Sponsored Link

Wednesday, June 01, 2011

Selamat Tinggal May 2011 & Selamat Datang June 2011

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum...

Akhirnya sampai juga bulan June 2011. Sudah masuk pertengahan tahun 2011, apa yang saya sedang lakukan untuk diri saya? dan keluarga?, sahabat2?, agama? Kawan2? negara? Adakah semakin baik atau buruk? Hanyalah Allah yang mampu menilainya...saya mengharapkan ia bertambah baik.

Bulan May 2011, bila saya  toleh ke belakang bulan May  bagi saya adalah bulan bercuti panjang dikampung, peperiksaan, marking walaupun masih tidak habis, memenuhi jemputan kenduri kahwin,  contemplation saya ^_^, mengasah skill memasak, dan menyelesaikan masalah dalaman. Alhamdulillah walaupun penuh berliku walaupun tidak sesempurna mana tapi saya mampu menghadapinya dengan lebih tenang dan aman berbanding sebelum ini.

Ya, saya semakin yakin dengan apa yang saya lakukan walaupun ada turun naiknya. Keputusan yang sudah lama saya sudah buat cuma tenggelam atau timbul, dan sekarang  saya hanya mampu bertawakkal pada Allah s.w.t. Saya sudah tidak kisah lagi. Biarpun ada rasa, saya tidak mahu layan sangat dan sesungguhnya Ya Allah hanya kamu sahaja tahu bagaimana saya sangat mencuba sekuat hati. Yang penting hati saya...^_^... dan sesungguhnya saya tidak mahu terus menerus melukai hati sendiri lagi.

Dan apa saya lakukan saya memang tahu saya perlu mengelakkan setakat mana yang saya boleh, aah maafkan saya. Saya bukannya manusia yang baik boleh mengawal emosi saya, setakat mana saya mampu mengawal dan berhadapan saya akan cuba. Agar lebih senang dan selesa bagi semua orang bukan...^_^ dan lagipun saya sememangnya sudah lama rancangkannya mungkin secara tidak langsung disengajakan...hmm...

Ya saya pernah katakan kadang kala tidak perlu ada rasa 100% bila membuat keputusan tetapi kita mesti yakin 100% yang Allah ada bersama-sama kita. Dan saya sangat yakin dengan itu. Yang penting saya perlu yakin dengan keputusan saya dan hala tuju apa yang saya nak buat ^_^. Apa sahaja yang saya lakukan dan akan lakukan sekarang masih seperti dulu, seikhlas hati saya lakukan dengan rela hati.

Maka hindarkanlah syak wasangka, prasangka manusia dan mahkluk lain yang negatif pada diriku Ya Allah, hanya padamu saya mampu memohon perlindungan, sungguh diri ini tawakkal pada Mu ya Allah.

Ya Allah, dan juga barangkali saya masih tidak bersedia, sebab itu saya tidak dengar khabar berita, dan tidak ada rezeki untuk menyambung dan menambah ilmu, ayuh jangan putus asa mari cuba sekali lagi...^_^

Segala perkara yang sudah lepas biarlah berlalu sebagai asam garam kehidupan penulis, saya terima seikhlas hati. Dan tiada apa yang saya akan kesalkan kerna ia telah dituliskan dan dinyatakan walaupun kebanyakan kadangkala terikut-ikut emosi seorang wanita yang lemah. Ia lebih baik saya nyatakan sendiri. Kalau tidak meletup agaknya dalam kepala saya.

Harapan saya semoga bulan Jun 2011 akan bertambah baik, saya harap dapat menghadiri semua jemputan. Semoga rancangan saya yang saya rancangkan akan berjalan dengan lancar.

Apa-apa pun saya semakin rasa tidak selesa dengan politik kerja di ofis, Sangat tidak suka, marilah bekrja dengan aman. Sangat tidak tersangka ingatkan ia sudah berakhir. Ya Allah lindungilah kami dari hasad dengki manusia. Kalau perlu mungkin akhirnya perlu bergerak tapi ke mana?...sudah sangat selesa ahhh...

Staying too short or a while also not good staying too long at a certain  place also not good...both have pro and cons...need to move when i feel more secure and upgrade my self...insya Allah...hanya menunggu masa yang sesuai. Buat masa ini mari kita lakukan yang terbaik pada setiap hari jangan terlalu banyak berangan-angan, bersyukur dengan apa yang ada.

Really looking forward for this week and next week semoga perjalanan diri ini dan sahabat-sahabat akan dilindungi dan diberkati oleh Allah s.w.t. Ya seikhlas hati....saya sangat suka berjalan selagi diri ini dibolehkan dan dibenarkan dan mampu...^_^

Penulis: Kegembiraan, kelapangan, ketenangan yang sudah lama tidak dirasai yang saya fikir mungkin tidak saya akan kecapi lagi, ia semakin dekat dan semakin menghampiri, sepatutnya saya seharus yakin dengan Allah kerana ia semua darinya, percaya dengan janji Allah, dan masa akan menyembuhkan diri saya seperti mana kisah yang pernah alami dan berlaku bertahun-tahun sebelum ini...Masya Allah Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar...

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerna mu Ya Allah maka tetapkanlah hati ini dan lindungilah ia ya Allah"...^_^

Maka SELAMAT TINGGAL MAY 2011 DAN SELAMAT DATANG JUNE 2011...^_^

3 comments:

  1. Saya ingin mengucapkan tahniah diatas keberanian untuk memulakan langkah dan terus mencuba, jatuh atau gagal itu perkara biasa, yang termulia dan penting dari itu ialah keberanian dan kemampuan untuk mencuba dan memberi peluang kepada diri untuk terus bangun dan mencuba lagi...insyaAllah, teruskan melangkah dengan langkah yang optimis, saya juga berdoa semoga anda berjaya didalam apa jua matlamat yang ingin anda capai, ...amin.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih arjunasetia amiiin...Inysa Allah :)

    kak long already have..:)

    ReplyDelete

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)