Sponsored Link

Tuesday, August 16, 2011

Kataku Pada Hari ini.


Kataku padanya Ya Allah...

Sungguh saya sudah memaafkannya...

Dan Kataku padanya Ya Allah...

Sungguh saya ikhlas mendoakan untuk kebahagiaannya dan kegembiraannya dia...

Dan Kataku padanya Ya Allah...

Sungguh saya mendoakan agar apa yang dirancang berjalan seperti yang dia mahu malah lebih baik dari itu...

Sungguh mendoakan yang terbaik sahaja untuknya...walaupun dalam tangisan saya...

Dan Kataku padanya Ya Allah...

Sungguh saya memohon maaf untuk kelakuan saya selama ini, dan apa sahaja yang saya akan lakukan pada masa akan datang...sungguh bukan kerananya, dia atau sesiapa sahaja...bukan kerana dendam...bukan kerana benci...bukan kerana marah...bukan kerana tidak suka....

hanya kerana untuk diri ini...maafkan saya jika nampak mementingkan diri....maafkan saya kerana tidak mampu untuk menjadi sahabat yang baik lagi...sungguh kamu tetap sahabat saya selama-lamanya....

Sungguh saya sudah mencuba, namun saya tidak mampu...sungguh tidak mampu buat masa ini...
dan diri ini sebenarnya takut dengan diri sendiri...sangat takut.....

Ya Allah hanya kamu...hanya kamu yang tahu...

mungkin bila hal kamu sudah selesai segala-galanya hingga ke akhirnya...insya Allah...mungkin kembali seperti biasa...ya Insya Allah...ya insya Allah....

insya Allah saya pasti ia akan kembali seperti biasa semula....

Walaupun saya kadangkala kurang yakin dengan apa yang saya lakukan ini, namun saya yakin 100% Allah ada bersama saya...insya Allah...ya saya hanya perlu teruskan sahaja...

Ya saya hanya perlu mengingatkan pada diri saya sendiri yang kadangkala lalai, yang kadangkala terlalu mengikut hati dan perasaan, dan saya sendiri yang akan mengingatkan bahawa kesedihan ini pasti akan berlalu...ya pasti akan berlalu...ya sangat pasti akan berlalu...

Kecil sangat musibahku dari Allah untuk menguji kesabaranku, menguji ketabahanku, menguji kekuatanku, menguji keimananku...ya terlalu kecil berbanding apa yang dialami oleh manusia yang terdahulu dan juga manusia sekarang...ya Allah terlalu kecil...

Dan sungguh terima kasih pada Mu Ya Allah kerana kamu telah memilih diri ini untuk mengalaminya musibah ya Allah, ya biarpun bukan untuk kali pertama dan hamba Mu ini tahu bukan untuk kali terakhir di dunia ini agar diri ini sentiasa beringat dan tidak leka...Redha sungguh Redha...

~Dan padamu, saya masih setia menunggukanmu, masih sabar menantikanmu, dan hati ini sangat yakin bahawa Allah akan pasti menemukan diri ini dengan kamu~~


~~Dan Kataku Pada Mu Ya Allah~~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (30) Akhlak (41) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (18) Dua' (14) Education (53) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (223) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)