Sponsored Link

Sunday, May 22, 2011

Nurkasih the movie my own review...^_^

Penulis: Apa yang saya belajar dari Cerita tengah hari tadi (NKTM) salah satu pengajaran...ya banyak pengajarannya....

1. "Perjalanan hidup didunia ini sangat panjang dan dalam pada waktu yang sama ia juga sangat pendek. Apa sahaja yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku sudah ditentukan oleh Allah. Dan sudah pasti, biarpun rahsia hidup itu sama ada baik atau buruk pada pandangan hamba NYA yang berlaku, namun apa yang sudah pasti Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya dan yang pasti Dia tidak akan menzalimi hambanya, Ya hamba-NYA hanya mampu berusaha dan merancang, Allah yang menentukan segala-galanya "

2. Acap kali saya tekan pada diri saya ini " Rezeki itu di tangan Allah s.w.t" bukan ditangan manusia. Maka usahalah setakat mana yang mampu, tetapi ingat duit bukan segala-galanya...rezeki datang tiada diduga dan kadangkala dikurniakan dalam pelbagai bentuk...

3. Dakwah itu luas dan pelbagai caranya, bukan setakat pada yang mahu mendengar tapi pada yang cuba menjauhkan diri juga. Ya jika bukan kita yang mendekatkan diri dengan mereka siapa lagi...bukan berpandang serong pada mereka...bukannya dengan mengumpat mereka, gelakkan pada mereka....

4. Jika kita mahukan, menginginkan yang terbaik maka cubalah ubah diri agar jadi yang terbaik. Jangan asyik fikir yang kita tidak layak. Ramai yang salah sangka dengan ayat "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"...habis itu bagaimana yang lain. Ya contohnya, Adam dahulu pernah tersesat dengan dunia, arak, agamanya, bersama dengan perempuan lain dan malah meninggalkan Nuramina yang baik, namun atas kesedaran keinsafan dia kembali dan jadi yang terbaik untuk Nur, maka bertemulah lelaki yang baik dengan wanita yang baik. ya kisah silam bukannya ukuran, ya kisah sekarang diri kamu sekarang...ya siapa kamu sekarang...

5. Dan lagi...ya kita menginginkan syurga Allah, maka sentiasalah berusaha meningkatkan diri, bukannya berfikir tidak layak dan terus menerus terjerumus dengan dosa-dosa silam. Kalaulah kita fikir Allah mengira kisah-kisah, dosa-dosa silam....aah....sesungguhnya kamu menidakkan kuasa NYA.

6. Kita cuba melepaskan apa yang kita sangat suka lakukan atau memberi apa yang kita sangat perlukan atau sayangkan....keihklasan sifat menderma....kita harus belajar untuk melakukannya walau susah tahap manapun...ada unsur humor yang ringan dalam cerita ini...beri yang sayang sedikit atau yang sayang banyak...^_^...terasa keihklasan mamat yang sanggup mendermakan jantungnya untuk Adam...ya kiranya sempurna imannya bila kita beri barang/benda yang paling kita sayang. Mampukah diri ini mendaftarkan diri sebagai penderma organ???

7. Dan ya, bila saya lihat cerita ini....saya dapati sesuatu yang dulu saya pernah percaya dan meletakkan sebagai prinsip saya, namun saya telah lupa dan akhirnya kalah padanya bila pertama kali mempunyai rasa pada seseorang...dan bahananya saya sendiri yang kecewa...

"Rasa suka, rindu, rasa kasih, rasa sayang dan kata cinta itu lebih indah jika dapat diucapkan, jika dapat dilafazkan, jika dapat dikongsi, jika dapat diluahkan pada si sang isteri atau sang suami, kerana memang rasa itu adalah memang patut pada tempatnya...ya sangat indah dan penuh dengan keihlasan. Malahan ia tidak dapat disamakan dengan perasaan sepasang kekasih atau disamakan dengan yang mempunyai ikatan pertunangan yang sentiasa mempunyai batasan, halangan atau kekangan"

9. Jangan berputus asa, berjuang hingga ke akhirnya, biarpun hingga dihujung nyawa, barulah disertakan dengan tawakkal dan redha.

10. Betapa sabarnya, teguhnya cinta si suami dan si isteri walaupun bertahun-tahun tidak dikurniakan anak. Namun mereka tetap setia, ahh mudahnya kadangkala ada manusia yang suka bergurau dengan perkara sebegini, bila ada sahabat yang lambat sedikit mendapat anak. Ahh cuba bayangkan jikalau mereka berada ditempat mereka baru kamu tahu, cuba belajar menghormati perasaaan manusia lain. Ia sangat-sangat issue sensitif.  Ya ada kala mereka pun akan rasa bersedih dan ada rasa berputus asa, namun akhirnya mereka tetap bangun kembali...

11. Hmmm apa lagiiiiiiiiiii, ya telatah adik Mia sara dan abangnya sangat come dan cute, betapanya innocentnya dan telusnya pemikiran kanak-kanak...kadangkala terasa mahu kembali pada zaman itu...^_^...."nasib baik sakit sikit kalau sakit banyak nanti mati macam ummi". Dan abangnya juga pandai melakonkan watak, seorang kanak yang kehilangan ibunya, cuba berlagak matang.

12. Setiap yang hidup akan pergi, ya "dari kami mereka datang dan pada kami jualah mereka kembali". Dunia ini hanyalah sementara, ia tidak layak untuk disedihkan dengan sedih yang amat sangat.

13. Kasih ibu membawa ke syurga. Betapa dalamnya kasih ibu, yang memaafkan setiap kelakuan, kata-kata, tingkahlaku anaknya. Ya supaya anaknya hidup didalam keaadaan berkat didunia dan juga akhirat. Ya Allah...mulianya hati ibu. Semoga suatu hari nanti....

14. Khabir Bahtia memang seorang pengarah yang bagus, cinematografi yang sangat hebat bagi sayalah orang yang amatur dalam segi ini, mungkin pengkritik lain berkata yang lain.  Hafiz Hamidon jugak sangat bijak memainkan lagu disetiap scene...penonton memang terbawa-bawa dengan perasaan setiap watak lakonan pelakon. Lakonan setiap watak dilakonkan dengan berkesan sekali walaupun hanya ada yang keluar sekejap sahaja.

Cuma yang sebenarnya, jalan cerita Nur Kasih sangat simple dan kurang conflict...amat ringan tapi dimainkan dengan penuh berkesan. Mungkin bagi yang tidak pernah tengok drama Nur kasih mungkin akan kurang berkesan. Yang mahalnya, pengajaran bagi setiap cerita. ya cerita tentang keluarga, perkahwinan, sayang, pengorbanan, pembelajaran, keinsafan, cinta, sayang, persahabatan.....

15. dan apa lagi....hmmm....nantilah saya fikirkan lagi, kemudian sambung...sudah letih, mengantuk dan mahu tidur...nite nite...^_^...eeeeeeendddddddddddd...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, Thank You, Syukran, Arigato, Shieh Shieh, Rumba Nandri, Kamsahamnida: Komen anda sangat dialu-alukan dan dihargai :)

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)