Sponsored Link

Thursday, June 30, 2011

La Tahzan (Don't Be Sad): Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan 2


Penulis: Sambungan dari bahagian yang pertama rumusan buku...^_^

21. Jalani Hidup Seadanya

Manusia tidak akan pernah menjumpai ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyulitkan. Setiap perkara itu terdapat sesuatu yang buruk dan tidak disukai. Padamkanlah panasnya keburukan pada setiap perkara dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya. Setiap luka ada harganya.
Jalanilah hidup ini sesuai dengan kenyataan yang ada, jangan hanyut dalam khayalan dan menerawang ke alam imaginasi. Kawal jiwa untuk menerima dan menikmatinya. Tiada yang sempurna didunia ini.

22. Anda lebih beruntung daripada yang lain

Bukan kamu sahaja yang satu-satunya orang yang mengalami bencana. Dan kadangkala ia tidaklah seberapa berbanding manusia lain. Betapa banyak penderitaaan dan betapa ramainya manusia bersabar menghadapinya.

al-Baqarah:214

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)."

23. Solat, Ubat Mujarab Pengusir kesedihan

Rasulullah s.a.w bersabda pada Bilal bin Rabbah r.a:

"Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat." (al-Hadis)

Bila dada terasa sempit, bersegeralah mendirikan solat, nescaya jiwa akan kembali tenteram dan tenang.

24. Allah adalah satu-satunya Penolong

Menyerahkan semua urusan kepada Allah, bertawakkal kepadaNYa, percaya terhadap janji-janjiNya, reda dengan apa yang dilakukanNya, berbaik sangka kepadaNya dan menunggu dengan sabar pertolongan dariNya. Ia merupakan sebahagian daripada buah keimanan yang paling besar dan merupakan satu daripada sifat mukmin yang paling mulia.

Ucapkanllah "Hasbunallah wa ni'mal wakil" yang bermaksud " cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung).

25. Berkelanalah Menjelajahi Bumi.

Dengan menjelajahi negeri melihat alam sampai ke pelusuk negeri dan mengelilingi ke setiap daerah di bumi yang luas ini, akan dapat melenyapkan awan kesedihan, melapangkan dada dan kesusahahan. Alahmdulillah penulis sendiri telah melakukan perkara ini, ya sememangnya ia dapat melapangkan dada...^_^

Buka mata dan minda terhadap kekuasaan Allah s.w.t, akan terasa kerdilnya diri ini dan sterusnya akan terasa keciknya masalah yang dialami...:)

Pandang dan lihatlah alam yang terbentang luas, angkatlah tabir hitam dan kelabu yang menghalangi pandangan anda. Bersyukur terhadap apa yang ada disekeliling anda. Jangan mengurung diri dalam bilik yang sunyi.

Hayati indahnya ciptaan Allah di alam ini.

26. Sabar itu Indah

Menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlak mulia. Menghadapi kesulitan dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh kepercayaan diri.

Pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.

27. Jangan masukkan setiap peristiwa ke dalam Hati

Jangan simpan didalam hati, lepaskan dengan ringan. Jangan meletakkan bola dunia di atas kepala anda. Biarkanlah semua peristiwa itu terjadi dan jangan disimpan di dalam benak hati.

Sebesar manapun keberanian sesorang dalam menghadapi dugaan, semua itu tidak akan memberi manfaat tanpa diiringi dengan keimana yang kukuh. Hadapi semua permasalahan dengan keberanian dan ketabahan.

Orang yang memiliki hati yang kuat akan sentiasa mendapatkan pertolongan dari Allah dan sentiasa yakin dengan janji Nya.

28. Jangan Sampai masalah kecil Menghancurkan Hidup anda.

Jangan memperbesarkan yang kecil jadi besar. Ramai di kalangan manusia yang bersedih hanya kerana perkara-perkara kecil yang tidak bererti.

Tinggalkanlah perkara-perkara yang remeh dan tidak penting, janganlah sampai anda hanya disibukkan olehnya dan waktu anda dihabiskan kerananya. Sebahagian besar kesedihan anda selama ini lenya dan tersisa hanyalah kesenangan dan kegembiraan.

Jangan mengorbankan diri semata-mata perkara-perkara yang kecil. Life is so short and not worth to be extra sad upon compared life after death.

29. Reda akan anugerah Allah, menjadikan anda orang terkaya di dunia.

Anda harus rela hati dan bersyukur dengan setiap pemberian Allah baik berupa bentuk badan, harta, anak, tempat tinggal ataupun bakat kemampuan.

Kiranya ingin kebahagian, maka terimalah dengan rela hati bentuk tubuh yang Allah kurniakan untuk anda, redalah dengan keluarga yang anda miliki, suara anda, kemampuan daya ingatan dan pemahaman anda dan seberapa pun penghasilan yang anda terima.

Berlapang dadalah dengan apa yang kamu miliki meskipun dia sedikit dan janganlah anda merasai kekurangan.

Harga diri anda ditentukan oleh kemampuan, amal soleh, sumbangan dan akhlak yang anda miliki. Terimalah setiap pemberian Allah dengan penuh kerelaan hati.

30. Ingatkan diri anda dengan syurga.

Jika diri menderita tidak kisahlah disebabkan apapun jenis kesusahan dan musibah didunia ini, ingatkan diri pada kenikmatan syurga yang kekal abadi.

Sekiranya anda meletakkan kepercayaan ini dan mengamalkannya, nescaya anda akan mampu mengubah setiap kerugian menjadi keuntungan dan setiap bencana menjadi nikmat.

Yakin dan percaya bahawa penghidupan di akhirat yang lebih kekal abadi. Manusia yang paling bodoh di dunia adalah mereka yang memandang dunia ini sebagai tempat mereka, rumah mereka dan tujuan akhir dari semua harapan mereka.

Kehidupan didunia ini adalah fana dan hina sebenarnya berbanding di akhirat. Ada manusia seolah-olah tidak rela sedikitpun keceriaan dan kegembiraan mereka di dunia ini dicemar dan diusik.

Di syurga dapat rasakan kesenangan yang sempurna, kegembiraan yang agung dan semerbak harum baunya, luhur sifatnya dan merupakan tempat wujudkan harapan. Apabila fikiran tercurah pada kebahagiaan akhirat, tentu segala musibah akan terasa ringan dipikul, air mata yang menitis sering membeku dan hati akan selalu berbahagia.

Relakan kesedihan didunia dan ingatkanlah kenikmatan di syurga...mampukah aku layakkah aku untuk masuk syurgamu Ya Allah...Insya Allah berikanlah dan tunjukkanlah jalannya ya Allah.

31. Bersikaplah sewajarnya.

Bersikap adil. Keadilan itu adalah tidak terlalu berlebih-lebihan terhadap sesuatu, tidak pula meremehkannya, tidak terlalu boros dan tidak menghambur-hamburkannya.

Manusia yang paling sengsara adalah mereka yang menjalani kehidupan ini dengan hanya mengikuti hawa nafsu dan menuruti setiap dorongan emosi serta keinginan hatinya. Kedengkian serta dendam kesumat pun mudah bergolak di dalam hatinya. Akan mudah curiga dan selalu dibayangi rasa was-was dan khuatir.

Orang yang berakal dan sedar akan menempatkan segala sesuatu itu sesuai dengan ukurannya. Jangan memperbesarkan  peristiwa dan masalah yang ada, bersikaplah secara adil, seimbang dan jangan berlebihan.

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi dia akan menjadi orang yang jkau benci suatu hari nanti. Dan bencilah orang yang kau benci sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi dia akan menjadi kekasihmu suatu ketika."

Dan Allah s.w.t berfirman:

"Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Mumtahanah: 7)

Jauhilah sikap yang melampaui batas, buat yang sewajar-wajarnya.

32. Sambungan di bahagian yang ke Tiga...^__^

Wednesday, June 29, 2011

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


Penulis: Salam Israk Mikraj semua pada muslimin dan muslimat seluruh alam...sumber dari http://www.al-azim.com/~beringin/agama/israkdanmikraj.htm

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.   
Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.  
Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 

Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.


(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Travelog: Kota Bharu, Kelantan 18th April 2011 - 27th April 2011

Travelog: Kota Baru Kelantan 18th April 2011 - 27th April 2011

Yang pergi MSKB ^_^

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kadang kala bila diri disuruh buat perkara yang tidak berapa suka, siapa sangka kita akan suka...^_^ terima kasih bos bila hantar saya outstation satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan selama-lamanya, perjalanan yang mengenal diri ini...dan juga mengenal manusia, dan mengenal tempat. Harap pembaca bersabar dan suka penulisan ini sangat panjang dan saya sukakan Kota Bharu,Kelantan. Banyak benda yang menarik, makanan yang pelik tapi sedap, loghat yang sangat berbeza (hahah sampai sana otomatik 'kecek klate')...^_^

Jika ada fakta yang kurang tempat ampunkan saya, biasalah saya lemah dengan detail. Gambar terima kasih banyak pada Lina atas ihsan gambar2nya, masih ada yang saya belum ambil. Kemudian saya akan uploadkan dalam travelog ini. Sangat seronok dapat berjumpa sahabat dan kenalan yang lama dahulu. Ya hampir terdetik dihati, dan memang terdetik untuk pindah ke MSKB (Masterskill Kota Bharu)...hmmmm. 

Dan dan dan ya di waktu saya 'travel' masih teringatkannya, dan air mata masih mahu mengalir ya tuhan...kuatnya perasaan hati ini, kalaulah dia tahu....tak tahulah apa reaksi agaknya....marah agaknya...hmmm....jauhlah kamu, Y Allah, hilangkanlah rasa ini, hmm...
Blok MSKB
Hari Pertama: 18hb April 2011 Isnin

Saya masih perlu masuk bekerja pada hari ini, perlu bereskan kertas soalan final 'Community Health' dan "Health education & Promotion'. Alhamdulillah terima kasih pada Noraslina tolong applykan transport dari logistic. So dalam pukul 12 pm sudah perlu bergerak. Saya, Fadillah and Lina bergerak menuju le LCCT, tiket flight 0350pm expected sampai 450pm di Kota Bharu. Di LCCT, berjumpe dengan Zarina, Rinie and Kak norlie.

Sampai  di KB Airport, diambil oleh Cik Din sangat peramah orangnya. Suggest ambil peluang jalan-jalan disini. Sangat letih terasa duduk didalam van, dari Pengkalan Chepa ke Hostel kami agak lama, Wah bandar Kota Bharu, jam terlalu banyak kereta ya waktu orang balik bekerja.

Tempat penginapan kami terletak di Tunjong, ia adalah sebuah hostel, hanya students ada disini. Rumah sewa dua tingkat dan lebih kurang ada 10 bilik. Sebilik boleh memuatkan lebih kurang 12 orang, terasa agak sempit dengan katil double decker. Tapi Ahamdulillah ada bilik air, peti sejuk, almari, cerek, dan kipas. Bersyukur lah ada tempat walaupun kata kakakku sepatutnya kami harus duduk di tempat yang agak lebih selesa.

Berjumpa dengan kak ngah guard disitu sangat sangat baik...dan juga kak pah dia tawar bawakan kereta pergi ke Wakaf Che Yeh. Hmm apa yang menarik disitu, jom kita lihat. Dalam lepas isyak kami pergi, lebih kurang 5 minit aje drive.

Ada banyak kain sutera, batik, kain pelekat, baju kelawar, tudung bawal, selendang, baju-baju lain, makanan, buah-buahan, sayur-sayuran yang dijual dengan banyak dengan harga borong, kasut-kasut, dan macam2 lagi lah....ala-ala downtown cheras cuma lagi best. Makin lama makin ramai manusia, ore klate tido lewat gak ye. Pusing punye pusing, perut yang lapar makin berbunyi, teringin make nasi kerabu yang sedap. Masing2 ada yang sudah borong, cuma saya, ina n lina masih relax lagi...hehehe...okay kak pah udah2 lah tu kami sudah lapar jom makan.

Sedar tak sedar sudah hampir kul 11pm, jumpe macam makanan pelik, semua jenis sup organ ade, gear tak gearnye...perut, limpa...semua jenislah. Siap semua mari balik oleh kerana kami 6 org kena pakai dua kereta, suami kak ngah yang bawa separuh. Sampai dalam kul 11.30pm di asrama Tunjong, tak pasal kena marah dengan guard Pak Lah...huhuhu...aduyai lupe ni klate buke KL ye, kena jaga kelakuan...huhu...okay terasa sangat macam budak asrama takpun budak college...okay enuff gudnite ^_^.
Cucur Bawang
Hari Kedua: 19hb April 2011 Selasa

Pagi-pagi sudah bangun, toilet hanya ada satu sahaja, so kenalah berbaris. Oleh kerana tak biasa kena naik kejar bus pukul 7am. Ada jumpa student 0803 yang tengah praktikal mereka ajak breakfast di terminal.

Sampai di MSKB lobby, tiada orang, office buka pukul 9am disana. Last minta boss number boss disini. Baru dapat jupe Rosa, meeting dan discuss apa yang patut. Kami share apa yang patut apa yang kami tahu, whether mereka mahu follow atau tidak terpulang, siapalah kami kan...hmmm. Okay, well first day dapat jupe Cik Wan Khairi and mek ayu. Lunch di Tesco, jaraknya lebih kurang ibarat Jusco Mahkota Cheras dgn Mahkota Cheras Campus.

Menarik di Tesco Kota Bharu ialah kaunternya, ada khas kaunter untuk lelaki, ada kaunter untuk wanita dan kaunter khas untuk keluarga...wah...sangat hebat. Satu perkara lagi di Kelantan semua signboard mesti ada tulisan Jawi kalau tidak tidak akan dapat kelulusan untuk dipaparkan.

Bus hanya ada pukul 4pm atau 6pm. Nak tak nak kami tunggulah pukul 6pm, agak penat rasanya. Malam pening nak pergi mana nak makan, transport tidak ada lagi pun kak ngah tak jaga malam lagi waktu ini, so nak taknak kami jalan kaki lebih kurang 200 meter dari asrama. So agak best dan sedap makanannya, yup tomyam putih yang best...^_^

Latihan kebakaran di MSKB

Hari ketiga: 20hb April 2011 Rabu

Pagi ini semua pakat naik bus pukul 9am, hmm so saya ikut sahajalah undian majoriti, sampai lebih kurang pukul 9.30am. Apa yang saya belajar disini, bila berjalan dengan orang yang kita tidak biasa memberi perspektif yang berbeza dan rasa perjalanan yang lain. ya rasa yang berbeza dan pengalaman yang berbeza saya suka dan berkenalan dengan orang baru.

"Dan sekarang sebenarnya saya sebenarnya sangat pelik dengan hati sendiri, mulut kata tidak tapi hati dan perasaan?...aah alangkah senangnya kalau ia mudah saja diubah mahu saja saya ubah...bukannya saya tidak tahu....ya agaknya sebab memang saya sangat kenal kot?...entahlah kenapa susah sangat dan berat hati ini nak melepaskan....sewaktu ini perasaaan yang sangat bergolak, hingga saya tidak suka pada diri saya...dipenuhi dengan perasaan negatif dan syak wasangka...entahlah...." Ya Allah lapangkanlah hati ini..."

Di sini pula, pelik dengan manusia, Kadangkala manusia ada peluang untuk mendapatklan pertolongan mereka masih tidak mahu menerima, malah sudah dihulurkan. kadangkala nasihat sudah diberikan, pandangan diberikan untuk kebaikan bersama, mereka masih tidak menerima. Aah siapalah kami disini, sekadar tambahan pekerja sahaja. Aah mungkin mereka juga berserabut dan tertekan dengan kerja.

Tak perlu komen banyak tentang KB kampus, mungkin mereka pun serabut dengan MQA banyak kerja yang kena settle. Ada latihan kecemasan api, jumpa kak esu anr dulu dan ida rahayu dan sani. Amazing sangat tengok bomba buat latihan padam api, dan ketuanya sangat garang, naik atas sambung keje.

Tengah hari lunch di Kota Bharu Mall, Amy yang bawakan kami, makan pizza...hahaha masih mau makan pizza di kelate ugok. Sama aje rasanya.

Petang kami naik bus kul 6pm. Malam makan di restoran D' Harmony, wah macam-macam menu ada....sangat-sangat menarik. Makanan seperti nasi air, mee air, colek pauh (ni yang paling best!!! kecur air liur makannya), colek ayam, colek kopok. huhuhu.

Malam ini menu nasi goreng seafood (marvellous)...jalan kaki lebih kurang 300 meter...hmm nasib baik jalan ramai-ramai. Kena balik before kul 11pm.

Health care dpt at MSKB

Hari keempat: 21hb April 2011 Khamis

Yes hari ini last keje pada minggu ini di KB, yup mereka cuti hari Jumaat dan Sabtu. Bas agak lambat hari ini sampai 9.35am...terus pegi breakfast. Then baru masuk ofis, nampak Sameer but i don't think he recognize me.

-ok lets go upstair, waktu tuk kerja, "rasa terasing"

-last minute, last minute, last minute...

-tak mahu kerja hari sabtu dan Ahad...

-malam makan diluar lagi, berjalan lagi, lambatnya order siap: Sup daging yang best, telur dadar n nasi putih siap!

-Malam layan movie...huhu..baru tengok cerita "Knight and Day"

-okay end jom masuk tido...tidur sambil mengalirkan air mata...:(


Makan etok

Hari kelima: 22hb April 2011 Jumaat

Salam Hari Jumaat yang mulia, lepas Subuh tidur balik...bangun agak lambat...:)
Plan hari ini pergi jalan-jalan di Kota Bharu. Jom pergi pasar...:)

Pasar Siti Khadijah Mari kita bace serba sedikit tentang pasar ini...

Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Sumber  dari wikipedia.

Pasar Siti Khadijah


So apa yang saya borong disini, kebanyakan barang makanan...:),
-keropok sira yang tak sira, beras nasi dagang (de kata dia nak masak), beras pulut hitam, beras pulut putih (cantik tak macam di Pahang atau KL, warnanya putih dan sedap), serunding daging sedap, dan kacang gajus, ...hehehe...
-lain-lain barang tak beli sangat pasal bajet dah kureng wajtu gi Redang...
-Batik n sutera pun tak beli, tak berapa minat n agak mahal bagi saya...tak mampu dik kome...
-and hanya beli tudung bawal tuk diri sendiri...:)
-Pusing-pusing di P.S.K, sampai semua puas hati hati...lunch pun best kat sana...makanan murah..nasi campur yang murah...


Air sarsi dan air oren...^_^
-lepas tu sambung jalan-jalan n mereka shopping lagi...
-Masya Allah sedapnya makan akok panas-panas di P.S.K, sangat-sangat...aduyai dua pun tak -cukup...lembut sangat...teringat pada seseorang...hmmmm bila cakap pasal akok ni...

-dan laksam dia banyak isinya dan sedap kuahnya hanya RM1.50...huhu puas hati beb...:)

-anyway banyak kedai tutp waktu hari Jumaat, itupun dah lebih sangat kami lawat...masjid sangat dekat dengan P.S.K, tiada alasan bagi mereka untuk tidak menunaikan solat....


-Kawan-kawan yang lain memang hebat memborong, saya masih mampu mengawal berborong tidak lebih dari RM300, lagipun banyak berhabiskan untuk merasa makanan di Kelantan sahaja...

-Kaki-kaki masing semua dah hampir lenguh....huhuhu...

-anyway apa yang saya alami adalah satu perasaan yang baru bila bila berjalan dengan  orang-orang yang kita tidak biasa. Pengalaman yang berbeza, cerita yang berbeza dan juga perangai yang berbeza-beza, hahah termasuk saya...^__^...dan banyak pengajarannya...

-sangat mengujakan dan sangat seronok, HAVOC macam biasa...huhu...ya masih...I am what I am, tempat atau orang yang berbeza, saya masih saya...:)



-Anyway kami masih meminta bantuan dari Kak Pah and Kak ngah untuk menghantar dan mengambil kami, masih belum ada transport huhuhu...itulah hidup orang berkelana...kena pandai hidup...mereka mengambil RM 6 pergi dan pulang untuk satu kepala...ya agak mahal tapi mana ada pilihan yang lain...


Antara barang-barang yang kami shopping...^_^

Dalam menunggu kak pah and kak ngah dan sambil merehatkan badan selepas penat berjalan, ternampak seorang Pakcik ni ada simpan seekor ular sawa dalam plastik..guni tu dah lama ada dekat dengan tempat kami duduk....huhu seram n gelilah...tak tahu pun ada ular sawa dalam tu...bila dia datang baru kami tahu...Katanya ditangkap di belakang Bank, ..er..sangat tak enak melihatnya...sungguh berani pakcik ni...

Ular sawa

-Dalam menunggu juga saya terlihat Pakcik Tua mengunakan keringat tuanya untuk mengayuh becanya. Aduhai sangat kasihan melihatnya, dia mebawa dua orang pelancung berjalan-jalan di sekeliling Bandar KB. Pada pandangan saya sangat kasihan sebab terasa beratnya dan betapa kuat sungguh kudratnya untuk mengayuh beca tersebut. DAn berfikir kenapa pakcik ni masih bekerja walaupun sudah hampir di hujung senja umurnya...hmm...sangat bersyukur rasanya tentang hidup ini walapun ditimpa berbagai masalah....

Makanan Tradisional d P.S.K

-dan terlihat juga makcik-makcik tua yang masih gigih berniaga di P.S.K...mukanya sudah dimamah usia lanjut tapi masih bisa dan tegar untuk berkerja untuk mencari rezeki, lenguh lutut mereka duduk di atas papan menjual barang, kadang kala dibetulkan kaki mereka, tanpa kenal erti letih..mulut mereka cuba menarik perhatian pelangggan...dan pabila mereka penat berhenti seketika untuk makan, dan solat dan selepas itu sambung berkerja balik...

Ya Allah...bersyukurnya rasa diri ini....dan sedangkan saya, ya saya masih merungut bila bekerja dalam serba lengkap di bilik aircond, kerusi yang selesa dan waktu yang banyak masih lagi mahu merungut...astaghfirullahalazim...:(...manusia sememang tidak pernah merasa puas bukan?


Beca di KB


Hampir dalam pukul 4pm, akhirnya kak pah n kak ngah sampai. Barang kami banyak sangat...dua keta menjemput huhu...

-Malam kami sudah tidak keluar, masing tak larat, dan semua sudah beli makanan, so aktiviti masing2 mandi, kemas barang yang beli dan of course tengok wayang lagi...huhu

- Ina dengan laptopnya dengan movienya jom layan...malam ni kami lihat tiga movie...huhu..ada yang semua follow ada yang terlentok tidur...huhu

1. Hantu Kak Limah Balik kampung: ni sudah tiga kali saya tengok
2. Aku masih dara: wah sangat suka aku masih dara, penuh pengajaran walaupun ada kelemahan dan room for improvement...dan of course sangat suka lihat "Asyraf Muslim"..huhu..alahai sudah tunangan orang...;p...
3. Piranha: well ceriat yang sangat mengejutkan dan mengelikan...uwerghh...macam ada sambungan..mata layu terus jadi segar bugar sebab terperanjat...hahah...layan kak norlie n dillah...huhu...

- tonton movie sambil makan Laksam, sangat best!!!...huhu okay end jom tidur...esok sabtu mahu jalan-jalan lagi..:p

- dan malam ni, sudah nak lelapkan mata walaupun penat, entah kenapa hati masih teringat dan air mata mengalir tiba-tiba dan masih ada rasa, kenapa...Ya Allah sungguh jika rasa itu bukan milik saya maka hilangkanlah Ya Allah....kasihanilah diri ini...:(


Hari keenam: 23hb April 2011 Sabtu

-Terlewat hari ini, Alhamdulillah masih sempat Subuh. Semua bertanya nak pergi mana, saya suggestkan MPKB...



-anyway sekejap aje di MPKB, lunch disitu seterusnya kami berjalan di Bandar sambil masuk kedai emas..ya emas sangat murah di KB berbanding di KL.


-Selepas ada yang sudah dapat yang diingini kami bergerak ke Pusat Batik Kelantan, wah penuh dengan kain-kain sutera, just menemani orang bershopping...huhu...

-saya hanya beli T shirt untuk buat kenang-kenangan untuk diri saya dan sahabat-sahabat serta housemate...:)..yang lain kebanyakan beli batik...yang sangat tegal tidak membeli barang adalah ina...cayalah you...^_^
-untuk hari ini semunya shopping tahap biasa ajer...huhu...yang len masih hebat...huhu...
-petang pula kami berjumpa dengan kawan lina (mas dan adiknya yati), mas adalah ex masterskill...sambil minum petang...


- Kami pergi melawat Kampung kraft tangan kota Bharu, sudah tiada apa-apa..kedai nasi ulam sudah tutup pada waktu ini...kalau nak kena pergi awal...


-So last kami pergi minum-minum petang sahaja disini...:)
-wah air bandungnya sedap and special...huhu

Air Sirap Bandung

-lepas borak-borak, kami menunggu kak pah n kak ngah untuk menjemput
-okay badan sudah letih , malam kami tidak keluar, masing-masing sudah beli makanan western malam ni hahaha...:)
-malam layan "sorcere apprentice"...so sweeet i like the song ~secret~...nice...:)

- after that, saya siapkan JD bagi setiap orang...huhu simple thing ajer...esok print kena bagi kat HCM disana...sambil Lina n Ina teman,

-then saya layan movie Blob kejap...huhu...cerita lama lah...

then nite nite sleep...sudah letih...:)...esok Ahad kerja...:)

Hari ketujuh: 24hb April 2011 Ahad


-Salam hari Ahad, wah wah hari ini berkerja masuk pukul 7.30am, huhu tak pernah-pernah kerja hari Ahad...:)
-Berdebar pasal MQA, huhu biasa aja...:)
-tidak menonjolkan diri sangat, hanya back up semata-mata, tidak perlu saya over...huhu perlukah?
-Alhamdulillah anyway, staff MSKB HC, mampu menjawab dan boleh menjawab dan faham betul-betul dengan DHC, sangat hebat...:)
-selepas selesai interview, kami hanya dalam mode siap sedia...incase kalau dipanggil...

-aduyai, kenapalah waktu ini perasaan sangat tidak tenang, apalah rasa dihati ini, jangan degil wahai hati, orang yang ditunggu dan diharapkan itu tidak akan tiba!!!
-dalam kesibukan MQA masih mampu menulis di Blog luahan rasa, hahah saya kira suatu hari nanti pasti penulis sendiri akan menyesal, buta dengan perasaan sendiri...:(...ya sememangnya...

-terasa ingin tukar sahaja ke MSKB, sebab campusnya cantik jauh dari kesibukan kota...huhu menarik...tetapi aduyai terlalu jauh dari my home sweet home Chenor...^_^...



-diwaktu petang ada sedikit hiccup, huhu academic calendar tidak sama dengan apa yang diterima oleh MQA, macam mana boleh jadi macam ini...

-aah..bukan perlu memikirkan salah siapa, tetapi jalan penyelesaiannya...

-hari yang agak penat pergi pagi 7am, then sampai Hostel pun 7pm...huhu...
-sampai-sampi semua penat, landing atas katil...saya masih menulis disini di travelog buku ini...kalau tidak pasti akan lupa...bertemankan torch light mini samsung...:)

-Ya malam ini tengah fikir mahu makan apa, sudah kedengaran azan maghrib 7.30pm,
-Ayuh berhenti menulis dan tunaikan Solat!!!

-Masing-masing lapar kami keluar dalam kul 9pm, pinjam kereta kak Ngah yang baik hati...
-huhu naik 6 orang...cayalah, saya drive...have dinner tomyam yang best...:)

-round satu wakaf Che Yeh, lagi banyak gerai buka malam ni, saya tidak beli apa-apapun, Balik kul 12am, terus landing atas katil tertidur...

-Ya Allah mimpi yang sangat mengerikan: Ya tuhan tidak mahu sampai begitu, jauhkanlah diri ini dari sifat mazmumah...:(

Hari kelapan: 25hb April 2011 Isnin


-2nd day of MQA, still masuk pukul 7am, agak lebih tenang dari semalam, nampak berjalan dengan lancar...
-around 2.30pm, exit meeting...semuanya okay..Alhamdulillah MQA past di MSKB...^__^
-ya semua team HC semua sangat gembira
-Sarah, Ayu, Maia and Firdaus terus tanya mau kemana..huhu...wah mereka ni bila settle semuanya lega belaka...
-Pada mulanya sudah plan dgn mek ayu, tetapi rasa kasihan tak sampai hati nak tolak pelawaan mereka...
-Siap mintak approval Cik Mat untuk bawak kami ke Pantai Cahaya Bulan.
-So para pembaca mari kita kenali PCB

Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional . Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang. (Sumber wikipedia)

-Dalam pukul 5pm kami bertolak dari MSKB menuju ke PCB, hmm....empat kereta tak silap saya...
-MSKB staff siapakh mereka: Rosa, Sarah, Aiman, Firdaus, Fatimah, Afni, Maria, Arifah, Hakam, Naimah dan Amezan.

-dalam pukul 5.30 kami sampai disana....Bergambar dengan mereka di PCB....sangat SUKA...^__^.
-Sambil2 itu kami makan celup2 di tepi pantai...huhu empat pinggan hampir RM140, dan kami makan air kelapa tambah susu...huhu unik rasanya...:)..woweee...mereka belanja Alhamdulillah...
-PCB bagi pandangan saya sekarang agak menakutkan, sangat jauh dan agak tidak selamat untuk mandi gayanya....
-tetapi seperti biasa udara ditepi pantai sememangnya tiada tandingan sangat best, ya angin pantai...Subhanallah...tiada tandingan...:)
-kai bertiga (lina, dillah, n saya) mengambil gambar tidak hengat...huhu
-huhu tetapi yang sedih berlaku suatu kejadian yang tidak sangka, kasut larrieku dibawa ombak pantai...uwaaaaaaaaaa....tinggal sebelah aje...huhuhu...macam-macam penulis nih!!!

-macam menandakan tidak mahuku pergi ya PCB...ngehngehngeh...

-Ya saya sangat gembira walaupun dihati terasa sangat...., aah mari bertahan penulis...jangan lemah sangat....insya Allah andai itu takdirnya rasa itu akan hilang jua...percayalah...

-Maria n Naimah sangat peramah, MSKB HC staff sangat juga, sama kaki jalan, kaki outoor jua...huhu...siap pernah buat trip menyusuri 7 pantai di Kelantan, dan pernah mendaki  Gunung Stong..

-Okay lepas bergambar hampir petang kami balik menuju MSKB semula...dalam perjalanan banyak terdapat gerai menjual jagung rebus, so singgah beli...

-yes then again first impression usually not really ...tepat..hahaha...huhu dillah aje yg paham...:)

-AYu n MAria hantar kami pulang ke Tunjong.

-Terima kasih MSKB HC Staff sangat terharu terima layanan yang sangat ikhlas dan hebat...^__^

-Akhirnya sampai di Hostel waktu mahgrib, plan nak keluar dengan lina n dillah pakai kereta kak ngah...saya mandi sakit perut pulak, solat, alih-alih lihat mereka berdua sudah tidur...huhu...kasihan nak kejutkan..so tidur ajerlah...

-"hmm..mimpi yang tidak suka"..:(...terasa sangat penat....cukuuplah...kasihanilah pada diri sendiri...

Hari kesembilan: 26hb April 2011 Selasa

-Makin sayu terasa untuk tinggalkan MSKB HCD..
-hari ini adalah last day, tak banyak buat apa-apapun...
-kami pergi breakfast...:)...saya breakfast Rojak Ayam style klate...huhu..

-dan tengah hari mereka bawa kami makan Nasi Ulam Cikgu...wowee marvelous...:)

Nasi Ulam Kampung Cikgu


-well apa definisi nasi ulam ni...yang terkenal adalah nasi ulam cikgu di KB, yup Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan Kota Bahru...
-nasi putih sahaja, tetapi pilihan ulam yang sangat mewah, apa sahaja ulam namkan dan minta, semuanya ada lengkap dengan budu, sambal belacan, dan tempoyak ...huhu..pilih sahaja apa yang anda suka...
- sayur yang sangat segar, ikan keli goreang besar, ayam goreng, sayur kobis manis, dan yes..sampai ikan patin masak tempoyak pun ada disini...huhu..dan air sirap bandung yang best serta air sirap...
-sesiapa yang teringin makan cara orang Klate disinilah tempatnya...
-makan mewah cara kampung yang murah...:)

-dan sekali lagi mereka blanja kami..huhu... Alhamdulilah...semoga mereka dikurniakan rezeki lebih dan dibalas oleh Allah s.w.t...

-sangat-sangat terharu dengan layanan mereka, terasa nak transfer ke MSKB ajer..huh sanggupkah?
-lebih baguskan?..mesti ramai yang gembira...terasa diri ini menyibuk aje di MUCH Cheras...:(..please penulis jangan terlalu down sangat boleh tak???

-Siap ada bagi key chain Kelantan setiap seorang kami berenam..akhirnya kami belanja mereka Desert Big Apple Donut!!!

-Bersalam-salaman hari last petang ni, n ambil gambar...

-MEMORI TERCIPTA!!!...^__^

-okay excited balik awal aje kami, malas... last nak enjoy dah janji dengan miza n mek ayu nak keluar...


-again terima kasih pada syamiza n mek ayu sebab sudi luangkan masa bawak kami makan n belanja minum...

-Miza bawa makan di Pengkalan Chepa, makan satay Malaysia (miza belanja, terima kasih)...

-update story dengan miza...;p

-ambik gambar round Bandar KB, pasar malam sudah habis tak sempat nak pergi...so Hantar Miza balik ke Kubang kerian, n ayu hantar kami balik ke Tunjong balik...

-so sampai di tunjong hantar rinie n kak norlie balik dulu, tinggal saya, lina, dillah n ina, jom malam last jalan-jalan again di Wakaf Che Yeh...round2 di Bandar KB, macam dah expert saya bawa kereta Kak ngah...dan dah ingat jalan sket di Bandar KB ni...
-mereka beli sedikit aje di WCY...
-balik dekat pukul 1am..huhu..jadi budak hostel yang nakal.....Terima kasih kak ngah  bagi pinjam VIVA...:)

-end tidurrrrrrrr yang lenaaaaaaaaaaaa...^_^

Hari kesepuluh: 27hb April 2011 Rabu


Our Boarding pass...check in online aje senang ^_^

-Selamat pagi, hari yang terakhir di kelantan so apa rancangan kami...hari sudah tidak masuk kerja di MSKB...kami mengambil kesempatan untuk pergi ke Kota Bharu untuk kali terakhir...dan of course Alhamdulillah gaji dah masuk.

-kami teringin untuk lunch sekali lagi di Restoran nasi Ulam Cikgu, then baru pergi P.S.K...

-last shopping time, dalam pukul 3.30 rushing balik tunjong, of course as usual mintak kak ngah n kak pah hantar and ambil...

-kemas punya kemas...masya Allah nasib baik muat van yang menghantar kami..bawak dengan tangan kosong, bawak hampir satu van..huhuhu...


-last bergambar dengan kak pah aje...kak ngah tak de...tak ingat sudah dia pergi mana waktu ni...

-Flight air asia pukul 7.35, so dalam 1 jam kami sampai Kuala Lumpur...Alhamdulillah...

-Memori yang sentiasa dalam ingatan di KB 2011...^_^


Penulis: Alhamdulillah akhirnya travelog ini siap juga, ya ditransfer kan dalam alam maya ini...masih ada yang belum ditambah lagi...mungkin ada yang tertinggal, hmm..siap yang ni masih ada 3 travelog yang belum siap...aduyai...bila agaknya...yang ni pun ambil masa hampir 2 bulan...huhu...bukannya apa hanya tinggal untuk diletakkan dalam blog, malas nak taip and edit ceritanya...huhu...hmm..semuanya tinggal kenangan...:(...anyway enjoy..insya Allah jika ad detail yang teringat akan di update masa ke semasa...jalan-jalan sambil kerja yang tiada dalam plan pun...huhu...^__^...wassalam...

-30/6/09: Dan sekarang, Apa yang saya ingat waktu dahulu, saya agak menyesal sepatutnya tidak perlu menguji diri sendiri kalau rasa tidak mampu...dan sekarang sampai bila-bila pun akan tiada...akibatnya amarah kamu yang tidak tertahan waktu itu...:(...

My Babbling

Advice (29) Akhlak (40) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)