Sponsored Link

Tuesday, July 26, 2011

Hujung minggu yang lalu: Berbasikal, wayang, tanam pokok, window shopping ^__^


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah hari ini masih untuk kita semua, ya kali ini penulis nak share pada hujung minggu lepas apa yang dia buat...huhu...sangat sangat best...terima kasih mak cik sarah, cik na, Hazizah n Dillah, and STAD...^_^...dan anda pembaca apa yang anda buat minggu lepas???...^__^

Sabtu, 23 Julai 2011:

1. Berbasikal di Taman Botani, Putrajaya.


Di salah satu titian yang ada dengan dillah

Saya sebenarnya dah lama nak mencuba cycling di Taman Botani ni, minggu sebelum puasa , akhirnya tercapai jua. Seingat penulis sudah bertahun tidak naik basikal...hhoho...terasa macam budak sekolah aje...sangat seronok...dan indahnya flora disana, pemandangan yang sangat indah, udara yang menyamankan...huhu...best, nak jadikan tempat dating pun best....huhu romantik seh...^__^...woweee...indahnya kalau dapat berbasikal si buah hati ...huhu...hahah...angan-angan lebihkan...:)...ish ish pembaca fikir apa..tentulah lagi best kalau dapat dating dengan si suamikan...kukukuikui...ya angan-angan lagi...huhu...



tempatnya pun ala-ala di pantai....huhu..memang penulis sangat suka dengan pantai, air, ombak, pulau-pulau...huhu...angin yang datang meniup...huhu



Anyway dimana tempatnya di Taman Botani, dari Cheras lebih kurang 30 minit, tidak susah nak cari, ada signboard bila tiba di Putrajaya, ikut sahaja signboard tersebut. Insya Allah, anda semua akan sampai.


Saya, Ziza, n Dillah kami bertolak lebih kurang dalam pukul 8.30am, singgah sebentar di Petronas Bukit Dukung, dan kemudian terus menuju ke Putrajaya. Tidaklah seramai yang saya sangkakan, tempat untuk parking sangat banyak. Kami pada mulanya hilang arah tidak tahu ke mana.


Ya ringankan mulut untuk bertanya pada guard. Jangan malu untuk bertanya nanti sesat jalan. Dia tunjukkan dimana terus pergi ke office untuk mendaftarkan, agak lewat kami masuk ke office dalam 9.30am, so adik di kauter tu kata dalam 10am baru ada basikal.


Apa lagi kami explore lah dulu tempat tu,...Subhanallah dan Masya Allah...sangat menakjubkan ciptaan Allah s.w.t...Ya Allah terasa sangat bersyukur dikurniakan penglihatan.
Ada kumbang menghidap madu di bunga, ada berbagai jenis pokok bunga, wangi baunya dan cantik warnanya...

Dalam pukul 10am, ada tiga buah basikal yang available, apa lagi kami mulakan perjalanan...^_^


Sedikit info tentang Cycling at Taman Botani ni:

Waktu Operasi: 9am-7am setiap hari
Bayaran basikal: RM2 (hari biasa) untuk sejam, RM 4 (hujung minggu)


Selain daripada itu terdapat banyak Taman-taman kecil dalam Taman Botani ini, itupun lebih kurang 2 jam kami berbasikal, tak habis melawat. Ada tasik yang sangat luas di tengah Taman Botani, ada yang berkayak, ada kapal Layar, saya tidak pasti mereka naik dekat mana. Yang bersiar-siar menggunakan bot pun ada.


Saya nasihat supaya pergi awal, kerana tidak panas, dan senang dapat basikal, jumlah basikal agak terhad juga. Pada mulanya agak tidak yakin untuk berbasikal, tapi Alhamdulillah masih tidak lupa huhu...

Sangat seronok bila berbasikal dengan laju, turun dari bukit...wowweeeeeeee...angin meniup muka, terasa ingin suruhnya padamkan segala duka di hati, atau padamkan segala-galanya mungkin...hmmm...

DAlam perjalanan kami terserempak dengan sekumpulan remaja cina, salah seorang dari kawan mereka jatuh dari basikal, sangat kesian, lutut bercalar, siku bercalar, gigi berdarah, kasihan dahlah comel pulak tu, cik Ziza kita yang baik hati siap bagi air dan plaster lagi, ^__^...

Kami teruskan perjalanan lagi, berehat sebentar di suatu tempat, siap ada tempat berehat macam di tepi pantai, huhu...saaangaaaaaat rindu...kata cik Ziza dah lama tak pergi pantai kan???...hmm..entah bilalah boleh pergi bersama-sama dengan sahabat-sahabat semua lagi...^_^

Jam menunjukkan hampir pukul 12pm, kalau ikutkan masih mahu meneruskan perjalanan, tapi disebabkan ada suatu insiden huhuhu, dan juga kerana hujan yang lebat menurun kami terus ambil keputusan untuk pulang...tidak mengapa insya Allah di lain waktu ingin pergi ingin bawa sahabat yang seorang lagi tertinggal...^_^...insya Allah. ~end~

2. Harry potter: The Deathly Hollows part 2 (The end)

Petangnya pula, saya pergi keluar tengok wayang...huhu...hanya melihat yang biasa sahaja...bukan dengan 3D...well...cerita lagi best dari pirates n transformer...a good story...yalah sambungankan...a good ending...kalau tidak tengok sejak part cerita yang awal..memang tak faham kot...slot pukul 9pm...dekat mana eCurve Damansara(Cathay Cineplexes)...huhu wayangnya sangat besar dan selesa dari GSC atau TGV...

Dalam pada tu sempat juga lihat bola 30 minit pertama sebelum wayang bermula...tak mengapa Malaysia...kita gasak lagi bila lawan disini...^_^...

Thanks pada Cik na n Makcik Sarah...enjoy hanging out with you gurls...^__^...sampai di rumah dalam pukul 1am....hahah...bila nak berheti keluar malam ni, nak kena ada yang suruh juga agaknya nih ~end~

Ahad, 24 Julai 2011:

1. Shah Alam River & Trees for Life 2011 (4)
Tempat: Sg. Damansara River Bank, Section 13, Shah Alam.

Komitmen berterusan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada masyarakat khususnya generasi muda agar sentiasa peka dan prihatin terhadap usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar dan kehijauan terus diperkasakan melalui Program Shah Alam River and Trees For Life.
Program Shah Alam River and Trees For Life ini merupakan usahasama MBSA bersama NGO dan IPTA/S seperti MUCH, Segi, Sime Darby Berhad dan lain lain lagi. Pagi-pagi Ahad saya, dillah, n kak nani, berkumpul dalam pukul 7am di depan tower 10, untuk pergi tanam pokok...pergi dengan menaiki bas huhu...dah lama tak join...at first thought this is continous from the first event that i joint, well its not....never mind...enjoy it anyway...rakan-rakan Stad yang ada Rajan, Siti, Farahah dan Syifa' and of course the students.

Dalam pukul 9am sampai di tepi Sungai Damansara, breakfast disediakan Alhamdulillah, sampai agak lambat, tools sudah tiada...hanya ada cangkul, pokok-pokok sudah disediakan...ayuh mari mula menanam pokok. Saya dillah n kak nani...huhu...tanam yang sungguh subur, kenapa? terdapat banyak cacing, masya Allah besar pulak dan panjang-panjang belaka...huhu,

Ya ayuh berbakti pada tanah, moga tanah akan berbakti pada kita pula...tetapi amat kasihan bila melihat sungai...kotor tidak jernih, ada banyak sampah...aduhai...dimanakah kesedaran penduduk Malaysia kita, ya sayangilah sungai anda...mahukah anda mewarisi sampah sarap dan sungai yang kotor pada anak-anak kita semua...

Dekat dalam pukul 10am, kami hampir selesai menanam pokok, lebih kurang 6 atau 7 batang anak-anak pokok kami tanam, ada yang kami tahu jenisnya, ada yang tidak...belasah ajalah..huhu...program kali ni sekejap sahaja, kawasannya tidak berapa luas, lagipun ramai sukarelawan yang terlibat...so dalam 10.30 kami hanya menunggu bas untuk mengambil kami pulang. huhu...around pukul 11.30am saya sampai di Tower 10 terima kasih semua....^__^ : no picture only, pada kak nani and rajan ~end~


2. The Mines: Window Shopping

Sampai-sampai sudah penat, mandi kemudian dalam pukul 12pm terlelap dan tertidur sampai pukul 3pm...terasa sangat penat...tak henti henti berjalan, penat berbasikal, penat tanam pokok, penat berjalan...huhu...takdelah sangat sebenarnya...

So dalam 3pm bangun, solat Zuhur, tengok-tengok Cik Ziza kita dah siap memasak rupanya, huhu...sungguh sangat sedap biarpun lauk bujang...^__^....then after solat asar temannya pergi beli barang aje di Mines...saya hanya window shopping, tidak terfikir nak beli apa, lagipun barang yang dicari tiada...

Alhamdulillah, dapat juga Ziza dengan barangnya...sekejap sahaja, sebelum Maghrib sudah sampai dirumah huhu...best best weekend yang sentiasa penuh...tapi entah kenapa kadangkala hati merasa kosong...hmm...astaghfirullah...syaitan durjana pergilah kamu, janganlah kamu membisikkan kata-kata sedih di hati ini...sungguh saya sangat bersyukur bertemankan sahabat-sahabat dan saudara mara pada minggu ini...^_^ Alhamdulillah.

Semoga hujung minggu ini lebih baik...insya Allah...

 ~ END ~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (30) Akhlak (41) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (18) Dua' (14) Education (53) Family (35) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (223) Parents (14) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)