Sponsored Link

Tuesday, January 25, 2011

Antara Istikharah dan Istisyarah.


ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH

Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.
Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.
Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:

“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”
Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.

Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.

Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.
Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.

Berhentilah mencari mimpi.

Berhentilah menunggu petanda.

Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).

Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.

Ia mungkin mainan Syaitan.

“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]

KESIMPULAN

1.Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.

2.Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.

3.Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.

4.Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.

5.Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

6.Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.

7.Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.

8.Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.

9.Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.

10.Jauhi Bid’ah dan Syirik.

11.Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.

12.Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.

13.Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.

14.Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.

15.Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.
Moga kita sama-sama ambil pengajaran dan mengubah tanggapan kita tentang solat istikharah ini dan bukan dalam soal pemilihan jodoh sahaja.

Tujuh golongan yang diuji....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang

Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dialah yang menjadikan kematian dan kehidupan itu sebagai menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang terbaik amalannya.” (Surah al-Mulk:2)

Ayat ini merupakan salah satu daripada beberapa ayat Al-Quran yang membawa penegasan kepada kita bahawa dunia kehidupan yang sedang kita nikmati sekarang ini adalah sebenarnya pada masa yang sama adalah tempat kita sedang diuji oleh Allah.

Dalam ayat yang lain pula Allah swt menegaskan bahawa dunia yang kita sedang nikmati sekarang ini walaupun menjangkau usia yang lama tetapi hakikatnya ia akan menerima kebinasaan satu hari nanti dan hanya yang kekal adalah Allah swt sahaja seperti firman Allah swt yang bermaksud:

“Semua yang ada dibumi ini akan kekal binasa dan yang akan tetap kekal adalah wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” (Surah ar-Rahman: 26-27)

Dalam ayat yang lain pula Allah swt menegaskan bahawa kehidupan di akhirat adalah merupakan kesinambungan terhadap kehidupan dunia ini atau dalam erti kata lain bahawa hasil kehidupan didunia akan diraih ketika kita menghadapi kehidupan hari akhirat seperti firman Allah swt yang bermaksud:

“Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah sekalipun nescaya dia akan melihatnya dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah sekalipun nescaya dia akan melihatnya.” (Surah al-Zalzalah: 7-8)

Oleh kerana alam dunia ini tidak kekal, maka segala kenikmatan ini, walaupun sehebat manapun ia masih sedikit jika dibandingkan dengan kenikmatan akhirat begitulah sebaliknya kesengsaraan didunia ini walau sehebat manapun ia masih kecil jika dibandingkan dengan kesengsaraan di akhirat.

Bertitik tolak dari konsep di atas maka setiap kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk menanggung segala keperitan, kesusahan dan kepayahan dan kita mesti menghadapi segala ranjau dan rintangan semata-mata untuk tetap berada di atas landasan kehidupan yang diredhai Allah kerana jika kita berjaya dalam ujian ini maka kita dijanjikan dengan kenikmatan yang akan menjadikan kita lupa sama sekali dengan penderitaan yang kita alami sebelum ini tetapi yang lebih menakutkan kalau kita gagal dalam ujian ini maka kesengsaraan akhirat akan meluputkan sama sekali kecapan nikmat kita didunia ini sepertimana yang ditegaskan oleh Rasullullah SAW yang bermaksud:

‘’Akan didatangkan seorang yang telah mendapat nikmat terbanyak didunia tetapi tergolong dari golongan ahli neraka pada hari kiamat, kemudian dicelupkan ia dalam neraka seketika lalu ditanya kepadanya: “wahai anak Adam pernahkah engkau merasa apa-apa nikmat atau kebaikan di dunia dahulu.” Ia pun menjawab: “Tidak pernah wahai Tuhanku.” Akan didatangkan pula seorang yang telah mendapat kesusahan yang terbanyak didunia tetapi tergolong dari golongan ahli syurga pada hari kiamat, kemudian dicelupkan ia di dalam syurga seketika lalu ditanya kepadaNya: “Wahai anak Adam pernahkah engkau merasa apa-apa kesengsaraan atau keburukan di dunia dahulu.” Ia pun menjawab: “Tidak pernah wahai Tuhanku.” (H.R. Muslim)

Dalam satu hadith Rasulullah SAW, baginda menarik perhatian umatnya bahawa ada tujuh golongan manusia yang sentiasa diuji ketahanan daya juang mereka daripada terus menerus berada dalam landasan sebenar kehidupan sepertimana yang dikehendaki Allah SWT.

Ganjaran yang amat lumayan dijanjikan kepada mereka sekiranya mereka mampu bertahan untuk mengekalkan ketaatan mereka sehingga akhir hayat iaitu mereka akan dilindungi oleh naungan Allah SWT pada satu hari yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud:

“Pada hari kiamat matahari akan berada dekat dengan makhluk sehingga sekira-kira sebatu maka manusia pada ketika itu akan ditenggelami peluhnya berdasarkan kepada amalannya masing-masing, ada yang sampai ke buku lalinya, ada sampai ke lututnya dan ada yang sampai ke pinggangnya dan ada yang tenggelam terus.” (H.R. Muslim)

Persoalannya siapakah tujuh golongan berkenaan?

Ini diberi jawapan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud:

“Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki itu menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak ketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya.” (H.R. Bukhari)

Golongan pertama

1)Pemimpin

Setiap pemimpin mestilah sedar bahawa dirinya sedang diuji oleh Allah. Pandangan umum menyatakan apabila seseorang sudah mencapai tahap kepimpinan dia akan mengecapi segala kemudahan dan kenikmatan. Namun jika dirinya sendiri tidak dipimpin oleh pimpinan iman maka corak kepimpinannya yang tidak amanah, rasuah dan menggunakan apa sahaja cara untuk kekal memimpin akan memusnahkan dirinya sendiri. Mungkin dia akan merasa sedikit kenikmatan ketika menjadi pemimpin tetapi apabila kenikmatan yang sedikit itu dinikmati dengan cara yang salah maka kesengsaraan diakhirat akan melupuskan samasekali kecapan nikmat didunia dahulu.


Golongan kedua

2)Pemuda yang membesar dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT

Seorang pemuda sentiasa diuji ketahanan imannya menghadapi cabaran zamannya. Segala kenikmatan boleh diraih dengan mudah kerana ia sudah berada di hadapan mata. Memang diakui bahawa amat payah untuk seorang pemuda komited dengan landasan hidup beragama kecuali dengan usaha yang bersungguh-sungguh.



Golongan ketiga

3)Seorang lelaki yang hatinya sudah terpaut dengan masjid

Manusia boleh menikmati kenikmatan sementara apabila ia berada dibangunan-bangunan lain selain dari masjid seperti panggung wayang, pusat membeli belah, pusat-pusat permainan video dan lain-lain tempat. Tetapi pakej kenikmatan yang ditawarkan oleh masjid adalah lebih kekal dan menarik.



Golongan keempat

4)Dua orang lelaki yang membina persahabatannya kerana Allah SWT

Kebanyakan orang merasakan kenikmatan bersahabat dikecapi dengan memperolehi kepentingan tertentu. Oleh itu kita mendapati kadang-kadang demi menjaga tali persahabatan yang terselindung disebaliknya kepentingan lain, sahabat yang terus bergelumang dengan maksiat dan dosa dibiarkan begitu sahaja. Ada kalanya timbul keadaan dulu kawan sekarang lawan disebabkan kepentingan dirinya telah diraih setelah memerahnya dari sahabatnya. Persahabatan kita sebenarnya sedang diuji oleh Allah SWT.



Golongan kelima

5)Seorang lelaki yang berjaya mempertahankan imannya walaupun ia digoda oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan rupa paras muka yang menawan.

Andainya lelaki berkenaan menuruti kehendak wanita berkenaan, maka ia akan mengecapi nikmat tetapi hanya beberapa ketika sahaja berbanding ia akan menghadapi balasan getir dari Allah SWT diakhirat kelak. Mudah-mudahan kita terselamat dari bentuk godaan seperti ini.



Golongan keenam

6)Seorang lelaki yang menyembunyikan sedekah jariahnya sehingga ia tidak diketahui oleh orang lain.

Adakalanya manusia yang tipis imannya cuba meraih kemasyhuran dengan berderma dan merasa amat selesa jika dermanya itu berhasil dengan dirinya digelar dermawan oleh masyarakat. Maka ia merasa itu satu nikmat tetapi hakikatnya ia adalah nikmat yang sementara kerana ia bakal menghadapi sengsara yang berkekalan di akhirat nanti.



Golongan ketujuh

7)Seorang lelaki yang bersendirian bermunajat kepada Allah SWT lalu mengalirkan air matanya penuh penyesalan dan akur kekerdilannya dihadapan Allah SWT.

Amat sukar untuk mencari individu seperti orang berkenaan disebabkan selalunya apabila seseorang itu bersendirian maka serta merta ia akan dikunjungi dengan fikiran-fikiran yang buruk, hasad dengkinya akan mula meluap semula, balas dendamnya akan berputik semula, fikirannya akan menjelajah ke daerah-daerah yang diharamkan oleh Allah SWT dan sebagainya.



Bagi seorang mukmin hubungannya yang rapat dengan Allah SWT akan membawa kenikmatan yang hakiki baginya. Mudah-mudahan Allah SWT akan kekalkan kita dalam perjuangan bagi menegakkan dan mengekalkan keimanan dalam diri, keluarga dan masyarakat serta diberi kesedaran bahawa kita sedang diuji iman kita semua. Mudah-mudahan kita semua diberkati dan dipelihara Yang Maha Esa.

me: diambil dari http://qalbunsyakirun.blogspot.com/2010_11_01_archive.html

Monday, January 24, 2011

Kesalahan dan kemaafan...



Ada kata-kata pujangga berbunyi, lupakanlah kebaikanmu kepada orang lain dan lupakanlah kesalahan orang lain kepadamu, tetapi sentiasa ingat kebaikan orang lain terhadapmu dan juga sentiasa ingat kesalahanmu kepada orang lain.

Jadikanlahku insan yang pandai memaafkan bahkan membalas orang yang menyakitiku dengan kebaikan yang mengesankan.

Pandailah memaafkan sahabat, termasuk pandailah memaafkan diri kita sendiri agar kita dapat menikmati kilaunya sinaran mentari di waktu pagi dan agar kita bisa mersai indahnya jingga matahari dikala senja...Subhanallah...

Firman Allah s.w.t:

An-Nuur:22 "Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapangnya hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"




me: adakah aku memahami apa yang dikatakan, ya aku rasa ya, dan cukup faham tak perlu jelaskan lagi, tapi entahlah kalau aku yang salah faham....cuma kadangkala hanya kata kemaaafan yang ingin didengari, tak perlu mengelakkan diri, tak perlu rasa susah hati, tak perlu rasa bersalah...atau sebenarnya mungkin 'ia tidak kisah dan hanya aku saja yang terasa  berlebihan... hmmm...

-ya ku tahu aku juga bersalah, bersalah kerana membiarkan hati ini mengikut perasaan dan terbuai dengan mimpi yang tidak pasti...jadi tidak perlu risaukan apa-apa...aku akan okay....
-Ya aku manusia yang biasa saja, yang mempunyai emosi, kadangkala muka bersedih, kadangkala muka gembira, tapi insya Allah semuanya akan baik-baik aja, hanya perlukan keajaiban masa menyembuhkan, insya Allah dipermudahkan segala, insya Allah 'ia akan diberkati oleh Allah s.w.t, perkara yang baik dengan niat yang baik akan dipermudahkan oleh Allah insya Allah...
-sungguh aku masih waras dan mempunyai iman yang teguh, insya Allah, dan sungguh aku tidak akan melakukan sesuatu yang melampaui batas...ya sesungguhnya Allah membenci pada manusia yang melampui batas...
- Ya Allah lindungilah diri ini dari segala sifat mazmumah, Semoga Allah melindungiku diriku dan ahli keluargaku dari fitnah manusia, dan dari bisikan syaitan insya Allah....

-yang amat ku inginkan Ya Allah sekarang adalah kedamaian hati, kelapangan dada, ketenangan jiwa dan emosi. Ya Allah janganlah ku terbawa dengan emosi yang banyak dipengaruh oleh hati yang lemah dengan bisikan syaitan....

-la tahzan( jangan bersedih) la tahzan (jangan bersedih) ya ukhti (wahai saudariku), innallaha (sesungguhnya Allah) ma'anna (bersama dengan hamba-hambanya)...

Norlaily Osman akan berjanji untuk senyum, gembira, dan bahagia sentiasa ^____________^

Bersyukur dan Redha....^__^

Alhamdulillah, segala puji kepada mu Ya Allah, ku bersyukur dengan apa sahaja yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku, terasa kelapangan hati yang aku dambakan sudah menghampiriku, insya Allah aku akan redha dengan senang hati, aku yakin dengan mu ya Allah. Ketidakpastian yang aku rasai selama ini, yang membuat ku tidak tenang, yang sedih akan pergi...insya Allah...permudahkanlah perjalanannya dan berkatilah ia dengan rahmat mu Ya Allah. Semoga musibah ini akan menjadi pendekatku dengan mu Ya Allah.

Dan aku yakin dengan takdirmu Ya Allah, dan aku redha, dan aku  gembira, insya Allah semua akan baik baik sahaja...ya inilah yang dikatakan kita bergembira atas kegembiraan orang lain dengan seikhlas hati...

Jadikanlah musibah kesedihan hati ini sebagai penambah pahalaku pada mu Ya Allah, dan gantikanlah ia dengan yang lebih baik ya Allah, jadikanlah aku hamba yang sabar, bertakwa, bersyukur, beriman kepadamu ya Allah. Dan tabahkanlah hati ku, aku ingin menjadi seorang wanita yang kuat...insya Allah...jadikanlah diriku yang tidak takut dan tidak sedih atas sebuah kehilangan dan jadikanlah aku seorang wanita yang matang insya Allah, dan elakkakn diriku dari melakukan perkara-perkara yang tidak diredhaimu ya Allah dan elakkanku dari melakukan perkara yang akan melukakan hati orang lain.

Doaku Ya Allah,

“Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nyalah kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan berilah aku ganti yang lebih baik darinya.”

Insya Allah....amin ya rabbalalamin....Ya Allah terimalah dan tunaikanlah doaku....aku redha....sesungguhnya kau adalah penciptaku, dan aku akur bahawa yang Kau lebih tahu apa yang terbaik untuk diriku...^_^

Saturday, January 22, 2011

Hiburan Untuk Mereka yang Putus Tunang/Diceraikan/Kematian Pasangan


Perasaan adalah satu anugerah Allah yang sangat bernilai dan halus sekali pada setiap manusia. Ia juga disebut emosi. Merasa cenderung kepada jantina berlawanan jenis juga satu anugerah demi kelangsungan generasi manusia (Kalau tidak, alamatnya…setakat Adam dan Hawa ajelah yang memakmurkan bumi).

Pelbagai cara manusia mahu menunaikan tuntutan fitrah ini. Ada yang berkawan dahulu, bercinta tidak kiralah ‘cinta monyet’ ke atau ‘cinta kucing’ atau ‘cinta murni’ dan lain-lain. Sudah tentu cinta terbaik atau cara meluahkan kasih sayang antara lelaki dan perempuan ini ialah apa yang telah digariskan oleh Allah swt melalui syariat Islam.

Merisik, bertunang seterusnya berkahwin tanpa ber’couple’ adalah cinta yang berkualiti dari segi metodnya. Isinya belum tentu. Ia bergantung bagaimana cara kita mengisi cinta tersebut. Kalau diisi dengan sampah atau duri, kotor dan menyakitkanlah cinta tersebut. Jika ia dipupuk dan dibaja dengan pelbagai resepi Nabi s.a.w dalam melayarinya, nescaya bahagia dan hidup semakin tenang. Oh ya, saya tidak bermaksud memperincikan hal tersebut di sini. Ia hanya mukaddimah kepada tajuk tulisan ini.

Cinta Kucing

Sebelum saya bercerita lebih lanjut, mungkin ada yang ingin tahu apa itu ‘cinta kucing’. Ia istilah ciptaan saya untuk memberi gambaran kepada fenomena ‘cinta’ baru di kalangan generasi muda hari ini. Saya maksudkan generasi muda hari ini yang begitu mudah melakukan seks sekalipun baru mengenali antara satu sama lain. Juga mereka yang ber’couple’ (bercinta) dahulu kemudian berzina tanpa perlu melalui akad yang mengikat cinta dan tanggungjawab. Tanpa mengira lelaki atau perempuan, maruah mereka senilai dengan kucing. Mudah jinak dan mudah menyerah.

Oh ya… usah stereotype dengan istilah ‘mudah menyerah’ itu pada perempuan sahaja. Lelaki yang berzina sama murah dengan pasangannya. Cuma perempuan mudah kelihatan ‘murah dirinya’ bila perut memboyot . Lelaki tidak begitu. Atas dunia bolehlah lepas. Akhirat kelak, confirm tak lepas jika tidak bertaubat.

Dari aspek peruntukan hudud juga, mereka menanggung hukuman yang sama. Kalau belum pernah berkahwin, hukuman sebat 100 rotan. Jika sudah atau pernah berkahwin, hukuman direjam sampai mati. Sama, bukan? Itulah keadilan Allah swt!
Hmm…demikianlah definisi tentang ‘cinta kucing’.

Bertunang, putus… Berkahwin pula diceraikan…Atau pasangan meninggal dunia

sedih

Ramai antara kita mempunyai pengalaman bertunang kemudian diputuskan tali pertunangan itu tanpa rasional yang munasabah. Ramai juga yang sudah berkahwin pula diceraikan tanpa sebab yang lojik. Dalam perkataan lain, kes sebegini termasuk kes penganiayaan sesama manusia. Ia tidak menjadi aniaya jika sesuatu keputusan disandarkan kepada hujjah atau alasan syarak.

Ada yang berseorangan apabila pasangan terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi. Sekali lagi saya ulangi, tanpa mengira lelaki atau perempuan, apa yang bakal saya paparkan adalah relevan untuk kedua-dua belah pihak. Bukan khusus untuk perempuan sahaja.

Kisah Ummu Salamah
Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Abu Salamah meninggal dunia setelah pulang dari perang Uhud. Ia meninggal akibat luka parah yang dialaminya. Abu Salamah meninggalkan seorang isteri, Ummu Salamah. Ummu Salamah merasa sangat sedih. Fikiran terganggu. Ummu Salamah, seorang yang intelek tidak mahu membiarkan dirinya dirundung pilu berterusan.

Ummu Salamah sedar Muhammad bin Abdullah, insan yang paling dekat dengan Allah itu masih ada. Balu dan ibu kepada anak-anak yang kematian ayah itu dinasihatkan oleh Nabi s.a.w berkenaan masalahnya. Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar satu doa yang bermaksud,

    “Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nyalah kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan berilah aku ganti yang lebih baik darinya.”

Pada waktu itu, Ummu Salamah tertanya-tanya juga siapa lagi yang lebih baik dari suaminya. Namun Ummu Salamah terus mengamalkan doa tersebut serta yakin dengan Allah yang akan memakbulkan doanya.

Beberapa sahabat Rasulullah s.a.w segera melamar Ummu Salamah. Hal ini mereka lakukan sebagai tanda hormat terhadap suaminya yang telah berkorban demi Islam. Juga untuk melindungi diri Ummu Salamah. Mereka itu termasuklah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar bin al-Khattab , tetapi Ummu Salamah menolaknya.

Kebimbangan Ummu Salamah berhubung pengganti suaminya akhirnya terjawab tatkala dilamar oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Inilah rupanya hasil doa dan kesabarannya. Kehilangan Abu Salamah telah diganti oleh Allah dengan sebaik-baik manusia yakni Rasulullah s.aw.
Lamaran Rasulullah s.a.w itu tidak segera diterimanya. Ummu Salamah mengungkapkan kata-kata, “Sesungguhnya saya seorang wanita yang telah berusia. Saya juga memiliki anak-anak yatim dan saya seorang yang sangat cemburu. Sedangkan anda wahai Rasulullah, memiliki ramai isteri.”

Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Adapun tentang sifat cemburu itu, maka Allah akan menghilangkannya. Adapun usia yang telah tua, sesungguhnya saya lebih tua darimu. Manakala anak-anak yatimmu, maka itu menjadi tanggungan Allah dan Rasul-Nya.”

Hilanglah rasa ralat di hati Ummu Salamah. Lalu diterima lamaran sebaik-baik manusia itu dengan rasa gembira. Status Ummu Salamah meningkat menjadi salah satu Ummahatul Mukminin, yang telah memberikan contoh tauladan dalam menempuh mehnah hidup.

Kisah indah ini direkodkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya.

Iktibar dari Kisah Ummu Salamah

Beberapa perkara berikut adalah tip untuk mendapat ganjaran lebih baik dari Allah;
    1. Sabar tatkala diceraikan atau kematian pasangan atau diputuskan pertunangan. 
    2. Doakan agar mereka yang menganiaya kita mendapat hidayah. 
    3. Jangan berdendam. 
    4. Mohon Allah jadikan kesedihan hati sebagai kaffarah dosa-dosa yang lalu serta beristighfarlah. 
    5. Elakkan mengadu sesama manusia kecuali untuk mendapatkan pandangan agama dalam masalah yang dihadapi. 
    6. Serahkan urusan mereka yang menganiaya (kecuali kes kematian pasangan) kepada Allah. Jangan sekali-kali cuba membalas perbuatan mereka kerana bimbang kita ter’over’ membalasnya. Cukuplah Allah sebagai hakim yang maha adil untuk mengadili kes mereka. 
    7. Amalkan doa Ummu Salamah seperti tertulis di atas. 
    8. Bersangka baik dengan Allah bahawa Allah takdirkan yang terbaik untuk kita dengan menjauhkan sesuatu yang akan lebih menyusahkan diri kita di masa-masa akan datang. Dalam masa yang sama, sebenarnya Allah mahu beri sesuatu yang lebih baik untuk kita. Dalam tempoh diuji, Allah mahu menilai tahap sabar, pasrah kita padaNya dan akhlak kita sesama manusia. Bila kita dapat melepasi pra-syarat tersebut, insya Allah, Allah akan gantikan pasangan yang lebih baik dari yang telah hilang. 
    9. Jangan putus asa dari rahmat Allah.
Doa Ummu Salamah itulah hiburan bagi mereka yang ditimpa musibah ini. Hiburan terindah ialah tatkala melihat di alam realiti, apabila tiba saatnya Allah menunaikan doa tersebut. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. Yakinilah…

Foto dari www.rediesh.com

Foto dari www.rediesh.com

*** Mereka yang melanggar batasan Allah dalam mencari pasangan yakni ber’couple’ tidak sesuai mengamalkan tip di atas KECUALI mereka bertaubat dan memperbaiki diri dengan meninggalkan larangan Allah. Insya Allah, mereka akan dapati Allah itu maha pengampun dan maha penyayang pada setiap hamba-hambaNya.

Maksud saya, mereka tidak akan mampu mendapatkan kekasih yang lebih baik dari kekasih yang telah pergi selagi mereka hidup dalam maksiat. Jauhi maksiat, amalkan ketaatan. Nescaya hidup diberkati Ilahi.

Manfaatkan Ramadan yang masih bersisa untuk mendekatkan diri kepada Allah. Apa guna kita berterawih dan beramal amalan sunat sekiranya perkara yang haram masih dilakukan seperti mendedahkan aurat dan keluar berdua-dua lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Syaitan masih dalam kurungan. Inilah saatnya yang tidak perlu ditangguh untuk kembali kepada Tuhan.

Ummu Abbas
11.52am
18 Ramadan 1430H
 

Because I am a Fool ~He's Beautiful OST~

Translation lyric of "Because I am a Fool" from drama of he's beautiful....

I must be like this because I’m a fool
It seems alright even when I’m hurt
Even when I’m teased about my pitiful love
Because I’m a fool beyond help

I was good to her because I wanted to be
I was happy with just that
If she smiles just once
I’m happy with that smile

Thinking “This girl doesn’t have a person she likes”
I simply stay by her side like this
Because this is a love where I’m happy to be giving
I don’t expect anything in return

A place from where I can reach her any time she holds out her hand
A place from where I can visit her any time she calls for me
I’ll stay there without changing
Because I love her

Because she was the one I chose
Even the pain made me happy
If she looks back at me just once
I’m happy with that

Thinking “This girl doesn’t have a person she likes”
I simply stay by her side like this
Because this is a love where I’m happy to be giving
I don’t expect anything in return

A place from where I can reach her any time she holds out her hand
A place from where I can visit her any time she calls for me
I’ll stay there without changing
Because I love her

Until someone else to watch over her in my place arrives
I’ll stay by her side for the time being
Because this is a love where I’m just happy to gaze at her
I don’t need anything in return
So that she can lean on me and rest any time

I’ll always appear the same
Even if she leaves me without saying goodbye
I’ll let her go saying thanks
Because I’m a fool

me:........berlawanan....well i'm happy if other people happy... yes i can get through this, time will heal me....i'll be okay....soon or later....Have faith in yourself laily...^_^

Friday, January 21, 2011

Hati Emas ~Kembara~

Berjalan di tanah gersang
Mentari mencekam dada
Debu-debu di jalanan
Menjadi teman setia

Tiada lain tujuanku
Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui

Oh! terdengar suara halus
Bagai dengar dan menghilang
Katanya pulanglah oh! anakku
Ia tiada di sini

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Di masa kini adakah kau peduli

Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Mungkin selamanya takkan aku temui...

me:.....................

Tuesday, January 18, 2011

Salah Faham Umat Islam Berkenaan Jodoh dan Pasangan

Persoalan Jodoh termasuk perkara yang berada dibawah bab takdir dan telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak azali lagi. Memahami masalah jodoh hendaklah dengan kefahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang diajarkan oleh Rasulullah agar kehidupan kita dilalui dengan pertunjuk yang sahih dan mencapai keredhaan Allah SWT.

 Salah Faham Berkenaan Jodoh

Saya sendiri pernah tersalah faham di dalam bab jodoh, ianya berlaku kepada saya sewaktu masih muda remaja dahulu dan sibuk mengejar cinta serta mengharapkan jodoh yang istimewa dan akhirnya memang saya mendapat jodoh yang benar-benar istimewa.

Saya berkahwin dengan seorang gadis arab, anak perempuan seorang ulama sunnah di Yaman. Sewaktu itu saya cukup bergembira dan merasa sangat berbangga.

 Walaubagaimanapun Allah lebih menyayangi saya.

 Allah swt befirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (Al-Baqarah : 216)

 Allah mengehendaki kebaikan kepada saya dengan menganugerahkan kepada saya sebuah perceraian sehingga melaluinya saya dapat memahami erti sebuah jodoh dan perkahwinan.

 Tanpa penceraian tersebut nescaya saya tidak akan mengetahui dan memahami maksud jodoh sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah.

 Saya diberi izin oleh Allah SWT untuk berkahwin kali kedua apabila seorang bapa yang soleh menawarkan anak gadisnya kepada saya. Ketika itu wujud perbalahan di dalam jiwa saya yang membuatkan saya berfikir panjang ini disebabkan sebagai seorang ustaz (ketika itu sudah bergelar ustaz) saya memikirkan untuk mencari seorang gadis yang sempurna, wanita yang hebat dan mampu mengubati hati saya yang terluka dan cedera akibat perkahwinan terdahulu.


Kali ini mahu mencari yang paling comel, paling gebu, paling sempurna sehingga saya gariskan ciri-ciri isteri idaman saya yang persis bidadari.

 Allah menyebut di dalam Al-Quran bahawa Syaitan akan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara antaranya ialah dengan angan-angan yang memperdayakan : "Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka." (Al-Baqarah : 216)


Allah befirman : "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (An-Nisa : 120)

 Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberikan kebaikan kepada saya dengan mendapat nasihat dan pertunjuk berguna daripada ulama-ulama sunnah di Yaman. Kata mereka, Allah tidak akan memberikan "bidadari" kepada anda di dunia tetapi di akhirat. Jadi jika anda mahukan wanita yang bertaraf bidadari di dunia maka kahwinilah dengan niat yang betul, jalanilah kehidupan rumahtangga dengan betul, jadilah suami yang betul dan InsyaAllah isteri anda akan menjadi bidadari di akhirat.

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal kepimpinannya. Pemimpin adalah yang bertanggungjawab memimpin dan akan ditanya perihal yang dipimpin olehnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Buruh adalah pemimpin dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah pemimpin dan tentu akan ditanya perihal kepimpinannya. " (Hadis sahih Muttafaq 'alaih)

Syeikh lalu menceritakan perihal Umar RA yang turut mengalami masalah rumahtangga, bahkan rasulullah sebaik-baik manusia juga menghadapi masalah yang sama sekaligus menyedarkan saya "Mana ada manusia yang sempurna."

 Diriwayatkan bahwa seorang pemuda datang ke rumah Umar bin Khatthab Radhiallahu 'anhu hendak mengadukan keburukan akhlak isterinya. Maka ida berdiri di depan pintu menunggu Umar keluar. Lalu dia mendengar isteri Umar bersuara lantang pada suaminya dan membantahnya sedangkan Umar diam tidak membalas ucapan isterinya. Pemuda itu lalu berbalik hendak pergi, sambil berkata : "Jika begini keadaan Umar dengan sifat keras dan tegasnya dan dia seorang amirul mukminin, maka bagaimana dengan keadaanku ?".

 Umar keluar daripada rumahnya dan melihat ada orang beredar dari rumahnya lalu memanggil pemuda itu dan berkata : "Apa keperluanmu wahai pemuda ?" Dia menjawab : "Wahai Amirul Mukminin, pada mulanya aku datang hendak mengadukan keburukan akhlak isteriku dan sikapnya yang membantahku. Lalu aku mendengar isterimu berbuat demikian, maka aku pun kembali sambil berkata :"Jika demikian keadaan amirul mukminin bersama isterinya, maka bagaimana dengan keadaanku ?" maka Umar berkata : "Wahai saudaraku. Sesungguhnya aku bersabar atas sikapnya itu kerana hak-haknya padaku. Dia yang memasakkan makananku, yang membuatkan rotiku, yang mencucikan pakaianku, yang menyusui anak-anaku dan hatiku tenang dengannya dari perkara yang haram. Kerana itu aku bersabar atas sikapnya". Pemuda itu berkata : "Wahai Amirul Mukminin, demikian pula isteriku". Berkata Umar "Bersabarlah atas sikapnya wahai saudaraku ..." [Kitab Al-Kaba'ir oleh Dzahabi hal. 179]

 Janganlah Melihat kepada Keburukkan Seseorang kerana tidak akan wujud Pengakhirannya tetapi lihatlah kepada Kebaikan yang akan membolehkan Kita menumpang dan menikmatinya.

 Saya lalu terus bersetuju untuk mengahwini seorang gadis mentah, muda seusia 17 tahun untuk menjadi isteri saya tanpa teragak-agak. Alhamdulillah, setelah beberapa tahun kini dialah bidadari saya yang merupakan wanita paling indah yang pernah saya temui.

 Anda yang bertanggungjawab "berusaha" menjadikan pasangan anda sebagai bidadari atau lelaki soleh yang anda inginkan melalui usaha berterusan dan perjuangan melaksanakan hal tersebut beroleh pahala.

 Berdasarkan carta jodoh di atas ANDA akan mendapati bahawa JODOH kita sebenarnya sudah DITAKDIRKAN iaitu bermaksud ianya sudah ditetapkan oleh ALLAH SWT semenjak azali lagi.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: 

"Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya." 

(Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)

Tidak kira apakah jalan yang anda gunakan untuk berkahwin maka ianya sudah pun ditetapkan oleh yang demikian mengapakah kita harus menggunakan JALAN yang HARAM sedangkan dengan JALAN yang HALAL pun kita boleh mendapatkannya ?

 Janganlah mencelakakan diri kita dengan memilih jalan yang haram dan berdosa kerana kelak kita akan menanggung akibatnya di akhirat. Kenapa bimbang belum mendapatkan jodoh ?

Apakah anda akan ditakdirkan akan berkahwin atau ditakdirkan tidak akan berkahwin TERNYATA sudah tidak sepatutnya dipertikaikan lagi kerana ianya SUDAH DITETAPKAN dan hal tersebut tidak berubah.

Jadi mengapa bimbang dan risau ? Orang yang beriman kepada Takdir maka tiada kebimbangan dan kerisauan di dalam jiwa mereka kerana menyakini segala sesuatu sudah pun ditetapkan.

 Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Abu Darda r.a dari Nabi s.a.w bersabda, ‘Tidak sekali-kali masuk ke dalam syurga (Allah), orang yang mendustakan takdir (Allah).’ (lihat: Silsilah hadis Sahihah, nombor 675).

 Apa yang perlu anda risaukan ialah bagaimana harus berusaha, jalan yang perlu dipilih agar memenuhi PERINTAH ALLAH itu sahaja.

 Siapakah Pasangan Anda ?

 Anda tidak perlu TAKUT siapakah jodoh anda kerana pasangan anda sudah pun ditentukan oleh Allah SWT dan apa yang perlu anda lakukan ialah untuk berusaha mendapatkan calon yang soleh dan solehah sebagai memenuhi PERINTAH ALLAH dalam keadaan anda penuh sedar dan yakin ianya sudah ditetapkan.

Anda berusaha semata-mata kerana mahu memenuhi perintah Allah. SWT.

Memilih jodoh yang baik

 Berdasarkan carta di atas, maka anda diharapkan dapat memahami bahawa Kehendak Allah yang disukai dan diredhai-Nya (Iradah/Kehendak Syar'iyah) dapat diketahui oleh kita dengan ILMU berdasarkan Kitab dan Sunnah.

 Manakala Kehendak Allah yang menyebabkan berlakunya segala sesuatu, yang mengizinkan terjadi tiap-tiap perkara (disebut Iradah/ kehendak Kauniyah) tidaklah bermakna ianya disukai dan diredhai oleh Allah SWT.

 Tiada sesiapa termasuk anda dan ulama dapat mengetahui siapakah lelaki atau wanita yang sesuai atau baik untuk anda. Mr. Right atau Mrs. Right tidak akan dapat diketahui oleh Kita selama-lamanya tanpa WAHYU di sisi.

 Allah swt befirman : "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib ,maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu." (Jin : 26)

 Memandangkan Rasulullah telah wafat maka tiada sesiapa lagi boleh mengetahui siapakah yang lebih sesuai untuk kita dan siapakah pula tidak. Majoriti orang "menyelidik", "mengkaji" latar belakang calon pasangan masing-masing dengan tujuan "merisik" mencari calon yang paling sesuai dan terbaik.

Hakikatnya hanya ALlah yang mengetahui, boleh jadi setelah dikaji "di dalam makmal"maka didapati seorang wanita itu baik untuk kita atau sebaliknya namun setelah berkahwin dan hidup bersama maka dia kemudiannya berubah hati dan menjadi jahat serta menyeleweng.

 “Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”
(HR. Tirmidzi)

 Hati manusia boleh berubah ibarat pantai.

 Jangan membuang masa mencari Mr. Right atau Mrs Right sehingga mengabaikan tanggungjawab kita yang banyak. Masa kita terhad, maka perlu dipergunakan semaksima mungkin di dalam gerak kerja ibadah kita seharian.

 Kita harus perlu sentiasa TEGUH di atas Perintah ALLAH SWT.

 Aisya ra., berkata, “Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’(hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah) Ambilah iktibar dari Kisah Ummu Habibah (Ummul Mukminin), Ramlah binti Abu Sufyan yang telah mengahwini Ubaidullah bin Jahsy, seorang muslim seperti beliau. Tatkala kekejaman kaum kafir terhadap kaum muslimin, Ramlah hijrah menuju Habsyah bersama suaminya. Disanalah beliau melahirkan seorang anak perempuan, yang diberi nama Habibah. Dengan nama anaknya inilah beliau dijuluki (Ummu Habibah).

Allah menguji beliau dengan situasi yang dahsyat apabila suaminya murtad daripada Islam sewaktu berada di Habsyah dan berusaha memurtadkannya. Beliau tetap istiqamah di atas Islam dan akhirnya berpisah dengan suami tercinta kerana agama. Hal ini akhirnya menjadi PELUANG kepadanya untuk menjadi Ummul Mukminin apabila beliau kemudiannya dipinang oleh Rasulullah SAW. Rasulullah bertemu dengannya pada tahun ke enam atau ke tujuh Hijriyah. Waktu itu Ummu Habibah berumur 40 tahun.

 Islam Mengizinkan Lelaki Mukmin berkahwin dengan Wanita Ahli Kitab "Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan* diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi.” (Al-Maidah : 5)

 Mengapakah Allah mengizinkan lelaki yang beriman mengahwini wanita ahli kitab ? Jawapannya kerana persamaan Aqidah di antara kita dan mereka. Perbezaan di antara ahli kitab dan umat Islam ialah berkait masalah syariat demikian yang dimaksudkan dengan keizinan bolehnya berkahwin di antara lelaki muslim dan ahli kitab iaitu mestilah ahli kitab yang memiliki kepercayaan Aqidah yang sahih dan benar berdasarkan kitab samawi terdahulu bukannya merujuk kepada ajaran Yahudi dan Kristian yang SYIRIK dan mensyirikkan Allah di dalam ajaran mereka sehingga menjadikan mereka orang musyrikin dan bukan lagi ahli kitab.

 Di dalam “Sahih Bukhari” terdapat sebuah riwayat yang berasal dari Abdullah bin Umar r.a. bahawasanya ia pernah ditanya tentang perkahwinan antara lelaki muslim dan wanita nasrani atau yahudi, Abdullah bin Umar menjawab : “Allah mengharamkan wanita musyrik dikahwini oleh lelaki muslim, Aku tidak tahu syirik apakah yang lebih besar daripada seorang isteri yang mengatakan bahawa Tuhannya ialah Isa, padahal beliau itu adalah salah seorang dari hamba Allah s.w.t. Jika ia tidak mengatakan hal itu, ia tetap dipandang sebagai wanita ahlul kitab, walaupun ia meyakini kesucian Isa al Masih atau meyakini kesucian bondanya Maryam atau meyakini kesucian roh kudus dalam bentuk yang berlainan dari kepercayaan orang muslim; selama ia tidak menyekutukan Allah”. (hadis Sahih Bukhari)

Hal ini membuktikan bahawa Islam menganggap perkahwinan itu cuma alat dan tools untuk merealisasikan perjuangan dan tuntutan ibadah bagi menyalurkan keperluan fitrah manusia ke arah yang halal.

 Lantas untuk orang yang sedar akan segera memahami bahawa adalah tidak perlu untuknya mengambil masa yang lama untuk memberi respon kepada jemputan atau pinangan perkahwinan apabila dirinya dipinang jika cara dan kaedah yang digunakan adalah menurut syarak.

 Manfaatkan sahaja peluang dan rezeki yang diberikan untuk digunakan ke jalan Allah SWT.

 Semuanya berbalik kepada diri kita sendiri apakah kita sebenarnya mahu atau mampu menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah bukan melihat kepada orang lain untuk dijadikan alasan di atas kegagalan kita.

Asiah merupakan isteri Firaun, tetapi dia berjaya menjadi wanita yang solehah dan memasuki syurga Allah.

 Allah befirman : "Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman." (At-Tahrim : 11)

 Manakala Isteri Nabi Luth pula merupakan ahli neraka sekalipun suaminya ialah Rasul dan Nabi.

 Allah befirman : "Kecuali isterinya. Kami telah menentukan, bahwa sesungguhnya dia itu termasuk orang-orang yang tertinggal (bersama-sama dengan orang kafir lainnya)." (Al-Hijr : 60)

 Allah befirman : "Maka Kami selamatkan dia beserta keluarganya, kecuali isterinya. Kami telah mentakdirkan dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan)." (An-Naml : 57)

 Hal ini sebenarnya bertitik tolak kepada ILMU dan kefahaman yang sahih menurut KItab dan Sunnah untuk menyedari kewajipan dan peranan kita di dalam agama.

 Tugas anda ialah berusaha mengikut cara yang sahih dan menjalani ibadah dengan segigih mungkin kepada Allah SWT manakala bakinya berserah kepada Allah untuk menetapkan keputusan di atas usaha kita.

 Kita sudah berusaha dan akan terus berusaha, resultnya bukan urusan kita.

Sumber : http://ustaz.blogspot.com/2009/10/salah-faham-umat-islam-berkenaan-jodoh.html

me: thanks to myra .. So, pada kwn2 ku yg dh berkahwin dan dh ada anak2 serta famili yg bhgiaaaa...jgnlah selalu mempersoalkan soal jodoh org2 bujang mcm saya nih..bkn nye tknk tp jodoh tu bkn di bwh kuasa saya nk tentukan bila-bila dengan sape2.. semuanya dh tertulis dan ditetapkan oleh Allah.. so,tak timbul la soal bhgia ke atau tk.. semua org bleh bhgia tk kira dh kwin dan ada anak2..ataupun org bujang.. hrp dpt memahami....di ubah suai dan diambil dari pinah....^_^...semuanya di tangan Allah....^_^....

Monday, January 17, 2011

Jangan pernah berubah ~ST12~



Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan
Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
walau kini kau ucapkan selamat tinggal
membuat ku keresahan
Reff:

Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Back to Reff
meninggalkanku tanpa perasaan
hingga ku jatuhkan air mata
kekecewaan ku sungguh tak berarah
biarkan ku harus bertahan
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya...

Penulis:


Berfikir dan terus berfikir sehingga tiada penghujungnya, memandu sehingga sekeliling Kuala Lumpur cuba mencari keputusan. Ya masih tidak dapat ku putuskan apa yang aku mahu buat...sungguh aku tidak mahu air mata mengalir lagi, cuba bertahan tapi ia tetap mengalir dengan laju, sehingga tak mampuku tahan...hingga teresak-esak....

Jumaat malam, emakku terdengar dan bertanya wahai anakku kenapa, mengapa? Tidak mampu kujawab terdiam membisu, hingga diacap kali ditanya, aku hingga menjawab tiada ada apa yang emak perlu risaukan....tapi hati emak sungguh pandai, memang dia tak percaya apa yang dikatakan, hanya kusuruh emak tidurlah kembali tiada apa yang ibu perlu risaukan sekali lagi, anakmu ini akan pulih cuma perlukan masa sahaja....Ya Allah lapangkanlah hati ini. Dan sebelum pulang, emak bertanya lagi, dengan lembut dia bertanya kenapa? beritahu pada ibu apa masalahnya, tak mampu ku keluarkan, tak mapu ku gusarkan hatinya, terasa ada yang menyekat tuk kusuarakan, lagipun entah apa yang aku inginkatakan... aku pun tak tahu kenapa, apa, siapa yang membuat ku sedih sebegini....aku tak mampu suarakan pada sesiapa pun, ya biar sahaja ku yang tanggung sendirian...ya mungkin masa akan memulihkan aku nanti...

Apa yang aku rasakan ini, mungkin aku sahaja yang rasa,
debaran ini mungkin hanya aku sahaja yang rasa,
getaran ini mungkin hanya aku sahaja yang rasa,
rasa suka ini mungkin aku sahaja yang rasa,
rasa cemburu ini mungkin aku sahaja yang rasa,
rasa rindu ini mungkin aku sahaja yang rasa,
rasa sayang ini mungkin aku sahaja yang rasa,
rasa cinta???ya ini mungkin aku sahaja yang rasa,
ya aku sahaja sendirian yang rasa....ya sendirian lagi.... :(

Ya mungkin aku tidak cukup baik, mungkin juga aku tidak cukup atau terlebih???....entah apa sahajalah....ya mungkin sebab "itu" entah aku pun tidak tahu kenapa..ya mana mungkin mana bisa aku mengubah perkara yang tidak bisa ku ubah yang telah ditetapkan sejak azali...dan kadangkala ingin sahaja ku tahu apa sebabnya, ya mungkin sebab itu akan menyakitiku, tapi ia lebih baik kutahu? betulkah lebih aku tahu atau lebih baik tuk ku tidak tahu...entahlah...ya sahabatku berkata aku hanya dipermainkan...hmm entahlah...terlalu banyak perkataan entah...ya Mode sekarang: entah!!!...

Sesungguhnya ya Allah tidak pernah aku sesali apa yang aku rasa...sesunggunya aku bersyukur dari tiada perasaan langsung...dan sungguh aku cuba untuk tidak salahkan sesiapa....buat masa ini apa yang boleh aku katakan perasaan itu tidak mampu ku ketepikan lagi pada waktu ini....Allah yang datangkan rasa itu...mungkin sampainya masanya rasa itu bukan milikku lagi rasa itu, mungkin Allah akan tariknya juga dari itu...ya mungkin...bila? aku sendiri tidak tahu bila....

Apa itu cinta? ya aku sendiri tidak tahu....
Apa yang ku tahu:

Cinta pada Allah akan sentiasa berbalas, cinta Pencipta pada makhluknya, Masya Allah tiada terbatas, tiada tandingan, kasihnya pada makhluknya , nikmatnya tidak terhingga dan tidak tersebut...Allah maha pengampun dan maha penyayang. asalkan bertaubat nasuha, insya Allah taubat akan diterima...Allah tidak kisah bila dan bagaimana kamu bermula tapi apakah penghujungnya, adakah kamu akan menjadi hambanya yang soleh atau tidak...Cinta kamu pada Allah s.w.t insya Allah akan sentiasa berbalas....

Cinta Rasulullah pada umatnya, juga sentiasa berbalas....kasih Rasulullah pada umatnya yang dia tidak pernah berjumpa pun... hingga Nabi Muhammad s.a.w memohon pada Allah supaya tidak menurunkan bala seperti umat yang terdahulu, seperti umat nabi-nabi yang terdahulu, seperti kaum Nabi Lut...Masya Allah sayangnya Rasul pada umatnya, tapi umatnya???..Ya apa yang kita sedang lakukan sekarang...Ya cinta pada Rasulullah akan sentiasa berbalas...

Cinta Ibu Bapa...masya Allah, kasih ibu bapa pada anaknya tiada tandingan, ya cinta yang tanpa syarat, sayangnya pada anak-anak, kasihnya pada anak-anak tiada tandingan....Walau anak itu nakal macam mana, jahatnya macam mana, tidak sempurna macam mana pun mereka tetap terima. Sanggup bersusah payah suapaya anak senang. Ya cinta yang tiada syarat....cinta pada ibubapa sentiasa akan terbalas....

Cinta pada manusia lain???....tak mampu ku jawab dan tiada apa yang mampu kutulis setakat ini pada waktu ini....

Bila tiba pada penghujung tahun lepas, aku sudah membuat keputusan, ya tahu ianya susah... memang cuba sesungguh hati, cukup kuat, tapi hati siapa mampu mengawal perasaan...siapa boleh kontrol getaran hati...a'ah jadi robot bagus jugakkan???...hahahaha.....ada suis boleh dipetik atau "di offkan" sahaja....hehehehe....hmmm....setiap sebelum subuh, disetiap sujud ku berdoa....ya Allah lapangkanlah hati ini, Ya Allah sesungguhnya engkau sahaja yang lebih tahu...

Ketika ini, apa yang mampu katakan biarkan saja begini, kiranya ingin kulupakan lagi ku tolak, lagi ianya kuat dihati ini, suatu hari nanti jika sampai waktunya Allah akan tariknya jua, aku akan redha...dan ketika ini sungguh seikhlas hati ia hadir dan ada, dan sungguh seikhlas hati aku tidak mengharapkan apa apa balasan...apa pun yang saya lakukan pada waktu ini adalah setakat mana yang mampu setakat mana hati ini boleh lakukan sekiranya ia diizinkan oleh Allah insya Allah...

Ya Allah bukanlah pintu hati ini, lapangkanlah hati ini, penuhkanlah aku dengan rasa syukur, rasa redha, rasa rindu dan rasa cinta kepada Mu ya Allah, pada Nabi Muhammad, pada mak dan encik, pada ahli2 keluargaku yang lain....tabahkanlah hati ini....aaaaaaaaamiiiiiiiiiiiiiiiiin....

"Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,
Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,"
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta……."


"Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta" :(



"I waited but you never came,
I stood there in the rain,
waiting for you in the cold night,
My tears streaming down my face
you could not see them because
I hide in my heart
I laugh, I smile
so all the people would see me I'm happy,
yes let it be..."

wassalam.....

Doa memohon petunjuk...

"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
me: Ya Allah, jadikanlah aku hamba mu yang bersyukur dan redha atas kehendak Mu....

Thursday, January 13, 2011

Cinta Tiada Akhirnya ~ Jaclyn Victor ~


Kuyakin cinta ku ini
Tak bisa melangkah pergi
Kaku berdiri disini
Menanti lafaz kasihmu
Biar kau akui dan aku kekasihmu

c/o

Gelora asmara tika bersama
Bunga mekar seluruh semestanya
Mimpi indah kita bintang bewarna
Janji setia kita
Selama di taman cinta

Cinta tiada akhirnya
Membara kekal ke syurgamu
Tak usah kau raguiku
Sayangku dengarkan kasih
Aku milikmu selamanya
Percayalah....

Kasih antara kita
Tercipta abadinya
Tak mungkin memisahkan aku dan dia
Ukir namamu dalam
Cintamu selamanya
Biar semarakkan kasihmu
Selalu………..

me: sangat sangat suka lagu ini....^_^

KaWaN BaiK....^_^

KaWaN BaiK


Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.


Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.


Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.


Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.
kita kawan kan...???

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)