Sponsored Link

Thursday, March 31, 2011

Selamat Tinggal Bulan March 2011...^_^

Assalamualaikum....

hari sudah 31hb March 2011, masya Allah cepatnya masa berlalu...ya masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi malah tidak akan mampu kita putar kembali...ya apa yang sudah berlaku sudah berlaku...mana mungkin kamu mengubah sesuatu yang tidak mampu diubah lagi...ya bila kata soal hati sungguh susah ingin meneutralkan kembali perkara yang sudah tidak neutral....ku fikirkan diri ini boleh, tapi....Ya Allah hanya Kamu sahaja yang tahu.....(tiba-tiba teringat lagu Cinta dalam Hati)...hmm....mungkin Allah belum mahu tarik rasa itu dari hati ini....

Apa-apa pun bulan March penuh dengan seribu kenangan yang sangat manis, pahit, tawar, masin, lagi apa ya....hahahah semuanya lah, well terasa setiap bulan sebenarnya ada saja memori yang tercipta....hahaha...ya saya sangat active...apa-apa pun saya doakan semoga bulan-bulan yang mendatang akan lebih baik dari sebelum ini....dan juga bulan March penuh dengan rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t...ya sungguh ku sangat bersyukur pada Mu ya Allah...semoga diri ini sentiasa menjadi hamba yang sangat bersyukur dan sentiasa tidak putus asa mencari redha dan rezeki mu Ya Allah...ya diri ini sangat percaya ia datang dari Mu Ya Allah...

Hmm....dua tiga hari ini terlalu banyak entry yang saya copy and paste...hmm tanpa sebarang ulasan...itu bermakna saya tengah mood suka membaca+lazy+bosan+stress+thinking+malas nak buat kerja...kejap buat kerja kejap tidak, lebih lebih lagi kena buat kerja yang mengadakan suatu yang tiada......

Ya apa lagi mahu kucoretkan sebelum pulang...ya Alhamdulillah mok n encik sudah makin sihat, tak putus-putusku berdoa agar mereka sihat sentiasa...ya Allah ampunilah mereka, balasi jasa mereka seperti mana mereka telah menjagaku semenjak kecil dan sentiasalah berkati mereka.....ya mungkin minggu ini tidak jadi pulang....mungkin terpaksa pergi ke ofis....haish.....Ayah ibu maafkan anakmu ini....

Hmm...ya apa lagi ya, terasa keputusan di awal bulan March sangat tepat...tak pernah ku sesali keputusan mendeactivate Facebook...terasa mungkin tidak akan kembali lagi membuka facebook....hati lebih tenang, hati tidak lagi terasa sakit lagi, hati tidak merasa sedih sangat...ya hanya untuk ketenangan sendiri....ya ada sahabatku bertanya kenapa perlu sampai mendeactivate, perlu ke? nampak macam diri ini yang kalah bukan?...biarlah....lagi dia kata kalau betul nak elakkan..better tukar number phone, tukar tempat kerja ke, tukar rumah, tukar email, YM ke...hahah not until that extend...terlalu extreme...diri ini hanya memerlukan ketenangan hati.....kadang kala terfikir juga difikiran kenapalah dia mampu buat diri ini terasa sangat macam ni...bukan tiada yang pernah mengusik malah ada yang lebih lagi ada...malah secara terang terangan, dan yang lebih manis berkata-kata, manis daripada madu....tapi tidaklah sangat menggugat ketenangan hati ini....arghh....entahlah...diri sendiri tidak faham....terlalu lama rasanya, terlalu lama....hmmm.....

Okay end...kalau bercakap mengenai benda ini, sampai bila pun takkan habis....Hmm saya mendoakan semoga April yang mendatang akan lebih baik...insya Allah....amiiiiiiiiiiiiiiin.....

me: sungguh sangat sangat sangat rindu____________???...arghhhhhhhhhh....!!!

Kejujuran asas kepercayaan kepada pasangan

KEPERCAYAAN dan kejujuran merupakan nadi utama dalam sesebuah perhubungan khususnya ikatan suami isteri. Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Namun begitu bukan mudah untuk membina kepercayaan dalam sebuah hubungan. Apatah lagi melahirkan kepercayaan kepada insan yang selama ini disayangi atas faktor luaran pasangan mahupun faktor kesangsian yang sentiasa memainkan peranan memburukkan keadaan.

Justeru, tidak hairanlah masih ada pasangan yang belum saling percaya-mempercayai meskipun sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Menurut Perunding Motivasi dan Keluarga terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, membina kepercayaan itu bukanlah bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan hati dan perasaan pasangan dan individu.

"Dalam usaha mewujudkan kesefahaman dan rasa percaya kepada pasangan, suami isteri seharusnya mengambil sikap bekerjasama dan bertolak-ansur ketika melayari hubungan rumah tangga.

Selain kasih sayang, tanggungjawab dan kewangan, rasa percaya dan jujur juga mempengaruhi dalam jalinan hubungan seksual antara suami isteri.

Bagaimanapun, tegas beliau, kepercayaan boleh dibina sekiranya seseorang itu menjadi individu yang boleh diramal kerana ikatan perkahwinan memerlukan individu yang telah 'dikenali' oleh pasangan.

"Sekiranya ingin melakukan 'kejutan' kepada pasangan misalnya, bukannya tidak boleh, tetapi ia perlu dilakukan dengan tenang dan konsisten.

"Ini kerana sikap yang konsisten banyak membantu dalam membina kepercayaan. Dalam apa jua situasi seharusnya anda perlu mempercayai kemampuan pasangan anda," jelasnya.

Dalam apa jua keadaan, jelasnya, pasangan tidak perlu terlalu melulu atau bergantung harap sepenuhnya kepada pasangan tetapi cukup sekadar berpada-pada.

Bagaimanapun jelasnya, dalam membina kepercayaan kepada pasangan, apa pun haruslah bersikap jujur sepenuhnya.

"Berlakulah jujur dalam apa jua situasi kerana rahsia yang terpendam hanya akan membinasakan diri sendiri serta membinasakan hubungan yang terjalin antara anda dan pasangan,'' ujarnya.

Selain itu, sikap matang juga memainkan peranan yang penting dalam menjalinkan hubungan.

"Sikap matang dalam menangani sebarang masalah terutamanya tidak cemburu buta, juga menunjukkan bahawa pasangan mempunyai kepercayaan terhadap diri pasangan masing-masing.

"Ini secara langsung akan membuatkan anda turut menaruh kepercayaan kepada pasangan anda,'' katanya.

Dalam membina kepercayaan, katanya, seharusnya pasangan tidak melakukan sesuatu yang yang boleh meragut kepercayaan pasangan, sebaliknya berterus-terang kepada pasangan sekiranya ingin membuat sesuatu tindakan.

"Sekali anda melakukan kesalahan, pasti pasangan anda akan menaruh syak wasangka seandainya berlaku berlaku sesuatu di masa akan datang," jelasnya.

Orang tamak sentiasa berasa hidup dibebani

Oleh Lokman Ismail

DALAM diri manusia ada sifat baik dan buruk. Sifat baik dipacu rasa keimanan, ketakwaan dan kemanusiaan, manakala sifat buruk didorong nafsu buruk, sifat kebinatangan, kejahilan dan ingkar perintah.

Sifat baik dan buruk saling bertentangan mempengaruhi antara satu sama lain untuk lebih menguasai corak kehidupan seseorang. Jika iman dan takwa lebih berkuasa, maka aman hidup seseorang daripada pengaruh sifat buruk yang didalangi syaitan.

Sifat tamak adalah salah satu sifat buruk, yang wujud secara bersama dengan sifat buruk lain seperti angkuh, cintakan dunia, kedekut, pecah amanah dan iri hati. Ia berlawanan dengan sifat bersyukur, ikhlas, pemurah, rendah diri dan jujur.

Orang tamak meletakkan usaha mencari habuan dunia mengatasi mencari bekalan untuk hari akhirat. Bahkan, individu berkenaan sanggup melakukan apa saja asalkan matlamatnya tercapai, biarpun perbuatan itu bertentangan dengan syariat.

Tidak dinafikan harta dan kedudukan adalah keperluan hidup. Keteguhan, kestabilan dan taraf hidup seseorang lazimnya diukur berdasarkan sebanyak mana harta yang dimiliki dan kedudukan darjat dalam masyarakat. Keharmonian, kerukunan dan kebahagiaan sesebuah rumah tangga juga banyak dipengaruhi harta.

Justeru, Islam menggalakkan umatnya mencari harta dan kedudukan yang baik dalam masyarakat. Sekiranya usaha itu dilakukan dengan ikhlas menepati tuntutan syariat, maka ia juga termasuk dalam kategori ibadah. Individu yang melakukan amanah itu beroleh keuntungan di dunia dan akhirat sekali gus.

Sebaliknya, sikap tamak meletakkan urusan mencari kekayaan dan kedudukan dengan jalan keterlaluan dan terdorong melakukan perbuatan salah. Orang tamak sentiasa tidak puas dan cukup apa dimiliki. Sikap terlalu cintakan kebendaan dan kemewahan mendorong perasaan untuk memiliki semua apa yang ada di dunia ini.

Orang tamak sentiasa lapar dan dahaga kehidupan dunia. Makin banyak yang diperoleh dan menjadi miliknya, semakin rasa lapar dan dahaga untuk mendapatkan lebih banyak lagi. Jadi, mereka sebenarnya tidak dapat menikmati kebaikan daripada apa yang dimiliki, sebaliknya menjadi satu bebanan hidup.

Lanjutan itu, kehidupan seharian hanya ditumpukan untuk terus mendapat apa yang diingini. Orang tamak lupa tujuan sebenar amanah hidup di dunia ini. Mereka tidak peduli hal lain, melainkan mengisi segenap ruang memuaskan nafsu tamak.

Sesungguhnya Allah mencipta manusia sebagai khalifah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Firman Allah yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mengabdikan diri kepada-Ku.” (Surah adz-Dzariyat, ayat 56).

Ironinya, orang tamak tidak pernah berasakan dirinya sebagai hamba-Nya. Sebaliknya, mereka menjadi hamba kepada dunia dan bertuhankan nafsu. Mereka mempertaruhkan seluruh usaha dan minda untuk mengejar bayang kemewahan dunia.

Sebab itu, orang tamak biasanya takutkan mati. Mereka cintakan dunia dan sentiasa mengejar kemewahan hidup. Kematian hanya akan menyebabkan apa yang dimiliki terpaksa ditinggalkan menjadi habuan orang yang masih hidup.

Jadi, biarpun diketahui hari kiamat (kematian) semakin hampir, mereka yang tamak masih berusaha menambahkan apa yang diingini. Ketika itulah antara masa paling dinantikan syaitan untuk terus menyesatkan manusia dan meninggal dalam keadaan tidak beriman.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Hari kiamat telah hampir dan manusia masih lagi bertambah tamak kepada dunia dan bertambah jauh daripada Allah.” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim).

Sebenarnya orang tamak selalu rugi. Sifat tidak bersyukur dan tidak puas dengan apa diperoleh, menyeabkan hidup makin tekanan. Perasaan tidak puas atau tidak cukup dengan apa yang dimiliki adalah satu penyakit jiwa yang boleh menyebabkan seseorang hilang kawalan hidup.

Bidalan Melayu menyamakan sifat orang tamak seperti anjing dengan bayang-bayang, melepaskan seketul daging di mulutnya kerana inginkan daging yang lebih besar. Sedangkan, daging besar itu hanyalah bayang-bayang di dalam air, daging yang sedang digigitnya sendiri.
Sesungguhnya harta itu ialah amanah Allah kepada seseorang. Harta hendaklah dicari dengan cara yang halal dan kemudian dibelanjakan pula ke jalan kebaikan. Orang yang memiliki harta menunjukkan rasa bersyukur dengan cara mengeluarkan zakat dan bersedekah.

Tamak lahir daripada sikap tidak bersyukur. Orang tamak ingin memperoleh lebih daripada itu dan melakukan apa saja tanpa memikirkan akibatnya.

Individu beriman tidak mudah menerima menerima bulat-bulat tawaran kemewahan hidup, melainkan melalui cara yang dipastikan halal. Sikap mengikut hawa nafsu membawa kepada kebinasaan. Nafsu dikuasai syaitan tidak mungkin mendatangkan kebaikan.

INTI PATI

Mencari harta adalah ibadah
Islam menggalakkan umatnya mencari harta dan kedudukan dalam masyarakat dengan ikhlas.
Orang tamak lupa tujuan sebenar amanah hidup di dunia.
Harta adalah amanah Allah kepada seseorang yang sepatutnya dibelanjakan ke jalan kebaikan.
Keharmonian, kerukunan dan kebahagiaan sesebuah rumah tangga juga banyak dipengaruhi harta.

me: terfikir kadangkala adakah saya seorang yang tamak?....hmmm....mari muhasabah diri....

Cheryl Cole ~ Parachute~

I don't tell anyone about the way you hold my hand
I don't tell anyone about the things that we have planned
I won't tell anybody
Won't tell anybody
They want to push me down
They want to see you fall (down)

Won't tell anybody how you turn my world around
I won't tell anyone how your voice is my favourite sound
Won't tell anybody
Won't tell anybody
They want to see us fall
They want to see us fall (down)

I don't need a parachute
Baby, if I've got you
Baby, if I've got you
I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

I don't need a parachute
Baby, if I've got you
Baby, if I've got you
I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

Don't believe the things you tell yourself so late night and
You are your own worst enemy
You'll never win the fight
Just hold on to me
I'll hold on to you
It's you and me up against the world
It's you and me

I don't need a parachute
Baby, if I've got you
Baby, if I've got you
I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

I don't need a parachute
Baby, if I've got you
Baby, if I've got you
I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

I won't fall out of love
I won't fall out of,
I won't fall out of love
I won't fall out of,
I won't fall out of love
I won't fall out of,
I won't fall out of love
I'll fall into you

I won't fall out of love
I won't fall out of,
I won't fall out of love
I won't fall out of,
I won't fall out of love
I won't fall out of,
I won't fall out of love
I'll fall into you

I don't need a parachute
Baby, if I've got you
Baby, if I've got you
I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

I don't need a parachute
Baby, if I've got you
Baby, if I've got you
I don't need a parachute
You're gonna catch me
You're gonna catch if I fall
Down, down, down

Apakah Mentaliti Anda Sekarang?



Wednesday, March 30, 2011

Cerita tentang hari ini lagi.

Assalamualaikum...

sangat menantikan minggu hadapan agar ku boleh kembali seperti biasa...sudah tidak larat....macam sudah kurang sosialnya...sudah kurang kelasnya....huhu nak berborakpun fikir-fikir lagi.....nak rehat pun fikir2 fikir lagi....nak tidur malam pun fikir-fikir lagi....berkemas pun fikir-fikir lagi.....nak tanya pun fikir-fikir lagi....sabar ya 4hb dan 5hb ini akan berakhir tidak lama lagi....makan pun tak ikut jadual sudah.....aduih apalah sangat nak dikirakan dengan sibuk dunia ini....yang hanya sementara...yang banyak tipu helahnya....yang banyak dosanya...ya ku kira sibukku ini lebih banyak negatifnya...hmmm......entahlah....

tapi semalam sangat best thankyou Kak G n Noraslina....^_^...it's kind of a theraphy for me....ya once in a blue moon i guess....^_^

dan sebenarnya sangat sangat merindukan............................................................arghhhh.....END STOP!!!

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa:  “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’am.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. (Rujuk At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Pembentukan keluarga dalam Islam.

1.0 Pengenalan

Sebuah keluarga terdiri daripada beberapa orang ahli, samada suami atau isteri, atau ibu, bapa dan anak-anak. Keluarga adalah merupakan kumpulan manusia terkecil yang akan membentuk kumpulan masyarakat yang lebih besar. Melahirkan masyarakat beriman bergantung kepada kejayaan melahirkan keluarga yang beriman. Justeru islam meletakkan tanggungjawab utama melahirkan manusia-manusia beriman kepada ibu dan bapa yang menjadi nakhoda kepada keluarga.

2.0 Perkahwinan dalam Islam

Pembentukan keluarga bermula dengan sebuah perkahwinan. Perkahwinan berlaku dengan termenterainya akad antara seorang lelaki dan perempuan yang dijalankan oleh seorang wali kepada perempuan dengan bersaksikan dua saksi yang adil. Perkahwinan adalah fitrah manusia. ALLAH berfirman bermaksud:

Dan ALLAH yang menjadikan untuk kamu daridiri kamu pasangan-pasangan, dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan itu anak-anak dan cucu-cucu, dan Dia mengurniakan rezki yang baik.

Perkahwinan juga adalah sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabdanya: “Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang bencikan sunnah aku, dia bukan di kalangan aku.

Islam tidak menggalakkan membujang dengan alas an ingin beribadah. Tirmizi meriwayatkan daripada sahabt nabi bahawa Rasululullah melarang bersikap (enggan berkahwin kerana menumpukan ibadah)


3.0 Matlamat Perkahwinan

Perkahwinan adalah bermatlamatkan perkara-perkara berikut:


1. Perkahwinan bertujuan memberikan ketenangan jiwa. Firman ALLAH bermaksud:
Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya bahawa Dia menjadikan untuk kamu dari diri kamu pasangan-pasangan untuk kamu menenangkan diri kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda (kekuasaan ALLAH) bagi kaum yang berfikir.
  1. Perkahwinan juga menjaga maruah seseorang. Sabda baginda: Wahai sekelian orang muda. Sesiapa di kalangan kamu yang ada kemapuan hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu benteng bagi dirinya. (Bukhari & Muslim, Abu Dawud dan Tirmizi)
  2. Perkahwinan bertujuan mendapatkan zuriat. Rasulullah bersabda: “Kahwinilah yang beranak ramai dan penyayang.
  3. Perkahwinan Untuk bersama-sama mendapatkan redha Tuhan

Sabda baginda:

ليتخذ أحدكم قلبا شاكرا ولسانا ذاكرا وزوجة مؤمنة تعينه على آخرته

Bermaksud: Berkehendaklah seseorang itu mengambil hati yang bersyukur, lidah yang berzikir dan isteri yang membantunya untuk akhiratnya. (Ahmad dan Tirmizi)


4.0 Pemilihan Suami-Isteri

Sebelum perkahwinan bermula ia tentunya didahului dengan pemilihan bakal isteri dan bakal suami.Pemilihan bakal suami disebut oleh Rasululullah s.a.w menerusi sabdanya bermaksud: Apabila datang kepada kamu seorang lelaki yang kamu rasa redha (puas hati) keagamaan dan akhlaknya, kahwinkan dia. (riwayat Tirmizi)

Pemilihan bakal isteri pula disebut oleh Rasulullah menerusi sabdanya bermaksud: Seorang wanita itu dikahwini dengan empat perkara, kerana kecantikannya, kerana, hartanya, kerana kedudukannya dan kerana agamanya. Pilihlah yang ada agama, nescaya kamu berbahagia. (Tirmizi)

Secara umumnya dua hadis di atas meletakkan syarat beragama sebagai syarat utama perkahwinan. Ini kerana hanya orang yang beragama sahaja boleh membina keluarga beragama dan beriman. Dan hanya keimanan yang boleh memberi kebahagian di dunia dan di akhirat. Sabda baginda:

من تزوج امرأة لعزها لم يزده إلا ذلا ومن تزوجها لمالها لم يزده إلا فقرا ومن تزوجها لحسبها لم يزده إلا دناءة ومن تزوج امرأة لم يرد إلا أن يغض بصره أو يحصن فرجه أو يصل رحمه بارك الله له فيها وبارك لها فيه

Bermaksud: Sesiapa yang mengahwini seorang perempuan kerana kehebatannya, ia hanya akan menambahkan kehinaan, Sesiapa yang mengahwininya kerana hartanya, ia akan hanya menambahkan kemiskinan, sesiapa yang mengahwininya kerana kedudukannya, ia hanya akan menambahkan kerendahan. Sesiapa yang mengahwininya seorang perempuan, tujuannya semata-mata ingin menjaga matanya atau memelihara kemaluannya atau menyambung hubungan darah, ALLAH memberkati si lelaki untuk perempuan dan si perempuan untuk lelaki.(Ibnu Hibban)

5.0 Asas Hubungan Suami isteri

Hubungan suami isteri yang berjaya ialah yang dapat mensasarkan tiga perkara utama iaitu

1. Ketenangan

2. Kasih sayang

3. Rahmat kasihan belas

Oleh setiap perlakuan setiap pasangan mestilah menjurus ke arah membina tiga bentuk asas hubungan ini


6.0 Ciri-ciri Hubungan Suami Isteri Yang Harmoni

Di antara ciri-ciri hubungan suami isteri yang baik ialah :


1. Suami Dan Isteri Sebagai Penasihat

Sabda baginda bermaksud: Agama itu adalah nasihat.


2. Suami Sebagai Ketua Keluarga

Firman ALLAH: Lelaki adalah tonggak-tonggak bagi perempuan.


3. Menunaikan Hak Isteri / Kewajipan Suami

Di antara hak isteri ialah mendapat nafkah dan layanan mesra suami serta pendidikan dan pentarbiyahan


من حق المرأة الزوج ؟ أن يطعمها إذا طعم وأن يكسوها إذا اكتسى ولا يضرب الوجه ولا يقبح ولا يهجر إلا في البيت

Sabda baginda: Antara hak isteri yang mesti ditunaikan oleh suami ialah memberi makan kepadanya apabial dia makan, memberi pakaian apabila dia memakai. Jangan memukul wajahnya, jangan menggapnya buruk, jangan ditinggalkan melainkan di rumah.(Ahmad)


Di antara bentuk layanan baik terhadap isteri :

* menjaga maruah isteri
* tidak menyakiti hatinya
* memanggilnya dengan panggilan yang mulia
* memaafkan kesalahannya

استوصوا بالنساء خيرا فإنهن خلقن من ضلع وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه فإذا ذهبت تقيمه كسرته وإن تركته لم يزل أعوج فاستوصوا بالنساء خيرا

Baginda bersabda bermaksud: sentiasalah berpesan baik kepada isteri; sesungguhnya mereka dicipta daripada tulang rusuk. Yang paling benmgkok ialah tulang rusuk. Apabila kamu cuba meluruskannya, kamu akan patahkannya. Sekiranya kamu biarkan, dia terus bengkok. Justeru sentiasalah berpesan baik kepada perempuan.(Bukhair dan Muslim)

Kata Imam Ghazali :Kerana itu disunatkan bersabar terhadap kerenah isteri, dan bertahan dengan segala tindakannya yang boleh menyakitkan perasaan dan bersikap lemah lembut ketika berhadap dengan kemarahannya.

Kata Ibnu Hajar : hadis ini menjelaskan bahawa lelaki tidak mampu untuk membetulkan bengkok tersebut. Justeru lelaki wajib melayaninya dengan baik dan lemah lembut yang bersesuaian dengan fitrah kejadiannya.

o Sentiasa bergurau mesra yang boleh menggembirakan hatinya.
o Membantunya dalam urusan rumah tangga

Sabda baginda: Apabila seorang lelaki menuang minuman untuk isterinya, dia diberi pahala. Aishah ditanya tentang Rasululullah s.a.w. ketika di rumah; beliau menjawab :

يكون في مهنة أهله فإذا سمع بالأذان خرج

Maksudnya: Apabila melakukan urusan rumah tangga iaterinya. Apabila baginda mendengar azan, baginda keluar.” (Bukhari)

1. Menunaikan Kewajipan Sebagai Isteri

Di antara kewajipan isteri ialah ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada suami dan menjaga maruah diri dan suami

فالصالحات قانتات حافظات للغيب بما حفظ الله ]النساء : 34 [

أيما امرأة ماتت وزوجها عنها راض دخلت الجنة ]الحاكم [

Di antara bentuk ketaatan kepada suami ialah tidak keluar tanpa keizinannya, dan tidak memberi sesuatu yang menjadi milik suami kepada orang lain melainkan dengan izin serta tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumah di kala ketiadaan suami.

Bagaimana Memimpin Perasaan Isteri?

Darjat suami lebih tinggi daripada isterinya. Suami boleh kahwin hingga empat orang isteri. Suami adalah pemimpin. Isteri mesti taat dan patuh pada suami. Isteri perlu mendapat izin suami dalam banyak hal. Bagaimana perasaan di dalam hati seorang isteri apabila pernyataan-pernyataan ini dihadapkan kepadanya?
Bolehkah hati seorang wanita menerimanya sebagai adil dan patut?  Apakah  emosi tercabar dan air muka berubah apabila mendengar khabar suami kahwin lagi?

Jika khabar itu ternyata pula benar bagaimana rasa di hati? Emosi manakah yang bermain di hati - marah, cemburu, sakit hati, curiga, bimbang, takut, sabar, redha, insaf atau pasrah? Bandingkan pula jika sebaliknya khabar itu palsu, apakah membawa rasa hati yang sama atau berbeza? Rasa hati yang berbeza, malah jika muntah keluar kata-kata tidak manis menunjukkan emosi anda perlu dipimpin.

Mungkin contoh ehwal ini tidak tepat untuk mengukur emosi seorang wanita. Namun sedikit sebanyak ia dapat memberi rangsangan dan singkapan terhadap pertempuran rasa di dalam hati.  Perasaan di dalam hati perlu dipimpin. Ini kerana daripada emosi ini akan lahir dalam sikap dan perbuatan sesaorang. Menurut Imam Al Ghazali rm., ilmu (dan maklumat) itu mencetuskan gerak hati dan rasa. Gerak hati dan rasa selanjutnya akan membuahkan amal tindakan.

Gerak hati dan rasa yang dirangsang oleh ilmu dan maklumat yang baik, tepat dan kukuh akan melahirkan tindakan yang terpuji. Sebaliknya jika gerak hati dan rasa yang dipengaruhi oleh was-was, andaian dan keraguan maka akan berbuahlah emosi yang keji dan dibenci. Bagaimana memimpin perasaan?

Memimpin perasaan tidak dapat lari daripada mendidiknya. Perasaan perlu diluruskan. Perasaan juga perlu ditundukkan. Akar umbi cetusan rasa di hati adalah ilmu dan maklumat. Sekadar “tahu” sahaja tidak cukup. Sebaliknya ilmu dan maklumat perlu ditingkatkan kepada yakin, faham dan kenal.

(1) Meluruskan perasaan

Emosi secara tabiatnya mudah terangsang dan teruja, meruap dan berubah-ubah.  Namun emosi juga boleh dikawalselia, dikepong dan dibumikan. Persoalannya, apakah kayu ukur untuk tentukan bahawa perasaan tidak lari, tersasar dan menyimpang?

Apakah dan di manakah tumang untuk mengikat emosi ke bumi? Untuk meluruskan sesuatu, perlukan sesuatu yang lurus juga. Suatu objek yang bengkok tidak akan menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Kayu ukur yang tepat perlu kukuh bersandarkan kepada nilai kebenaran dan keadilan yang murni, mulus dan tiada disaluti kepentingan.

Dalam hal ini Allah SWT telah menjelaskan; “Kebenaran (Al Haq) itu datangnya dari Tuhan kamu, jangan kamu tergolong daripada orang yang ragu.” – Ali Imran : 60. 

Jika kayu ukur yang datangnya dari Allah SWT diambil untuk meluruskan perasaan nescaya ia akan terpimpin. Dengannya akan jelas terbeza antara perkara yang benar dan palsu, betul dan salah, buruk dan baik. Menerima ketetapan suami lebih tinggi darjat menjadi mudah. Ini kerana Allah SWT telah berfirman, “Bagi suami itu terhadap mereka (isteri) dilebihkan satu darjat (lebih tinggi) - Surah Al Baqarah : 228.

Darjat lebih tinggi yang dimaksudkan dalam ayat ini Allah jelaskan lagi dalam firman-Nya, “Lelaki (suami) adalah pemimpin ke atas perempuan (isteri).” – Surah An Nisa’ : 34. 

Selagi perasaan tidak diluruskan dengan kehendak dan pengaturan Tuhan yang menciptakannya maka manusia tidak akan tenang dan bahagia. Mana mungkin memperolehi kedamaian dengan melawan tuntutan naluri dan menyongsang dari fitrah kejadiaan. Justeru perasaan perlu diluruskan dengan simpulan-simpulan iman.

Emosi perlu diikat kepada ayat-ayat Allah dan janji-janji-Nya dengan sepenuh keyakinan. Yakinlah, Allah sekali-kali tidak memungkiri janji. Luruskan emosi dengan rasa takut dengan ancaman seksa dan kemurkaan Allah. Hiburkan perasaan dengan rasa harap terhadap kurniaan nikmat, pengampunan dan pimpinan dari Allah. Hindarkan diri daripada rasa putus asa dari rahmat Allah SWT. Rasa takut dan harap ini perlu pula seimbang agar membuahkan dorongan perasaan yang kuat dan bermakna (positif).

(2) Menundukan perasaan

Emosi sifatnya mudah terkesan dan terpengaruh. Pengukuhan perasaan dalam hati juga cuba dipengaruhi oleh musuh kebenaran dan kebaikan. Hembusan was-was dari iblis dan syaitan tidak boleh dikecualikan. Allah ada menegaskan bahawa syaitan itu adalah musuh manusia yang amat nyata. Selain meniupkan keraguan dan kebimbangan ke dalam hati manusia dengan memperkudakan nafsu, syaitan juga mempergunakan unsur-unsur luar membantu misinya. Hati dibimbang-bimbangkan dengan nikmat dunia yang menipu daya. Hati dibuaikan dengan rasa takut akan kata-kata dan ancaman manusia yang engkar dan hasad.

Justeru menundukkan perasaan juga termasuk dalam memimpin perasaan. Emosi perlu merdeka dari tunduk kepada pujukan dan pimpinan musuh-musuh kebenaran dan kebaikan ini. Mainan perasaan mereka boleh ditawarkan dengan pedoman dari ilahi. Iaitu dengan ilmu dan yakin. Jangan ada dicelahi dengan kejahilan dan keraguan (syak, dzan dan waham).

Perasaan yang dikudakan nafsu liar ditekan dengan janji dan ayat-ayat Allah. Kisah-kisah kegigihan para kekasih Allah bermujahadah mengekang perasaan juga boleh dijadikan teladan dalam menjalani kehidupan. Basahilah hati dengan imbauan sejarah yang diceritakan dalam Al Quran mahupun dalam sirah Rasulullah saw. 

Contohilah mereka yang mendapat pujian Allah sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan di kalangan manusia. Dengan menghayati sejarah manusia yang agung dan berjaya akan menguatkan semangat dan tekat. Diri tidak akan rasa terpencil dan keseorangan dalam menghadapi apa jua bentuk dugaan dan cabaran.

(3) Memugar dan menyulam perasaan

Setelah perasaan diluruskan dan ditundukkan dengan kebenaran an keadilan yang hakiki, emosi perlu dari masa ke semasa dipugar dan disulam. Ini dilakukan kerana sememangnya sifat manusia yang mudah lupa dan lemah. Juga kerana kadang kala disebabkan perasaan yang telah lurus dan tunduk tidak tersusun dengan rapi. Bandingannya seperti menanam padi, semaian harus dipugar, disulam dan disuburkan dari masa ke semasa. 

Ada banyak pendekatan untuk memugar dan menyulam perasaan. Baik dengan lisan, tulisan, sikap dan perbuatan. Suami perlu bijak mempermainkan perasaannya untuk mendidik dan memimpin perasaan isteri. Memainkan perasaan di sini berbeza dengan mempermain-mainkan perasaan wanita. Hal ini banyak diperhalusi oleh pakar-pakar psikologi dan kaunselor keluarga. Memimpin rasa ini perlu juga dengan sentuhan rasa.

Untuk membuahkan kesan yang mendalam dan berpanjangan, menyulam rasa perlu dari hati dan dengan hati. Kata orang, sesuatu yang datang dari hati akan jatuh ke hati. Oleh itu dalam apa jua bentuk dan pendekatan yang diambil, semuanya perlu bersumber daripada perasaan kasih, cinta dan sayang dari dalam hati suami yang ingin membimbing perasaan isteri. 

Apabila keikhlasan, ketulusan dan kasih sayang menjadi inti dalam kata-kata, nada suara, bunga bahasa yang diucapkan maka segala teguran, nasihat akan terkesan di hati isteri. Begitu juga inti dalam gerak geri, sikap dan perbuatan itulah yang  menyentuh perasaan isteri. Hadiah, buah tangan, sentuhan, gurau senda, peluk cium dan cumbu rayu hanyalah pelengkap sahaja. 

Memimpin perasaan dalam pengurusan rumahtangga perlukan kerjasama dan penglibatan kedua-dua suami dan isteri. Walaupun suami menjadi peneraju, namun jika kedua pihak faham halatuju (road map) dalam memimpin perasaan maka kejayaan lebih mudah dicapai. Sifat berterus terang, saling ingat mengingati dalam membuang yang keruh dan mengambil yang jernih amat membantu. Walaupun tanggungjawab besar di pundak suami, namun kejayaan yang dicapai akan dikecapi nikmatnya bersama di akhirat.

Begitu juga dengan kegagalan, bakal sama dikecapi seksaannya di akhirat. Mulakan langkah panjang dengan kesedaran dan keinsafan serta kemahuan yang kuat. Kemudian cari bekalan ilmu dan pedoman serta suasana yang membantu pertumbuhan perasaan yang sihat. Susul hidayah dan taufiq dengan tindakan, usaha dan ikhtiar. Kemudian lapik dengan harapan dan penyerahan.

Jauhi dari penyesalan dan putus asa dari Rahmat Allah.  Insya-Allah kepada siapa yang berusaha bersungguh-sungguh, pasti akan Allah beri petunjuk dan kejayaan. Inilah jaminan Allah dalam firman-Nya; “(Kepada) orang-orang yang bersungguh-sungguh berjuang di jalan Kami, pasti Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang membuat kebaikan.” – Surah Al Ankabut : 69

Koleksi ANIS

~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

Tuesday, March 29, 2011

Hari ini lagi.

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua, mari kita mula bekerja, walaupun sebenarnya hati tiada disini, ya separuh hati...lebih memikirkan orang tua dirumah terasa amat bersalah, kasihan pada mereka....walaupun sudah makin hampir pulih....Alhamdulillah...tapi rasa lebih baik kalau diri masih disana, boleh meringankan apa yang patut....

geram mengenangkan orang yang boleh ambil cuti tapi tidak ambil cuti, dan sibuk mereka bukannya kerana apa-apa pun, yang lain-lain difahami....dan dapat singgah sebentar cukuplah. ini sebulan sekali menjenguk pun susah, jangan nak kata seminggu memang jarang sekali, nak kata jauh taklah jauh sangat entah apa yang disibukkan pun tak tahu, lainlah kalau sibuk dapat something takpalah jugak....jangan kata secebis pun tiada, habuk langsung tiada.........ish....susahnya....Ayah dan ibu, tanpa mereka siapalah kita....

diri ini, nak kata anak yang soleh n baik sangat pun tidakklah...tapi diri ini akan menjenguk selagi boleh selagi diri ini mampu, selagi dibenarkan dan dibolehkan, kelak memikirkan diri ini nanti sudah jadi milik orang lain kalau sampai waktu itu, kemungkinan waktu itu  sudah tahu diri ini tidak akan mampu lagi menjenguk dan balik  seperti biasa....akan ku akur pada waktu itu...ya itulah bahagian anak perempuan...kadangkala pernah  terfikir mungkin lelaki takut kot tengok aku asyik balik kampung...hish budak ni tak lekang langsung dengan mak ayahnya....macam mana bila waktu kawen takkan asyik balik rumah aja...hahaha....

bukan tidak bersebab...ada sebabnya...ya selagi mereka masih ada dan diri ini masih mampu...masih mahu menghargai mereka setakat mana yang mampu...bukan jauh sangatpun, tak luak mana pun...ya mungkin ada yang pelik...tapi apa yang perlu dipersoalkan bila balik ke rumah mak ayah sendiri bukannya buat benda yang bukan-bukan....huhuhu...entahlah....manusia suka bertanya dan mempersoalkan apa manusia lain lakukan,  ya kadang kala termasuk diri ini juga....

hmm....diri ini sedar dan tahu tanggungjawab seorang wanita bila sudah berkahwin adalah kena patuh dan taat pada suami, mertua, kemudian baru keluarga sendiri, tapi apa-apapun ia patut di dahulukan patuh  dan taat pada Allah serta Rasul. bagaimanapun bab ini memang panjang untuk diceritakan lain kesempatan masa akan ku coretkan di lain entry.  Manakala lelaki, yang pertama sekali adalah patuh and taat pada Allah kemudian Rasulnya, ibu dan Ayahnya, barulah  mertuanya...hm semua ini adalah kefahaman dan tolak ansur diantara isteri dan suami. ~end~...huhu kena masuk bab lain ni kalau nak dicoretkan....sangat panjang dan kadangkala ia perlu mengikut situasi dan keaadaan....

hmm....kalau ikutkan hati mahu sambung ambik cuti lagi....dahlah kerja ni yang kena buat sekarang sebenarnya tiadalah significant sangat....sibuk kejar dari Ahad....mengada-adakan tiada..macam kalau tiada yang aku buat ni takkkan dapatlah sijil tu...aduyai..perkara yang sepatutnya dipentingkan tidak diberi perhatian...hmm..entahlah..nak bersuara sangat karang..siapalah diri ini....anyway biar lambat siap asalkan...tepat, bukan macam ada sesetengah yang lain tu...huhuhu....mesti dia kecoh kat sana...mengata diri ini...hmmm....biarkan saja..mulut orang tak boleh nak ditutup...baik jaga mulut sendiri....

penulis: ~end~...mari sambung keje balik....huhu masih ada suku lagi tak siap...mesti bengang bos...hmm....suka hatilah......

Menutup Aurat Itu Seksi?


Apabila menyebut tentang menutup aurat, maka si penyebut biasa dikaitkan dengan gelaran ustaz, orang alim, orang agama dan sebagainya. Ia seolah menjadi satu frasa yang khusus untuk orang alim sahaja seolah-olah menyebut tentang sesuatu yang diajar didalam agama itu milik orang alim dan bukannya orang Islam.

Aurat dan seksi adalah dua perkataan yang mempunyai banyak hubungan dalam kebanyakan artikel dan penulisan seluruh dunia. Menyebut tentang aurat, pastinya perkataan seksi adalah lawan baginya. Begitu juga apabila menyebut tentang seksi, sudah pasti ia adalah perkara yang membuka aurat. Saya tidak boleh menafikan perkara tersebut. Itulah adalah perkara yang sekian lama bermain di benak semua orang.

Tapi pernahkah anda terfikir bahawa menutup aurat itu seksi? Bagaimana pula menutup aurat boleh menjadi seksi? Bukankah menutup aurat itu bererti menghilang status seksi?

Disinilah ingin saya sampaikan satu skop pandangan seksi terhadap mereka yang menutup aurat dan sebenarnya seksi inilah yang banyak menarik perhatian ramai lelaki tidak kira sama ada mereka mempunyai iman atau lelaki dari golongan 'buaya darat'.

Didalam kajian psikologi, lelaki sebenarnya mempunyai nafsu fantasi lebih kepada wanita yang menutup tubuh berbanding yang membuka dan mendedahkan aurat. Mengapa ia terjadi sedemikian?

Ini adalah kerana sesuatu yang sukar dilihat,tersembunyi atau diperolehi adalah sesuatu yang berharga. Kerana itu kebanyakan blog atau web yang menggunakan topik wanita muslim bertelanjang sering mendapat respon daripada lelaki bukan Islam dari seluruh dunia. Tetapi selalu yang dipaparkan ialah gambar daripada model yang berpakaian ala Islam kerana hakikatnya wanita muslim sejati tidak akan berbuat demikian.

Cuba kita singkap betapa komuniti yang sudah tegar dan agak biasa dengan situasi wanita yang membuka aurat menganggap wanita muslim mempunyai aset yang bernilai kerana menyimpan keindahan kecantikan fizikalnya hanya kepada yang berhak.

Ia sebenarnya adalah konsep nilai yang ada pada amalan itu sehingga amalan menutup aurat yang samasekali berlawanan dengan seksi itu, dianggap seksi pada kelasnya yang tersendiri.

Lelaki barat atau bukan Islam sebenarnya manusia biasa seperti lelaki Islam. Mereka punyai nafsu dan perasaan. Nafsu mungkin menyeronokkan mereka melihat gadis-gadis mereka berpakaian seksi tetapi jauh di sudut hati ada perasaan cemburu bila gadis yang sudah menjadi kekasih atau isteri dipuji orang kerana keseksiannya.

Konsep Islamophobia sebenarnya banyak menutup mulut lelaki bukan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa wanita muslim adalah wanita yang paling seksi di dunia. Ini adalah kerana amalan menutup aurat itu begitu istimewa kepada pemilik wanita itu iaitu suaminya kerana hanya dia seorang yang berhak menikmati keseksian isterinya.

Sedar atau tidak, seksi yang ditafsirkan pada mata kepala sedia ada adalah hanya satu perkara yang menarik perhatian berasaskan nafsu. Berbeza dengan seksi dalam ertikata Islam iaitu menarik perhatian seorang lelaki kepada perempuan itu dalam ertikata yang lebih meluas meliputi maruah, ketaatan, kesungguhan memelihara aurat, memelihara kecantikan untuk hanya yang berhak dan sebagainya.

Tiada bezanya tentang perempuan yang menutup aurat dan membuka aurat dari segi fizikal. Mereka tetap berambut, bertangan, mempunyai mata yang cantik, kulit yang tersendiri dan sebagainya. Kecantikan itu tetap sama, sama ada mereka menutup atau membuka aurat. Tetapi nilai itu yang membezakan mereka. Menutup aurat memang susah dan bukannya perkara mudah. Jauh di sudut hati wanita menutup aurat itu, ingin menayangkan kecantikan mereka kerana wanita seksi sering mendapat perhatian. Kerana itulah melawan nafsu dan keadaan itu adalah susah. Kerana itulah juga wanita menutup aurat itu sebenarnya melatih diri menjadi seorang yang sabar, berpendirian, tabah, bermaruah dan tekun kerana kesungguhan melaksanakan perintah Allah ini serta melawan kehendak nafsu sendiri dan nafsu orang lain.

Allah itu Maha Bijaksana. Apabila seorang gadis terlalu cetek pemikirannya mengeluarkan kenyataan sukar untuk menarik perhatian lelaki sekiranya berselubung berbanding memperlihatkan sedikit kecantikan wanita, maka mereka tidak dapat melihat, tarikan itu umpama gula yang menjemput semut. Habis gula semut pun hilang.

Berkasih-kasihan adalah perkara yang datang dengan tanggungjawab. Apabila tarikan yang diberi memperlihatkan tanggungjawab seorang wanita memelihara kecantikan diri dan agama, maka umpan itu ikannya ialah seorang lelaki yang mahukan pasangan yang bertanggungjawab menjaga maruah dan kecantikan keluarga.

Menutup aurat hakikatnya adalah iklan terbaik bagi wanita untuk memperoleh lelaki sedemikian rupa. Soal sikap adalah perkara kedua. Ada yang mengatakan tidak semua wanita membuka aurat itu jahat. Itu adalah hakikat yang benar.

Membuka aurat bukan menggambarkan seorang itu jahat kerana tidak kurang wanita yang menutup aurat yang berhati busuk. Itu adalah soal hati. Tetapi seorang wanita yang baik hati dan menutup aurat itu lebih dipandang mulia kerana mempunyai pakej yang lebih lengkap.

Sepertimana makanan yang terhidang di atas meja tidak bertudung saji, ada kemungkinan lalat datang menyinggah. Pada pandangan mata, mungkin makanan itu telah dicemari lalat. Berbeza dari makanan yang bertudung saji, akan memberikan lebih keyakinan kepada orang untuk menjamahnya.

Usahlah dibangkitkan persoalan adakah wanita menutup aurat itu semua baik, kerana hakikatnya mereka telah membuat kebaikan dengan mentaati perintah Allah.

Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan. Samalah juga jika kita melanggar lampu merah di jalanraya.Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua yang mengikut peraturan itu baik. Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara yang salah. Wallahu'alam.

Sunday, March 27, 2011

Michael Jackson ~ Heal The World~

me: is suddenly humming this song...hmm...has some sentimental value for me...hmm....

There's A Place In
Your Heart
And I Know That It Is Love
And This Place Could
Be Much
Brighter Than Tomorrow
And If You Really Try
You'll Find There's No Need
To Cry
In This Place You'll Feel
There's No Hurt Or Sorrow

There Are Ways

To Get There
If You Care Enough
For The Living
Make A Little Space
Make A Better Place...

Heal The World

Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

If You Want To Know Why

There's A Love That
Cannot Lie
Love Is Strong
It Only Cares For
Joyful Giving
If We Try
We Shall See
In This Bliss
We Cannot Feel
Fear Or Dread
We Stop Existing And
Start Living

Then It Feels That Always

Love's Enough For
Us Growing
So Make A Better World
Make A Better World...

Heal The World

Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

And The Dream We Were

Conceived In
Will Reveal A Joyful Face
And The World We
Once Believed In
Will Shine Again In Grace
Then Why Do We Keep
Strangling Life
Wound This Earth
Crucify Its Soul
Though It's Plain To See
This World Is Heavenly
Be God's Glow

We Could Fly So High

Let Our Spirits Never Die
In My Heart
I Feel You Are All
My Brothers
Create A World With
No Fear
Together We'll Cry
Happy Tears
See The Nations Turn
Their Swords
Into Plowshares

We Could Really Get There

If You Cared Enough
For The Living
Make A Little Space
To Make A Better Place...

Heal The World

Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

Heal The World

Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

Heal The World

Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

There Are People Dying

If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

There Are People Dying

If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

You And For Me

You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me

Friday, March 25, 2011

Masterskil​l Ten Pin Bowling 2011 & Merong....^_^

Ada apa dengan Bowling?

hmm...bowling bukanlah suatu benda yang biasa bagi saya. Tapi 19hb March 2011 mencatat sejarah, ya hari itu dalam sejarah....^_^...tapi alah bukan pandai sangat pun, sikit aje saya punya score...member-member yang lain lagi hebat...apa nama group.....hahaha yes Diamond Strike!!! huhu strikelah sangat, hehe well adalah gak dapat 2 kali mungkin sebab ada sifu kot, takpun jus yang tok guru bagi...huuhu...suddenly tangan bangku saya ni. boleh jadi lembut...woweeeeeeeeee.....hehehe....dan juga kawan-kawan yang bagi semangat....Chaiyook!!!

Rasa macam dalam mimpi pun ada...bila mereka announce dapat number 2....

Terus terang itu adalah permainan kali yang ke empat seumur hidup saya, pertama kali main masa masih di UIA masih ingat dengan roomate play dekat Flamingo Ampang, duk sebelah KL state player laks tu...huhu apa-apapun saya yang paling teruk sampai bola bowling ke belakang...Kali kedua, hmm main sama dengan Nana, Zizah n Fazli...teman main je lah kot...hmm bola asyik masuk longkang....huhuhu..ketiga ...si fu punya training and yang ke empat adalah di Ampang super bowl tahun ni...huhu ...dapat 1st runner up...erk,...saya main cincai aje..for fun ibarat kata Ija n Lin ...budak2 ni katenyer ratu longkang...tapi wah hebat tu...huhu...ya lebih hebat dari saya....first time masuk game bowling, first time dapat pingat dari MUCH...heheh...there's always first time for everything....

ya first timekan kita....kadang-kadang masih terngiang-ngiang kata-kata itu...aah..mungkin saya yang salah anggapan...cerita tahun lepas laily, tahun lepas...cukup-cukuplah tu...
Okay, mari kita belajar serba sedikit, Apakah bowling, dalam wikipedia ia disebut sebagai :

"A sport in which players attempt to score points by rolling a bowling ball along a flat surface, usually a wooden or synthetic surface, either into pins or to get close to a target ball."

Untuk pembaca sekalian, permainan ini telah wujud sejak zaman ancient egypt lagi...wahwah..bukan permainan moden lah jugak..saya aje yang baru tahu....secara rasminya ia dimulakan tahun 1895 lagi di New York...permainnan omputih...gitu katernyer....

Seingat saya, ini adalah kali pertama join kejohanan bowling di Masterskill. Sebelum ini tak pernah pun, selalunya mesti kena time saya balik Chenor, tengok orang main adalah sekali dua aje...yang pasti kebanyakannya tak pernah join....hmm nilah tempat bekerja saya ni...banyak aktiviti bagi staff, kadang-kadang program dari STAD...memang sangat best sangat enjoy, tapi in terms of other "other" things...hmm mengeluh panjang juga rasanya...entahlah setiap tempat ada pros n cons....

entahlah, makin lama di suatu tempat makin rasa pening....tapi in terms of benefit takdelah teruk sangat, contohnya kalau tidak kerana voucher yang diberi mereka, tak merasalah  nak beli beg baru C.R. kot, ikutkan taste n budget sendiri tak mampu kot n takkan beli sebab saya lebih suka ikut keperluan bukan kehendak....ya ikut realiti...ukur baju dibadan sendiri.....aduyai kalau bercakap pasal benda ni rasanya takkan habis kot....

heheh, tapi enjoy habis rasenya, release stress kot rase baling bowl dekat orang saya nak kenakan....huhuhu...maklumlah sekarang tengah stress dengan MQA works....cepatlah habis....

Lepas tu, walaupun tengah bulan masih mengada-ada pergi JJCM....singgah Delifrance Ampang, singgah Madam Kwan (makcik kwan kata nana)....huhu...lagipun hanya nak menggunakan voucher parkson di Pavilion, kalau tak, tak merasa nak shopping di Parkson...ya Alhamdulillah dalam buruknya M, masih ada baiknya..tapi sampai bila harus bersabar ya.......tapi di Pavi hmm tak banyak pilihan sangat...kasut masih tak jumpa susahnya nak pilih...kadang kala rasa saya juga seorang memilih gak....dan masih ada balance voucher, lagi best Parkson KLCC kot...

Okay dalam pada tu dah janji dengan Zizah nak tengok Merong, huhu macam jadi macam tak, akhirnya tengok juga lah....walaupun duduk seat yang dua depan skali, mau tak sakit kepala...huhu....cerita yang sangat penuh dengan epic n sejarah...memang dah lama menantikan cerita ini....sambil terngiang-ngiang lagu sedetik Lebih Anuar Zain (wah sangat besst!!!)....ya saya akui ia lebih kurang dengan lagu Adira Ku Ada kamu (habis tu pencipta yang sama)....baru kutahu , Merong ini adalah hikayat menceritakan susur galur asal usul negeri Kedah rupanya....walaupun  lemah dari segi teknikal serta kelogikan gaya penceritaan tapi still it is a very good effort by KRU (fave group mase muda remaja dulu, huhuhu),...sangat sweet, sangat menyentuh perasaaan, ya erti pergorbanan seorang pemimpin, erti rasa suka dan cinta yang sangat ikhlas, persahabatan....ada unsur kelucuan juga ada...huhu..ya inang dan puteri yang kelakar.....

Sekarang ni, perasaaan tengah masih hangat rasa nak main bowling, tangan masih gatal nak baling bola....huhuhu...ada siapa tak nak ajak main bowling???...huhu adakah?...hmmm....

...hehehe....^__^...yakah?...hmmm entahlah...sayang gambar-gambanyanya tiada...ada peluang saya akan masukkan...dalam post ini


me:...END....

Wednesday, March 23, 2011

Realiti hidup....

Terasa kasihan pada pelajar-pelajar dan pada diri sendiri...

terasa sangat mereka mengingatkan kembali apa yang harus dilakukan

terasa diri sudah melupakan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang dipelajari,

atau mungkin hanya mampu memejamkan mata....

Ya Allah...berilah panduan pada hambamu ini....

ya niat tidak akan menghalalkan cara....

terasa ingin melakukan sesuatu tapi apa ya....

Bagi Orang yang Beriman Sesungguhnya Sakit adalah Kafarah Dosa....

 
“Tiada suatu musibah pun yang menimpa seorang Muslim, melainkan dengannya Allah hapuskan (dosa-dosa kecil) darinya sampai-sampai sebatang duri pun yang menusuknya.”( Shahih Al-Bukhari, kitab Al-Mardla, no. 5640; Shahih Muslim, kitab Al-Birr wa Ash-Shilah, no. 2572.)

Dalam satu waktu, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda.“Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cobaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (HR. Bukhari-Muslim)

Hikmah Ketika Sakit

Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi menulis ada lima hikmah dari sakit yang dialami manusia.
 
Pertama, sakit merupakan kesempatan untuk beristirahat. Kecendrungan manusia saat sehat adalah memperlakukan tubuhnya laksana robot. Ia terus bekerja demi mengejar kenikmatan dan kesenangan material tanpa henti dan tanpa memperhatikan kesihatan diri sendiri. Ia tidak menyedari bahwa otot-otot yang ada dalam tubuhnya memiliki keterbatasan.

Maka ketika seseorang sakit, ia memperoleh kesempatan untuk beristirehat, sambil melakukan introspeksi dan berpikir untuk memperbaiki pola hidupnya setelah ia sembuh nanti.

Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang sakit parah, ia akan memahami betapa mahalnya nilai kesihatan. Ia pun rela mengeluarkan segala yang ia miliki demi kesembuhan penyakitnya.

Ketika seseorang sakit, ia akan meresakan betapa nikmatnya selalu ditemani, dilayani, disediakan makanan, dan yang paling nikmat dihibur. Maka, setelah sembuh nanti, ia akan tahu apa yang harus ia lakukan ketika orang lain yang sakit.

Ketiga, sakit merupakan teguran atas kesombongan manusia. Ketika sihat, manusia terkadang bertingkah seolah-olah dialah yang paling gagah, paling berkuasa dan paling berpengaruh. Tapi ketika sakit menderanya, segagah apapun menusia, sebesar apapun manusia dan sebesar apapun pengaruhnya, ia tidak dapat beranjak dari tempat tidurnya. Ketika itu, ia tidak lebih dari tulang dan darah yang dibungkus kulit.

Keempat, sakit merupakan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Hal ini bukan hanya dilakukan oleh yang soleh, orang sejahat apapun ketika sakit parah tak bisa berbuat apa-apa. Tangannya tidak ringan lagi. Mulutnya tak mampu mencacimaki lagi. Yang ada hanyalah penyesalan dan penyesalan.

Di samping itu, sakit yang diderita manusia merupakan kesempatan untuk memohon ampun atas dosa-dosanya. Dalam hadits diterangkan. “Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).

Kelima, sakit merupakan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang sakit, kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab. Ketika seorang anak sakit, orang tua akan semakin sayang dan perhatian terhadap anaknya. Sebaliknya, ketika orang tua sakit, sang anak akan semakin sayang dan hormat kepada orang tuanya.

Alangkah mulianya Allah yang telah meciptakan segala-galanya tanpa sia-sia. Hanya satu sakit yang Dia timpakan kepada manusia. Akan tetapi, begitu banyak kebaikan yang dikandungnya. Kebaikan bagi si sakit yang sabar, kebaikan bagi orang tua dan keluarga yang melayani, kebaikan bagi masyarakat yang berbondong-bondong menjenguk, kebaikan bagi semua doa yang terucap.
 
me: http://muthalibabdullah.blogspot.com/2010/02/bagi-orang-yang-beriman-sesungguhnya.html

Monday, March 21, 2011

Travelog: Return to Redang Island March, 2011

Redang Island 3th March 2011 until 7th March 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah plan yang sejak dari tahun lepas berjalan lancar jugak walaupun agak tersekat-sekat, walaupun rasa berat pada mulanya untuk pergi, takut ada apa-apa yang berlaku lagi, maklumlah baru lepas musim hujan di pantai Timur. Alhamdulillah, semuanya selamat belaka,  Allah lebih maha mengetahui dari hamba-hambanya dan maha pengasih.

Hmm...ambil masa hampir dua minggu untuk menyiapkan entry nie...ada sudah detail-detail perjalanan yang ingat-ingat lupa sudah, ada yang masih mendalam diingatan. Mungkin ada detail yang sudah tertinggal. So minta maaf, kemudian hari akan ditambah k, apapun akan diringkaskan seboleh yang mungkin. Entry ini sangat panjang dari Kela.

Mungkin suatu hari nanti boleh kembali untuk kali ketiga, keempat, dan seterusnya hahaha. Apa-apa pun yang akan berlaku, tidak ada rasa rugi langsung pergi.

Ini adalah kali kedua pergi bagiku, tahun 2009 bersama budak rumah Jue n Yatie with their office mate. This time with my best friends (take note ramai ye tu) and collegues. huhuhu....

Apa-apa pun ia ditulis dari kaca mata diri penulis, mungkin ada kekuarangan kesilapan, kerana ia adalah apa yang dinampak oleh saya sendiri, mungkin pada kaca mata orang lain dia akan berbeza.

So trip kali ni di sertai oleh:

Hazizah, Noraslina, Fazli, Azie with Husband (Mazly) n daughter (Marissa), Izyana with Husband (Lan), And Zamri n wife (Safiah).  dan akhir sekali adalah saya (Laily) Thank you so much everyone for joining. ^__^

3th March 2011, Thursday

Kami berkumpul di Tower 10 dengan dua buah kereta saga (AGY 1612 and WUG 8146...er tak tau betui ke tak number ni) ~ terima kasih pada kedua-dua tuan punye kereta kerana sponsor transport. Dalam pukul 10.30 di exit tower 10 dan terus menuju untuk mengisi minyak di Stesyen Petronas di Batu 9.

Dan amboi shopping jajan banyak nyer, next time kena make sure jajan tu beli dengan duit tabung gak...siaan...banyak sangat....sian hamba Allah tu...hehe tau dia ikhlas....cume lain kali lah yer kena share beli guna duit tabung juga.....

On our way after tol Batu 9, teringat seorang sahabat bernama Hasan...kalau kamu join kan lagi best gak kan, so seperti biasa Noraslina lah yang call...huhuhu...cian kena tinggal...ajak tak nak...kata orang yang tak ajak....n of course sahabat2 yang lain pun kami semua ingat..next time boleh ajak dan pergi bersama-sama lagi ye.


4th March 2011, Friday

Berjanji dengan Azie bertemu di BHP, Gombak. Dalam pukul 12am, kami bertolak menuju ke Kuala Terengganu. agak tepatlah.

"Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami, berkatilah perjalanan kami, semoga kami selamat pergi dan selamat pulang, jauhkanlah kami dari melakukan perkara yang sia-sia, lindungilah dan jauhkanlah kami dari bisikan syaitan yang direjam."
(tidak putus doa dalam hati semoga apa yang dilakukan adalah perkara yang betul dan berada di landasan yang benar....hmmm)


And yes kalau tahun lepas hari ini adalah birthday Lan...Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu Syaiful Azlan....^_^...wah last year Yana celebrate birthday Lan single lagi waktu tuh...tempat makan char kuey teow di Puchong yang best siap ade kek resepi rahsia, tahun ni dah kawen siap otw g Redang lagi...wah wah wah...bestnyer...tahun lepas pun dengan kawan-kawan....semoga Allah membahagiakan kamu hingga ke akhir hayat yer...insya Allah.

So dalam perjalanan, tiga buat kereta ( WLK 7153, AGY 1612, WUG 8146: lagi sekali penulis tak pasti ler betul ke tak, sorry ye kalau salah). Lemah dengan details. So as planning, ikutkan every two hours akan stop for resting. As usual, semua cerita keluar dari topic ofis sampailah personal, sampai dua org dah tak larat nak layan, dibelakang sorang memang layan tido ( sebab nak jadi Pilot kejap lagi), sorang pula kejap layan perasaan, kejap layan ngantuk sket sket, well actually tak lah tidur sangat, memang tak tidur pun, setakat pejam mata aje.

So tinggallah Co Pilot yang sangat consistent n committed menemani Pilot sehingga sampai ke Kuala Terengganu.

Perhentian pertama kami adalah di Gambang. Berhenti makan jajan sket, minum, berhenti rehat sekejap, pergi toilet semualah. So sampai di sini sudah tukar passenger, sian Malie sudah migrain, so huhu penulis dengan nana jadi pilot n co pilot, di kereta WLK 7153....^_^...bestnyer...^_^ heheh tapi tidak kata AGY 1612 tak best yer....lebih kurang samalah....so malie join AGY 1612, sebagi bos di belakang hehehe. Azie n cik Marissa jd vip di belakang.

Well actually perjalanan pergi takde masalah, semuanya masih segar bugar, driver ker, co pilot ker, penumpang ker semua masih hijau blaka, fresh sangat, perasaan masing tengah sangat nak berseronok untuk bercuti. hmm alih2 perjalanan balik tu lemau blaka....kuikui, ya maksudnya sayalah tu...

Around 2.30 kami memulakan perjalanan kami semula. Alhamdulillah semua masih segar bugar, sambil menikmati keindahan kiri kanan perjalanan (walaupun dalam gelap), semua nama jalan, signboard, habis dibace, ada point aje ape lagi....kadang-kadang tak hinggat si kecil Marissa tengah tidur...gelak sakan, hmm campur dengan Azie n Nana apa lagi...Ada ada aje topiknya soal personal, istikharah...dan dan ....hehehe....mana nak tahu ...lepas ini....minggu yang bergumbira ini ada sesuatu berlaku pada minggu hadapannya ......

Around 2.45am: Sampai di exit Jabur terus menuju ke Terengganu. Pilot kata lampu saga sangat terang...so kena lah laju sket, Melalui jalan yang dekat dengan laut dah rasa perubahan angin, pokok dari hutan ada banyak Pokok Kelapa, waaaaaaaaaaaah...tak sabarnya nak rasa sampai ke Redang.

Ya itu perbezaan dengan menaiki kereta sendiri dan naik bas. Dengan bas memang kita akan kurang letih hanya naik, pejam mata tau tau sudah sampai, tak nampak pun pokok kelapa, rumah-rumah, tanda-tanda jalan. Tapi kalau naik kereta sendiri sangat terasa perjalanannya, The moment, the talk, the laugh, memory semua masih segar diingatan, ya mungkin butiran kata sudah lupa tapi perasaan waktu tu, mana mungkin lupa. Agaknya kalau naik bas, hanya dengkuran saja yang berbunyi dan juga bunyi aircond...hehehehe....

Paling penting, bila sudah memasuki terengganu kena bertukar slang sudah, kena tambah "ng" dibelakang...huhu..."saya suka makang ikang, gitu ko???"...huhu...pandai2 aja kami mencipta....radio sudah mula kejap ada kejap tiada.

Oh ya dalam perjalanan, menemui bermacam-macam nama tempat, aduih buku tulis ku sudah tertinggal didalam AGY 1612, maaf banyak details dalam setiap perjalanan sudah agak ku lupa. hanya ditulis yang masih ingat.

Terjumpa kampung Fikri..hahahha..mungkin ini sebabnya....hebat sahabat kami ada kampung. patutlah teman tu terlekat...hehehe...well gurauan saja....

Lagi satu, terjumpa satu signboard yang sangat patut dijadikan sebagai panduan di jalan raya ni, untuk semua pembawa dan penumpang kereta. sila buang sampah ditempat yang disediakan, kadang kala saya sendiri pun lupa, same2lah kita saling mengingati.

Lebih kurang lah ayatnya, saya pun dah tak pasti ayatnya berbunyi begini, kalau tanya Nana pasti betul aje ayatnya....

"Tak rasa bersalah ke, membuang sampah dari kereta" ~ boleh dibacakan dengan pelbagai nada ye, masing2 ler buat...uhuhu...

Nana asyik bertanya jauh lagi ka, sebenarnya diri sendiri pun tak pasti, kalau ikut kilometer ya, masih jauh lagi, masih ingat di signboard 100 km lagi nak sampai ke Kuala Terengganu, tanya dia masih okay lagi drive.

Perjalanan kami dari Cheras to Kuantan to Kemaman, keluar exit di Jabur. so dari Jabur melalui Kemaman, dari Kemaman menuju ke Kerteh.

Dalam perjalanan kami berhenti di suatu Stesyen minyak, hmm hazizah ada tulis nama tapi tak jelas, Petronas Jg Kor..huhu...saya tak pastilah...nasib kamu lah labu....masing2 masih segar bugar..boleh layan drive...er..pemandu bas di Terengganu sangat ganas la...

Hmm dalam perjalanan, melalui daerah Kerteh sangat teruja bila melihat petroleum refinery plants own by petronas...Wah sungguh kagum daerah yang kecil ini mempunyai area yang menyumbang satu tugas yang sangat besar terhadap ekonomi negara. tempatnya penuh terang dengan lampu-lampu, kadangkala keluar api pada salah satu paipnya. Terfikir di minda bagaimana rupa agaknya di waktu siang. Siapa yang bekerja disitu, apa actually aktiviti, ada signboard gambar tidak dibenarkan sama sekali diambil. Banyaknya perkara yang tidak tahu

Perjalanan kami diteruskan lagi dari Kerteh menuju ke Paka, Dungun, seterusnya ke Marang dan seterusnya sampai di Kuala Terengganu.

Alhamdulillah dalam Jam 5.45am sampai sudah di Masjid terapung Kuala Terengganu (betul ke?, Azie kata iyer...saya tak pasti. Siap solat subuh semua, wah angin pagi sangat sejuk menusuk ke dalam tulang. Jom kita jalan-jalan cari makang di Kuala Terengganu, ya apa nama kedai itu sudah lupa. tapi yang penting "mari kita makang nasi dagang!!!"...hehehe...sedap sungguh...

tepis aja apa sahaja yang kamu dengar waktu tu....malas sudah nak layan....

Marissa suka naik basikal rupenyer....cumel...sudah mula senyum....^__^ muah muah....

Alhamdulillah moga rezeki Mali n Azie bertambah, belanja break fast huhuhu....


Alhamdulillah sudah kenyang, mari menuju ke Jeti Syahbandar, dalam perjalanan nampak Istana, cantiknya KualaTerengganu, Di tengah bulatan ada round about, replika Batu bersurat. ya mari kita belajar sejarah sedikit, saya tak pandai sejarah cukup lemah tentang fakta, sejarah dulu pun waktu SPM cukup credit aje....

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899. Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303.

Serba sedikit apa yang saya dapat cari mengenai Batu Bersurat Terengganu. Dah sampai di jeti Syahbandar, dapat parking dalam area Jeti (rm20 untuk 3D2N)...agak murahlah kiranya, lagipun dalam keadaan selamat, takdelah takut tiba-tiba hilang tayar ker, rim ker, maklumlah terasa bertanggungjawab pulak. Ada yang mengingatkan aku dulu, bahaya parking disana kalau bawa kereta. Alhamdulillah semua selamat. Kena register nama setiap orang dengan I/C ini adalah untuk keselamatan.

Ambik tiket jeti kul 9.00am (semua sudah dibayar include dalam bayaran RM315), nama feri kami adalah Feri Sejahtera 3, tak silap lah....so sampai pun on time tak rushing sangat. Dalam 1 jam 30 minit akan sampai ke Redang. Wah ferinya sangat besar, walaupun kerusi agak lama, tapi still selesa siap ada aircond. Muka kebanyakannya sudah kepeningan dan penat tak cukup tidur katanya... 


Dalam Feri, hmm, macam jakun tak pernah naik feri kot, bising aje...hmm entahlah kami semua ni pergi mana-mana pun bising tak tentu pasal. Hahahah, always be ourselves, not pretending, proud to be who we are, no regrets. Yes, I am what I am, ya saya akui saya bukanlah perempuan melayu yang terakhir, yang lemah lembut jauh sekali berbeza, suka buat apa yang saya suka, tapi saya masih ingat menjaga tatasusila n adab agama k, jangan terlalu melampaui batas, setakat mana yang saya mampu mengawal diri.

Kadang kala terfikir untuk berubah tapi susah, tetapi kenapa perlu hipokrit dengan diri sendiri kata seorang sahabat, jadi diri anda yang sebenar saja. Kalau ingin berubah, biarlah perubahan itu menuju kebaikan. Dan adalah lebih baik jika kita melakukan perubahan itu adalah kerana diri sendiri dan barulah untuk orang lain. Kerana itu akan lebih kekal, kalau kita berubah sebab utamanya untuk orang lain, maka ia mungkin tidak akan kekal dan mungkin kurang ikhlas..mungkin bila orang itu sudah tiada kita akan kembali semula pada perbuatan lama. Sebab kebanyakan manusia suka melakukan sesuatu untuk diri sendiri, dan ia adalah jauh lebih ikhlas dan insya Allah akan kekal, tidak kisah lah perubahan yang dari segi mana. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah pada kita semua, semua itu lebih baik jika berubah kerana Allah s.w.t...hubbu illarabb...insya Allah.

Wah, panjang pulak yang tiada kaitan ni....hahaha....Continue cerita atas feri, rupanya di atas boleh naik....Walauweh....bestnyer....huhu nasib baik berat kalau tak badan melayang dah kot. huhuhu....Nana n Fazli n saya saje di atas, zizah sian tak tido semalaman, dah pening dia tak mo sudah naik atas, yang lain pun sama. A few pictures saje yang saya ambil dari nana chan, kalau nak tengok boleh open facebook dia, me i'm sorry not active anymore, dia kata ada almost 800 pictures...wow...for 3D2n...not bad....lebih kurang waktu pergi Kela ajer..really enjoy the moment n time.

K times up...abang2 feri tu kata kena turun, sebab tak lama lagi nak mendarat, huhu...wah bila sampai bahagian bawah, semua sudah buka mata, Subhanallah Allahuakbar, cantiknya air laut macam dalam TV, hehehe ya masih ku ingat Redang tidak berubah masih sama pada 2009, masih cantik air lautnya, masih biru, rasa nak terjun saja...Suka tengok expression muka2 sahabat semua, rasa tidak menyesal ajak mereka ke Redang.


So bila sampai sudah basah seluar jeans ku...adventure sungguh cara turunnya, kena transfer pakai another smaller bot baru boleh pergi ke darat, agak berbeza dari tahun 2009 waktu saya pergi. Dulu ada jeti kecil bagi kami semua mendarat, naik pun bukan feri, bot yang agak besar n laju. Oh ya hampir terlupa nak inform dimana kami tinggal.

Ini link address tempat tu , a very nice place, food also okay, price also affordable, so anyone interetsted can check this place http://www.redanglagoon.com/.

Macam mana saya tahu tempat ni n berani suggest pada kawan-kawan? Redang Lagoon, tempat yang saya pernah pergi tahun 2009, masih segar diingatan, first time for everything, first time pergi pulau, first time pergi belajar snorkeling, first time pergi Terengganu....huhuhu sangat seronok....

Tempat masih seperti dulu, boss yang dahulu juga, pekerja yang bawa ke snorkeling pun tempat yang sama hahhaa masih ada muka yang sama. Dan ada juga muka baru.

So sebagai pengurus yang tidak rasmi, mengutip duit untuk bayar balance pada redang lagoon, huhuhu ada sedikit hiccup tidak mencukupi duit, yang pasti muka saya sudah berbasa basi depan aunty tu dikaunter, malu pun ada pucat pun ada. Rasa macam ada yang kena berkhemah di luar aje, takpun kena tolong memasak di dapur...huhu. Tapi Alhamdulillah sahabat-sahabat semua memang sangat hebat, bantu saling membantu dapat juga diselesaikan, sharing is caring....^_^...dah lah dapat aku yang lemah maths ni...huhu. terima kasih pada semua yang sudi meminjamkan duit masing2 pada waktu tuh.

So settle, chalet yang kami tinggal bermula dari:

Rumah number 3 (Zamri & Safiah),
Rumah number 4 (Nana, Zizah, Laily),
Rumah number 5 (Lan & Yana),
Rumah number 6 (Fazli) &
Rumah number 7 (Azie, Malie & Marissa).

Sampai dalam pukul 11am di Redang, dah siap tanye, waktu tu, tak tahu lagi apa name pekerja tu, tapi yang pasti panggilan selepas kenal adalah Black...hahaha, tanye dia pasai aktiviti so aktiviti pun bermula lepas makan, Tepat jam 12.30 boleh makan tengah hari, masing duk chalet masing n then pergi makan. Huhu dapat tempat yang best, berhadapan dengan laut, tiap kali makan mesti disitu, orang lain pun tak kacau...huhu..ada tanda reserve agaknya....

Around 2.30pm, aktiviti snorkeling pun bermula, lupe nak tanye apa tempat yang si Nabil ni bawa. Yang pasti, group kami yang agak lambat, yang pergi, Nana, Zizah, Fazli, Lan, Yana, Zamri n saya saje waktu ni pergi, Safiah, Azie, Marissa, n Malie tak ikut.....

Berbeza tahun 2009, kami akan berkumpul di hadapan area Redang Lagoon, kali ni kami kena merentas desa dahulu lebih kurang dalam 10 minute ke jeti dibelakang....huhu agak hangin gak budak2 ni kena berjalan kesian, dah lah penat, letih, ngantuk kena berjalan lak...huhuhu...sabar ye...Wah bot kami sangat cantik warna oren...^_^....sesuai dengan bayaran ....jangan banyak komen...huhuhu...

Jgn lupa pakai lots of sunblock...panas nyer...Huhu masa saya menulis ni sudah hampir banyak detail yang sudah lupa, perlukan masa untuk ingat kembali. Oh ya untuk pengetahuan pembaca, alatan snorkeling yang mereka provide adalah mask n snorkeling set, n life jacket. So total RM20 non refundable.( ini termasuk dalam RM315).
Saya sendiri sebenarnya minta power mask tapi auntie tu kata cuba dulu yang biasa, hmm alih-alih memang agak kabur. Okay...tak silap saya tempat yang mereka bawa ni sama tahun lepas iaitu Pulau kerengga, kalau tak silaplah....tak pasti....
Masya Allah, jernih air lautnya, kat dalam sudah nampak coral2, ikan2, sangat sangat cantik, menyesal tak bawak roti, sudah lupa, 2009 ingat nampak mereka bawa roti, huhuhu kalau tidak lagi best. Okay mula alkisah membawa hazizah untuk cuba snorkeling, sungguh tak sangka Zizah memang phobia air. ( hehehe...takdelah, memang tau...^_^).
Yang pasti saya dah sampai cita-cita tunaikan janji bawa mereka ke pulau, seingat sebenarnya ini adalah plan kali ketiga,...dulu waktu Hafiz n Rizal, n then saya plan kali kedua tak jadi juga...last kali ketiga akhirnya jadi juga. Masih ingat kata-kata Zizah teringin ke pulau tak pernah pergi pulau.
Nana memang seorang yang sangat berani dalam air, ibarat katenyer, mungkin waktu dahulu pernah dilahirkan sebagai ikan, was born as a fish!!!...huhuuhuhu
So tak putus asa kami mengajarnya sikit-sikit, tapi yelah agak phobia terus diajar ke tengah laut mana tak terkejut hamba Allah tu, seingat dulu diajar snorkeling tepi pantai dulu...huhu...dari tepi bot pergi jauh sikit. Agak dah lupe detail tapi masih ingat perkataan yang dikeluarkan...hahaha...last dia duk ditengah dan kami macam ibarat kepak memegangnya....nampak jugalah ikan dan coral, rasa macam tak nampak lagi...
Ada adik tu tunjukkan nemo, huhu akhirnya nampak juga...kecik aje...belang oren putih.

Hmm, lama-lama, menggigil satu badan dah tahu, dah sampai masanya, dah rasa letih kena hantar pulang, panggil adik tu untuk tarik Z akhirnya...

Huhu....wah masa untuk memandang ke bawah, cantiknya rasa ingin terus tenggelam ke dalam laut tanpa memandang diatas, terlalu banyak perkara yang serabut diatas dunia, kadang kala. Ikan yang bermacam warna, harus agaknya lepas ni belajar mengenali species ikan pulak ...pelbagai bentuk, rupa warna, tapi nama tidak tahu, dan coral yang sangat cantik, pelbagai bentuk, rupa, dan warna, sayang ada banyak juga coral yang sudah mati. Ya terlalu banyak pilihan sampai rambang mata....hahhaha....


Kami bersnorkeling lebih kurang satu jam setengah kot, hampir penat dan letih rasanye...pening biaselah dah terbanyak minum air laut. Nabil bagi pinjam fin sudah waktu ni....apa lagi nana rasa macam ikan sudah. Rasa macam tak nak naik bot aje, selalu naik yang paling lambat...hahaha...okay jom Si Nabil sudah panggil tuk pulang, harap lepas ni ada minum petang, tak silap macam ada minum petang....

And yes waktu baliklah ni, Nana terjatuhkan snorkeling set, huhu alamak terbayang kena bayar RM100, nasib baik ada si Nabil ada, sambil2 tu sukanya dia bergurau usik Nana...hahaha kena bayar...wah di saat itu memang rapport telah terjalin....ya kami semua memang mudah cepat mesra.....ya ka? atau masuk bangkul angkat sendiri...hahahah

Sampai-sampai memang ada minum petang, yes cekodok yang best n goreng keledek yang manis cecah sos cili. Buat air teh sendiri, yes bagus sangat ajar tuk jadi independent, sape nak manis boleh ambil gula, kalau kurang manis, sendiri buatlah ye...Same aje menu tahun 2009...hehehe....masih ingat masih ingat....

Yang paling seronok melayan karenah Marissa yang suka jual mahal, seronok sangat dia tengok laut, tengok tupai...wah sangat rindu pada marissssssssssaaaaa!!!....Satu persatu aunty2, uncle2, kakak2, abang2, wahahahah melayan..ikut mana satu u all sukalahkan...iye kak nana...saye tetap acik Laily....^_^..

Bola Tampar

Jom kita pergi tampar orang...eh silap, hehehe...tampar bola...kenapa panggil bola tampar, tak pun panggil bola pukul ker....huhuhu okay aktiviti petang...jom layan bola tampar pantai...memang tangan bangku kot saya ni berbanding sahabat yang lain....minta maaf ye....saya memang kurang bersukan sejak sekolah menengah last amain bola tampar waktu sekolah rendah....orang yang datang disini semuanya sporting, hahah ajak aje sape2 main bola.......dari Black, Nabil, Yoyo, tak yoyonyer....semua join....

yang paling best aktiviti bola tampar bagi saya adalah aktiviti bola tampar petang Jumaat sebab, pada waktu tu semua sahabat kami masih semua ada.....yes meaning Azie n Malie, n Marissa juga....^______^

Sampai hampir maghrib main bola tampar....hmm ye group sape menang tak tahulah sudah tak ingat....

The laugh, the fall, the sand, the ball, the score, the pain...huhuhu everything is in my mind.....ya apa lagi yang mahu, bermain ditepi pantai yang sangat cantik, laut yang biru, udara yang segar, semua muka yang sangat happy......^_^...kadangkala nak ditulis atau describe dalam kata-kata agak susahkan....sometimes words are not enough...."it is more than words"

Main Ombak-ombak

Selepas main volley ball, main Lawan ombak atau tahan ombak. Serius ombaknya sangat kuat. er teringat hampir lemas waktu ni huhuhu nasib ada mereka yang membantu.....Tatkala menulis ni, terngiang-ngiang bunyi ombak hempasan ombak ke pantai...hari ke dua baru dapat tangkap gambar....siap sambung main bola monyet pulak...hahahah...seronok yang takut takut air sudah join....

Hari yang makin lewat, maka air pasang, makin dalam....sambung lagi macam tak nak naik dari pantai...hahahah....tanam orang....main tarah aje....hahahaha



BBQ

Lepas di pantai terus pegi makan BBQ, ya saya sudah lupa, disini kena bakar sendiri...aduih berebut masing2, better bakar tuk semua orang. Jom panggil semua kawan2 makan, ada yang tolong bakar sedia makanan di atas meja....

huhu...dengan tidak mandi, masih dengan pakaian swimming, basahnya, pergi dok bakar makanan dalam sejuk ada rasa panas...hampir rasa terbakar muka....okay apa list makanan malam tu, menunya sudah terlupa:

Udang Bakar, Ayam Bakar, Ikan Bakar, tu aje kot, yang len nasi goreng, coleslaw, mee goreng, ...hmm makanlah selagi mampu....:)...Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki dikurniakan....malam ini adalah malam terakhir bagi Azie n Malie n marissa, Malie dah mula migrain...huhu sian....

Apa lagi ya untuk malam ni...hmmm....ya ada satu perkara yang agak...tapi.......

Jalan-Jalan waktu malam

Ya selepas kekenyangan.....kami berjanji untuk berjalan-jalan...huhuhu...tapi perempuan biasalah bersiapnya lama, sambung dengan celoteh lagi...hahaha sian si Zam  n Safiah kena tunggu, alih2 diaorg masuk tidur sudah....So tinggal Yana, Lan, n Fazli. berjalan-jalan sehingga ke hujung pantai, sekejap sahaja...huhuhu...hanya menikmati angin malam sahaja di tepi pantai....ambil gambar and berposing...huhu...

Hmm takde ape2 sangat malam ni...unless kalau yang berminat untuk karaoke sambil ada liqour okaylah kot, ataupun yang suka cucuk langit adalah tempat yang happening...hmm aduih tak masuk korumlah....manakala kalau bagi resort yang mahal sket adalah band yang play Live music...well think about it saya sebenarnya sangat suka layan live band music, tak kisah real atau dalam tv aje...^_^ sangat best....

So better balik tidur, terasa amat lama sangat kat Redang, padahal baru aje sampai....huhuuhu bilas difikirkan baru teringat kami sudah tak tidur hampir dua hari....and yes sambung chit chatting atas katil sampai tertidur. Ada orang tu bangun pagi sesangat.




5th March 2010, Saturday

Ya hari Ke 2, Assalamualaikum n selamat pagi semua. Pagi2 terjaga dalam pukul 6.30am, tiba-tiba blackout. air cond tiada lampu pun tiada....Solat pun dalam keadaan gelap. Wah rasa bersalah lak terus...sebab suggestkan tempat ni, ya mana nak tahu akan blackout....tak tahu sebabnya...sebelum pegi breakfast, pagi2 lagi pergi menjenguk Marissa dengan Yana....Kalau ikutkan jadual hari ini 9.30am akan pergi snorkeling.

Hmm, pagi-pagi breakfast Nasi Lemak, hmmm yummmmmmmmmmmmmy...and telinga ni pagi-pagi lagi juga dah disantap dengan nyanyian....hmmm....so kita dengar n layan sajalah sajalah ye....ya ka?..huhuhu

Topic during breakfast, bermacam-macam...macam-macam ada, nak recall satu persatu-satu ka?, hehehe tak perlulah kot....ingat dalam kepala sahaja lagi bermakna....ia sudah sangat cukup, ia sangat-sangat menarik kan...hahhahaaha....

Perihal blackout, sudah bertanya pada tuan Chalet, katanya ada kerosakan, sudah panggil TNB datang. Harap-harap cepat settle....

Macam tak percaya hari ni tengah hari last Azie, Marissa, n Malie last...Sekejap aje 2D1N, hmmm....So pergi sambil last ambil gambar dengan Azie n family sebelum kami pergi snorkeling. Sebab kemungkinan bila kami balik semua, mereka sudah naik ferry.

Yup, terdengar suara sudah...."snorkeling time, snorkeling time, snorkeling time"....^_^

Team kami kali ni, cepat siap menunggu orang lagi. hehehe...

Atas bot, sempat berkenalan 4 adik dari UIA, Kuantan, Pahang. (semua sebab sahabat punya pasal lah ni, but well, we all memang peramah and suka berkenal-kenalan), and bila ditanya lagi hebat2 betul program yang mereka ambil sangat pandai, pastu bagi saya mereka sangat hebat masih tengah belajar sudah pergi berjalan-jalan, seronoknyaaaa....saya dulu waktu belajar masih belum berani pergi travel. Hmm apa nama mereka sungguh saya sudah lupa, yang ingat Daila dan Suraya (betul tak? namanya, tak pasti lah) itupun sebab mereka join main bola tampar waktu petang.

Kalau masih ada facebook, mesti still contactkan dengan semua kawan-kawan yang kenal waktu redang.....tapinyer....sudah tiada lagi....sometimes I do think facebook limits your networking, alahai takde FB pun boleh berkawan kan???....don't be narrow minded....dulu-dulu pun mana ada facebook...masih semua boleh berkenalan n berkawan juga kan...nak atau tidak saja....itulah dia salah satu keburukan social networking nie...menjadikan kita saangat independent, satu kekurangan saya sekarang ialah tidak tahu birthday kawan-kawan semua, kalau tidak asyik wish saja...so lepas ini yang memang saya ingat adalah a few sahaja....harus agaknya mendapatkan contact balik kawan-kawan dari SKBB, SMAC, UIA n UKM, tempat sekerja yang lama dulu, penpal, outdoor friends....saudara-marapun....aduyai....

Hari ini yes pergi ke Taman Marine Park Pulau Redang, ya tiket perlu dibayar RM5 (termasuk dalam RM315). So sebenarnya apa fungsi taman Laut, mari kita belajar serba sedikit. 

Taman laut ialah kawasan perairan laut yang dilindungi, biasanya untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik. Kegiatan menangkap ikan dilarang sama sekali di dalam kawasan Taman Laut. lebih kurang ada 9 taman laut yang di perairan Malaysia ni.

Sangat cantik dan penuh sangat dengan ikang-ikang bermacam jenis, coral n etc. Kali ini Zamri n Safiah follow yang paling best ada camera yang boleh bawak dalam air...huhu....

Kali puas hati dapat bawa Zizah tengok ikan, semalam dia kata dia tak nampak ikan langsung...Alhamdulillah ikan di Taman Marine memang sangat banyak, cuma next time kena bawak roti...lagi ikan tu dtg banyak. Slowly bawa Z terapung, macam2 aksi berlaku, kadang kala nampak saya pulak yang diselamatkan....^_^...ingat kata saya tidak akan lepaskan dia...

Sahabat2 yang lain hilang entah ke mana....haahha....
Hmm ada suatu kejadian, camera Zam terjatuh, nasib baik perairan yang tidak dalam dekat dengan pantai, tapi still mereka tak dapat ambil gaklah, kena minta bantuan saver yang lain. Ada juga lah dua tiga gambar waktu snorkeling.

Waktu ni agak lama, terasa badan Zizah sudah menggigil kesejukan, bibir dah berwarna biru, masih lagi kata okay...heheh dah seronok agaknya nampak ikan, kena naik balik ke darat, kalau tak akan kesejukan sangat.

So lepas hantar Zizah ke persisiran pantai, Yes off  to other side of the beach, Nana ajak aku pergi hujung pantai sket....

2009 dengan Zura sampai nampak ikan pari, n belut besar, kali ni takda...hhuhuhu....tapi kali ini hanya nampak ikan n tukun-tukun, gamat pun ada...., huhuhu patutnya ajak Jue n Yati lagikan....hmmm....next time....

Dan seperti biasa, saya n Nana juga yang terakhir naik ke darat....Dalam pada tu sempat juga berkenalan dengan seorang adik namanya Amil betulkah?....peramahnya, tapi agak unik orangnya...^__^....moga Allah memberi petunjuk dan hidayah padanya....aminnnnn....


Dalam menunggu di jeti Taman Marine Park, bot kami yang paling last, walaupun diperbuat dari kayu, enjin yang agak slow...dan mungkin tidak semewah bot-bot resort yang lain, bot nilah yang telah membawa kami selamat pergi dan selamat pulang dari setiap tempat di pulau-pulau di Redang, saya saya tetap suka lagipun sesuai dengan bayarannya, banyak komen sila keluarkan bajet yang lebih mahalkan, well mungkin bukan komen mungkin mereka hanya ingin mengkritik untuk peningkatan, ya sentiasa fikir positif terhadap orang lain itulah penulis.

Cumanya saya akui, kali ini berbanding tahun 2009, saya rasa mereka lebih menjaga pelanggan mereka pada tahun 2009, kali ini mereka agak lepaskan skit dan banyak mereka biarkan, tak tahu kenapa saya rasa khidmat mereka kurang baik berbanding tahun 2009. Tapi interm of rapport, waaaaaaah...sangat marvellousssssss....^_^

Dalam tengah hari kami sampai di Pulau....jom merentas desa lagi menuju ke Redang Lagoon. huhu dah tak terasa jauh merentas desa, seronok aje laks... 
lepas Tengah hari makan-makan, sempat lepak-lepak dulu di hadapan pantai...paling best berebut buaian gantung diantara pokok, lepas tu hanyun laju-laju....huhuhu...mau tercabut perut rasanya....sebelum tunggu time tuk snorkeling yang terakhir lain iaitu kali yang ketiga...
Waktu ini, mata yang sangat mengantuk dengan perut yang agak kenyang, jom layan buai...^_^....

Dalam pukul 2.30pm

"Snorkeling time, snorkeling time, snorkeling time"

yup....sudah kedengaran panggilan yang terakhir....kali ini tempat yang mereka bawak tu kali pertama tuk snorkeling agak mendebarkan, berkali-kali ku tanya betul ke tempat ini yang dibawa, maklumlah mereka sangat suka bergurau..tak ingat sudah apa namanya Pulau Paku kot?...entah sudah tak ingat....

Air agak berombak dengan kuat and agak dalam, boleh nampak ke...kalau diving okay jugak ni.

Kali ketiga zizah sudah penat tak mahu snorkeling sudah mungkin kasihan pada kami agaknya, Yana juga n Safiah pun, mereka hanya join pergi sahaja....

Hmm....air berombak, dalam hati takut, tapi alah air sahajakan, kuatkan saja hati, maka terjun jugak aku, Ya Allah perasaan waktu tu, kuatnya air ini, tapi ku gagahkan juga tuk snorkeling, lepas tu yang lain mengikuti. Pada waktu kemudiannya yang lain ikut....

Dalam hati ada juga terdetik tak mahu tukar tempat ke?...huhu mula-mula tak nampak apa-apa langsung, tapi selepas seketika sudah nampak ikan, tapi sungguh kuatnya ombaknya, nampak sekumpulan ikan masya Allah cantiknya, Nana n Fazli kata tak nampak apa-apa pun, well memang agak dalam n gelap. Dalam pada itu ada seorang sis jatuh masknya dibawah.

Tapi tak lama kemudian, semua suruh naik tukar tempat lain, ya saya juga yang agak lambat masih selamba walaupun tak tahu ada bahaya rupanya dibawah tu....

Akhirnya mereka ke Pulau yang lain...wah airnya sangat jernih, huhuhu...banyak ikan...okay kali ini jom snorkeling puas...yang terakhir.....bagi trip kali ini,

Coral nya biasa-biasa aja, ...ikan Subhanallah, masya Allah, cantiknya, banyak jenis, alangkah baik kalau tahu nama, dan boleh bagi makan  ikan....

Sewaktu melayangkan fikiran dalam air, melihat ke bawah, merenung ke dalam air, terus ke dalam pasir, sangat menenangkan.

Ya kalau orang kata, mungkin tidak waras penulis ini, apalah yang seronoknya menundukkan kepala dalam air, ikan, alah sama saja dengan ikan kisi, ikan kembong yang dimakan...denga kesejukannya lagi.

Wahai pembaca sekalian tidakkah kamu pernah terbaca dari ayat Al-Quran supaya melihat dan berfikir tentang kejadian Allah. Ya bukan sekadar melihat tapi berfikir.

Pernahka kamu berfikir, tidak terfikirka bagaimana ikan tidur dalam air? saya pun tidak tahu macam mana, harus agaknya ada orang ketawakan saya, mungkin tidak logik soalan itu....

Terlalu banyak jenis ikan didunia, ya terlalu banyak pilihan, ada satu kejadian saya nampak satu ikan besar sedang memburu ikan-ikan kecil yang lain, wah menariknya, dia mengejar dan mengejar tetapi tidak dapat ikan kecil tersebut maka dia biarkan saja, ya harus sampai masa kita kena tahu bila waktu mengalah...bila masa untuk mengundurkan diri, bila sampai masanya rezeki ikan itu maka dia akan dapat makan jua...

Ya rezeki itu berada dimana-mana, Allahuakbar, rezeki setiap manusia setiap mahkluk adalah ditangan Allah bukan ditangan manusia, ditangan syarikat mahupun ditangan human resource department, sekiranya sudah takdirnya maka ia akan dapat juga rezekinya. Maka janganlah kamu mengeluh wahai hamba Allah, bersyukur apa yang ada. Rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk bukan setakat dalam bentuk wang ringgit atau harta, ia boleh datang dalam bentuk masa, umur, bahagia, waktu gembira, jodoh, nafas, dapat beribadah, sempurna tubuh badan, bakat, kejayaan, dan sebagainya. Maka kita hendaklah sentiasa bersyukur di samping kita berusaha.

Wow, masuk topic len gak nih....huhu...okay so sampai diakhir snorkeling, tunggu nana, rupenyer dia dibawa yoyo pergi snorkeling amboi gi snorkeling jauh-jauh tak ajak kome (saya dlm bahasa phg) pun...huhu

Mereka bawak gamat...uhu..ia sangat hodoh, tapi dalam hodohnya ia mempunyai banyak khasiat dan kebaikan, sangat menakjubkan ciptaan tuhan, jangan disangka hodoh itu buruk saja...ya Don't judge a book by it's cover!!!.....

Dan ajaibnya walaupun ia nampak hodoh bagi setengah manusia ia tetap menarik minat kami semua untuk bergambar dengannya...huhuhu....

Hmm...again, muka yang sama juga lambat naik ke atas bot....huhuhu.....sayang sangat ke air...atas bot...ooh atas bot....hmmm.....

Sampai-sampai terus pergi minum petang...semua sudah sangat lapar...aduih waktu ini, masih blackout, aircond tiada, air pun putus. Takpe takpe, mari minum dulu, yes cekodok panas..uhuh...ambik macam kebulur betul budak-budak ni, badan sudah tidak tahan, harus mandi dan menunaikan solat....lepas ni boleh sambung main bola tampar yang memang saya tak boleh main...huhuhu!!!

Petang tiba, semua main bola tampar,  hhuhuhu pada mulanya agak slow, hahah sebab macam tak main ajer...huhuhu...lepas lama sikit baru lah seronok, hhuhu dengan kawan-kawan baru yang dikenali di Redang....waah gamat jadiknya....hahahah seronoooooook...waktu ni sebenarnya tangan dah sakit sebab semalam dah salah tampar....

Better selamat tengok ajerlah, asyik jatuh aje....memang sah saya tangan bangku lah....

huhu last penulis surrender jadi jaga score, n juru gambar, then hilang pergi hiking bukit dihadapan pulau, ya dulu saya mendaki dengan jue n zura, ambik ala-ala hindustan, kali ni saya seorang. Ada berjumpa dengan sepsang kekasih diatas, huhu mereka datang dari KL bercuti katernye stay di laguna resort, wow tempat mahal, tanye berapa rate untuk 3D2N (almost RM400)...huhu masih tempat kami yang destinasi bajet....^_^

Wah cantiknya pemandangan dari atas ni....Subhanallah....^_^ apa yang saya nampak, simpan dalam memori minda saya dan melalui camera seseorang....

Sampai senja mereka bermain bola tampar, saya dari atas bukit snap sahaja dari jauh dapat juga tangkap mereka bermain ombak, wah Lan n Izyana bercanda n bergurau di pantai, bahagianya mereka....seronok lihat mereka...^_^.....

heheh Cik nana n Cik Fazli pulak....huhu bergurau senda gak macam adik beradik yer....^_^....agak nampak ombaknya tak seperti semalam agak kurang kuat.

dapat juga gambar mereka semua bermain ombak...exclusive huhuhu...best sangat!!!

Bila dah hampir gelap saya turun, n mandi kejap...bila dah petang, safia panggil kena makan sebelum gelap, sebab masih blackout, wah makan dalam gelap, candle pun takde, bukan candlelight dah, tapi blackout dinner, yang best makan atas meja berhadapan dengan pantai sambil angin bertiup, yes dengan Amil sekali huhu budak ni memang boleh masuk aja dengan sesiapa, kdg2 kesian tengok cam kawan-kawannya pulaukan dia...

Wwalauweh..ya walaupun dalam gelap, perasaan waktu tu sangat seronokkkkkkkk...yakah????....ahhahah entahlah bagi saya ya, bahagia...^_^ mungkin tidak bagi org lain!!!

Tuan Chalet kata, elektrik akan ada semula pukul 8.30pm, huhu mari kita menunggu, waktu saya nak mandi sudah ada elektrik, okay janji dengan mereka semua nak gi jalan-jalan cari cendera hati, mari kita pergi rumah yang masuk dalam filem hong kong tu (Summer Holiday...tak hingat dah tajuk tapi yang pasti Richie Ren n  Sammi Cheng berlakon, waktu redang tak terkenal sangat lagi)

Huhuhu, Amil ajak pergi karaoke/dangdut...huhu..budak ni sungguh slamber ajek...hehe tapi yang pasti dia ikut kami, jalan-jalan cari cendera hati, agak mahal cendera hati di kedai ni. Huhuhu....akhirnya setuju gak beli T-Shirt....walaupun reserve....huhu, jalan dengan Amil rase cam bercakap dengan artis...hahaha...yakah?....huhu entahlah....

Tapi dia sangat tak kisah dan boleh masuk aje dengan kami semua, cayalah....!!! Okay sampai ke Redang Lagoon balik terserempak dengan budak2 UIA, so ajak sekali jalan belah sana pulak, harus pergi juga...dapat gak Zizah dengan dua T-Shirtnya....( satu lagi tu tuk sapa ya?..heheheh....

Malam ni adalah malam terakhir di Redang. hmmm...lepas balik dari berjalan-jalan, budak uia ajak main UNO...huhu a game that i always played when i was a child back then with my sister, brothers, and cousins...aah...miss the good old Days....

Huhuhu, memang menyeronokkan main UNO, cuma Saya n Nana aja tak join sebab lebih menarik meihat gambar-gambar kot, takpun malas huhuhu. And satu kejadian berlaku, penutup lense camera Nana terjatuh. huhu, tak pe nanti kita akan cari gantinyer yer...

and satu lagi ...zamri buat lawak....

saya bertanya bila nampak Amil...datang dari mana lah si amil tu? huhuhu dengan selambanya dia menjawab, datang dari Ampang...huhuhu....

Bila mereka semua dah sudah habis main UNO, yang lain nak masuk tidur, tinggal Zam, Nana, Zizah, Fazli, Amil, Black n saya....huhu itupun kejap, dalam kul 1 am...sudah ngantuk n mau masuk tidur. Kemas barang biar esoklah...

Oh ya terlupa ada yang berjanji untuk pergi hiking di bukit semalam kul 7am esok, takut tak bangun aje....hahaha...

6th March 2011, Sunday

Assalamualaikum dan selamat pagi, agak lambat bangun pagi, Hmm....lepas subuh mengantuk sangat, nak kejut kan N n Z pun tak sampai hati..layan ajerlah tidur tidak perlu naik ajalah bukit...huhu...

wake up wake up....lets go breakfast....

Hmm ya Allah tak ingat breakfast apa pagi nilah....

huhu yang pasti ada press conference pagi2 lagi...hmmm....kadangkala bila hati seorang perempuan bila dengar , jadi sangat  bimbang dengan lelaki, susahnya nak mempercayai lelaki....hmmmm...sedangkan abang sendiri pun lebih kurang macam itu sebelum dia kahwin ( ya abang saya kata berkawan biar seribu tapi berkasih tetap satu, aduyai macam manalah tu, bersilih ganti aweknya, tetapi dia tetap setia yang satu, yang jadi isteri dia sekarang, macam mana dia tahu itulah pilihannya ada instinct ikut kata hatinya, entahlah, yang pasti pernah tanya kakak ipar, dia tahu siapa saja yang pernah jadi aweknya, memang makan hati ayam ajeler)...huhuhu...ya memang lelaki bukan semuanya sama, dan setiap lelaki ada pelbagai cara...hmm entahlah (tetapi pengalaman akan membuat perempuan akan lebih susah nak percaya)....susah nak komen lah....itu salah satu dari aspect kesetiaan dan juga aspect keganasan jugak!...dan saya lebih lagi takut pada lelaki yang nampak baik tetapi sebenarnya gansgster...hohoho...kaki bouncer (nauzubillah)....kalau nak discuss topic ni, rasanya kena berdebat kot...huhu sangat sensitif, masing2 dengan pendapatnya sendiri...dan pendapat saya hahaha biarlah dalam hati saya saja, Allah sahaja yang tahu. mungkin dilain blog entry saya akan nyatakannya....PULL STOP ~ END~

Kami perlu bersiap before 10.30am, sebab feri akan bergerak kul 11am. Nana n Fazli pergi ambil t shirt jap, yang lain-lain pergi berkemas, saya n Z balik berkemas. Huhuhu, masih ingat langsir sudah tercabut di rumah tu, ala-ala rumah adabi ada gaks tu....

Okay settle kemas semua, jom mari kita pulang, marilah kita pulang, marilah kita pulang...memang kami geng yang sangat lambat...hahahha....semua group lain dah sampai, kami aje yang belum...huhu puas si Nabil and Black cari...aduyai dia sebut nama aku salah lah...entahlah rase cam dia sebut norkia aje....huhuu....tak ingat apa yang dia panggil yang pasti tak sama langsung dengan nama saya.....

Bergambar tepi pantai memang best, gambar lompat yang tak lompat, dengan kawan-kawan baru, dengan international tourist...wah..memang sangat jadi perhatian...hahaha....

Okay feri sampai kami transfer dengan bot kecil dahulu, ada problem skit dengan bot yang mengangkut, terlalu ramai orang sehingga bot agak berat untuk bergerak ke hadapan terlekat, sampai kena minta tolong bulldozer...betul tak saya tak nampak pun proses tu, kesian dengan pembawa bot tu...tak habis-habus suruh orang datang ke belakang, bagi balancekannya.... air ombak asyik menghempas ajer...huhu agaknya Redang pun macam berat untuk melepaskan kami pergi....huhuu...chewwaaah....gave clap to the boat people!!!....^_^...horaaaaay....

Boat bertolak agak lambat...sebab ada penumpang yang tinggalkan beg lah...ish macam2 ragam-ragam manusia....sila bertanggungjawab atas barang kamu sendiri....
Akhirnya lebih kurang dalam masa 30 minit settle baru bot dapat berlepas pergi ke Feri....one by one naik ke feri duduk di bahagian bawah....a few minutes later yes jom kita naik atas, kali ni, Zizah ikut sekali....so duk lepak dengan angin wah...makin hitamlah saya yang sudah sedia gelap ni dengan angin laut....banyak gambar yang best sangat di atas....^_^

sama sekali dengan Amil, hahaha....gambar duduk, tidur, lompat semua ada...cayalah...sangat suka dengan angin laut....

Alhamdulillah, selamat sampai di jeti, Hmm tidak pasti pukul berapa sampai di Jeti Syah Bandar, dalam tengah hari rasanya hampir pukul satu, masing-masing sudah kekeringan ayuh mari mencari Bank di Kuala Terengganu, slepas ayuh mari kita shopping di Pasar Payang Kuala Terengganu, cari souvenir skit tuk budak ofis, housemate, n kawan-kawan. Pastu Ingat mak pesan kain batik, so biaselah bila berjalan kena ingat family (nak beli tuk semua tak mampu, yang pasti mesti beli tuk mok n encik, Family de n family abg tan asal semua ada merase sikit buah tangan dari Terengganu cukuplah...huhu ya bagi saya asalkan ikhlas dan dengan apa yang saya mampu sahaja tu pun beli keropok aje...lain takde, mok yang pesan beli kain batik aje)

Huhu...bila berjalan ni, dalam kumpulan kita kena ada rasa empathy sikit, bukannya selalu ada peluang nak pergi ke Terengganu ni, kenalah saling memahami....hmmm...susahnya nak puaskan hati setiap orang...tak mampu rasanya, next time saya akan cuba buat yang terbaek k....^_^

Hmm ni yang tidak pasti kemana selepas kemana, tidak silap saya, pemandu pelancong kami membawa kami selepas Pasar Payang rasanya pergi menuju ke Muzium kesenian Islam. Jalan-jalan kejap di situ, few pictures than pergi ke Taman tamadun Islam, haish mahal pulak tiketnya, RM15, huhu bergambar diluar sekejap ajelah....

Then pergi solat di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, ia dibina dengan kristal dan keluli, ia telah siap dibina pada tahun 2008, dan boleh memuatkan kira-kira 700 jemaah dalam suatu masa, ia juga merupakan masjid pintar pertama di Malaysia kerana ia mempunyai akses internet dan juga Al-Quran elektronik...sejuknya masjid ni ada air cond...huhuhu...wishing Azie was also here....^_^

Okay after solat, yes mari menuju mencari keropok losong, iya di Kampung losong, sepanjang kampung ini ada pelbagai-bagai gerai dibelah kiri and kanan, tapi tak pasti yang mana stau sedap....yang kami pergi kedai Adnan. Huhuhu, kopok kalau makang waktu panas panas memanglah sedap...huhuhu....pas tu masing masing...hmm setiap orang borong keropok tuk family....aduih rase cam banyak, besar sangat bekasnya nasib baik muat bonet AGY 1612...huhuhu....

Selepas itu...hmmm recall recall....ya ke mana pulak akhirnya, sudah tak ingat,  oh ye...berjalan-jalan di Kuala Terengganu sampai airportnya.

Lapangan terbang Sultan Mahmud, Subhanallah hebatnya bangunan rasa cam muzium, huhu saya sangat sukaaa....kalau ada banyak masa mahu sahaja singgah masuk ke dalam, tapi disebabkan.....takpalah waktu lain masa kot...okay serba sedikit lapangan ini, terletak 15km jauhnya dari bandar, pada tahun 2008, airport ini dinaikkan taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Cukuplah dapat singgah sekejap bersyukur sangat, okay lepas tu pergi makan celup-celup di tepi Pantai near airport...huhuhu....tak ingatlah apa nama pantai ni...ada nama tak?...Nama kedai pun dah tak ingat,.....tidak pasti lah...yup makanannya sangat sedap, udang celup yang fresh, sotong yang fresh, cendawan celup yang best, lagi lagi apa ya kita makan yer, order nasi goreng kampung yang sedap, nasi goreng ayam, nasi goreng pattaya, air buah-buahan (gelas gread AAA k) yang sangat best semuanya tak sampai RM70 pun. Adusih semuanya layak jadi pengomen, ye Cik Maria, huhu...okay Alhamdulillah, siap kenyang semua hampir mahgrib kami bergerak.

huhuu, dalam kereta, Cik Nana kita sudah mula mengeluh,....rasa berat nak tinggalkan Terengganu iyer...huhu...sangat happy melihat expression mereka semua...^_^

Dalam pada itu kami round di bandar, wah lebih kurang sama bangunan antiknya, ala-ala di Melaka, cuma tidak dibangunkan lagi, kalau di upgrade, dicat semula pasti sangat caaaaaaaaantik!!! Singgah sebentar di atm, then terus berhenti di Masjid kali ini saya tak tahu masjid apa namanya, siap solat semua, mari kita bergerak pulang.

Hmm dalam perjalanan balik, dua buah kereta saga bergerak menuju pulang ke Kuala Lumpur....

Hhuhu, minta ampun semuanya memang sangat mengantuk, penat dan letih bukan seorang co pilot yang bagus, dan juga mungkin seorang driver yang agak menakutkan, kurang arif bawa auto sebenarnya. Saya cuba tahan mengantuk....dalam perjalanan kami banyak berhenti dan tidur....ia lebih better dari membahayakan perjalanan.

"Ya Allah, lindungilah perjalanan kami, permudahkanlah dan selamatkan perjalan kami ya Allah."

7th March 2011, Monday

Dalam pukul Alhamdulillah, pada pukul 4am sampai di tower 10, minta maaf semua tak sempat turun n salam semuanya, Minta maaf kalau ada tersilap and terkurang yer....^_^.


Sewaktu di Redang Nana suka lagu Joget Kenangan Rindu (Sudirman), ya saya sangat suka lagu ini....^_^, tapi Zizah yang pandai nyanyikan....sambil berbuai-buai....
^_^ rindunya masa itu....
Bila balik dari Redang, saya terdengar lagu dari Flybaits ini, huhu sejak dua menjak sangat suka dengar lagu oldies, entah kenapa ^_^....ya lagu ini memuji keindahan alam tapi sebenarnya menyatakan perasaan yang tengah sedih, bila saat kita harus tinggalkan sangat sayu, sampai rasanya tak mahu tinggalkan Redang sahaja...^_^

Keindahan Alam ~ Flybaits~

Angin pagi berlalu meresap jiwaku
Burung-burung menyanyi berkicauan
Desir ombak berlalu memukul ke pantai
Kanak-kanak berlari berkejaran

Suasana yang indah dan permai
Pohon nyiur pun melambai
Suara alam mendayu menyanyi lagu ku
Bagai hati yang pilu yang merayu

Suria pagi menyinar megah di angkasa
Embun di hujung rumput mula pudar
Desir ombak berlalu memukul ke pantai
Kanak-kanak berlari berkejaran

Bagai hati yang pilu yang merayu
Bagai hati yang pilu yang merayu !

 

My Babbling

Advice (29) Akhlak (40) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)