Sponsored Link

Friday, July 29, 2011

Kewajipan seorang Muslim ke 11: Meninggalkan Perkara Kehendak Hawa Nafsu

Sumber Dari Google

11. Meninggalkan Perkara Kehendak Hawa Nafsu


Kewajipan ke sebelas ini berdasarkan firman Allah:


Sad: 26
Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
An-Nazi'at: 37-41

"Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya,[37] Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), [38] Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, [39] Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.[40] Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -[41]Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya."

 
Penyair lain juga bermadah:


Telah tertipu orang jahil oleh angan-angannya sendiri, Siapa sampai ajalnya akan mati, siapa yang hampir kematiannya, Helahnya tidak dapat menyelamatkannya, seseorang tidak menemaninya di kubur, melainkan amalannya.



Imam Syafii bermadah:

Aku telah mematikan ketamakannya, maka aku merehatkan jiwaku, Sesungguhnya jiwa tatkala ia tamak, akan hinalah ia, Aku hidup sifat Qanaah yang asalnya mati, maka pada menghidupkannya kehormatanku terpelihara. Jika sifat tamak telah bertapak di hati seorang hamba, akan sakitlah hati itu kerana kehinaan dan akan menungganginya kerendahan.
Sebahagian penyair bermadah:

Janganlah kamu berbuat zalim jika kamu berkuasa, kerana kezaliman itu berakhir akibatnya kepada penyesalan. Dua matamu dapat tidur, namun orang yang engkau zalimi berjaga untuk berdoa ke atas kamu, sedang pandangan Allah tidak pernah tidur.
Sumber Buku: 50 Kewajipan seorang Muslim oleh Muhammad bin Abi Bakr dan diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzli, Penerbitan Dar Hakamah


Penulis: Ya Allah ya tuhanku, lindungilah diri ini dari mengikuti kehenadak hawa nafsu yang melampau, lindungilah diri ini dari perasaan marah yang melampau, lindingulah diri ini dari menzalimi diri sendiri dan juga daripada menzalimi orang lain dan penuhkanlah dalam hati ini sifaat qana'ah....insya Allah amiiiiiiiin ya rabballamin.

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)