Sponsored Link

Wednesday, July 20, 2011

Kewajipan seorang Muslim ke 10: Bertakwa Kepada Allah


10. Bertakwa Kepada Allah


Kewajipan ke sepuluh ini berdasarkan firman Allah:

at-Taghabun: 16
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
Sabda Rasulullah s.a.w: " Bersederhanalah (dalam beramal), hampirilah kesempurnaan, bergembiralah (dengan pahala yang dijanjikan Allah) dan phonlah bantuan Alllah pada waktu pagi, petang, dan sedikit dari penghujung Malam. (Riwayat Al-Bukhari dan Abu HUrairah r.a)

Sebahagian penyair bermadah: Hendaklah kamu memilih yang sederhana dalam urusan kamu, kerana sederhana itu adalah kejayaan.

Sabda Rasulullah s.a.w: Perkara yang paling aku bimbang terhadap umatku ialah riak dan syahwat yang tersembunyi."

Selain daripada itu Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda dalam khutbahnya: " Wahai manusia! Lakukanlah amalan mengikut yang kamu mampu kerana sesungguhnya Allah tidak jemu memberi pahala hinggalah kamu jemu beramal. Sebaik-baik amalan itu ialah yang berterusan dilakukan ( Riwayat dari Saiditina Aisyah r.a.)

Sumber Buku: 50 Kewajipan seorang Muslim oleh Muhammad bin Abi Bakr dan diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzli, Penerbitan Dar Hakamah

Penulis: Ya Allah, sesunguhnya hanya pada mu, maka permudahkanlah, ringankanlah hati, tubuh badan, aqal, lisan, agar kami dapat untuk beribadah, tunduk kepadamu Ya Allah dengan penuh keinsafan dan keikhlasan ya Allah.
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)