Sponsored Link

Wednesday, July 13, 2011

Petang semalam di Lake Valley Bandar Tun Hussein Onn


Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum...
Selamat pagi Hari Rabu dan Salam Sejahtera pada semua pembaca yang dikasihi sekalian.
(Sewaktu ini saya tidak tahu kemana arah atau akhirnya penulisan entri ini nanti)

Semalam Penulis menunaikan janji penulis pada diri sendiri untuk menzahirkan prinsip-prinsip saya yang memang saya percaya dan juga apa yang saya ajar selama ini. Ya amat penting bagi seorang pengajar agar jangan menjadi seperti ketam mengajar anaknya untuk berjalan lurus. :)

Saya thumb out dari ofis dan terus menuju ke BTHO Lake Valley, sangat dekat hanya ambil masa 5 minit hingga 6 minit, itupun kalau tidak jam. Sampai saya terus park kereta dihadapan tasik tersebut. Seorang diri, dalam waktu ini, perasaan dan pemikiran yang agak tidak tentu arah harus sendiri, ya lebih baik sendiri pada pandangan penulis sendiri. Tasik ini tidak lah besar sangat tapi cukup untuk membakar peluh dan keringat badan sendiri.

Saya tidak sempat untuk salin baju yang sesuai, selamba aja dengan baju kurung yang diberi oleh mak teh saya, warna coklat bunga rose kecik-kecik. Ya sudah tentu berjalan sahaja saya tidak jogging pun, kasut sukan pun tidak tukar. Tepat 6.25pm saya mulakan perjalanan mengelilingi tasik tesebut, Masya Allah angin yang sungguh segar dan nyaman, moga-moga ia akan menyamankan hati saya yang resah ini.

Pasti ada yang tersenyum pelik atau geli hati melihat saya berpakaian baju kurung berjalan di tasik ini keseorangan. :). Perempuan melayu yang terakhirkah?...hahaha sudah tentu bukan saya atau mungkin mengikut style Ana Rafali mungkin. Saya pedulikan itu semua, di nun sana saya ternampak seorang wanita berjalan berpakaian jubah, aah saya tidak keseorangan. Maka Saya teruskan jua perjalanan.

Dalam perjalanan saya, di tepi-tepi tasik ada berberapa anak-anak muda, remaja, keluarga membawa anak masing-masing memberi makan ikan didalam tasik tersebut. Subhannallah besar dan banyak pula ikan-ikan di tasik ini. Di bahagian sana pula, di sebelah sana, terdapat kawasan permainan untuk kanak, ya sungguh bahagia mereka. Terdengar tawa riang kanak-kanak.  Sang Ayah yang penyayang dan juga ibu yang pengasih meluangkan masa bersama-sama anak-anak mereka. Subhanallah, sungguh ya Allah aku amat mendambakan waktu itu nanti, dengan siapa? ya mungkin suatu hari nanti dengan insan halal yang telah ditetapkan olehMu untukku suatu hari nanti.

Ya bahagia mereka bagi saya sangat bahagia, bagi saya bahagia bukan bermakna tiada masaalah, tapi bahagia itu bermakna kekusutan di tempat kerja, masalah kewangan, masalah dengan kawan-kawan, masalah negara, serta masalah-masalah yang lain, dapat ditimbal balik dengan tawa riang, senyuman anak-anak, senyuman manis si isteri dan juga gelak tawa si suami. Ahh...penulis mengelamun dengan diri sendiri :). Ya mampukah diri ini berjumpa dengan cinta, ya cinta yang mampu membawa hingga ke syurga (Bercinta Hingga ke Syurga). Allah sahaja yang tahu.

Saya meneruskan berjalan, ya kaki saya melangkah satu persatu, tangan saya hayunkan, mata saya kadangkala memandang ke tanah, kadangkala memandang pada tasik, kadangkala pada awan, dan didalam kepala saya, bermacam-macam saya fikirkan dan kenangkan.


Ya saya kenangkan sebenarnya, sudah hampir 6 hari saya berjaya tanpa air mata yang tumpah, hampir saya ingat saya sudah berjaya dan aman. Tetapi semalam, saya kalah lagi dengan rasa dihati, hujan lebat yang tidak tertahan hingga ke malam. Ya Allah, hati saya amat lemah tidak setabah yang saya sangka. Sekarang saya sudah tidak tahu kenapa ia mengalir, kenapa harus mengalir sebab saya yang saya sendiri pun tidak pasti.

Mungkin kerana rasa marah benci pada diri sendiri, astaghfirullah jauhlah syaitan durjana. Saya sayangkan diri saya. Mungkin juga kerana kata-kata kawan-kawan saya, aah sahabat saya tidak terdesak mana, janganlah kamu bergurau dengan perkara yang sia-sia yang tiada maknanya, sungguh kalau mahu membantu bantulah dengan sungguh-sungguh bukan sekadar bermain-main kata sahaja, sesiapapun saya akan terima seadanya, aah mungkin jua mereka hanya ingin mengusik saya terima saja. Mungkin juga kerana rindukan keluarga, Mungkin juga kerana dosa-dosa saya. Mungkin kerana tiba-tiba rasa dihati saya itu lagi, aah cukuplah hati, jangan permainkan saya, rasa itu hanyalah mainan hati. Entahlah saya pun tidak tahu.

Mungkin kerana juga sekarang adalah Julai 2011 dan kamu mengenangkan Julai 2010 dan juga August 2010 dan September 2010 yang membuatkankan kamu tertanya-tanya. Penulis sahaja yang tahu dan Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku, yang sebenarnya tiada apa-apa ya ibarat kata lagu ini. "Yang tak pernah wujud dalam alam cinta", ya katanya. Apa dimaksudkan alam cinta pun saya tidak tahu kerana tulusnya saya tidak pernah dan bagi saya ia tiada terikat undang-undang atau apa pun peraturan dari manusia, masing-masing punya definisi sendiri. Yang saya tahu apa yang saya rasa sahaja. Ya Allah, cukuplah, jangan dikenang-kenangkan penulis.

Dan tiba-tiba, fikiran saya terhenti terhenti, saya ternampak helang di langit?..aah betulkah yang saya nampak ni. Saya tersenyum sendiri, penulis sememangnya mudah sangat tertipu, rupanya layang-layang bentuk kelawar yang berwarna hitam. Tingginya ia terbang, milik sepasang remaja muda, wah terasa indahnya dunia bila melihat mereka, bermain layang-layang bersama-sama. Ya masih muda mereka, saya pula terasa ingin terbang bersama-sama layang tersebut agar bisa semua ini saya lupakan untuk sementara. Sudah tentu mustahil bukan, ayuh turun ke ke bumi  balik penulis, teruskan perjalanan.

Ya pusingan pertama untuk mengelilingi tasik ini di point yang saya bermula tadi, saya melihat jam handphone saya menunjukkan pukul 6.45pm, wah hampir mengambil masa 20 minit untuk berjalan. Agak lama juga so pada pusingan yang kedua, saya mengambil keputusan untuk mempercepatkan lagi langkah saya. Dan sekali lagi fikiran saya bermacam-macam saya fikirkan.

Terasa ada kata-kata atau perbuatan saya akan melukakan atau sudah melukakan mungkin, ataupun mungkin tidak. Mungkin dia tertanya-tanya kenapa saya seperti menjauhkan diri atau mengelakkan diri atau kenapa sudah lama tidak berjumpa. Kalau sungguh dia terasa, Ingin sahaja saya katakan bukan kerana dia, ya bukan kerana dia tapi kerana saya sendiri. Ya maafkan saya. (Saya sentiasa doakan yang terbaik sahaja untuk kamu dan apa sahaja yang kamu lakukan, walaupun saya tidak mampu untuk kata sendiri, ya masih belum ada kekuatan).


Penulis sebenarnya sangat takut dengan hati sendiri, takut dengan perasaan sendiri, takut ia menginginkan seuatu yang bukan milik atau haknya, takut dosa-dosa terhadap manusia-manusia yang lain, sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan oleh diri sendiri. Ya saya sangat takut dengan diri sendiri, takut akan terus melakukan dosa, rasa bersalah tehadap insan lain. Takut hati dan fikiran ini melakukan, berharap dan berfikir sesuatu yang melampaui batas yang tidak sepatutnya.


Ya saya keliru dengan rasa saya sendiri, bukan tidak mahu, bukan tidak suka, malah kalau boleh penulis ia kembali semula seperti biasa , seperti pada bulan Mei 2010 dan masa-masa sebelumnya.  Saya sudah mencuba untuk seperti biasa, banyak kali dalam banyak situasi tetapi....ia tetap datang jua...ya Allah hanya pada MU ya Allah aku memohon untuk bersabarkan hati ini.

Maka saya amat takut dengan rasa yang sememangnya tidak sepatutnya ada pada insan yang bukan halal bagi penulis, ya malah kepunyaan orang lain.  Wahai sahabat, sungguh jika pada masa akan datang, atau pun sekarang kamu terasa atau sakit hati, ampunkanlah saya, sungguh tidak disengajakan. Saya tidak mahu melukakan sesiapa lagi, dalam keadaan sedar atau tidak. Bukan kerana apa kerana Allah s.w.t. ada bersama-sama, maka saya takut dengan dosa-dosa, pahala entah kemana, dosa meningkat jua.


Aah...saya tidak mahu berkata-kata apa-apa lagi takut termakan dengan kata-kata sendiri. Ya hari ini masih hari ini, semalam yang sudah lepas, dan esok yang masih belum pastinya.
Dan sesungguhnya saya redha dengan rasa sedih ini, jika ini adalah hukuman Allah terhadap dosa-dosa silam saya maka saya terima ya Allah, Jika air mata masih tidak terhenti juga saya akan terima juga. Air mata adalah anugerah Allah pada wanita. Sampai bila, saya sendiri masih tidak mampu menjawabnya. Saya akan memujuk diri sendiri, sudah biasa....
"Ya, manusia bertemu kerana Allah s.w.t dan manusia berpisah jua kerana Allah."


Ya Allah tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk diri ini di dunia dan akhirat, ya saya kadangkala tidak tahu apa yang saya harus lakukan, apa yang sepatutnya, apa yang tidak sepatutnya, maka tunjukkanlah jalannya Ya Allah. Insya Allah, Ya rabbalamin...:)


Seketika saya terhenti berjalan, terasa amat letih, terasa ingin tutupkan mata sahaja bila ditiup angin di Lake Valley ini, saya berjumpa bermacam-macam manusia disini, Masya Allah, ada warga tua masih gigih untuk berjalan, untuk menjaga kesihatan, adik yang obesiti berjalan juga. Ada pasangan suami isteri berjalan bersama-sama, terasa cemburunya saya, anak-anak kecil memberi ikan makan, ada adik yang tidak mahu pulang lagi menangis ia berkata " Taknak balik, ibu..." sedunya membuat hati saya tersentuh.
Ahh adik insya Allah ibu kamu akan membawa kamu ke sini lagi.

Sedar tidak sedar dengan kepala yang sarat dan penuh di fikiran, jam sudah menunjukkan 7.10pm, saya harus segera pulang. Okay hari ini saya berjalan selama 45 minit = 111 kalorie sudah terbakar!!! Good Job!!! Alhamdulillah!!!
Dan saya mulakan perjalanan untuk pulang, dan Insya Allah esok saya akan kembali ke sini. Dan dengan tidak disangka, tanpa diduga, mendung pun tiada, "hujan pun turun tidak disangka hingga ke malam"..tidak tahu kenapa...aah bencinya memandu sendirian...Ya Allah moga esok akan lebih baik untukku insya Allah ya jika masih ada esok untukku....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (30) Akhlak (41) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (18) Dua' (14) Education (53) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (223) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)