Sponsored Link

Tuesday, July 05, 2011

Surah Al-Insyirah: Terjemahan Ayat; Kemudahan dan Kesukaran


[1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

[2]
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

[3]
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4]
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),


[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Penulis: Wahai hati, yakinlah pada Allah s.w.t, yakinlah kamu, ya setiap kesukaran itu disertai kemudahan dan setiap kemudahan itu disertakan dengan kesukaran juga.
Ya Allah, hati ini tidak setabah, tidak sesabar dan tidak sekuat imannya
seperti wanita muslimah dan mukminah terdahulu. 
 Ya seperti Sumayyah binti Khayyath dan seperti Ummul Salamah,
Seperti Saiditina Fatimah az Zahra puteri Rasullullah,
dan isteri Rasulullah seperti Saiditina Siti Khadijah r.a dan Saiditina Aishah r.a.
Ya tuhan, sangat jauh bagai langit dan bumi, malah terasa tidak layak langsung untuk dibandingkan dengan mereka. Dan ya Allah, maka diri hanya dapat mengharapkan belas ihsan darimu MU agar hati ini setabah setakat mana diri ini mampu, terasa itu sahaja pilihan yang saya ada.

Imanku ini yang kadangkala ibarat roller coaster, dan ibarat saham yang ada turun naiknya. Maka ya Allah tetapkanlah di hati ini bahawa sesungguhnya Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya keranaMu, dan biarlah apa sahaja berlaku dalam hidup diri ini biarlah ia untuk merapatkan diri ini kepada Mu Ya Allah, Insya Allah, Aaamin.

5 comments:

  1. Ya Allah kau tetapkanlah Imanku dan semoga penulis berhati mulia ini diberi ganjaran atas ilmu yang diberi. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya rabbalamin, terima kasih,semoga Allah merahmati kamu juga.

      Delete

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)