Sponsored Link

Saturday, November 27, 2004

9 jenis anak setan.

Simpanlah baik2 email ini dan sebarkan pada rakan2 anda sebagai
peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu
hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar! hasutan mereka.

Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan


1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.


2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap Allah.


3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang
berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada
minuman keras).


5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga
lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.


6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk
ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami
isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.



Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk! (SCROLL DI BAWAH)..

10. Isetan.

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di
sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing&.....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.

Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an
pulak.Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.


11. Hindusetan

Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu
sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala
keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!


12. Santan

Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan
masak lemak.

Biskut Saya...Biskut Awak?


Ada satu cerita ... Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.

 
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya.
Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.

 
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah tak malunya lelaki ni.....sudah la tak mintak izin dari aku.... makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!!" rungut wanita itu dalam hati.

 
Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

 
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya "Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar..."

 
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

 
Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi...

Ya...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan oranglain.

Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.

 
MORAL CERITA
Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu bas/keretapi/kapalterbang ...makan benda lain.
Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan
Moral 3: Lain kali simpan biskut yang kita beli...makan biskut orang dulu.
Moral 4: Jgn makan biskut!!!

Best Regards,
Noor Halizah M.M-RF195C
External Final Manufacturing (e-FM)
Freescale Semiconductor (M) Sdn Bhd

Friday, November 26, 2004

The Boss :D

The Boss
One day a man goes to a pet shop to buy a parrot. The assistant takes the man to the parrot section and asks the man to choose one.

The man asks, ''How much is the yellow one?''
 The assistant says, ''$2000.'' The man is shocked and asks the assistant why it's so expensive.
The assistant explains, ''This parrot is a very special one. He knows typewriting and can type really fast.''

''What about the green one?'' the man asks.
The assistant says, ''He costs $5000 because he knows typewriting and can answer incoming telephone calls and takes notes.''

 ''What about the red one?'' the man asks.
The assistant says, ''That one's $10,000.''

The man says, ''What does HE do?''
The assistant says, ''I don't know, but the other two call him boss.''

Tuesday, November 23, 2004

SMS Lawak...: D


Cuma untok hiburan semata mata - tidak ada kena mengena pada yang hidup
atau mati.


1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga...."


jawapannya kerana :


kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI.....



2. SENYUM pd orang tua tanda syg.
SENYUM pd kanak2 tanda kasih.
SENYUM pd kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lg...mmg sah GILA!


3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran..."
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!


4. "Cinta..ibarat kentut..."
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan .......
ahhhhhhh lega rasanya.......


5.Aku trpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya2, BENARKAH ini?
nafas ku terthn, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"


6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan
apabila selesai berdoa, jika
kegelapan masih
mengelilingimu
maka bayarlah bil elektrik

PUNCA BADAN MENJADI LETIH.


Tuan-tuan dan puan-puan, para peminat Radio Malaysia Pulau Pinang yang di muliakan. Assalamualaikum wbt. Satu diantara perkara yang sering di tanya kepada saya oleh masyarakat dari masa kesemasa ialah mengapa badan mereka sering menjadi letih walaupun mereka merasakan tidur mereka mencukupi. Ini satu soalan yang menarik dan kita sebenarnya perlu memilikki maklumat yang betul agar kesihatan dan akhirnya cara hidup kita menjadi suatu yang paling baik untuk diri kita. Sebenarnya ramai di kalangan kita yang bangun awal setiap hari untuk pergi bekerja. Tetapi pada hujung minggu ataupun pada hari cuti kita tidur berlebihan daripada biasa. Segelintir daripada kita akan tidur hingga ke tengahari dengan alasan untuk memperolehi kerehatan sepenuhnya yang tidak di perolehi pada hari-hari bekerja.

Sebenarnya tindakkan ini adalah satu tindakkan yang salah. Mengikut Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit, beliau berkata cara tidur sedemikian rupa mengganggu pusingan Biologi ataupun Biological Clock. Pusingan biologi dalam badan kita ini sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan kerehatan kita. Lantas andaikata cara tidur kita seperti yang saya sebutkan tadi iaitu pada hari-hari bekerja kita bangun awal secara rutin tetapi di hujung minggu atau cuti umum kita tidak lagi mengikut jadual itu, kita bangun tidur lewat sebagai contohnya. Maka cara tidur begitu merosakkan jam biologi yang terdapat dalam badan kita. Natijah atau hasilnya ialah badan kita menjadi letih walaupun tidur kita mencukupi.

Sebenarnya apa yang berlaku dalam diri kita. Yang berlaku ialah jika kita bangun tidur tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon yang bernama Cortisol terganggu. Hormon cortisol ini ialah hormon kecergasan. Bila kita bangun dari tidur kemudian bergerak dan kita aktifkan diri kita, kita sebenarnya di pengaruhi oleh hormon cortisol. Hormon ini di keluarkan oleh badan pada waktu-waktu tertentu sebagai contoh andaikata kita bangun tidur pada pukul 6 pagi, maka hormon ini akan dikeluarkan oleh badan lebih kurang pada pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita bangun dan aktif.

Lantas badan kita akan terus mengeluarkan hormon kecergasan ini pada pukul 3 pagi andaikata di setiap pagi kita bangun tidur pada pukul 6 pagi. Jika rutin ini kita hormati insyaallah kita akan cergas dan tidak akan letih. Sebaliknya andaikata kita tidak bangun tidur pada pukul 6 pagi sedangkan hormon kita menjangkakan kita akan bangun tidur pukul 6 pagi dan ia telah keluarkan hormon pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba kita tidak mengikut rutin itu. Pada suatu ketika kita bangun tidur pada pukul 10 pagi, akan berlaku gangguan pada badan kita. ketika itulah kita keletihan.

Sebenarnya latihan yang kita ambil daripada Ramadhan cukup indah dan cantik. kita bangun tidur pada waktu sahur. Ini sebenarnya latihan islam. Latihan yang sepatutnya kita sambung di luar musim Ramadhan. Selama lebih kurang sebulan kita bangun tidur di waktu sahur, katakanlah lebih kurang pukul 5 pagi. Waktu sahur ini satu waktu yang barakah. Waktu yang di penuhi rahmat. Sebab dalam Al-Quran, lebih khusus dalam Surah Al-Imran. Allah swt memuji satu golongan manusia. Allah berkata bahawa golongan manusia seperti ini dikasihi aku kata Allah.
Satu diantara ciri yang ada pada mereka ialah Wal mus taqfirin nabil azhar, Mereka bangun tidur diwaktu sahur.
Kalimat Al-Quran, Azhar ertinya waktu sahur. Mereka bangun tidur diwaktu sahur dan meminta ampun kepada Allah diwaktu itu. Lantas andaikata kita bangun tidur setiap hari pada waktu sahur lebih kurang pukul 5 atau 5.30 pagi dan ini berterusan setiap hari, tidak hanya di musim Ramadhan. Kita mengambil kesempatan bangun di waktu sahur untuk beristiqhfar kepada Allah, meminta ampun, berdoa, bermunajat dan mungkin juga kita bersolat tahajjud, bersolat hajat bermohon kepada Allah meminta segalah kebaikkan atau hasanah di dunia ataupun di akhirat. Masyaallah kita insan yang special disisi Allah dan di dunia sebab dengan cara demikian hormon cortisol kita akan di keluarkan oleh badan secara rutin tanpa terganggu dan natijah daripada itu jadilah kita insan yang cergas, sihat, tidak hanya sihat fizikal juga sihat spiritual.

Sayangnya latihan Ramadhan yang telah kita hayati sebelum ini kita rosakkan di musim Syawal. Ramai yang tidak lagi bangun tidur awal di waktu sahur bila kita masukki Syawal. Ada setengahnya subuh pun tidak sembahyang, tetapi di musim Ramadhan dia alhamdulillah melaksanakan solat subuh sebab dia bangun awal. Di sebelah malamnya dia bersolat Tarawih. Masuk Syawal memang tidak ada tarawih, namun kita wajib melaksanakan solat yang lima. Solat yang lima itupun tidak dia lakukannya. Solat subuh pun dia tidak melakukannya. Ketika itu dia mendapat 2 kerugian. Kerugian pertama ialah ruhnya tidak lagi bercahaya. Kedua dia tidak lagi menjadi insan yang sihat sebab waktu tidurnya sudah berubah. Ketika itu pengeluaran hormon kecergasannya terganggu. Dia rugi spiritual dan jasadiah.

Justeru tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan, marilah kita hayati ajaran islam yang telah kita laksanakan sebelum ini. Jangan jadi golongan yang sekejap buat baik, sekejap buat jahat. Sekejap bangun awal di waktu sahur sekejap melupakan sahur. Sekejap melaksanakan solat secara berlebihan pada suatu ketika yang lain langsung tidak bersolat. Itulah formula kepada kerugian dan kehancuran. Semoga insyaallah kita menjadi insan yang berdisiplin dan kita juga insyaallah menjadi insan yang mengambil iktibar daripada ibadah yang di tuntut oleh agama islam kita yang suci lagi murni insyaallah.

Friday, November 12, 2004

Temuduga utk jawatan kosong.

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN:

 
 A. Ahli Syurga Dari Awal.

 
 B. Ahli Neraka Dari Awal.

 
 C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

 

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

 

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

 

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

 
 KELAYAKAN:

 
  • Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
  • Anda tidak perlu bawa pingat.
  • Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
  • Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap  atau seksi.
  • Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

 
PANEL/PENEMUDUGA:

 
Mungkar dan Nakir.

 
ENAM SOALAN BOCOR:

 
1. Siapa Tuhan anda?

 
2. Apa Agama anda?

 
3. Siapa Nabi anda?

 
4. Apa Kitab anda?

 
5. Di mana Kiblat anda?

 
6. Siapa Saudara anda?

 
 CARA MEMOHON:

 
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).

 
Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

 
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

 
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

 
Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang- orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya,

 zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.
 
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada

 jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk.
 
Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)  memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu:

 
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.
 
Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
 
Maka berkata mayat itu: Laki- laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
 
Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"

 
Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

 
Wallahu-a'lam.

 
semoga anda berjaya dlm temuduga ini....>

Thursday, November 11, 2004

3 Pertanyaan.

Pemuda: Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir ?
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai:Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai:Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda:Saya tidak boleh.
Kiyai:Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai:Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai:Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai: Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai: Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai:Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai: Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Fikirkan la .... dan cari la ilmu ALLAH .. yang sebenarnya ....

me: Allahuakbar...

Tuesday, November 09, 2004

Money matters



Money matters may prove a potential hot spot for couples but it is important to develop an understanding and respect for how each thinks about finances.
RUSLINA YUSOFF writes.
FIGHTS over money have often been cited as the main cause of divorce. Money issues often kill a relationship because everyone has different financial goals. Yap Ming Hui, a financial controller and consultant, says money is and will remain a sensitive and misunderstood issue due to a lack of
communication, discipline as well as experience.
Just as we have to be trained for our profession, couples too need to be educated on family finances to financially co-exist.

Yap advocates that young couples start discussing money matters while still courting, regardless of how unromantic "money talk" is.

He rationalises that if couples can't discuss money before they tie the knot, then it's going to be an uphill battle later. He suggests that couples be transparent when discussing financial issues and build trust before they move on in their relationship.

"Managing money wisely means having a clear vision of what you want to do and what you need to do to get it," said Yap, who has authored a book entitled You Can't Manage Your Money When You Are Wealthy.

"Managing money does not only demand knowledge but tremendous discipline," he says.

Couples can take comfort in the fact that talking about money helps to uncover potential hotspots and develop understanding and respect for how each thinks about finances. Financial teamwork early in marriage can yield substantial payback in the golden years.

Can couples discuss money without going at each other's throats? "Yes," said Yap, emphasising that there are ways to make money management a positive force.

Like everything else, timing is important. Talking about money before a meal or bedtime is not a good idea.

Set aside a quiet time to calmly talk about it and ensure that it's done in a non-judgemental way.

Don't overlook your mate's financial upbringing because it has a bearing on how he or she perceives money. What this means is that couples should recognise their "money personality". They should ask themselves whether they are big spenders or are so tight- fisted that even eating out is a no-no.
"Just because his outlook is different from yours doesn't make him wrong," said Yap.

Bear in mind also that money means different things to different people. While money could mean paying for the children's education, having a bigger and better home or even a vacation could signify power, status and economic freedom.

Be willing to explore options and discuss your dreams and fears about money.
Do listen to your spouse's ideas, solutions and assumptions. While you may not agree on every point, it's heartening to know that your willingness to share and understand your partner's viewpoint will go a long way towards building a working money relationship.

A couple's financial harmony is guided by certain principles. They do not keep any secrets between them. They are aware of the other's financial status. Private income is also disclosed. Neither do they practise a
master-slave attitude. Any income earned should be shared. "Decide whether yo want a separate or a joint account. If you decide to have a separate account, decide who pays for what bills," disclosed a couple. If you still fail to discuss money calmly, then consider bringing in a third person such as a financial consultant because people are keener to hear things out when there is a neutral party.

Leong Foo Weng, a financial planner and a general manager of his own financial consultancy, suggests that couples view their financial planning as a journey. He observes that while couples are aware of how much they make, they are unsure how much they have left to spend.

Financial goals and objectives are necessary to get couples thinking about what they want in life and the lifestyle they choose, besides giving them the opportunity to discuss these plans openly. "A family without financial planning is like a company that operates without a business plan." He often starts his financial analysis with information on the couple's savings philosophy, funding for a comfortable retirement, children's education and evaluating the couple's investment portfolio.

Leong also takes stock of the couple's assets and sources of income. Other information includes whether the couple has to take care of elderly parents, as well as their hobbies and interest. "Such information will tell me
whether their hobbies put their life at risk." "Often, people get mired in the day-to-day issues that they overlook the bigger picture." If couples plan far enough, then it takes very little to reach goals. The financial
plan has to be reviewed at least twice a year to make adjustments for new developments.

Always involve each other in making financial decisions and keep your partner updated. Failing to do this, he reminded, could stress your partner.

After all, says Leong, the road to financial independence is a lot like raising a successful child.
That brings us to the question of having children. "People often underestimate the cost of having children. Issues on when to have them, how many and how they should be spaced out need to be thoughtfully considered," he said. For financial protection, couples should consider the "investment pyramid" with insurance and savings forming the base.

Second is investment whilst the peak is for "risk investment". So even if the investment takes a tumble, only "20 per cent of the family's asset is affected" He recommends that couples save at least 10 per cent of their
income.

Spend money on insurance and safe investment vehicles such as unit trusts. They should also prepare for such emergencies as critical illness or a disability. He is impressed with today's innovative insurance policies which have become effective financial tools. Writing a will is important. Set up a trust. "If you plan well, your family's needs will be fulfilled even if you are not around."

My Babbling

Advice (29) Akhlak (40) Al-Quran (25) Allah (20) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (57) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)