Sponsored Link

Tuesday, May 31, 2011

Bab 28: `Aqiqah

PENGERTIAN ‘AQIQAH
  • ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala
HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
  • Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
 WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
  • Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
  • Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .
Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)
 SYARAT ‘AQIQAH
  1. Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.
  2. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur. 
 PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH
  1. Berdoa semasa hendak menyembelih: 


     بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
    Maksudnya:
    "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".
  2. Menyembelih ketika matahari sedang naik.
  3. Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
  4. Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
  5. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
  6. Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu. 

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK
  1. Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
  2. Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya. 
  3. Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas. 
  4. Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
  5. Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya. 
  6. Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
  7. Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.
  8. Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut. 
  9. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

HIKMAH ‘AQIQAH
  1. ‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
  2. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
  3. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
  4. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan. 
  5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
  6. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
 Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.
Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban: 
  1. ‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
  2. Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
  3. ‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.
  4. Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.

Hari Tanpa tembakau: Hukum Merokok dalam Islam

Selamat hari tanpa tembakau semua...^_^...Yup hari ini 31 Mei 2011, adalah hari tanpa tembakau. Kalau nak kata kesan keburukan pasti masing-masing kebanyakan sudah tahu. Sudah lama saya tidak menyentuh topik kesihatan. Para sahabat handai, saudara mara, ahli keluarga, pembaca, ayuh mari bebaskan diri anda dari belenggu tembakau, kerana ia lebih banyak buruk dari baiknya.

Ni saya hendak berkongsi dengan para pembaca tentang hukum merokok oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.


Soalan 
Apakah pandangan ust tentang merokok dan hukumnya menurut pandangan Islam, saya ada mendengar ada ust-ust yang mengatakan terdapatnya ulama silam yang hanya menghukumnya sebagai makruh dan tidak haram, adakah ia benar?- Klang-

Jawapan :
Sebelum saya memasuki jawapan, suka saya mengingatkan bahawa pemerintah kerajaan Islam silam, Sultan Murad ke-4 (memerintah 1623-1640 m) sangat kuat memusuhi rokok, sehinggakan beliau pernah melaksanakan undang-undang bunuh bagi penjual-penjual rokok dan perokok aktif di dalam Negara.

Adapun dari sudut hukumnya ; sebagai asasnya, para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumannya berdasarkan berbezanya tanggapan masing-masing terhadap keburukan (mudarat) yang terhasil dari rokok. Hakikatnya, dalam hal ini, sebarang fatwa mestilah dirujuk kepada "ahl az-zikr" dalam halnya, "ahli az-zikr" dalam hal rokok adalah doktor perubatan (selain ulama) yang mampu mengenalpasti impak buruk dari rokok kepada tubuh dan kehidupan.

Maka sebarang fatwa ulama yang tidak dibuat berlandaskan maklumat lengkap dari para doctor perubatan atau pakar kimia adalah kurang tepat dan tidak sepatutnya dijadikan pegangan.

Secara ringkasnya ulama terbahagi kepada 2 kumpulan dalam hukum rokok. Ia seperti berikut :-

1) Haram : Ulama kontemporari yang mengatakan demikain adalah Dar Al-Ifta Mesir, Lajnah Fatwa Saudi, Lajnah Fatwa Azhar, Seluruh ahli persidangan Mencegah rokok ( persidangan di Madinah pada 2-5 Mac 1982) , Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Sayyed Sabiq, Syeikh Ahmad Syurbasi, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Atiyyar Saqar. ( Akhbar al-Jumhuriyyah, 22 Mac 1979 ; Fatawa Muasiroh, 1/667; Al-Fatawa li Muhd Syaltut, Yasalunaka oleh Syurbasi dan Fiqh As-Sunnah)

Ulama silam yang mengatakan haram pula adalah Syeikh muhd alauddin haskafi al-hanafi, syeikh sulaiman al-Bujairimi as-Syafie, Syeikh Mustafa ar-Rihbani, Syeikh Ibrahim al-Laqqani al-Maliki dan ramai lagi. (Al-hukm as-Syar'ir fi at-Tadhin, Kumpulan Ulama, Kementerian Kesihatan Sedunia, 1988, hlm 25-26)

Kumpulan ini semakin kuat mengharamkan apabila terdapat maklumat yang menyebut terdapat unsur arak dan racun di dalam rokok, maka ia adalah seperti darah dan bangkai yang diharamkan kerana unsur kotor dan racun ( seperti nikotin, tar, alcohol methnol, karbon monoksida, ammonia dan lain-lain ) yang terkandung di dalamnya. ( Abu Ubaidah al-Mashur, At-ta'liqat al-hisan dzayl tahqiq al-Burhan, hlm 28 ; Dr Abd Sabur as-Shahin, As-Sajayir Halalun am Haramun,hlm 34-35 )

Pada tahun 1962, Fakulti Perubatan Diraja Britain mengesahkan kesan buruk rokok terhadap kesihatan, pada tahun 1964 Fakulti Kedoktoran Amerika mengeluarkan satu kajian setebal 387 halaman dan diterbitkan kandungannya di akhbar yang menyebut "Merokok memudaratkan kesihatan secara pasti, ia juga menyebut "rokok menjadi penyebab pelbagai penyakit membunuh " ( Rujuk Mahmud Nazim, At-Tibbun An-Nabawi Wal ‘Ilmi al-Jadid, 1/346 )

Maka dengan kenyataan-kenyataan ini Allah SWT menyuruh kita agar merujuk kepada ahli dalam sesuatu ilmu sebagaimana erti firman Allah SWT " Maka hendaklah kamu bertanya kepada yang berpengalaman" ( Al-Furqaan : 59 ) ; Justeru, pandangan pakar perubatan dalam hal ini tidak boleh diketepikan oleh para ulama dalam membuat sebarang fatwa.

Selain keburukan dari sudut kesihatan, ia juga boleh memudaratkan hubungan kemasyarakatan dengan sebab baunya yang kuat dan busuk. Hal ini tidak dibenarkan oleh Islam berdasarkan sabda Nabi SAW ertinya : " Tiada boleh memberi mudarat dan membalas mudarat" ( Riwayat Malik, 1/122; Ad-Dar Qutni, 4/228; Al-Hakim 2/66 ; Sohih kata Hakim, dan di atas syarat Muslim kata az-zahabi, Albani : Ia punyai banyak jalan yang menguatkan satu sama lain sehingga naik ke darjat Sohih)

Hadith lain pula menyebut : " Sesiapa yang memakan dari pokok ini , berkata bawang merah, bawang putih maka janganlah mendekati masjid-masjid kami, sesungguhnya (bau yang busuk) itu menyakiti Malaikat sebagaimana ia menyakiti manusia" ( Riwayat Al-Bukhari, KItab al-Azan, no 807 ; Muslim, Kitab Masajid wa Mawadi' as-Solat, no 876 )

2) Kumpulan yang Memfatwakan Harus atau Melihat secara tafsil (terperinci)

Ulama yang dipihak ini adalah Syeikh Abd Ghani an-Nablusi, Syeikh Muhd Amin Ibn ‘Abidin, Syeikh Hasanain Makhluf (berpendapat hukumnya secara terperinci menurut keadaan ), Syeikh Hasan Makmun.

Antara dalil mereka adalah asal segala sesuatu yang tidak mudarat adalah halal dan beberapa dalil yang lain. Bagaimanapun, kesimpulan dalil mereka adalah lemah kerana ia bersandarkan pandagan mereka tanpa maklumat berkenaan keburukan dari sudut perubatan pada zaman itu. Hasilnya mereka memberikan fatwa hanya berdasarkan bau asap rokok yang busuk dan menggangu, justeru, sudah tentu bau yang busuk sahaja tidak mampu menyebabkannya menjadi haram. Jelaslah pandangan mereka tidak mengambil kira maklumat baru perubatan.

Justeru, pada hemat dan kajian saya, hukum yang lebih tepat adalah Haram merokok kerana mudarat yang pelbagai dari sudut kesihatan tubuh sendiri, orang lain, dan baunya yang mengganggu orang lain. Malah kaedah Islam menyebut : "Ad-Darar Yudfa' Bi Qadaril Imkan" ; ertinya : "Kemudaratan hendaklah ditolak sedaya upaya dan kemampuan" (Al-Madkhal Al-Fiqhil ‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/992)

Cuma Syeikh Al-Qaradawi di dalam Fatawanya (Fatawa muasiroh, 1/667) menjelaskan hukumnya berkata ( dengan pindaan ) :
-
a- Sekiranya seorang perokok cuba sedaya upaya memberhentikan tabiat rokoknya, bagaimanapun ia gagal, maka ia patut terus mencuba dan diberikan uzur setakat yang ia gagal. Perlulah ia menghalang dari menyebarkan tabiatnya kepada orang lain.

b- Walaupun ianya haram, tapi tidaklah haramnya besar seperti zina, mencuri dan lain-lain dosa besar. Setiap perkara haram ada tahapnya di sisi Shariah, ada yang dikira dosa besar dan ada yang kecil. Dosa hasil rokok bolehlah di katakan termasuk dalam dosa kecil. Bagaimanapun perlu diingat, Ibn Abbas r.a menegaskan bahawa dosa kecil pasti menjadi besar apabila berterusan atau kesannya benar-benar memudaratkan.

Kesimpulan Al-Qaradawi, rokok adalah haram secara pasti bagi yang belum merokok, dan makruh bagi seisap yang telah terjebak sehingga sukar untuk keluar darinya. Apa yang pasti, segala jenis usaha bagi memberhentikan aktiviti buruk ini mesti dicari segera. Wallahu a'lam.

Zaharuddin Abd Rahman
22 Januari 2007

Monday, May 30, 2011

Kewajipan seorang Muslim ke 7: Takutlah Azab Allah dan Harapkanlah nikmatnya

7. Takutlah Azab Allah dan Harapkanlah nikmatnya

Kewajipan ke tujuh ini berdasarkan firman Allah:

as-Sajdah: 16

"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka."
Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda:

"Hendaklah kamu berqiamullail (bangun malam) kerana ia sesungguhnya adat/kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya qiamullail mendekatkan diri kepada Allah, menjadi kifarat (penghapus) terhadap dosa-dosa, membuang penyakit dari jasad dan mencegah dari dosa"

 Rasulullah juga bersabda;

"Sesiapa bangun pada waktu malam dan mengejutkan isterinya, lalu mereka berdua mengerjakan solat dua rakaat, maka akan ditulis mereka berdua dalam kelompok lelaki-lelaki yang banyak mengingati Allah dan perempuan-perempuan yang banyak mengingati Allah."

Di antara yang pernah dikatakan oleh para Hukama; "Sebaik-baik pemberian ialah yang sampai sebelum diminta"
Sumber Buku: 50 Kewajipan seorang Muslim oleh Muhammad bin Abi Bakr dan diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzli.

Penulis: Lindungilah diri, hati, minda, jiwa, dan jasmani ini dari terus menerus melakukan dosa ya Allah, sama ada kecil atau besar setiap hari. Dan sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku kerana Mu Ya Allah. Aminnnnnnn...

Joget Tari Lenggang/Joget Pahang

Lagu Joget Tari Lenggang ( Versi Rakaman Piring Hitam)
Info: Ciptaan & Gubahan : Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Lirik : Dato' Jamil Sulong
Penyanyi: P.Ramlee
Filem: Hang Tuah, Malay Film Productions, (1956)
Arahan: Phani Majumdar
Trivia: Lagu ini dirakamkan semula ke piring hitam oleh Saloma dengan Tajuk Joget Pahang dan juga oleh beberapa penyanyi lain selepas zamannya.

Dari Melaka ke Negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Dari Melaka ke Negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan

Kami mengucap selamatlah datang
Apa yang kurang dicaci jangan
Kami mengucap selamatlah datang
Apa yang kurang dicaci jangan

Melenggang ai melenggang
Lenggang tari lenggang
Kalau baik hati nanti orang pun sayang

Pukullah gendang kulit kerbau
Dalam majlis tari menari 
Pukullah gendang kulit kerbau
Dalam majlis tari menari 
Sayalah ini daganglah merantau
Mengharap belas orang di sini
Sayalah ini daganglah merantau
Mengharap belas orang di sini

Melenggang ai melenggang
Lenggang tari lenggang
Kalau baik hati nanti orang pun sayang

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh tumbuhan
Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh tumbuhan
Ingat dihati nak buatlah jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan
Ingat dihati nak buatlah jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan

Melenggang ai melenggang
Lenggang tari lenggang
Kalau baik hati nanti orang pun sayang
Melenggang ai melenggang
Lenggang tari lenggang
Kalau baik hati nanti orang pun sayang

Penulis: Sempena mengingati ulangtahun pemergian Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Lagu ini antara penulis yang suka ciptaan Beliau...^_^

Friday, May 27, 2011

Bab Akhlak 2: Adab Kepada Allah

1. Anugerah dan rahmat yang diberikan oleh Allah Ta'ala kepada manusia tidak terhitung banyaknya iaitu semenjak manusia diciptakan daripada nutfah (setitis air mani) di dalam rahim ibunya sehingga dia kembali menghadap Allah s.w.t.

2. Manusia hendaklah mensyukuri segala rahmat dan nikmat Allah s.w.t dengan melakukan segala suruhan dan perintahnya dan menjauhi segala tegahan dan larangannya serta selalu memujiNya sama ada dengan kata-kata atau amal perbuatan serta memanfaatkan segala yang dianugerahkan hanya untuk beribadah kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya"
( Surah Ibrahim - Ayat 34 )

3. Cara ini merupakan adab kepada Allah s.w.t. sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah (datangnya)......."
( Surah An- Nahl - Ayat 53 )

4. Kaum muslimin meyakini bahawa Allah s.w.t Maha Mengetahui di atas segala-galanya dan sentiasa memperhatikan setiap tingkah laku manusia sehingga hati mereka sentiasa takut kepada Allah dengan mengingatiNya serta mengagungkanNya.

5. Mereka merasa malu berbuat perkara mungkar dan maksiat kepada Allah s.w.t. untuk melanggar apa-apa tegahan dan laranganNya. Sebagaimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
( Surah Al-Baqarah - Ayat 152 )

6. Kaum Muslimin mengetahui dan melihat bahawa Allah s.w.t. menguasai diri setiap manusia yang sentiasa menyerahkan diri kepadaNya serta bertawakal kepadaNya . Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" .... Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal , jika kamu benar-benar orang yang beriman ".
( Surah Al - Maidah - Ayat 23 )

7. Kaum Muslimin mencari akan rahmat dan kasih sayang Allah dengan merendahkan diri dan sentiasa berdoa mencari keredhaanNya dengan ucapan dan amalan yang soleh.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : " ..... dan rahmatKu meliputi segala sesuatu...." .
( Surah Al-A'raf - Ayat 156 )

8. Setiap amalan yang soleh dan dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketaatan yang bersungguh-sungguh akan dibalas dengan pahala yang berlipatganda serta dijanjikan syurga yang kekal selama-lamanya .
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya , maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan ".
( Surah An-Nur - Ayat 52 )

9. Kaum Muslimin yang sentiasa memelihara adab dengan Allah akan mendapat kedudukan yang mulia dan darjat yang tinggi serta mendapat rahmat dan nikmat di sisi Allah s.w.t.


Selamat Hari Jumaat, May 2011.

A’uzubillahi minasy syaitanir rajim,

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum...

Ya Allah aku memohon perlindungan dari Mu dari syaitan yang direjam.

Mimpi semalam? Mimpi adalah mainan tidur sahaja maka jangan kamu terbawa-bawa dengannya.

Dan getaran itu dan debaran itu hanyalah mainan gelora hatimu sahaja, tiada apa-apa.

Maka berhati-hatilah kamu dan sentiasalah beringat!

Wassalam...

Penulis: Fikirkan minggu ini kamu akan pulang ke Chenor...tak sabarnya...^_^

Thursday, May 26, 2011

Minda & Hati berbicara dengan Mu..

Usai solat subuh tadi....

"Walaupun hati rasa macam sedap tetapi ada rasa yang membuat hati saya supaya rasa tidak sedap dan jangan terlalu selesa, tidak tahu kenapa, sebabnya hmm..."

"Insya Allah tiada apa-apa" "Percaya pada diri sendiri, dan kekuatan hati sendiri"

"Anggap itu adalah perkara biasa dan biasa sahaja...dan bersyukur atas apa sahaja"

'Ya minda ini melarang keras hati ini untuk merasa apa-apa lagi, walaupun ada rasa sedikitpun sebab minda merasa kasihan pada hati yang sudah lama sedih, jadi minda mesti berkuat hati untuk hati supaya hati tidak merasai yang melampaui batas"

"tersenyum sendirian, terasa yang amat lapang sangat"

bolehkah?...insya Allah pasti boleh....^_^...Allah ada bersama-sama sentiasa dengan hambanya...

"Yakinlah dengan apa sahaja kamu lakukan, kadangkala hidup ini tidak perlu kepastian yang 100%, tapi kita mesti yakin 100%, apa sahaja keputusan yang kita buat dalam hidup ini didunia yang sementara ini,  Allah sentiasa ada bersama-sama hamba-hambanya..."

"Maka jangan khuatir dan takut....sakit, pedih, sedih itu ingatlah kerana Allah memberi peringatan pada hamba-hambanya...maka bermaksud Allah menyayangi hamba-hambanya maka bersyukurlah kamu"...

Yakinlah pada Allah s.w.t...
dan apa sahaja natijahnya...pasti itu yang terbaik bagi hamba-hambanya...walaupun baik atau buruk...

Penulis: "Manusia selalu memikirkan dan bersedih terhadap perkara yang tiada pada mereka berbanding pada perkara2 yang sentiasa ada pada mereka".

"Manusia juga selalu risau terhadap perkara yang masih tidak berlaku dan berangan-angankan terhadap perkara yang masih belum berlaku"..

Yang perlu risau dan fokuskan adalah pada hari ini....ya hari ini masik milik kita...ayuh mari lakukan yang terbaik..^_^

Ya Allah penuhilah diri ini dengan sifat Qanaah, amiiiin....^_^

Tentang Sahabat

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.......tetapi jika kita cuba.... jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
'Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka akan menangisimu'

Nukilan Hamba Allah.







Tuesday, May 24, 2011

Walaupun kecil: Awan Nano ~ Hafiz...^_^

Penulis: Apa Maksud awan nano?...yang tersirat di sebalik lirik ini...dah lama draft tentang lagu ni...ambik masa...simpan dulu...entah tidak tahu kenapa...sekarang baru mahu letakkan?....entah....ditangguh, ditangguh, ditangguh...aahh...sekarang ini penulis terlalu banyak post yang ditangguh, terlalu banyak travelog yang ditangguh....


Dah lama tidak tukar lagu di blog ini...niat dihati memang hendak tukar bila hampir siap post ni...^_^...tetapi.....pedulikan...setiap manusia ada kebebasan...
lagu yang sangat indah dan lirik yang penuh simbolik dan metafora...


Lagu oleh M Nasir Lirik oleh Buddhi Hikayat, lagu yang ada tersirat yang kena dengar banyak kali baru faham...dan apa yang berlaku ini sentiasa berlaku dikalangan manusia, di kalangan keluarga (mak, ayah, kakak, abang, adik, suadara mara dll) di alam persahabatan (kawan, sahabat dll), dan di alam percintaan (kekasih, pakwe, makwe, dll), perkahwinan (suami, isteri, tunang dll), pekerjaan (pekerja yang kita tidak pernah hargai, tukang angkut sampah, tukang sapu, guru, kerani, konduktor...dll...).

Manusia selalu hmm...macam mana ya...ibarat kata orang omputih...selalu take things/someone for granted (maksudnya kita sentiasa mengharapkan seseorang atau sesuatu ada sentiasa tanpa rasa terima kasih atau menghargai mereka, ambil mudah). Walaupun sebenarnya benda itu sentiasa ada dihadapan mata kita...ya...walaupun sejengkal cuma jauhnya....


"lagu ini umpama seseorang yang sebenarnya sangat penting dalam kehidupan kita, tapi kita tidak hargainya bahkan tidak pedulikan dia. sedangkan, hakikatnya kita perlukan dia terutama ketika susah sebab sewaktu senang, kita lupakan dia..."


Nano apa maksudnya nano ni berasal dari perkataan Greek, maksudnya, kerdil atau sangat-sangat kecik dan tak boleh nampak dengan mata kasar sebab dia seratus ribu kali lebih kecil dari saiz sehelai rambut. Awan ini yang sentiasa berada di atas, melindungi makhluk bumi dari panas, menyuburkan bumi dgn hujan walaupun ia hanya sebesar nano.


Awan apabila memutih di langit, tidak ramai yang menghargai akan kewujudannya. Hadirnya sekecil zarah nano yang halus. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tidak mengapa. Hanya apabila terik mentari membakar pipi, ketika itulah kita tercari-cari lindungan redupnya (ya ketika kita susah barulah cari). Dan apabila mendung menyelubungi hari, ketika itulah kita ternanti-nanti kemunculan lingkaran peraknya.

Firman Allah s.w.t: An Nur, 43:

"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan."




Dan awan nano ini walaupun kecil dan walaupun  "dan tak akan tercapai jejarimu" walaupun tidak dapat disentuh ia tetap akan setia hadir dan akan jadi pelindung bila diperlukan ya sentiasa...hmm...wah...wah...

Dan setiap kali bila saya dengar sebenarnya sangat hiba dan sebak...berapa banyak orang yang ada disekililing, yang saya kadangkala tidak menghargai mereka semasa mereka ada..bila mereka hilang barulah  terasa....hmm....dan juga barang yang ada disekeliling kita, awan, pokok, udara, cahaya matahari...aah...manusia sentiasa tidak pernah puas....(bila panas, tanya bila hujan; bila hujan,  bila nak reda hujan)...ke mana syukurku selama ini...aah...diri ini bukan manusia yang sempurna....ya tiada manusia yang sempurna...

kalau boleh ingin elakkan dengar...walaupun suka...tapi ia lebih menyebabkan rasa....hmmm....cuma baru sekarang dah okay sedikit...baru boleh terima...

Firman Allah, Ar-Rum: 38


"Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;"


Ini lirik lagunya...laaayaaaaaaaaaaan....^_^...kalau layan sambil lihat video clip pun best..lagi sedih...ya kadangkala kita selalu tersalah sangka, tersilap andaian, membuat andaian sendiri, buat keputusan melulu, mengikut hati dan perasaan, cemburu buta, membenci tanpa usul periksa, dan bila kita tahu perkara yang sebenar ...dan disaat itu jua mereka hilang....tidaaaaaaaaaaak!!!


Sentiasalah hargai mereka....^_^




~Awan Nano~ Hafiz

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga

Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu



Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua



Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu



Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu



Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu



Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu



Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
 

Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu....



Penulis: 1.00am 5th February 2011,
....ya walaupun tidak tercapai...akulah awan nano itu...


"I'm not perfect & You're not perfect
but when we are together its feel perfect, great, good...It's feels like that,
but then may be I am the one who get it wrong"

Monday, May 23, 2011

Peringatan pada hari ini....

"Kita selalu inginkan dari Allah supaya menyegerakan permintaan kita, TAPI, cuba periksa perkara ini: Setiap kali kita mendengar seruan Azan, adakah kita pun 'BERSEGERA' untuk menunaikan kewajipan?... "

~Arjunasetia~: http://husnuzzonloa.blogspot.com/2011/05/adakalanya-aku-segerakan-untuk-mu.html

Penulis: Bersabarlah...cepat tidak semestinya baik dan lambat  tidak semestinya buruk...biarlah apa mereka nak kata....mulut manusia lain bukan hak saya nak tutup...^_^...Allah lebih mengerti dan memahami hamba-hamba Nya....maka yakinlah kamu...

Sunday, May 22, 2011

Nurkasih the movie my own review...^_^

Penulis: Apa yang saya belajar dari Cerita tengah hari tadi (NKTM) salah satu pengajaran...ya banyak pengajarannya....

1. "Perjalanan hidup didunia ini sangat panjang dan dalam pada waktu yang sama ia juga sangat pendek. Apa sahaja yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku sudah ditentukan oleh Allah. Dan sudah pasti, biarpun rahsia hidup itu sama ada baik atau buruk pada pandangan hamba NYA yang berlaku, namun apa yang sudah pasti Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya dan yang pasti Dia tidak akan menzalimi hambanya, Ya hamba-NYA hanya mampu berusaha dan merancang, Allah yang menentukan segala-galanya "

2. Acap kali saya tekan pada diri saya ini " Rezeki itu di tangan Allah s.w.t" bukan ditangan manusia. Maka usahalah setakat mana yang mampu, tetapi ingat duit bukan segala-galanya...rezeki datang tiada diduga dan kadangkala dikurniakan dalam pelbagai bentuk...

3. Dakwah itu luas dan pelbagai caranya, bukan setakat pada yang mahu mendengar tapi pada yang cuba menjauhkan diri juga. Ya jika bukan kita yang mendekatkan diri dengan mereka siapa lagi...bukan berpandang serong pada mereka...bukannya dengan mengumpat mereka, gelakkan pada mereka....

4. Jika kita mahukan, menginginkan yang terbaik maka cubalah ubah diri agar jadi yang terbaik. Jangan asyik fikir yang kita tidak layak. Ramai yang salah sangka dengan ayat "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"...habis itu bagaimana yang lain. Ya contohnya, Adam dahulu pernah tersesat dengan dunia, arak, agamanya, bersama dengan perempuan lain dan malah meninggalkan Nuramina yang baik, namun atas kesedaran keinsafan dia kembali dan jadi yang terbaik untuk Nur, maka bertemulah lelaki yang baik dengan wanita yang baik. ya kisah silam bukannya ukuran, ya kisah sekarang diri kamu sekarang...ya siapa kamu sekarang...

5. Dan lagi...ya kita menginginkan syurga Allah, maka sentiasalah berusaha meningkatkan diri, bukannya berfikir tidak layak dan terus menerus terjerumus dengan dosa-dosa silam. Kalaulah kita fikir Allah mengira kisah-kisah, dosa-dosa silam....aah....sesungguhnya kamu menidakkan kuasa NYA.

6. Kita cuba melepaskan apa yang kita sangat suka lakukan atau memberi apa yang kita sangat perlukan atau sayangkan....keihklasan sifat menderma....kita harus belajar untuk melakukannya walau susah tahap manapun...ada unsur humor yang ringan dalam cerita ini...beri yang sayang sedikit atau yang sayang banyak...^_^...terasa keihklasan mamat yang sanggup mendermakan jantungnya untuk Adam...ya kiranya sempurna imannya bila kita beri barang/benda yang paling kita sayang. Mampukah diri ini mendaftarkan diri sebagai penderma organ???

7. Dan ya, bila saya lihat cerita ini....saya dapati sesuatu yang dulu saya pernah percaya dan meletakkan sebagai prinsip saya, namun saya telah lupa dan akhirnya kalah padanya bila pertama kali mempunyai rasa pada seseorang...dan bahananya saya sendiri yang kecewa...

"Rasa suka, rindu, rasa kasih, rasa sayang dan kata cinta itu lebih indah jika dapat diucapkan, jika dapat dilafazkan, jika dapat dikongsi, jika dapat diluahkan pada si sang isteri atau sang suami, kerana memang rasa itu adalah memang patut pada tempatnya...ya sangat indah dan penuh dengan keihlasan. Malahan ia tidak dapat disamakan dengan perasaan sepasang kekasih atau disamakan dengan yang mempunyai ikatan pertunangan yang sentiasa mempunyai batasan, halangan atau kekangan"

9. Jangan berputus asa, berjuang hingga ke akhirnya, biarpun hingga dihujung nyawa, barulah disertakan dengan tawakkal dan redha.

10. Betapa sabarnya, teguhnya cinta si suami dan si isteri walaupun bertahun-tahun tidak dikurniakan anak. Namun mereka tetap setia, ahh mudahnya kadangkala ada manusia yang suka bergurau dengan perkara sebegini, bila ada sahabat yang lambat sedikit mendapat anak. Ahh cuba bayangkan jikalau mereka berada ditempat mereka baru kamu tahu, cuba belajar menghormati perasaaan manusia lain. Ia sangat-sangat issue sensitif.  Ya ada kala mereka pun akan rasa bersedih dan ada rasa berputus asa, namun akhirnya mereka tetap bangun kembali...

11. Hmmm apa lagiiiiiiiiiii, ya telatah adik Mia sara dan abangnya sangat come dan cute, betapanya innocentnya dan telusnya pemikiran kanak-kanak...kadangkala terasa mahu kembali pada zaman itu...^_^...."nasib baik sakit sikit kalau sakit banyak nanti mati macam ummi". Dan abangnya juga pandai melakonkan watak, seorang kanak yang kehilangan ibunya, cuba berlagak matang.

12. Setiap yang hidup akan pergi, ya "dari kami mereka datang dan pada kami jualah mereka kembali". Dunia ini hanyalah sementara, ia tidak layak untuk disedihkan dengan sedih yang amat sangat.

13. Kasih ibu membawa ke syurga. Betapa dalamnya kasih ibu, yang memaafkan setiap kelakuan, kata-kata, tingkahlaku anaknya. Ya supaya anaknya hidup didalam keaadaan berkat didunia dan juga akhirat. Ya Allah...mulianya hati ibu. Semoga suatu hari nanti....

14. Khabir Bahtia memang seorang pengarah yang bagus, cinematografi yang sangat hebat bagi sayalah orang yang amatur dalam segi ini, mungkin pengkritik lain berkata yang lain.  Hafiz Hamidon jugak sangat bijak memainkan lagu disetiap scene...penonton memang terbawa-bawa dengan perasaan setiap watak lakonan pelakon. Lakonan setiap watak dilakonkan dengan berkesan sekali walaupun hanya ada yang keluar sekejap sahaja.

Cuma yang sebenarnya, jalan cerita Nur Kasih sangat simple dan kurang conflict...amat ringan tapi dimainkan dengan penuh berkesan. Mungkin bagi yang tidak pernah tengok drama Nur kasih mungkin akan kurang berkesan. Yang mahalnya, pengajaran bagi setiap cerita. ya cerita tentang keluarga, perkahwinan, sayang, pengorbanan, pembelajaran, keinsafan, cinta, sayang, persahabatan.....

15. dan apa lagi....hmmm....nantilah saya fikirkan lagi, kemudian sambung...sudah letih, mengantuk dan mahu tidur...nite nite...^_^...eeeeeeendddddddddddd...

Alangkah senangnya jika...

Penulis: Saya hanya mampu tersenyum sekarang....

Alangkah senangnya kalau mudah diubah hati ini seperti dipetik jari...
kadangkala sudah immune...
hampir setahun mungkin, berperang dengan gelodak hati sendiri...aah kalau dikirakan bulan 7 atau 8 mungkin mulanya....
ya sudah biasa agaknya....
apa sahaja mudah sahaja rasa menghadapinya....
mampu menghadapinya....
sudah tidak kisah lagi...
yang saya kisah akan perasaan diri sendiri...
kenapa mesti dan masih ada rasa....
dan sudah tidak ambil tahu, sekuat hati deletekan segalanya, tutup segalanya....
agar tidak nampak dan tidak tahu langsung....
walaupun kadangkala rasa ikut rasional saya tidak perlu sampai buat begitu...
tidak mahu ambil peduli...
tapi ada sahaja caranya ceritanya sampai....
huhuhu..takkan nak tutup mulut orang kot....
atau saya sendiri kena menghilangkan diri dari....aah..perlu kah?????
walaupun lewat tahu...patutlah saya rasa lain sahaja hari itu....
biarlah...tiada hak kamu pun sebenarnya untuk rasa apa-apa...atau untuk kata apa-apa....
itu memang haknya bukan.....dia tak bersalah pun....
kadangkala rasa kelakar pun ada....
alangkah mudahnya kalau saya kata hati ini terluka dan boleh membencinya...
dan menghilangkan segenap rasa dihati.....
alangkah mudahnya kalau sikap sabar saya hilang dan memarahinya sahaja...
alangkah mudahnya kalau sikap lurus saya ini saya ubah....
alangkah mudahnya kalau sikap positif saya ini....optimistic saya....
aaah...penulis bukankah kamu sudah baca di buku...
jangan banyak sangat menggunakan perkataan kalau....tidak bagus....
maka saya sangat bersyukur dengan diri saya...
ya yang baik itu dari Allah yang buruk itu dari saya sendiri.....
jangan mudah menyatakan berubah pada orang lain kiranya kamu sendiri susah untuk berubah.....
Beriman dengan Qada'  n Qadar Allah....salah satu rukun iman...
redha ya redha....
usaha, tawakkal, redha, doa, solat...sudah cuba segala-galanya....
belum sampai masanya mungkin...
bukan tidak pernah cuba menanam benci...
bukan tidak penah menanam perasaan marah....
bukan tidak pernah usaha mencari segenap segala kesalahannya, kelemahannya...
aah tapi dari dulu bukankah kamu telah berkata menerima segala kelebihan dan kelemahannya....
aah...itu bukan caranya bukan....bukan dengan mencari kesalahan orang lain...
itu bukan kamu, kamu sendiri telah tahu...
malahan ia lagi hanya menyesakkan hati dan minda kamu lagi...
sehingga terasa sempit dada, dipenuhi dengan rasa yang sedemikian...
aah bila hati kamu sudah sejuk.....
lihat sekarang dimana kamu....
bila kamu tenang kembali pasti kamu akan.............
ya penantian yang saya sendiri masih tunggu....
penantian bila rasa itu kembali pada apa yang sepatutnya, yang sudah ditentukan oleh Allah.....apa sahaja yang akan berlaku saya akan terima....

Ya ujian ini supaya mengingat saya yang selalu lupa pada NYA....dan saya terima...
aah sebenarnya alangkah kecilnya sebenarnya....

Penulis: Teringat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang baru berlaku semalam....kisah hidup tidak pernah disangka....semoga Alllah menempatkan roh-roh mereka dikalangan orang-orang yang beriman dan diampunkan dosa-dosa mereka. Al-Fatihah.

Pesona Wanita Muslimah

Makhluk yang unik, indah dan menawan tidak lain dan tidak bukan ialah kaum wanita, mereka diciptakan dengan penuh keistimewaan dan keasyikkan. Saban waktu hidup mereka digambarkan bak bunga yang mekar mewangi di taman. Kelembutan, kecantikan dan kebaikan mereka selalu di dambakan oleh kaum lelaki kerana mereka ialah mahluk ciptaan Allah swt yang istimewa.


Perempuan atau wanita ialah salah satu daripada dua jantina bagi manusia; iaitu lelaki dan perempuan. Penggunaan perkataan "perempuan" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya dirujuk sebagai betina.


Perkataan lain yang membawa erti perempuan adalah wanita, gadis, dara, betina. Faktor-faktor biologi bukannya penentu yang tunggal untuk memastikan adakah seorang itu dianggap sebagai perempuan. Sesetengah perempuan mempunyai perbezaan hormon atau kromosom yang abnormal (seperti hiperplasia andrenal kongenital, sindrom ketidaksensitifan androgen yang lengkap ataupun sebahagian, ataupun keadaan interseks yang lain), dan terdapatnya juga perempuan-perempuan yang, pada awal kehidupan mereka, tidak mempunyai fisiologi perempuan yang tipikal (perempuan transeksual).


Ciri-ciri seorang wanita

Allah swt befirman (dengan maksudnya ):


“Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. (Ali-Imran : 36)

Islam menetapkan seseorang manusia itu sebagai wanita apabila dia memiliki 2 sifat, iaitu mempunyai sifat fizikal sebagai wanita seperti mempunyai kemaluan wanita, buah dada serta lain-lain yang seumpamanya (hormon dan lain-lain) setelah dilahirkan (secara asal, bukan melalui pembedahan plastik atau pemasangan alat tiruan) dan kerana itu Islam melarang penyerupaan wajah atau perilaku di antara kedua-dua jantina tersebut.

Sabda rasulullah ; “Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan juga melaknat wanita yang menyerupai lelaki.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Abu Dawud (4098); and Ahmad 2/325; dan Ibn Hibban (1904); dan lain-lain)


Manakala sifat yang kedua bukti seseorang itu merupakan wanita ialah apabila dia di datangi haid setelah baligh.


Diriwayatkan oleh Jabir ra bahawa Rasulullah s.a.w menemui Saidatina Aisyah r.a yang kebetulan sedang menangis. Baginda bertanya: Kenapakah dengan dirimu ini? Saidatina Aisyah menjawab: Aku haid sedangkan mereka semua sudah bertahalul. Aku belum lagi bertahallul dan Tawaf di Baitullah. Mereka sedang mengerjakan Haji.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Ini adalah sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah terhadap setiap anak perempuan Adam.” (Hadis sahih di dalam Sahih Muslim no. 2127)

Islam tidak memasukkan faktor perasaan dan kehendak hati sebagai pertimbangan untuk menetapkan jantina manusia dan hal ini merupakan penolakkan kepada golongan yang ingin menukar jantina mereka dengan alasan bahawa naluri mereka kononnya tidak bersama dengan jantina yang dimiliki.


Seorang yang memiliki sifat lelaki, sekalipun beliau mendakwa mempunyai naluri dan perasaan kewanitaan tetap tidak boleh menukar jantinanya di sisi Islam kerana perasaan, dorongan hati hanyalah permainan syaitan yang berlegar di ruang minda manusia semenjak kecil dan ramai yang terjebak oleh permainan hati dan perasaan yang dipandu oleh syaitan ini.


Mereka terpedaya, kononnya jiwa mereka terperangkap di dalam jasad yang salah sekaligus telah membuatkan mereka jatuh kufur dan murtad daripada agama apabila mendakwa tuhan tidak berlaku adil, tuhan tersilap di dalam meletakkan jiwa mereka dan tuhan sebenarnya tercuai di dalam pengawasannya terhadap kelahiran mereka apabila dikeluarkan ke muka bumi melalui jasad yang salah.


Allah swt befirman (dengan maksudnya) :
“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Al-Baqarah : 255)


Allah swt befirman (dengan maksudnya) :
“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Al-Mukmin : 57)


Demi tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan kebesarannya tanpa cuai, memasakkan bumi dan segala isinya dengan teguh untuk manusia tidak mungkin sama sekali cuai tetapi mereka telah disesatkan oleh syaitan dan hawa nafsu mereka.

Allah swt befirman (dengan maksudnya) :
“Sesungguhnya tidaklah mereka itu buta mata mereka tetapi sebaliknya yang buta itu ialah hati mereka.” (Al-Hajj : 46).


Sesungguhnya mata mereka telah dibutakan daripada melihat kebenaran tuhan dan kehidupan yang diciptakan. Mereka berkata kami tidak bernafsu kepada lawan jantina kami, katakanlah orang yang sakit juga tidak dapat bernafsu, kerana itu ubatilah dahulu penyakit yang bersarang di dalam hati, rawatilah kebutaan yang menebal di dalam diri, demi tuhan kamu akan melihat dan ketika itu kamu akan menyedari betapa tergiurnya kamu terhadap rahmat tuhan yang telah diciptakan-Nya.

Pesona Wanita Islam



Islam tidak melarang kecantikkan, keindahan dan hiburan, malah agama ini menyuruh umat-Nya supaya bersenang-lenang dan hidup dengan penuh aman damai. Kerana itu di dalam beberapa hadis baginda rasul sendiri ada menyebutkan bahawa baginda sangat sekali menyenangi wanita, bauan harum dan perkara-perkara yang menghiburkan keluarga.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Di hiasi di dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan pada wanita.” (Ali Imran: 14)

Bahkan di dalam AlQuran, Allah swt menjanjikan kepada orang lelaki yang beriman dan beramal soleh dengan balasan bidadari sebagai menggalakkan mereka beribadah. Bidadari itu ialah wanita yang sempurna sifatnya dan teramat cantik jasadnya serta dipenuhi dengan segala ciri keperluan yang merupakan idaman kaum lelaki.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahman : 70)


Oleh yang demikian, tidak salah jika kita mengatakan bahawa wanita dunia yang mempesonakan itu haruslah sekurang-kurangnya memiliki ciri yang paling hampir dengan si bidadari.


Wanita pesona ialah wanita yang menjadi idaman semua dan merupakan impian setiap gadis dan wanita untuk mendapatkan kedudukan tersebut. Pesona bermaksud menawan dan menjadi pujaan para lelaki dan mendapat penghormatan daripada kaum sejenisnya sendiri.


Ada beberapa petua yang boleh kita pelajari bagi mendapatkan sebuah pesona buat diri.


Setelah puas menyelidiki buku-buku dan petua berkaitan wanita di dalam Islam dan sebagainya maka saya penuhi sedikit ruangan ini dengan catatan mengenai syarat menjadi wanita pesona yang saya temui :


Tidak bermakna cantik tetapi mesti lawa

Ramai akan menyangka bahawa wanita yang mempesonakan itu haruslah cantik dan menghairahkan tetapi telahan dan sangkaan itu ternyata agak silap. Bukan jasad cantik yang semua orang lelaki selalu cari tetapi mereka melihat kepada lawa.



Lawa bermaksud tidaklah buruk, tidak hodoh dan tidaklah tertolak tetapi seseorang itu dianggap lawa kerana disebabkan pemakaian dan cara penampilan imej seseorang yang menarik dan mampu memikat hati-hati dan mata yang melihat.


Pemakaian


Tentu anda biasa melihat wanita yang berkulit gelap, tidaklah memiliki potongan badan yang ramping tetapi dengan pakaian menutup aurat yang dipadankan ketubuhnya, berjubah labuh misalannya, bertudung litup dan warna pakaian yang bersesuaian dengan warna kulit, bedak yang lembut di muka dengan senyuman ikhlas di wajah wanita tersebut, maka apakah lelaki yang memandang tidak akan mengatakan dia itu lawa ?


Tidak lawa ? Pasti anda berbohong !


Lawa terhasil apabila wujud gabungan penampilan imej yang baik dengan pemakaian yang sesuai, menutup aurat dan menyelesakan pemakai bukannya yang sendat sehingga terseksa ketika berjalan, bukanlah warna yang terang sehingga menyakitkan mata dan bukanlah yang terbuka di sana sini sehingga setiap kali terpaksa ditutupi dengan tangan.

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila keluar, syaitan akan menghiasinya.” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan disahihkan oleh Syeikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).


Ramai gadis murahan (kerana murah dibeli atau didapati) , baik di IPT atau sudah bekerja suka sekali memakai seluar jeans dan seluar ketat yang menampakkan bentuk pinggul mereka. Mereka tidak sedar bahawa lelaki suka sekali melihat hanya untuk menjamu nafsu tetapi tidak ada yang akan sudi mengambil gadis sebegitu sebagai teman di dalam kehidupan.


Pemakaian seksi menyeksa batin lelaki, membuatkan mereka tergoda, namun daripada sudut pandang psikologi, perbuatan wanita memakai pakaian seksi terbabit hanya akan meruntun nafsu lelaki supaya menyeksa kaum wanita, disebut menghukum dan menganaiyai wanita itu di atas katil dengan kekuatan seks luar biasa dan memperlakukan pelbagai tindakan luar batasan bagi memuaskan nafsunya yang diruntun secara tidak normal oleh wanita itu dengan pemakaiannya yang seksi.


Gejala ini disebut pembalasan dendam daripada lelaki yang kemudiannya akan meninggalkan wanita tersebut setelah kepuasannya dipenuhi, perbuatan ini jauh daripada cinta, jauh daripada kasih dan segalanya yang selama ini di dambakan oleh seorang wanita tetapi dipandu oleh nafsu dan runtunan syahwat.


Pemakaian yang menutupi aurat, bermaksud menutupi seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan bukan hanya memakai tudung, tetapi mesti labuh sehingga menutupi dada, juga tidak terbuka dan terdedah di bahagian lain serta tidaklah ketat dan sendat menampakkan bahagian dan bentuk badan.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab : 59)


Percayalah pemakaian sopan, beradab dan menutup aurat akan membawa kepada kebaikan diri, keselamatan dan juga penampilan imej yang baik dan akan mengundang bukan sahaja keredhaan tuhan tetapi juga keredhaan seluruh makhluk termasuk manusia yang melihat.


Penampilan imej

Menghasilkan imej yang menarik sangat mudah tetapi mengekalkannya itu yang amat payah. Postur yang betul perlu dipelajari, bagaimana cara berdiri, berjalan, duduk dan ketika tunduk mengambil barang atau sesuatu yang tercicir di atas lantai.


Mulakan dengan postur yang betul ialah satu kemestian, tidak ramai menyedari wanita kerap membongkok ketika berjalan, khasnya bila mereka memakai tudung yang labuh atau berpakaian sopan, ini tidak betul kerana tawadhuk itu di hati bukan dengan berjalan tertunduk-tunduk sehingga menyakitkan tulang belakang.


Jalan dengan meluruskan posisi badan, kepala tegak dengan langkah yang aman dan damai pasti akan menghasilkan pemandangan seorang wanita anggun yang sedang berjalan. Betulkan posisi duduk, cara meletakkan tangan , kaki dan punggung bagaimana melabuhkan diri amat berguna bagi membina imej yang positif dan mempesona.


Ini tidak hanya berguna ketika anda bertemu orang ramai tetapi perlu dilatih di dalam rumah sehingga anda menjadi suri rumahtangga dan bergelar isteri yang anggun dan memikat di sisi suami.

Baginda bersabda : “Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.” (hadis sahih, riwayat Muslim no. 3628).


Siapa tidak bangga memiliki isteri anggun dan bergaya, melihatnya duduk di sofa sahaja membuatku terpesona, bergaya, anggun dan jelita. Cara letak tangannya, cara memegang gelasnya, cara menghidangkan makanan di atas meja, cara mengambil sesuatu, gerak langkahnya, cara dia menyentuh diriku, aduh aku suami bahagia punyai isteri yang istimewa.


Demikian keluh seorang suami yang memiliki isteri yang kebetulan telah dilatih dengan disiplin latihan pesona wanita semenjak kecil.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).


Selesaikan postur, cara berinteraksi pula menjadi topik utama, perkataan yang diucapkan, percakapan dan tutur kata memainkan peranan. Pilihan ayat yang tepat gagal digunakan oleh ramai wanita kerana tidak sabar untuk bercakap.


Berfikir sebelum bercakap


Berfikir sebelum bercakap membantu seorang wanita untuk menghasilkan ayat yang tepat, menarik dan sesuai untuk digunakan pada situasi tertentu. Sesetengah lelaki, misalannya suami anda adakalanya memiliki sensitiviti tertentu terhadap penggunaan bahasa.


Contohnya saya pernah menerima aduan mengenai seorang kawan yang berasal daripada utara Kedah yang telah bernikah dengan seorang gadis Kelantan, beliau mengatakan bahawa apabila mendengar isterinya bercakap di dalam bahasa Kelantanis serta merta beliau cepat sekali bernafsu !


Seorang yang lain pula mengatakan, beliau pantang mendengar wanita bercakap di dalam loghat Terangganu kerana akan mematikan selera beliau sedang rakan yang lain pula mengatakan dia tak mampu bertahan dengan bahasa utara yang agak pekat, menyakitkan telinga katanya !


Demikian antara contoh keperluan bagi kita memilih perkataan dan bahasa yang sesuai untuk berbicara khasnya bagi wanita yang menginginkan pesona.


Kegelojohan bercakap boleh membawa padah, ramai wanita tidak menyedari bahawa lelaki kurang memahami percakapan dan butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka. Wanita menyifatkan sesuatu secara maksud tersirat tetapi lelaki kerap mengambil apa yang terzahir daripada perkataan.


Wanita mungkin berbicara kepada suaminya, yang dia terluka ketika memasak di dapur tadi tetapi sekarang sudah sembuh dan lukanya pun sudah hilang. Suami mungkin akan membalas dengan mengatakan apakah sudah dibubuh ubat pada luka ? Memesan supaya berhati-hati di dapur atau paling kurang berkata kalau sudah sembuh baguslah.


Komunikasi wanita sering mempunyai agenda tersimpan yang tidak diluahkan !


Hakikatnya boleh jadi wanita itu ingin perhatian lebih daripada suaminya seperti melihat bekas luka di badannya, bertanya di mana luka itu berada dan kemudian paling penting bertanya masakan apakah yang dibuat oleh isterinya kerana besar kemungkinan tujuan wanita itu menceritakan kisah lukanya di dapur itu bertujuan supaya suaminya mengetahui masakan yang dihidangkan itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh atau istimewa.


Pasti hancur hati wanita tersebut apabila si suami mengatakan dia tidak sempat hendak makan bersama kerana sibuk dan terpaksa kembali ke pejabat dan menyuruh isterinya makan sendiri terlebih dahulu.


Siapa yang bersalah ?


Tiada siapa yang bersalah di dalam hal ini kerana sifat lelaki dan wanita ternyata berbeza termasuk pandangan dan pemikiran mereka walau bagaimanapun seorang wanita pesona dia mampu berkomunikasi dengan bahasa yang sesuai dan boleh difahami oleh pasangannya dan hal ini memerlukan kepada kebijaksanaan otak atau pendedahan informasi maklumat seperti yang ditulis oleh artikel seperti ini.


Antara perkara yang sempat saya tuliskan lagi berkenaan imej ialah seorang wanita pesona haruslah mampu menzahirkan keceriaan dan ketenangan di dalam jiwanya.


Huru-hara bukan sifat wanita pesona tetapi kelembutan, ketenangan dan kedamaian ialah imej yang perlu ditampilkan bersama dengan pemakaian. Seorang wanita pesona, wajahnya sering memaparkan senyuman, tawa riangnya tidaklah melampaui batasan dan perwatakkannya terkawal dan dikawal hanya oleh dirinya yang menafikan bahawa wanita pesona itu haruslah seperti robot bergerak yang dikawal.


Dia mengawal dirinya ketika berjalan, melangkah dan hidup dengan yakin dan tawakal kepada tuhan di dalam masa yang sama hidup mesra seperti manusia lainnya. Kepura-puraan atau lakonan tidak berlaku dan tidak dapat dilihat di wajahnya tetapi ini semua terhasil akibat latihan dan disiplin diri bertahun-tahun lamanya.


Pesona wanita tidak dapat dibina di dalam satu hari tetapi imej dan peribadi dibentuk dengan perubahan sedikit demi sedikit tetapi berterusan.


Kata kunci bagi penampilan imej ialah berhati-hati


Berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu akan mendorong kita bertindak dengan lebih tepat dan bermanfaat ketika melaksanakan sesuatu perkara.


Anda pasti tidak mahu gelagat anda ketika mengorek hidung akan dikenang oleh seorang lelaki seumur hidup dan memori sebegitu pasti tidak manis dibuat cerita.


Janganlah anda lupa, cukup lama masa diperlukan untuk membina imej yang baik dan peribadi pesona tetapi sekejap sahaja waktu yang diperlukan untuk memusnahkannya. Itulah yang disebutkan sebelum ini bahawa tidak susah untuk membina pesona wanita tetapi terlalu susah untuk mengekalkannya.


Berhati-hati di dalam perbualan, pergerakkan dan perlakuan akan mengundang kepada kebaikan kepada diri sendiri. Kita tidak tahu bila dan di mana orang akan melihat kita, namun dengan sikap berhati-hati kita akan lebih perihatin dan lama-kelamaan sikap ini akan bersebati di dalam diri sehingga membentuk sebuah disiplin hidup yang mempesona.

Tidak perlu jadi bagus tetapi mesti menjadi orang yang baik

Apabila artikel ini ditulis ada suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa saya cuba memaksa orang supaya berlagak bagus. Di dalam kelas agama yang dikendalikan oleh saya kepada pekerja wanita di dalam syarikat yang saya bekerja agak ramai wanita yang mengatakan mereka sudah pun mempunyai keyakinan bahawa mereka sudah cukup baik cuma tidak bagus.


Mereka berkata kami ni memanglah tak bagus sangat, tetapi tidaklah sampai buat …itu dan ini, daripada perkataan mereka, kita mengerti bahawa mereka mengakui yang mereka baik cuma belum sampai ke tahap bagus.


Sebenarnya untuk menjadi seorang wanita pesona tidak perlu bagus tetapi mestilah memiliki ciri-ciri orang yang baik. Apakah dia ciri-ciri orang yang baik ? Marilah kita lihat.

i) Baik hatinya iaitu jauh daripada hasad dengki,sifat tamak dan suka membantu orang lain dengan ikhlas.
ii) Menyukai kebaikan dan membenci kejahatan
iii) Tidak mengumpat dan mencela orang lain kerana hatinya baik maka dia suka memaafkan
iv) Berfikiran positif dan berbaik sangka
v) Patuh dan taat kepada agama semampu dirinya

Sekiranya anda memiliki ciri-ciri di atas maka sudah pasti anda ialah seorang yang memiliki hati yang baik. Namun jika setelah membaca ciri-ciri di atas pun anda masih berkata ; Apalah ustaz ni, kami ini manusia bukannya malaikat nak buat semua-semua tu, maka sudah pasti saya pula akan berkata, panduan ini untuk manusia dan bukannya untuk iblis !


Orang yang baik maka sudah pasti dirinya akan turut mempesonakan orang lain. Setiap insan yang dikasihi tuhan pasti juga akan turut dikasihi oleh makhluk-makhluk-Nya cuma musuh-musuh tuhan yang terlalu ramai membuatkan kita kurang menyedari realiti ini.

Bagi seorang muslim dalam mencari pasangan maka hendaklah melihat kepada agama sebagaimana pesan baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung” (hadis sahih riwayat bukhari dan muslim).


Adakalanya kita melihat wanita yang hodoh, tidak cantik dan tidak pula menarik, namun kebaikan hatinya kadang-kala boleh menembusi Arasy di langit ! Para malaikat bergegar-gegar mendoakan kebaikan untuknya dan kita akan dapat lihat hidupnya berakhir dengan penuh kebaikan, keberkatan dan kegembiraan. Sekalipun mungkin tiada jodohnya di dunia ini, saya yakin tiada siapa berani menafikan keutamaan dirinya.

Kita cuma perlu sedar, dia terlalu mahal untuk lelaki hina di atas muka bumi ini.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
"Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang mereka orang yang beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka itu tidak dianiayai walau sedikitpun." (An-Nisa':124).


Kaya tidak penting tetapi bukan sekali-kali miskin

Dimaksudkan oleh saya dengan kata-kata ini bahawa kekayaan itu tidak penting ialah kerana tidak semua wanita cemerlang, anggun dan pesona itu daripada golongan orang yang kaya akan tetapi tidak pernah ada wanita yang pesona itu terdiri daripada orang yang miskin meminta-minta.

Diriwayatkan oleh Fadholah ibn Ubaid ra yang menyebut beliau mendengar baginda rasulullah bersabda : “Berbahagialah mereka yang diberi hidayah Islam dan hidup dengan bercukupan dan bersederhana.” (hadis sahih riwayat tirmidzi ).

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).


Ya, bukanlah bermakna miskin itu bererti miskin harta dan wang ringgit tetapi bermaksud miskin jiwa dan miskin maruah. Disebutkan di dalam sejarah Islam melalui riwayat Ibnu Ishak yang ditolak oleh sebahagian ulama’ (saya bawa kisah ini kerana berkenaan dengan tajuk yang dibincangkan) mengenai kisah seorang wanita cemerlang yang masih berusia belasan tahun. Bapanya pergi berjuang, di dalam rumah cuma tinggal tabung bekas wang yang kosong.


Kemudian datanglah datuknya yang tua dan buta tetapi merungut-rungut akan sikap bapanya yang lebih pentingkan agama dan perjuangannya daripada keluarga. Apabila ditanya oleh datuk yang tua itu ketika menziarahi cucunya apakah bapa-mu meninggalkan wang dan harta ?


Lantas si gadis muda ini mengutip ketulan batu-batuan di jalanan dan dimasukkan ke dalam uncang wang sebagai konon bukti bahawa bapanya meninggalkan belanja. Mendengar bunyian tabung yang berisi dan merasa ada ketulan harta di dalamnya maka si datuk pun berasa tenang. Namun hakikatnya bapa mereka telah mendermakan seluruh hartanya di jalan Islam. (Sekiranya ada pihak yang mahu menyangkal kisah ini, tolong jangan lakukannya di sini)


Itulah Asma Binti Abu bakar radiallahuanha yang terkenal di dalam sejarah, pantang meminta-minta ! Maruah keluarga, bapanya dan perjuangan yang di dokongi keluarganya itu lebih utama daripada wang dan harta.


Miskin bermaksud lemah, tidak berdaya dan tidak berusaha untuk mengubah nasibnya kerana dia tidak mempunyai misi dan visi di dalam kehidupan, jiwanya miskin daripada kekuatan iman dan tawakkal serta keberanian untuk bangkit mengubah nasib dan masa depan hidupnya.


Wanita pesona tidaklah sama sekali miskin, mereka mungkin tiada harta tetapi pantang sekali meminta-minta. Mereka berdikari dan bersikap bersederhana dan bercukupan dengan apa yang ada serta bersabar dengan segala kekurangan dan kelemahan yang menimpa. Mereka tidaklah ghairah mengejar harta dunia seolah-olah mereka begitu terdesak dan miskin sehingga adakalanya orang-orang menyangka mereka ini merupakan wanita yang berasal daripada golongan yang kaya-raya.


Pada hari ini ramai sekali wanita yang miskin, mereka sanggup menjual tubuh badan mereka demi kemewahan dan pulangan harta dunia. Ternyata tubuh mereka boleh dibeli dengan wang ringgit dan kasih sayang mereka boleh dibeli untuk tempoh tertentu berdasarkan harga. Tawar menawar belaku dan lelaki boleh memiliki mereka dengan pulangan keseronokkan dunia.


Wanita murahan yang miskin seperti ini bukanlah wanita pesona idaman lelaki.


Jangan terkeliru !


Hari ini orang berkata artis wanita menjadi idaman dan impian semua lelaki, bohong dan dusta. Lihatah perceraian dan perpisahan saban hari yang terjadi dan menimpa para artis wanita. Bahagiakah mereka ?


Televisyen dan media mengkhayalkan kita mengenai glamour dan popular serta kekayaan dan kemewahan tetapi hakikatnya mereka hidup tidak lebih bahagia daripada kita. Seorang artis wanita hidup di dalam dilemma, ketakutan, cemburu dan resah selalu. Takut disaingi oleh artis baru yang lebih cantik, lebih popular, cemburu kepada suami yang mengahwininya kerana cantik dan glamour disebabkan kini sudah ada yang lebih glamour dan cantik daripadanya, resah selalu oleh gossip dan isu yang boleh menjatuhkan reputasinya, dilemma dan susah hati kerana setiap hari sudah berusia.


Pendek kata, mereka tidak semuanya yang menemui jalan bahagia.


Wanita yang kaya jiwanya, tenang hidupnya dan berwawasan akan menjadi cahaya dan pelita kepada lelaki. Di saat suaminya kebuntuan dia akan membantu menyinari hidup rumahtangga dengan cahaya iman, keanggunan dan kepesonaan yang tiada tandingan.


Pendek kata, mereka selalunya berakhir hidup dengan bahagia.

Kepandaian bukanlah syarat tetapi tidaklah pula bodoh

Kita sudah pun hampir menyentuh keseluruhan aspek luaran, peribadi seorang wanita pesona tetapi kali ini biarlah kita melihat pula kata-kata hikmah pesona wanita yang ke-empat ini iaitu kepandaian tidaklah menjadi syarat dan kewajipan tetapi tidaklah pula seorang wanita pesona itu bodoh yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui apa-apa.


Allah swt berfirman (yang bermaksud) :

"Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahwasanya Al Quran itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus." (Al-Hajj : 54)

Mustahil orang yang bodoh dan jahil dapat menjadi wanita pesona, mulia dan anggun sebaliknya mereka cuma akan menjadi hamba, kuda tunggangan lelaki dan makhluk hina yang menghembuskan nafas kerana sistem pernafasan manusia berfungsi sedemikian.


Langsung tidak mengerti untuk apa, kenapa dan mengapa mereka dilahirkan ke muka bumi. Wanita pesona sebaliknya mampu berfikir dan sentiasa berfikir bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan terhadap perkara yang mereka tidak ketahui.


Tiada siapa dilahirkan pandai, berilmu dan disebabkan itulah kita belajar daripada kejahilan, belajar mengenal kehidupan dan menjadi pandai membezakan di antara perkara yang benar dan salah.


Mereka rajin belajar dan gigih mempelajari segala jenis ilmu yang dianggapkan berguna di dalam kehidupan. Mereka suka membaca, suka mempelajari sesuatu yang baru dan tidak malas daripada berusaha mendalami pengetahuan dan pengalaman mereka.


Bermula dengan ilmu yang disifatkan teori, mereka kemudian akan beramal dengannya sehingga dapat memiliki kemahiran dan pengalaman.


Wanita istimewa, anggun dan pesona tiada yang jahil tetapi penuh informasi dan berpengetahuan.


Mungkin mereka tidak sebijak Enstain, Al-Kawarizmi dan Imam Syafie tetapi mereka pastinya tidak sebodoh haiwan yang tidak tahu untuk berubah bagi membaiki kesilapan. Mereka belajar dan terus belajar serta beramal dan mengubah kesilapan mereka menjadi pengalaman dan pengajaran.


Mereka suka menghadiri kelas dan kuliah ilmu, mereka mencintai pengajian agama dan keilmuan yang membantu dan menyumbang kebaikan di dalam kehidupan mereka dan orang lain. Buku-buku merupakan hadiah kesukaan mereka dan bahan bacaan sering menjadi tatapan mereka untuk mengetahui dunia luar dan kehidupan ini.


Mereka sentiasa ingin mengetahui tentang matlamat hidup mereka, tujuan dan perkara pokok yang perlu mereka lakukan. Ini disebabkan mereka mahu hidup mereka dapat memberi sesuatu makna, menyumbang sesuatu atau beroleh pengertian dan sebuah nilai di dalam kehidupan ini.


Wanita pesona sentiasa bermatlamat, dengan ilmu dan maklumat yang mereka miliki, digunakan untuk membetulkan kembali hala tuju dan landasan yang dilalui kerana itu kita lihat, mereka tidak pernah sesat, sentiasa mendapat pertunjuk dan hidayah, sentiasa berobjektif dan jarang membuang masa atau melakukan sesuatu dengan sia-sia.


Sungguh, kita pasti akan lihat diri mereka benar-benar berguna !

Rawatan diri mesti bermula hari ini

Kata pepatah Melayu ada menyebut, “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” namun hari ini ramai ibubapa tidak dapat mendidik anak-anak dengan sempurna disebabkan kerana faktor pekerjaan. Pasangan suami isteri yang sibuk bekerja telah menjadikan budaya mengupah orang gaji sebagai satu fenomena yang meluas diamalkan pada masa kini. Sejak kecil anak-anak sudah terpisah daripada susu ibu yang penuh dengan vitamin dan zat khasiat semulajadi yang digantikan dengan protein rekaan dan susu lembu berbentuk tepung.


Kasih sayang yang dahulunya terjalin melalui sentuhan, persahabatan ibubapa dengan anak kini digantikan dengan kasih wang ringgit apabila ibu dan bapa membuktikan kasih sayang mereka melalui pembelian barangan seperti mainan atau memberikan duit kepada anak-anak sebagai tanda kasih.


Anak-anak diajarkan dengan kehidupan material semenjak kecil

Bahkan sekolah yang dihadiri oleh anak-anak kita juga bukanlah tempat yang sesuai untuk melenturkan buluh tetapi sebaliknya lebih merosakkan dan menjadi tempat anak-anak kita belajar perkara yang tidak sepatutnya pula.


Tidak hairanlah gadis-gadis genit, tidak berilmu yang matang tubuh badan tetapi tidak pada umur dan usia kelihatan berkeliaran memakai seluar jeans ketat menampakkan pinggul dengan baju t-shirt yang menghairahkan berkepit di jalanan bersama remaja-remaja lelaki yang mengambil kesempatan kerana ingin mencuba keseronokkan dunia dewasa.


Mereka hanya mahu berseronok, kemudian apabila tiba saat-saat tergoda oleh nafsu syahwat maka jawapan yang sama akan diberikan iaitu mereka hanya mahu berseronok.


Keseronokkan menjadi satu budaya dan kegilaan pada hari ini iaitu semua orang ingin berseronok, persoalannya mengapa mereka mahu berseronok ? dan mengapakah mereka memilih cara yang tidak sihat dan kotor untuk berseronok ?


Jawapannya ialah kerana dunia hari ini tidak seronok.


Negara dan masyarakat tidak seronok, keluarga dan ibubapa tidak menyeronokkan dan kewujudan agama, masjid serta sistem yang ada tidak menyeronokkan.
Mengapa terjadi demikian ? sudah pasti wujud penyelewengan di dalamnya.


Keluarga berlaku penyelewengan menyebabkan ianya tidak lagi seronok seperti sepatutnya, agama sebagai panduan di dalam kehidupan dilaksanakan dengan tidak betul sehingga tidak lagi menampakkan ianya menyeronokkan manusia.


Sungguh kelam sekali dunia ini, mujurlah di dalam kegelapan dan kehitaman malam itu terdapat cahaya dan sinar yang memancar cerah. Mereka keluar daripada rumah-rumah yang mulia, berjalan dengan membawa cahaya dan sinar gembira, terpapar senyuman manis dan mesra di bibir-bibir mekar mereka.

Itulah wanita pesona.


Tidakkah anda ingin menjadi salah seorang daripada mereka ?




Segala puji hanyalah bagi Allah swt




Ustaz Emran
Professional Ubudiyah Menuju Mardhotillah
21 Ramadhan 1429


P/s :


Pengarang pernah mengendalikan banyak kursus motivasi, tamrin, program keagamaan kepada remaja, wanita dan dewasa juga merupakan suami kepada 2 orang isteri dan 2 orang anak (lelaki & perempuan) semoga hal ini dapat menyakinkan pembaca akan keberkesanan nasihat di dalam tulisan ini.


Penulis blog ini: hmmm...terasa ada perkara yang patut dibetulkan, hmm silap-silap diri ini...lorongkan hati ini kepada jalan Mu Ya Allah, jangan biarkan diri ini terpesong...Aminn insya Allah.

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)