Sponsored Link

Monday, July 25, 2011

Selamat Petang Isnin Julai 2011.

Sumber dari Google
Assalamualaikum, Selamat Petang Hari Isnin semua.

Agak lambat saya post enty hari ini, minggu ini selepas selama 2 bulan lebih tiada kelas, kelas yang baru sudah bermula...huhu...agak gementar bila sudah lama tidak mengajar...

Alhamdulillah semuanya agak lancar, ya encik pernah berpesan pada saya agar membacakan doa sebelum berucap agar lisan kita lancar dalam berkata-kata. Doa ini untuk diamalkan oleh pelajar dan petugas sebelum berucap, ya saya masih ingat dia memberitahu sewaktu tahun 2007 tatkala saya memberitahu yang saya dapat bekerja sebagi pengajar Alhamdulillah.

Dari Surah Taha ayat 25- 28 yang berbunyi dan bermaksud:



قَالَ رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِى صَدۡرِى (٢٥) وَيَسِّرۡ لِىٓ أَمۡرِى (٢٦) وَٱحۡلُلۡ عُقۡدَةً۬ مِّن لِّسَانِى (٢٧) يَفۡقَهُواْ قَوۡلِى (٢٨)
[25]Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;[26]“Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; [27] “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, [28]“Supaya mereka faham perkataanku;
Ramai yang menghadiri kelas yang tengah hari, cuma kelas yang petang sorang pun yang hadir, hampir 30 minit menunggu. Sudah malas saya ingin menunggu maka saya post entry saja disini. Ya kelas sudah bermula, walaupun ada arahan menyatakan saya kena berpindah ke MC, saya hanya stay disitu untuk kelas sahaja selama tiga hari, balance saya akan stay di MC satu lagi...:)...
aah lantaklah malas nak layan arahan yang kadangkala berubah-ubah...lagi aman disana...tiada yang menganggu sangat...lagi senang menggunakan pc... Harap-harap program yang saya ingin rancangkan untuk kelas bagi intake ini akan berjaya...harus berusaha untuk memastikan ia lulus...:) ya sebelum....saya akan.....
Penulis: kadangkala ada rasa rindu, dan sekarang sedang rasa rindu, tetapi akal menyatakan rasa rindu itu tidak berbalas, dan akal menyatakan lagi pada hati kamu harus sedar harus sedar dan harus sedar....:(...ya Allah kasihanilah hamba MU ini...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (30) Akhlak (41) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (18) Dua' (14) Education (53) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (223) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)