKAN KESALAHAN ZINA

Untuk mensabitkan seseorang itu bersalah dalam kes zina yang wajib dikenakan hukuman hudud mestilah dibuktikan dengan salah satu perkara-perkara berikut:-
i) Perzinaan itu mestilah disaksikan oleh empat orang saksi lelaki. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:

”Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara perempuan-perempuan kamu maka carilah empat orang lelaki diantara kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan mereka”.
( Surah An-Nisaa' - Ayat 15)

ii) Ikrar (pengakuan) daripada orang yang melakukan zina. Ikrar ini hendaklah dibuat dihadapan imam atau wakilnya seperti hakim atau kadhi.
iii) Qarinah, iaitu perkara-perkara yang menunjukkan berlaku perzinaan, misalnya hamil bagi perempuan-perempuan yang tidak bersuami, atau tidak diketahui perempuan itu ada suami.

KELAYAKAN SAKSI –SAKSI DALAM KES ZINA

Saksi-saksi yang layak untuk menjadi saksi dalam kes kesalahan berzina yang boleh diterima penyaksiannya ialah mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:-
1. 4 orang lelaki
2. Baligh, telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
3. Berakal
4. Orang yang adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan dosa –dosa kecil.
5. Orang Islam
6. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri masuk kemaluan lelaki itu kedalam kemaluan perempuan itu seperti keris masuk kedalam sarungnya.
7. Keterangan saksi-saksi itu mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki masuk zakar lelaki itu ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku – bukan secara kiasan.
8. Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).

( Rujukan Kitab - Kitab Mathla’al Badraian –Syeikh Muhammad Daud Al-Fathani )

Buku pada Minggu Lepas: Badai Semalam


Novel ini yang saya sudah beli pada bulan lepas, baru berkesempatan untuk menghabiskannya pada minggu lepas. Ya penulis masih sibuk dengan kesibukan yang tak semana-mana. Kenapa buku ini? Ternampak di MPH Bookstores. Agak lama saya berfikir untuk membelinya atau tidak, diakhirnya saya beli juga. Ya saya tertarik pada ulasan di belakang buku ini, buku ini pernah dijadikan sebagai teks sekolah untuk pelajaran sastera sekolah menengah pada tahun 80-an, malah pernah dialih bahasa. Tertanya-tanya didalam hati, kenapa buku ini? Apa yang istimewa tentang buku ini?


 Sahabat saya kata, kadang-kadang terasa ayatnya terlalu drama...ya mungkin tidak banyak diterima oleh orang sezaman saya atau lebih muda dari saya. Saya baca jua dengan hati yang terbuka tanpa diskriminasi, kerana buku ini agak berbeza dengan buku-buku yang saya pernah saya baca.

Di terbitkan pada tahun 1968, kisah tentang Mazni dengan ibunya, Zaki,  Karim, kisah manusia yang suka bersangka buruk, kisah manusia yang percaya tanpa usul periksa, kisah manusia yang lebih suka mendengar kata-kata lebih dari mempercayai keluarga sendiri, kisah manusia yang mementingkan darjat, kisah manusia yang mensiakan peluang kedua, kisah manusia yang pada mulanya tabah dan kuat tapi akhirnya jatuh dek situasi yang yang menjerat, kisah yang manusia tidak boleh memuaskan hati setiap orang, dan kisah manusia yang bila jatuh tetap harus bangun kuat melangkah kehadapan. Walaupun hanya nipis bukunya, banyak pengisiannya.

Pada pendapat saya, buku ini memang padat dengan kisah realiti hiduap manusia pada masa dulu, masa sekarang malah mungkin pada masa akan datang. Ia padat dengan pengajaran, motivasi, nilai-nilai murni untuk kita semua. Ya mungkin gaya bahasanya  agak terlalu hmm..entah macam mana saya mahu katakan ya, pada masa sekarang mungkin kita tidak berkomunikasi begitu lagi, agak terlalu ibarat dalam drama sahaja. Ataupun sebenarnya rakyat Malaysia kita sudah kurang bercakap dengan bahasa baku mungkin, entahlah.

Bagi saya, ia adalah "buku yang banyak isinya berbanding soleknya " (dari lyd). Ayat dan bahasa yang digunakan puitis dalam pada yang sama sangat mudah untuk difahami, apa yang berlaku dalam Badai Semalam tidak dapat lari dari apa yang selalu berlaku dalam kehidupan realiti seharian, mungkin tidak semua tapi sedikit darinya ada pada setiap manusia.

Buku ini acap kali digarapkan sebagai drama di TV, dan juga tidak lama lagi teater Badai Semalam akan dipentaskan di Istana Budaya pada bulan November 2011. Minat teater? Ya saya suka...tapi... :)

Penulis belajar sesuatu pada kali ini, yang dalam membaca atau apa sahaja pun, sentiasa buka minda buka hati, Tidak semestinya kita hanya perlu fokuskan pada apa yang kita suka, dan tidak semestinya apa yang anda suka orang lain akan suka, dan tidak semestinya anda kena pastikan orang lain suka apa yang anda suka, dan ada kalanya juga kita kena terima apa yang orang lain suka, ya tolak ansur.

Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t adalah berbeza tetapi objektif hidupnya sama sahaja, ya semuanya kerana ALLAH s.w.t.

Wallaua'lam bissawab. ^__^



Tuesday, October 04, 2011

Qoutes of the day: ON BUSY!!!

“No matter how busy you may think you are,
you must find time for reading,
or surrender yourself to self-chosen ignorance.”
~ Confucious ~

“Doing nothing is better than being busy doing nothing”
~ Lao Tzu ~

“Inaction breeds doubt and fear.
Action breeds confidence and courage.
If you want to conquer fear, do not sit home and think about it.
Go out and get busy.”
~ Dale Carnegie ~


Penulis: Have to post something at the end...endless...but enjoying it?...hmm...huhu...^_^

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)