Sponsored Link

Thursday, January 29, 2004

Mau Sihat Ala Rasulullah

By Hamba Allah,

Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ......"(HR Muslim) Bagaimana agar senantiasa sehat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut :

1. SELALU BANGUN SEBELUM SHUBUH 

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum shubuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat shubuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain : - Berlimpah pahala dari Allah - Kesegaran udara shubuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN 

Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumát beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. "Mandi pada hari JUmát adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN Sabda Rasul : 

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dg adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI 

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH 

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah : - Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring - Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon - Segeralah berwudhu - Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA 

Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI 

Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Wassalam ...^_^

Kenali Buah Anda Untuk Kenali Diri Anda

Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh sorang doktor matsaleh, Dr. Barnett, beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semula jadi. Menurutnya lagi, kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing-masing. Kaedah ini dikenali sebagai `Science of Fructology'.
Menurut Dr. Barnett, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semula jadi khususnya tumbuh-tumbuhan seperti buah- buahan. Seperti manusia, buah-buahan juga mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan warna. Setelah hampir dua dekad mengkaji mengenai kaedah ini, akhirnya Dr. Barnett dan ahli kumpulan saintisnya yang lain berjaya menemui kaedah kajian personaliti manusia menerusi buah-buahan ini.

7 Kategori buah-buahan tersebut adalah:-
1/ Limau (Contohnya seperti: oren, lemon, limau nipis, limau barli)
2/ Tropika(spt: pisang, betik, jambu, durian, nenas, rambutan, ciku, langsat)
3/ Buah Ladang (spt: epal, pear)
4/ Tembikai (spt: tembikai, tembikai susu)
5/ Beri (spt: blackberi, blueberi, anggur, strawberi, raspberi, cranberi, tomato)
6/ Kekacang (spt: walnut, hazel, gajus)
7/ Labu (spt: kundur,honeydew)

Jadi, anda dalam kategori yg mana?

Sila pilih & lihat personaliti anda:

Jenis limau
Contohnya seperti oren, lemon, limau nipis dan limau barli.

Kamu cenderung kepada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan-rakan kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan-rakan kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukan masa yang singkat untuk bersendiri. Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan kamu.

Buah-buahan tropika

Contohnya seperti, pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas.

Kamu sukakan pengalaman-pengalaman yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapimasalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima diri kamu seadanya. Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang sememangnya akrab dengan kamu. Teman-teman beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok. Hakikatnya kamu ada pendirian yang tersendiri. kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.


Jenis Buah Ladang

Contohnya seperti epal dan pear.

Kata kunci di sini ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri mu. Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri, kamu tidak bergantung harapan kepada individu lain untuk hidup. Ramai yang beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang kamu miliki itu. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap perkara yang kamu lakukan.
Jenis tembikai

Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.

Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Bagi diri kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati-hati dalam memilih tumbuhan-tumbuhan yang ingin ditanam di sekitar tempat tinggal kamu. Kamu
memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yang berhati-hati.

Buah-buahan jenis beri.

Contohnya seperti, blackberi, blueberi, strawberi, raspberi, cranberi, anggur dan tomato.

Kamu gemarkan `party' dan keseronokan. Kamu suka menggembirakan orang lain. Kamu juga mudah mendapat teman baru kerana kamu adalah seorang yang peramah. kamu akan berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang agak pelik. Kamu bercita rasa unik. Hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan-makanan yang berperasa lain dari yang lain. Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpersonaliti.


Jenis Kekacang
Contohnya seperti walnut, hazel, gajus dan lain-lain.

Kamu ni `moody' lah! Kadangkala mood kamu berubah-ubah tanpa sebarang sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu. Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan kamu adalah individu yang setia. Kamu sanggup mengenepikan teman-teman kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu. Untuk mengenali kamu, individu itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.

Buah-buahan jenis labu
Contohnya kundur.

Kamu berpandangan jauh. Bagi diri kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segalagalanya melebihi dari apa yang mampu manusia lihat. Kamu adalah individu yang sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman sekeliling mu. Teman-teman kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran-cabaran mendatang. Kamu cenderung pada warna-warna yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.


me: Just for fun, mungkin betul atau tidak...^_^

Tuesday, January 27, 2004

True Love :)


I LOVE YoU NoT BeCAuSE OF WhO YoU ARE,
BUT BeCaUSE OF WhO I AM WHeN I Am WiTh YOU...

No MaN Or WoMaN Is WoRth YouR TEaRS,
AnD ThE OnE WHO is,Won'T MaKE yOu CrY.....

JuSt BEcAusE SomEoNE dOEsN't LoVE YoU ThE Way YOu WAnt TheM TO,  
DoESn't MeAN TheY thEY DoN't LoVe YoU WitH aLL ThEY HaVE...

A TrUe FrIeNd Is SoMeONE wHo rEAcHes FoR YoUr hANd AnD ToUchES YouR hEART

THe WorST wAy To MiSs SomEoNE iS tO Be SittINg  RiGhT bESIdE ThEM KnOWinG YoU CaN'T HaVe ThEM...
 
NeVeR FrOwN,EveN WhEN YoU ArE SAD,
BeCaUSe YoU NeVer KnoW WhO Is FaLLinG In LoVe With YouR sMile
 
To ThE WoRLd YoU MaY Be OnE PErSON,
BuT tO oNe PeRsOn YoU MaY bE ThE wORLD ....
 
DoN't WaStE YoUR TiME On A MaN/WoMaN,
WhO Isn't WiLLiNG tO WasTe ThEiR tImE On You...
 
MaYbE GoD WaNtS Us To MeeT A FeW WrOnG PeOPLe BeFOrE MeeTiNg tHe RigHt OnE,So ThaT WheN We FinaLLy MEet ThE PeRsonWe WiLL KnOw HoW To BeGrATefUL..
 
DoN't CrY BeCAuSE It iS OvER, SmILE BecAUsE It HAppENed.
 
ThErE's AlWaYS gOInG To bE pEOpLE tHAT hURt yOu So wHAt yOU HaVe To DO iS KeEp On TRusTiNg And jUsT Be MOre CarEfUL AboUt WhO YoU tRuSt nExT tIme ArOuNd..
 
YOurSeLf A BETtEr PeRSon AnDKnOw whO YoU ARe BefORe YoU TrY AnD KnOw SoMeOnE ELSeANd ExPecT TheM To KnOw YOu... 
 
DOn'T tRy So HaRd, ThE BesT ThIngS CoME WhEn YoU LeasT ExPeCt TheM tO......
 
RemEMbEr WhaTEvEr HapPEns, HapPeNS fOr A ReAsOn... 
 
              

Catch it Up


You might be best friends one year,

pretty good friends the next year, 

don't talk that often the next year, 

and don't want to talk at all the year after that.

So, I just wanted to say,

even if I never talk to you again in my life,

are special to me and you have made a difference in my life, 

I look up to you, respect you, and truly cherish you.

Wednesday, January 21, 2004

Harga diri.


Oleh: Hamba Allah

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudahberapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli.

Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang. Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.


Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut di sambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta, aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku hempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini. Tolol!


Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.
"Nak apa?!"
Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

'Assalammualaikum Nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan.

" Basuh sajalah, tapi, awas. Kalau calar kereta aku. Tahulah macamana aku nak ajar kau."

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery. Tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!

" Sudah nak?"

Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak tengok, dan bagi sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemeja.

"Kenapa ni? Gila?!"

" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun seringgit."

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. 

Aku pandang sahaja dengan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja.

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit , melayan meluat- melihat ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin. Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

"Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang banyak macam ini?" .

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah? Ambillah semula, nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali.Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membelisegala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu."

Harga diri. !!!

Thursday, January 15, 2004

Salam Permulaan.

Assalamualaikum...

Ya salam permulaan, selalunya cerita tentang diri ini dan apa yang saya suka selalunya ditulis dalam diari atau buku nota...sekadar meluahkan rasa, sekadar melepaskan rasa, trust me its a good therapy ^___^...at F.S Blog transfer to blogspot.com...

My Babbling

Advice (27) Akhlak (40) Al-Quran (24) Allah (19) Awal Muharam (9) Belief (14) Books (41) Brain Food (16) Characteristics (29) Critical Thinking (26) Dakwah (88) Death (20) Dialogues (19) Doa (17) Dua' (14) Education (53) Family (34) Father (11) Friendship (30) Hadith (20) Health (56) Jokes (87) Knowledge (76) Life (90) Love (77) Lyrics (127) Man (33) Marriage (67) Motherhood (11) Motivation (76) My Reading (42) My Stories (222) Parents (13) Personality (19) Poem (45) Prayer (15) Prophet Muhammad s.a.w (15) Qoutes (79) Ramadhan (14) Real Life Story (15) Relationship (23) Religion (46) Sarcasm (18) Sarcastic (14) Short Story (76) Song (27) Tarbiyah (119) Tazkirah (108) Think out of the box (22) Where To Eat (7) Where to Go (3) Woman (56) Words (34) Work (14)