Sponsored Link

Friday, June 17, 2011

Selamat Hari Bapa 2011 ^__^


Assalamualaikum...

Di Malaysia katanya ia disambut setiap Ahad minggu ketiga didalam bulan June. hmm...ya setiap hari adalah hari bapa kerana setiap masa saya ingatkannya ya bagi saya. Kasihan padanya...Bila tiba hari bapa saya hilang dan kelu tanpa kata, malu dan susah nak diluahkan...selalu melawan kata ayah sendiri kadangkala. Agak malu dengan encik kadangkala, bukannya tidak sayang. It's more than words.

Ya rasa dan perasaan sebenarnya susah nak diluarkan dengan kata-kata, apa yang dikata berlainan apa didalam mulut. Ya macam saya yang hanya mampu meluahkan didalam blog yang simple ini. Tetapi bila hadapan tidak mampu berkata apa-apa. Tetapi saya masih dikira anak manja ayah juga dan mak...hehehe ^__^

Teringat sewaktu remaja sememangnya penulis seorang remaja yang agak memberontak...ya penulis pun pernah memberontak...yang kadangkala diingat amat dikesali, betapa ruginya diri dalam perjalanan menjadi anak  yang soleh.

Betapa susahnya dia mencari rezeki untuk kami semua, mak seorang suri rumah. Seingat kami ya kami semua cukup makan minum, belanja, hantar ke sekolah walaupun mereka tidak belajar setinggi mana...ya ayah saya sudah tua sangat tua, tapi dia sangat gigih. Walaupun dalam barannya, dalam marahnya, dalam kasarnya, dia masih ayah yang saya sayang, walaupun atas kerusi roda...alangkah betapa mahu saya kalau boleh dia sihat seperti biasa, ya Allah mahu menguji dia dan juga menguji hati anak-anaknya.

Dan alangkah dia sangat-sangat tidak mahu menyusahkan anak-anaknya, selagi boleh, selagi mampu dia ingin berdikari sendiri, selagi mampu menguruskan dirinya dia tidak akan minta pada anak-anaknya. Baginya, kiranya anak itu sudah mampu berdiri sendiri cukuplah dan bahagia dengan keluarga sendiri, dia tidak akan kacau. Saya tahu dia dan mak menunggu agar diri ini dibawa pergi agar dia tahu ada yang akan menjaga saya dan agar dia tidak risau lagi...tetapi......

Ya dan dalam marahnya ada sayang, walaupu kadangkala hati ini terusik dengannya, perempuan sangat sensitif. Dan juga ayah saya sangat suka mengusik saya sebenarnya, ya menyakat, sama macam abang2 dan kakak saya juga...huhu...selalu kena buli...huhu...itu agaknya saya selalu kena dengan orang lain...huhu

"Ayah saya seorang bekas pemandu teksi,
sebab itu saya suka bawa kereta,
dan Ayah saya seorang bekas tukang masak kenduri,
sebab itu saya suka memasak (mungkin haha) walaupun tidak sedap,
dan Ayah saya seorang bekas pemburu didalam hutan...
sebab itu agaknya saya suka aktiviti luaran,
dan Ayah saya juga suka berjalan-jalan,
sebab itu anaknya ini kaki jalan juga ^__^,
dan Ayah juga saya bekas ketua kampung,
tetapi saya???....hmmm...
dan Ayah saya seorang bekas perokok,
dan ayah saya juga seorang pesakit strok/HT/D,
dan mungkin sebab itu saya.......................
tetapi,
Biarpun dia penuh kekurangan,
walaupun kami tidak sekaya mana,
bagi saya dia adalah ayah yang paling sempurna,
dan telah menjaga kami dengan penuh kesempurnaan
dan telah membesarkan kami semua dengan kasih sayang
dan saya tahu walaupun tidak terluah
dengan kata
dia sangat sayangkan kami semua...^_^
Encik, saya sangat sayangkan kamu,
walaupun kamu tidak dapat baca diblog ini...^_^

Ayah

Ayah,
Setiap kali memandang wajahmu
Hati ini begitu bersyukur
Hati ini begitu bahagia
Kedapatan seorang ayah sepertimu.

Ayah,
Kehidupanku serasa bermakna
Dengan titik peluhmu
Aku dan adik-beradik mengenali dunia
Dengan kasih-sayangmu
Aku dan adik-beradik mengenali bahagia
Dengan ilmumu
Aku dan adik-beradik mengenali Allah Yang Maha Esa.

Ayah,
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.

Ayah,
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit
Sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.

nash v. khan
19 Jun 2005
11.05 pm

Penulis: Ampunilah dosa-dosa anakmu ini wahai bonda dan ayahanda,
terasa diri ini kadangkala sangat jauh dari menjadi anak yang soleh. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)