Sponsored Link

Tuesday, September 06, 2011

La Tahzan (Don't Be Sad): Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan 4




Penulis: Sambungan dari bahagian yang ketiga untuk rumusan buku...^_^
Nama Buku: Jangan Bersedih (Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan)
Penulis: Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni
Penterjemah: Noraine Abu
Penyunting: Dr. Mohd Puzhi Usop
Cetakan 2011, Al Hidayah Publication.

42. Jangan Bersedih, setiap sesuatu telah ada Qadak dan Qadarnya.

Apa sahaja yang telah berlaku memang adalah ketentuan Allah. Semuanya terjadi di dalam alam ini, adalah dalam pengetahuan Allah, izinNya dan ketentuanNya.

Allah telah berfirman dalam al-Baqarah:155 -
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"

Segala sesuatu telah Aku takdirkan silakan engkau mencela atau meninggalkan Aku, takdir terus berjalan, sebagaimana jarum menusukui lubang jahitan.

Ambil sebagai pengajaran.

43. Jangan Bersedih, Kerana kelapangan pasti akan datang.

Penungguan itu adalah suatu kesabaran. Apabila suatu persoalan semakin rumit, maka tunggulah, jalan keluarnya akan tiba. Rasa sedih itu pasti akan pergi, maka bersabarlah kamu.

Pepatah Arab:

Kepedihan yang selalu mendera,
pada saatnya nanti pasti akan pergi,

Pepatah:

Begitu ramai orang yang lega,
Setelah putus asa mendera,
begitu ramai pula orang berbahagia,
setelah dia putus asa,
Siapa pun yang berprasangka baik,
Kepada pemilik 'Arasy,
Maka dia akan memetik buah manis,
Di tepi sungai yang jernih.

Hadis Qudsi:

"Aku sesuai prasangka terhadap diriKu, maka silakan dia berprasangka terhadap diriKu sesuai dengan kehendaknya"

Pertolongan itu ada bersama dengan kesabaran dan kelapangan itu selalu bersama kesulitan. Sila usir kesedihanmu, sebab kesedihan itu hanya membuatmu menjadi gila!

Jangan Bersedih, kerana anda  masih memiliki doa, memohon agar diberikan ketenangan. Jangan Bersedih kerana anda masih dapat meneguk air yang jernih, dapat menghirup udara yang segar, dan dapat berjalan di atas kedua kaki yang sihat.

Jangan terbawa-bawa dengan kesedihan, kerana semua itu adalah sia-sia, ingat nikmat-nikmat Allah yang kamu dapat walaupun sekecil zarahpun kerana ia tetap rahmat yang besar.

44. Jangan Bersedih, perbanyakkanlah Istighfar, sesungguhnya tuhan kamu maha pengampun.

Firman Allah S.W.T dalam surah Nuh, 10-12:

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)."
Banyakkan beristighfar, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, jangan lekang sihir itu dari mulutmu. Sesungguh Allah itu Maha Pemaaf, dan dia sukakan pada Kemaafan, maka pohonlah keampunan darinya.

45. Jangan Bersedih, Ingatlah Selalu kepada Allah.

Perbanyakkan zikrullah. Perumpaan orang yang selalu berzikir kepada Allah dan yang tidak pernah berzikir kepada Allah bagaikan orang hidup dan orang mati.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah, 152:

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)."


46. Jangan Bersedih, Kerana Rahmat Allah Melimpah.

Jangan putus asa, rahmat Allah tiada batasannya.


47. Jangan Bersedih, Maafkan Orang yang menyakiti anda itu lebih baik.

Firman Allah dalam surah Fussilat, 34:

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."

Memaafkan orang yang menyakiti hatimu adalah lebih baik. Itu adalah hak Allah untuk membalasnya.


48. Jangan Bersedih, Masib banyak Nikmat yang ada pada diri anda.

Ingat Nikmat Allah, nescaya tidak mampu menghitungnya. Bersyukurlah kepadaNya atas semua nikmat.

Nikmat kehidupan, nikmat kesihatan, nikmat pendengaran, nikmat penglihatan, nikmat air dan udara, nikmat kedua tangan dan kaki.

Tanyakan diri selalu dengan anda soalan yang lebih kurang begini:

Apakah anda rela mata anda dibeli dengan harga satu juta dollar?


49. Jangan Bersedih, Dunia ini tidak selayaknya Ditangisi.

Yang paling utama adalah kebahagiaan di akhirat bukannya didunia. Tidak terlawan kenikmatan di dunia dengan kebahagian di akhirat.


50. Jangan Bersedih, Banyak Cara yang dapat Mengusir Kesedihan.

Ada banyak cara untuk mengatasinya. Kebanyakan manusia yang bersusah hati, berduka cita dan bersedih dalam hidup adalah penganggur yang tiada pekerjaan.

Maka bergerakklah dan bekerjalah. Berlatihlah dan kajilah sesuatu, bacalah Al-Quran dan bertasbihlah, tulislah sesuatu dan kunjungilah sahabat anda. Manfaatkan waktu anda dengan sebaiknya dan jangan biarkan sedetik pun waktu anda terbuang dengan sia-sia.

Waktu yang kosong, pasti akan menjadi mainan, bisikina dan hasutan syaitan. Maka penuhkanlah minda anda dengan perkara yang baik.

51. akan bersambung pada bahagian yang ke lima...^_^


No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)